Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,845
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

“Nah!.” Mysara melemparkan sepucuk sampul surat di depan Johari.

“Lepas ni jangan ganggu I lagi dan I nak semua gambar dalam handphone you tu di delete sekarang,” gesa Mysara dengan nada marah. Sakit hatinya bila diugut sebegini. Tak sangka dia terperangkap dalam permainan kotor Johari. Nak menyesal pun tak guna. Semuanya sudah terlambat.

Johari tersenyum sinis sambil memandang Mysara yang sedang bercekak pinggang dan merenung dirinya. Diambil sampul surat yang dibawa oleh Mysara. Bibirnya terukir senyuman lebar bila melihat salinan tender projek Sri Iskandar yang di rangka oleh Mutiara Holding. Dengan maklumat ini dia yakin kali ini Mutiara Holding akan tewas. Cempaka Holding akan menang dan terus menang.

“Bagus. Inilah yang buat I sukakan you. Thanks baby,” ujar Johari yang sudah bangun mendekati Mysara. Jarinya meniti bahu Mysara. Dia tersenyum bila Mysara menepis jarinya. Sayang sekali selepas ini dia tak akan dapat merasai tubuh Mysara yang mengiurkan ini.

“I dah buat apa yang you nak. Sekarang delete semua gambar I yang you ambil hari tu,” gesa Mysara sekali lagi. Kalau boleh dia tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan Johari. Dia benci lelaki bernama Johari ini.

“Sabarlah sayang. Apa kata kita ringan-ringan dulu ke?” bisik Johari dekat ditelinga Mysara.

“You jangan nak melampau Jo. Urusan kita hanya dekat sini saja. Lepas ni I tak nak ada apa-apa hubungan dengan orang macam you ni lagi. Delete gambar tu sekarang!” Jerit Mysara yang sudah hilang sabar dengan kerenah Johari yang menjengkilkan. Dia tidak mahu rahsia ini tersebar. Dia tak mahu Hasnan mahupun keluarganya mengetahui keterlanjurannya dengan Johari. Dia ingin membuka buku baru.

“Okay…okay…..I delete sekarang. Puas hati?” Johari mengeluarkan handphone dari dalam kecok seluar jeannya. Semua gambar aksi ghairah antara dia dan Mysara dibuang seperti yang dijanjikan.

“Okay. Dah. Puas hati?” ujar Johari sebaik semua gambar telah dibuang.

Mysara merampas handphone dari tangan Johari. Diperiksa handphone itu bagi memastikan semua gambarnya dibuang terus.

“Nah!”

“Puas hati,” sindir Johari sebaik Mysara memulangkan semula handphone miliknya.

“Lepas ni jangan hubungi I lagi. Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, faham!.” Mysara memberi amaran sebelum melangkah keluar dari kondo milik Johari.

Johari ketawa besar. Dia puas kini. Dia yakin kali ini dia akan berjaya menewaskan Mutiara Holding.

“Nan….kau tunggu giliran kau pulak untuk jatuh. Aku tak sabar nak lihat muka kecewa kau, Nan. Aku tak sabar.” Johari berkata seorang diri. Rasa kecewanya kerana dikecewakan oleh Mysara akan terbalas bila Hasnan tersungkur di kakinya nanti. Johari ketawa besar.


“Jo pasti kali ini kita akan menang?” Dato Munir masih was-was dengan proposal Johari kali ini yang ingin masuk untuk tender projek Sri Iskandar. Dia dapat tahu Mutiara Holding juga berminat untuk projek itu.

Jadi daripada membazirkan duit dan masa, ada baiknya mereka tumpukan pada projek yang kurang persaingannya.

“Jo pasti kali ini Daddy.” Dengan penuh yakin Johari menyatakan keyakinannya.

Dato Munir mengusap janggutnya. Otaknya sedang berfikir. Risiko untuk gagal amat tinggi. Tapi kalau di lihat dari raut wajah Johari, terpancar wajah keyakinan disitu. Dato Munir serba salah.

“Daddy….Jo tahu Daddy takut kita akan gagal kali ini. Percayalah daddy, this time we will win this war.” Dengan yakinnya Johari berkata.

“Kenapa Jo terlalu pasti kali ini kita tak akan gagal lagi?” dato Munir mempersoalkan keyakinan Johari.

“Sebab Jo dah tahu kelemahan mereka Daddy.” Ada nada riak disitu.

“Kelemahan?. Apa yang Jo tahu?” soal Dato Munir untuk kepastian.

Johari tersengih. Tak perlu rasanya dia memberitahu pada daddy apa yang telah dia lakukan. Cukup untuk daddy tahu yang kali ini mereka akan berjaya.

Well daddy, semua tu daddy tak perlu tahu. Apa yang penting sekarang ni daddy luluskan saja proposal Jo ni. Selepas tu kita lihat siapa yang akan berada di atas,” ujar Johari bangun sambil membetulkan blazer yang dipakainya.

“Okay. Kalau Jo yakin sangat yang kita akan berjaya kali ini. Daddy sokong. Jo buatlah apa yang perlu untuk pastikan projek ini jadi milik kita.” Putus dato Munir.

Johari tersenyum lebar. “Daddy tunggu dah lihat saja. Johari dato Munir akan buktikannya.”


Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.