Usai majlis doa selamat
dan bacaan tahlil tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. Kini hanya
tinggal saudara-mara haji Daim, ahli keluarganya dan juga keluarga haji Yahya
saja. Haji Daim dan haji Yahya masih sibuk berbual di ruang anjung rumah.
Badrul, Eziwan, Nur Hakimi dan beberapa orang sepupu mereka sibuk mengemas ruang
tamu yang dijadikan tempat menjamu tetamu tadi.
Sementara itu hajah Halijah dan hajah Anida sibuk mengemas
didapur sambil dibantu oleh Rohaya menantu sulung haji Daim dan saudara-mara
yang lain.
“Alhamdulillah ramai yang datang. Terima kasih kak Lijah
sebab banyak tolong Ida. Sejak dari semalam kak Lijah tolong kami,” ucap hajah
Anida sambil mengenggam erat lengan hajah Halijah.
“Jangan cakap macam tu Ida. Arwah tu pun anak akak.
Sampai sekarang akak macam tak percaya yang arwah dah tak ada. Rasanya macam
baru semalam Ez dengan arwah kahwin,” hajah Halijah mengesat air matanya.
Setiap kali bercerita tentang Khyrulhydza hatinya pasti terusik. Bukan sehari
dua dia mengenali Khyrulhydza. Malah dia mengenali Khyrulhydza sedari anak-anak
mereka masih bersekolah lagi. Berkenan benar dia dengan sikap Khyrulhydza yang
tahu menghormati orang tua serta sopan.
Hajah Anida turut sama merasa sayu. Kalau hajah Halijah
kehilangan menantu. Dia pulak kehilangan satu-satunya anak perempuan yang
menjadi teman berbualnya selama ini. Sejak Khyrulhydza tiada hatinya menjadi
kosong.
Hajah Anida mengesat air matanya. “Dahlah kak. Kita
lupakanlah. Ez pun dah mulakan hidup baru. Alhamdulillah. Kami sekeluarga
bersyukur sangat bila Ez dah dapat pengganti arwah. Cumanya bila dia nak
kahwin?. Rasanya dah dekat setahun mereka bertunangkan kak?.”
Hajah Halijah mengangguk. “Haah. Soal tu kami pun tak
tahu nak cakaplah Ida. Bila ditanya pada Ez, dia kata masih awal lagi mereka
nak kahwin. Dia dengan Linda belum ready
lagi katanya. Entahlah Ida permikiran orang muda ni payah kita yang tua ni nak
faham,” keluh hajah Halijah.
“Sabar ajelah kak Lijah. Ez tu dah matang. Tahulah dia
bagaimana nak bentuk hidup dia. Tunang dia tak datang sekali ke?. Dah lama tak
jumpa dengan Linda.”
Hajah Halijah menghela nafas. “Sibuk katanya.
Entahlah….Akak pun tak faham kerja orang niaga ni. Sibuk memanjang,” rungut
hajah Halijah.
Fauzi yang masih belum pulang mencari-cari kelibat
Eziwan. Dah lama tak berbual dengan Eziwan. Masing-masing sibuk dengan kerjaya
sehingga tak ada masa untuk berjumpa kawan lama.
“Kau apa khabar Ez?” Fauzi menepuk bahu Eziwan yang
sedang bersandar ditiang anjung rumah sambil merenung langit malam.
Eziwan menoleh memandang Fauzi. “Alhamdulillah, aku
sihat. Perniagaan kau macam mana?.”
“Alhamdulillah semakin banyak permintaan. Aku pun dah
tambah kolam lagi. Itu pun ikut-ikutkan tak cukup lagi untuk memenuhi
permintaan pelanggan,” jelas Fauzi teruja bila bercakap tentang kolam ikan air
tawar yang diusahakan selama ini.
Eziwan mengangguk. “Makin bagus perniagaan ikan air tawar
kau. Tahniah Pozi. Aku bangga dengan kejayaan kau.”
“Alah biasa-biasa aje Ez. Itu pun kejayaan ni atas
sokongan keluarga, kau, Laili dan juga arwah. Masa kau kat London, Laili dengan
arwah yang selalu bagi semangat kat aku. Bila dia orang cuti semester aje dia
orang selalu tolong aku kat kolam. Tapi sekarang ni Laili ajelah yang tolong.
Itu pun bila cuti sekolah aje dia full time tolong aku.”
“Mestilah Pozi. Bini kau tu Cikgu. Tak kan nak ponteng
mengajar pulak untuk tolong kau kat kolam,” sindir Eziwan sambil ketawa.
