Home Novel Cinta Ingat-ingat Lupa
Ingat-ingat Lupa
Zulfati Hanis
1/11/2012 11:02:07
116,713
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 18

Mysara melihat cincin berlian yang tersarung dijarinya. Dia tersenyum bahagia. Kini secara rasminya dia sudah menjadi tunangan Hasnan. Lapang hatinya bila Hasnan menjadi miliknya.

“Woi….taulah cincin tu cantik. Tak payahlah nak berangan. Kita datang sini nak menari. Nak berseronok. You nak berangan pulak,” sindir Qistina yang menemaninya ke kelab malam ini. Nak ajak Hasnan, dia sudah berangkat ke Labuan 2 hari lepas. Jadi Qistina lah menjadi mangsanya.

“Cantikkan cincin ni. I sukalah,” kata Mysara yang masih membelek cincin dijarinya.

“Aduhh…..you ni memang dah teruklah beb.” Qistina menepuk dahinya.

“You tak tahu Qis macam mana I rasa sekarang ni. Bahagia. Lelaki yang selama ini I cintai akhirnya menjadi tunang I dan tak lama lagi kami yang disatukan menjadi suami isteri. I tak sabar nak tunggu kami dinikahkan.” Dengan penuh keterujaan Mysara meluahkan isi hatinya. Dia ingin Qistina tahu betapa dia bahagia sekarang ini. Kalau boleh dia nak seluruh dunia ni tahu bahawa Hasnan menjadi miliknya.

“You memang bertuah Sara. Nan tu dahlah hensem, bergaya dan bakal menerajui Mutiara Holding lagi. Bilalah I ni nak sebertuah you ek.”

Mysara menjeling manja bila mendengar pujian dari Qistina. Namun perbualan mereka terganggu dengan kehadiran Johari.

“Hai…..boleh I join you?” Tanpa menunggu jawapan daripada Mysara, Johari terus melabuhkan punggungnya disebelah Mysara.

Mysara menarik muka masam. Sejak dia bertunang dengan Hasnan, dia sudah tidak berhubung lagi dengan Johari. Dia mahu mulakan hidup baru.

“Lama kita tak jumpakan?” Jari Johari menari-nari di rambut Mysara.

“You nak apa ni Jo?” soal Mysara dengan nada malas.

“I nak you.” Pantas Johari menjawab.

Mysara membeliakkan matanya. Johari hanya tersengih memandang Mysara.

“Errrr…..Sara, I pergi menari dululah,” kata Qistina yang tidak mahu menganggu Mysara dan Johari.

Sebaik Qistina melangkah jauh Mysara menolak badan Johari yang dekat padanya.

“You jangan nak melampau Jo. Kan I dah cakap yang kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi,” marah Mysara. Berombak dadanya menahan amarah.

Johari ketawa besar. “You ingat semudah itu I nak lepaskan you. I rindukan belaian you, baby. Setiap malam I rindukan kehangatan badan you,” kata Johari dengan nada godaan. Jarinya semakin galak menari di pipi dan kemudian di leher Mysara.

“Please Jo.” Mysara menepis tangan Johari yang semakin galak meratah tubuhnya.“I tak nak ingat lagi apa yang kita pernah lakukan dulu. Itu cerita lama. Sekarang ni I tunang Hasnan. I hanya milik Hasnan. I harap you faham. Dulu tu kita sama-sama hanyut. I dah insaf okay,” luah Mysara dengan tegas. Dia mahu Johari sematkan dalam kepala yang mereka sudah tiada apa-apa kaitan lagi.

“Okay. You dah tunang dengan Hasnan. I faham. Tapi kita masih boleh macam dulu,” kata Johari tidak mahu mengalah. Sakit hatinya bila Mysara sekali lagi menolak cintanya kerana Hasnan. Lelaki yang menjengkelkannya.

“No!. You tak faham ke yang I ni dah jadi milik orang. Kita dah tak boleh macam dulu. Lagipun perkara itu satu kesilapan. Kita tak patut bersekedudukkan macam tu sebab kita tak ada ikatan yang sah, okay. I silap dan you pun silap. Jo….please kita lupakan perkara dulu,” rayu Mysara.

Johari yang mendengar tergelak besar. Sakit hatinya mendengar setiap patah kata yang keluar dari mulut Mysara.

“Okey. I boleh lupakan seperti yang you minta. Tapi….ada harganya.”

Mysara mengerutkan dahinya. “Maksud you?.”

Johari tersenyum sinis. Dia mengeluarkan handphone dari kocek seluar jeannya. Dihulurkan handphone itu pada Mysara. Senyumannya semakin lebar bila melihat kerutan di dahi Mysara.

“I ada banyak gambar sewaktu kita bersama. I suka tengok gambar kita tu. Penuh dengan keghairahan dan keasyikkan,” kata Johari dengan suara yang nakal.

Mata Mysara terbeliak tatkala melihat beberapa keping gambar dia bersama Johari dalam keadaan yang memalukan. Tak sangka Johari menyimpan gambar-gambar ini semua. Sebelum sempat jarinya menekan butang ‘delete’ Johari sudah merampas semula handphone dari tangannya.

