Hasnan melangkah masuk
ke dalam bilik pejabatnya. Aroma bauan haruman kopi terhidu segar sebaik dia
melangkah masuk. Dihampiri meja dan melihat secawan kopi panas terhidang
diatasnya. Dicapai tangkai cawan dan menghirup air kopi yang masih berasap.
Sebaik menghirupnya terukir senyuman lebar dibibirnya.
Dia kenal bancuhan ini. Tak lain tak bukan Nurul Amira. ‘Dia dah masuk kerja
ke?.’ Hasnan bertanya sendirian. Tanpa menunggu lama Hasnan melangkah keluar
dari biliknya.
“Niza, Mira dah masuk kerja ke?” tanya Hasnan sebaik
menghampiri meja Niza.
“Dah Encik Hasnan,” jawab Niza tersengih.
“Kenapa you tersengih ni?.”
“Sejak Mira cuti sakit, muka Encik Hasnan monyok aje. Ni
bila dapat minum air kopi umph terus ceria muka tu,” usik Niza.
Hasnan tersenyum dengan usikkan Niza. Memang benar kata
Niza, sejak Nurul Amira cuti dia rasa lain sangat. Rasa tak bermaya bila tak
dapat merasa air kopi umph bancuhan Nurul Amira.
“Pandai aje you ni Niza. Dah buat kerja you,” kata Hasnan
dan terus saja berlalu.
“Eh…Encik Hasnan nak ke mana tu?” tanya Niza.
“I nak jumpa dengan Mira sekejap,” jawab Hasnan ceria.
“Mmmm……tapi Dato nak jumpa dengan Encik Hasnan sekarang,”
kata Niza serba salah. Baru tadi dia dapat panggilan daripada setiausaha Dato
Nor Azizi.
“Okay. Nanti I terus pergi bilik papa.” Tanpa berlengah
Hasnan mengatur langkah.
Niza menjungkitkan bahunya sambil melihat saja Hasnan
yang menuju ke lift.
“Encik Hasnan ke mana tu?” Nik menghampiri meja Niza.
“Ada hal sikit kat bawah. Abang cari Encik Hasnan ke?”
Niza memandang Nik, tunangnya.
“Haah. Dato nak bincang tentang tender Sri Iskandar yang
kita nak submit esok. Memandangkan Encik Eziwan ada seminar kat JB dua hari, abang kena gantikan tempat dia kat
sini,” jelas Nik.
“Oooo…..abang pergilah dulu jumpa Dato. Encik Hasnan
cakap lepas siap urusan dia nanti dia terus pergi ke bilik Dato,” jawab Niza
bagi pihak Hasnan.
“Okaylah macam tu. Abang pergi dulu. Malam ni kita jumpa
ek?” sempat lagi Nik mengenyitkan matanya pada Niza.
“Assalamualaikum Mira,” Hasnan memberi salam sebaik
menemui Nurul Amira yang sedang membersihkan meja ditingkat 3.
“Waalaikumussalam. Encik Hasnan.” Nurul Amira agak
terkejut dengan kehadiran Encik Hasnan yang
tak disangka-sangka pagi ini.
“Mira dah sihat ke?.”
“Dah Encik Hasnan,”segan pulak Nurul Amira bila Encik
Hasnan jumpanya di sini. Ada juga mata-mata yang sedang memandang mereka.
“Baguslah. Tapi jaga sikit kesihatan tu. Jangan pengsan
lagi lepas ni.”
“Insya-ALLAH. Eerrr…..Encik Hasnan, terima kasih sebab
tolong bayarkan bil rawatan hospital saya,” ucap Nurul Amira yang merasakan
terhutang budi dengan kebaikkan Encik Hasnan.
“It’s okay. Sambunglah buat kerja semula dan terima kasih
untuk air kopi pagi ni,” balas Hasnan sebelum berlalu pergi.
Mysara menghempas pintu biliknya dengan kasar. Sakit
matanya melihat kemesraan Hasnan dengan
cleaner yang dimarahi minggu lalu.