Fauzi turut ketawa mendengar sindiran Eziwan.
“Tapi aku tak sangkalah Pozi yang kau boleh berkahwin
dengan Laili. Dulu kau orang berdua macam musuh ketat. Pantang berjumpa pasti
bertekak,” kata Eziwan. Siapa sangka Fauzi dan Laili akan berkahwin satu hari
nanti. Semasa di zaman sekolah dia dengan Laili tidak boleh berjumpa, pasti akan
bertengkar.
“Alah cakap aku. Kau dengan Ekhi pun apa kurangnya. Ekhi
mati-mati tolak kau. Tapi kau tetap nak pikat dia,” bidas Fauzi tidak mahu
mengalah.
Eziwan tersengih. Ya…memang payah masa itu untuk memikat
Khyrulhydza. Makin di cuba makin benci Khyrulhydza padanya. Semuanya sebab dari
sikap kasanovanya dulu. Setiap tahun pasti dia akan bertukar teman wanita. Tapi
bila dia terpandang Khyrulhydza buat pertama kali hatinya seperti telah di curi.
Kehadiran Khyrulhydza membuatkan dia tidak pandang pelajar perempuan yang lain
lagi. Panahan cinta Khyrulhydza membuatkan dia bertukar menjadi pemburu cinta.
Dia akan terus memburu sehingga cintanya berbalas.
Khyrulhydza mencari-cari sekelilingnya. Habis semua buku
dikeledahnya. Tapi apa yang di cari masih tidak jumpa. “Hisss…..mana pergi ni.
Tadi rasanya aku letak kat sini. Tak kan ada kaki kot?” ngomel Khyrulhydza
seorang diri. Hujung jarinya mengaru pipi. Otaknya masih ligat memikirkan
di mana dia terletak pen kilometrico miliknya tadi.
“Oiii….apa kebendanya yang kau cari ni Ekhi?” Laili
menepuk tangan Khyrulhydza.
“Pen aku.”
“Ini bukan pen ke?” Laili menunjukkan pen-pen yang
bersepah di depan Khyrulhydza.
“Bukan pen ni,” desis Khyrulhydza.
Laili mengerutkan dahinya. “Ekhi….punya berlambak pen kat
atas meja ni satu pun bukan yang kau cari? Istimewa sangat ke pen tu?” tanya
Laili dengan nada menyindir.
“Kau ni…..pen merah dengan biru yang aku ikat sama tu.
Dah hilang. Aku ingat aku letak kat sini sebelum ni. Tapi sekarang dah tak ada,”
rengus Khyrulhydza. Dalam waktu yang sama tangannya lincah menyelak buku-buku
untuk mencari pen yang hilang. Bukan tak boleh guna pen lain. Tapi itulah pen
kesukaannya.
Laili sudah tergelak besar mendengar alasan Khyrulhydza.
Dirasakan alasan itu sangat lucu. Di tekan-tekan perutnya kerana sakit menahan
gelak. Khyrulhydza membulatkan matanya tanda marah pada Laili. ‘Buat malu aku
aje minah sorang ni. Aku selige jugak dia ni karang.’ Ngomel Khyrulhydza dalam
hati.
“Ya Allah, kau boleh gelak Laili. Kau ni apa punya kawan
lah,” wajah Khyrulhydza merah seperti cerek yang kepanasan. Bayangkan asap
keluar dari lubang telinga kiri dan kanan.
“Ialah ayat kau tu aku tak tahan. Ekhi….guna ajelah pen
yang ada ni. Setakat pen 50sen tu, kau boleh buat lainlah. Lainlah kalau harga
pen tu 5 hinggit ke?. Ini…..” Laili tak menghabiskan ayatnya. Sebaliknya dia
sambung gelak lagi.
Khyrulhydza tak sempat nak membalasnya bila cikgu Wong
sudah melangkah masuk ke dalam kelas. Sesi pembelajaran Bahasa Inggeris
bermula. Antara subjek kegemaran Khyrulhydza. Seringkali peperiksaan dia akan skor
A untuk subjek Bahasa Inggeris.
Sebaik loceng berbunyi seperti ayam yang terlepas dari
reban setiap pelajar berpusu keluar dari kelas masing-masing. Sama juga dengan
Khyrulhydza dan Laili yang sudah bersiap-siap untuk ke perpustakaan.
“Ekhi tunggu!” Eziwan menjerit memanggil Khyrrulhydza
yang sudah melangkah menuju ke pintu kelas.
“Ekhi!” sekali lagi Eziwan menjerit. Tapi kali ini
semakin kuat laungannya.