“You nak buat apa dengan gambar-gambar tu?. Baik you delete semua gambar tu Jo,” kata Mysara yang semakin berang dengan perbuatan Johari yang dirasakan keji.

Johari mencebikkan bibirnya. “Delete?. Boleh. Tapi you perlu bayarlah.” Johari mula mengugut. Kalau dia tidak dapat Mysara, apa salahnya dia pergunakan Mysara untuk kepentingan dirinya sendiri. Dari itu selain dapat membalas dendam kerana mengecewakan hatinya dia juga mendapat keuntungan.

Mysara mendengus marah. Selama ini hanya orang yang menurut kata-katanya. Tapi malam ini dia perlu menurut kata Johari pulak. Dia benci.

“Berapa you nak?” dengan angkuhnya Mysara bertanya.

Johari tersengih sinis. “I tak perlukan duit you, Sara.”

“Habis tu?.”

“I perlukan maklumat Mutiara Holding. I nak you dapatkan maklumat setiap tender yang mereka masuk. Senangkan?” bisik Johari dekat dengan cuping telinga Mysara.

“You dah gila, Jo!” Mysara terkejut dengan permintaan Johari.

Johari menjungkitkan bahunya. “Well…..kalau you bagi I maklumat, semua gambar dalam handphone ni I akan delele depan mata you. Tapi….kalau tidak…..you standby ajelah gambar-gambar ni tersebar di dalam internet. Pasti you glamour lepas tu.” Dalam nada sindir Johari mengugut Mysara.

“You memang bangsat, Jo! You lelaki tak guna!” Mysara memaki Johari. Tak sangka Johari mempergunakannya untuk kepentingan sendiri.

Johari ketawa semakin kuat. Di peluk badan Mysara. “Hai….janganlah marah. Masa kita bersama sentuhan dan rengekkan suara you lembut sangat. I miss that,” bisik Johari lagi dengan penuh ghairah.

Mysara menolak badan Johari. “Stop it, Jo!.”

“I dah bagi you option sayang. Sekarang ni semuanya ditangan you.”

Mysara mendengus. “Bagi I masa untuk fikirkan.”

“Boleh. I bagi you masa sehari untuk fikirkan.”

“Sehari?.”

“Yes baby. Ingat sehari saja. Call me after you make your decision. Bye.” Johari mencium pipi Mysara yang masih terdiam kaku.


“Ez….kau rasa Sara suka tak dengan rantai mutiara ni?.”

Eziwan tersenyum bila Hasnan menunjukkan seutas rantai mutiara padanya.

“Apa hal kau senyum pulak ni. Aku tanya cantik tak?” tanya Hasnan yang mula geram.

“Cantik. Apa mimpi kau belikan Sara barang ni. Bukan ke selalunya kau buat dek aje kat Sara tu,” sinis sindiran Eziwan.

Hasnan menghela nafas. “Aku nak belajar menyintai dia Ez. Aku nak jadi macam kau. Belajar menyintai tunang sendiri. Tak salahkan.” Perlahan Hasnan menuturnya. Dia perlu akur yang sekarang ini dia menjadi tunangan kepada Mysara. Seharusnya mulai dari hari ini dia perlu menerima Mysara seadanya.

Eziwan menepuk bahu Hasnan. “Baguslah kalau kau dah sedar dan faham. Semoga kau akan bahagia dengan Sara.”

“Thanks Ez. Kalau macam tu aku belilah rantai ni untuk Sara. Miss, I ambik yang ni.” Hasnan menghulurkan rantai ditangannya pada seorang jurujual yang berada didepannya. Dia tersengih memandang Eziwan yang tersenyum-senyum.

Sebaik mereka keluar dari kedai barang kemas, Hasnan dan Eziwan menuju ke restoran berdekatan untuk menghilangkan rasa haus tekak masing-masing.

“Mmm…..Nan, lepas kita balik dari Labuan ni aku ingat nak cuti dalam seminggulah.” Kata Eziwan sebaik seorang pelayan menghantar minuman yang dipesan.

Hasnan meletakkan gelas ditangannya dan menoleh memandang Eziwan.

“Lamanya. Kau nak ke mana?.”

“Tak ke mana. Aku nak balik kampung. Nak bincangkan dengan orang tua aku tentang majlis perkahwinan aku dengan Lyn. Sebelum pergi ke sini hari tu Walid ada cakap dengan aku yang mereka nak langsungkan majlis tu dalam cuti penggal nanti.”

“Ialah. Papa dengan Mama pun ada cakap benda tu. Mereka siap nak langsungkan majlis kau dengan aku serentak. Kau tak kisah ke, Ez?.”

“Aku okay aje. Bagus jugak tu. Jimat belanja,”jawab Eziwan jujur.

Hasnan ketawa mendengar jawapan Eziwan. Mereka sama-sama ketawa.


Previous: Bab 17
Next: Bab 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.