“Dasar lelaki miang. Dengan cleaner pun nak mengayat!” Mysara
melenting marah.
Habis semua barang diatas meja diselerakkan. Hatinya
benar-benar panas dengan perempuan cleaner
itu. Kerana dia Hasnan memarahinya dan sehingga kini Hasnan langsung tidak
menegurnya. Dah acap kali dia memujuk namun satu pun pujukkan tidak jalan.
Penat mengamuk Mysara menghempaskan badannya di atas
kerusi empuknya. Dia melepaskan lelahnya. Tangannya terasa mengigil. Wajah
perempuan cleaner itu menari-nari
di ruang matanya. Terasa tika ini nak dicarik-carik muka perempuan itu.
“Dasar
perempuan murah!. Nak cari jalan mudah aje untuk hidup senang. Kau jangan ingat
aku akan semudah ini biarkan Hasnan terlepas ke tangan kau. Tak semudah itu.
Ini Mysara! Aku tak akan mudah mengalah.” Mysara terjerit-jerit seorang diri.
“Hey……apa hal dengan you ni, Sara!. Tengok bilik ni
bersepah-sepah. Kenapa pagi-pagi dah mengamuk tak tentu pasal ni?. Siapa yang
buat hati you sakit?” Qistina mengeleng bila melihat bilik Mysara bersepah.
Habis semua barang jatuh ke lantai.
Mysara mendengus geram. “Siapa yang tak geram bila
kekasih sendiri lebihkan perempuan lain selain dari dia. Dahlah bil perempuan
tu dia bayar. Siap bagi wad first class lagi tu. Lepas tu pagi-pagi lagi dah
cari perempuan tu bila tahu dia masuk kerja hari ni. Geramnya I!” Bertubi-tubi
Mysara melepaskan perasaan tidak puas hatinya.
“You ni cakap pasal siapa ni, Sara?” Qistina masih keliru
dengan butir bebelan Mysara.
“Siapa lagi perempuan cleaner
tu lah!” suara Mysara masih tinggi.
“Mmmm……perempuan siam tu ke?.” Qistina meneka. Peristiwa
Nurul Amira yang pengsan selepas di sergah oleh Mysara menjadi bualan panas di
Mutiara Holding buat beberapa ketika.
“Siapa lagi. Sakit hati I bila tengok Hasnan boleh
tersenyum bila bercakap dengan perempuan murah tu. Kalau cakap dengan I tak
pernah nak berlembut macam tu pun.”
“Entah-entah Hasnan tu dah jatuh cinta dengan perempuan
siam tu kut.” Qistina meneka.
Mysara pantas menoleh memandang Qistina. Kata-kata
Qistina menakutkannya. ‘Tak. Aku tak boleh biarkan perempuan tu rampas Nan dari
aku. Malu aku kalau kalah dengan perempuan macam tu. Tak. Aku tak boleh kalah.’
Ego Mysara tercabar.
“You jangan cakap yang bukan-bukan Qis.” Mysara sudah
bercekak pinggang.
“I teka aje Sara. Tapi you jangan ambil mudah perkara ni.
Baik you berhati-hati sebelum terlambat.”
“I tahulah apa nak buat dengan perempuan tu.” Lontaran
suara Mysara penuh dengan kebencian dan amarah.
“You nak buat apa dengan perempuan siam tu?” Qistina
sibuk nak tahu.
Mysara tersenyum sinis. Dia akan lakukan apa saja bagi
memastikan haknya tidak dirampas oleh sesiapa pun.
“You tengok sajalah Qis. I tak akan biarkan dia rampas
apa yang menjadi milik I,” ujar Mysara tanpa menjelaskan tindakan yang bakal
diambil.
“Ikut suka you lah Sara. Mmm….I datang ni ajak you
sarapan. Jom,” kata Qistina.
“I tak ada selera. You pergilah.”
Qistina menjungkit bahunya. “Suka you. I keluar dulu.”