Laili mencuit bahu Khyrulhydza. “Pissstt….Ez panggil kau
lah, Ekhi.”
Khyrulhydza merengus. Sejak dari hari pertama dia masuk
ke sekolah ini lelaki bernama Eziwan tak habis-habis cuba menganggunya.
Bukannya dia benci lelaki. Tapi dia amat benci pada lelaki kasanova seperti
Eziwan.
Boleh dikatakan semua pelajar perempuan di sini
memberinya amaran akan tahap kasanova Eziwan. Sebab itu dia cuba mengelak dari
bergaul mesra dengan Eziwan. Biarpun mereka sekarang ini di tingkatan 4, tahun
honeymoon kebanyakkan pelajar mengelarnya. Namun bagi Khyrulhydza dalam tempoh
2 tahun inilah dia perlu persiapkan dirinya untuk menghadapi peperiksaan SPM.
Peperiksaan yang akan menentukan nasibnya di masa hadapan. Dia bercita-cita
untuk menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Bidang yang masih
sedikit diceburi oleh bangsa Melayu kalau nak dibandingkan dengan bangsa lain
seperti Cina dan India.
“Bukan aku lah,” Khyrulhydza menafikannya.
“Khyrulhydza a.k.a Ekhi!” jerit Eziwan. Kali ini ramai
pelajar yang menoleh dan tergelak padanya. Namun Eziwan dengan muka selamba
tersenyum bangga.
Jeritan Eziwan itu membuatkan langkah Khyrulhydza dan
Laili terhenti sekali lagi. Khyrulhydza menoleh kebelakang dengan perasaan
geram.
“Nak apa?” jerit Khyrulhydza dari tempat dia berdiri.
“Sinilah,” lambai Eziwan.
Khyrulhydza merengus geram. ‘Mengada-ngada pulak mamat
seekor ni.’ Rungut Nurul Amira dalam hati.
“Kau pergi dululah Laili. Aku nak pergi tengok apa mamat
tu nak.”
Laili mengangguk dan melangkah meninggalkan Khyrulhydza.
Dengan langkah yang malas Khyrulhydza melangkah menghampiri Eziwan.
“Apa
awak nak?” kasar Khyrulhydza bertanya. Dipamerkan wajah dinginnya pada Eziwan.
“Hai…. tak kan pen hilang muka monyok macam lempeng aje,”
usik Eziwan sambil tersenyum kecil. Suka dia melihat wajah monyok Khyrulhydza.
Comel.
“Suka hati aku lah. Kau nak apa ha?” balas Khyrulhydza
sambil memeluk tubuh. Geram pulak Khyrulhydza bila tengok Eziwan asyik
tersengih-sengih memandangnya. ‘Apa pakaian yang aku pakai ni ada yang tak kena
ke. Asyik tersengih-sengih pandang aku.’ Ngomel Nurul Amria dalam hati lagi.
“Kalau saya dapat cari pen awak yang hilang tu awak nak
bagi apa sebagai hadiah?” duga Eziwan dengan senyuman masih tidak lekang dari
bibirnya. Cukup suka diusiknya Khyrulhydza. Sehari tak dapat bertegang urat
dengan Khyrulhydza serasa tidak lengkap hidup.
Khyrulhydza mendengus geram. ‘Nak main-main pulak mamat
seekor ni. Aku bukak silat karang. Terkangkang.’ Sempat lagi dia mengutuk
Eziwan di dalam hati.
“Jangan main-mainlah. Kalau sekadar nak mengusik, baik
awak simpan aje air liur awak tu. Dahlah. Buang masa aku aje,” Khyrulhydza mula
melangkah dengan wajah muram.
“Eh, tunggu!” Eziwan menghalang laluan Khyrulhydza.
“Nak apa lagi?” tanya Khyrulhydza sambil mengetip
bibirnya. ‘Masa suruh cakap, tak nak cakap. Ni main halang laluan orang pulak.
Ya ALLAH sabarkanlah hati hambaMu ini.’
“Awak tak jawab lagi soalan saya,” semakin galak Eziwan
mengusik Khyrulhydza.
“Awak ni…..macam-macamlah. Malaslah nak layan. Kalau nak
tolong biar ikhlas,” sindir Khyrulhydza dengan jelingan tajam menusuk mata
Eziwan.
“Mana ada benda percuma zaman sekarang ni. Cepatlah cakap
apa hadiahnya,” Eziwan masih ingin mengusik Khyrulhydza. Dia suka melihat wajah
Khyrulhydza bila marah.
“Malaslah nak layan orang gila macam awak ni,”
Khyrulhydza menolak badan Eziwan yang menghalang laluannya. Tak kuasa nak
melayan gila Eziwan.
Tapi belum sempat Khyrulhydza melangkah jauh, bahunya
di pegang dari belakang. Pantas Khyrulhydza menepisnya. Dia menoleh dengan
perasaan marah yang membuak.
“Hoi!. Apa pegang-pegang ni?” jerit Khyrulhydza dengan
perasaan marah. Merah mukanya dibasahi api kemarahan. Belum pernah ada lelaki
bukan muhrim yang berani memegangnya seperti itu. Eziwan adalah lelaki pertama
dan dia memang nak kena penampar.
“Marah ke?” Eziwan tersengih dengan perasaan tidak
bersalah.
“Marahlah. Awak siapa nak pegang-pegang,” gerutu
Khyrulhydza dengan nada yang geram. Dia cuba mengawal amarahnya.
“Saya adalah sebahagian daripada awak, Ekhi,” ucap Eziwan
dekat di telinga Khyrulhydza.
Khyrulhydza menjarakkan dirinya sedikit. Keningnya
dikerutkan. Sahlah mamat ni gila. Kenapalah keluarga dia tak hantar ke tanjung
rambutan?.
“Awak ni memang gilalah,” gerutu Khyrulhydza. Seraya itu
dia mula mengorak langkah.
“Pen merah pen biru, you marah…..” Eziwan menayangkan pen
yang di cari oleh Khyrulhydza tadi. Senyuman terukir dibibirnya bila melihat langkah
kaki Khyrulhydza terhenti serta mata dia bulat memandangnya. “I love you.” Sebaik
menuturnya Eziwan meletakkan pen di atas tapak tangan Khyrulhydza dan mengenyitkan
sebelah matanya sebelum berlalu pergi.
Khyrulhydza berdiri kaku seperti di bius. Tak mampu dia
mengerakkan anggota badannya bila mendengar kalimah yang diucapkan oleh Eziwan
tadi.
“Pen merah pen biru, you marah I love you.” Mulut
Khyrulhydza mengulangi kata-kata yang diucapkan oleh Eziwan tadi. Otaknya ligat
mentafsir kata-kata Eziwan tadi.
“Biar betul mamat seekor ni. Dia cintakan aku ke?. Atau
dia main-main aje.” Khyrulhydza menyoal dirinya sendiri. Lemah lutut
Khyrulhydza. Di raih kerusi yang hampir dengannya dan duduk. Terasa nak pitam
pun ada tika ini.
“Eh Ekhi!, aku tunggu kau macam orang bodoh. Kau boleh
duduk diam kat sini. Kata tadi nak ke perpustakaan. Cepatlah masa rehat dah nak
habis dah ni.” Bebel Laili sambil bercekak pinggang.
“Oiii!....Dengar tak?” Laili menepuk lengan Khyrulhydza
bila bebelannya tadi tidak mendapat reaksi dari Khyrulhydza.
“Ha?. Apa?” seperti orang yang baru sedar dari koma lagak
Khyrulhydza. Matanya terkebil-kebil memandang Laili. Kemudian dia memandang
sekeliling macam orang sesat.
“Laaa….kau cari siapa lagi ni?. Aku lah yang cakap dengan
kau,” sanggah Laili dengan kerutan didahinya. Apahal dengan kawan aku sorang
ni. Hilang ingatan ke?. Laili mengomel dalam hati sambil mengaru pipinya.
“Kau nampak mamat gila tu tak?.”
“Mamat gila?. Siapa mamat gila tu?” soal Laili hairan.
Dia tak nampak Khyrulhydza dengan sesiapa tadi.
“Ez?. Kau nampak tak dia?” tanya Khyrulhydza sekali lagi.
“Tadi sebelum keluar adalah dia panggil kau kan?. Tapi
masa aku jumpa kau ni…..kau duk termenung sorang-sorang. Apa hal ni?. Peninglah
kepala aku ni.” Laili mengaru kepalanya pulak.
“Tak. Memang aku jumpa dengan dia. Tapi…..”
“Tapi apa pulak?. Eh!.....ni kau dah jumpa pen yang kau
cari tadi. Mana kau jumpa?” Tiba-tiba mata Laili terpandang pen ditangan
Khyrulhydza.
Khyrulhydza memandang arah yang sama. Pen ditangannya
direnungnya. ‘Pen merah pen biru, you
marah I love you.’ Ayat itu kembali bermain difikiran Khyrulhydza. Berdiri
bulu roma Khyrulhydza. Seram sejuk badannya tiba-tiba.