Tetapi
bagi orang yang tidak pernah berpuasa tentu rasa terlalu sukar dan tidak
tertanggung. Lainlah seperti kita yang sudah diajar berpuasa sejak dari kecil
lagi. Jadi kita sudah biasa berpuasa, sudah menjadi satu kebiasaan kepada kita,
berbeza dengan Rayyan, yang pertama kali berpuasa hari ini.
‘Abang
okey ke tak ni?” soal Aleeya sambil duduk di sebelah suaminya yang terbaring di
atas sofa. Tadi dalam pukul 11 pagi, tengok Rayyan ok lagi tetapi sekarang
sudah terlantar di atas sofa. Baru pukul 2.00 petang. Mujurlah ambil cuti hari
ini. Boleh pantau Rayyan. Kebetulan Rayyan juga turut mengambil cuti.
“Pening
kepala lah, Liya!” beritahu Rayyan. Sahih angin sudah masuk perut dan singgah
di kepala kerana perut kosong. Aleeya memegang dahi suaminya lalu dipicit
perlahan. Kasihan abang!
“Kalau tak
mampu, abang bukalah!” ujar Aleeya. Kasihan atau tidak sampai hati ni, Liya?
Kedua-dua sekali lah.
“Pukul
berapa dah sekarang?” soal Rayyan. Lambat lagi ke nak berbuka puasa? Tak tahan
lah!. Tapi kalau buka malu lah kepada Aleeya yang berpuasa hari ini. Liya tu
perempuan, awak kan lelaki, mana boleh mengalah kepada perempuan.
“Pukul
dua!” jawab Aleeya. Lima jam lagi baru nak pukul tujul. Lima jam darab 60 minit darab 60 saat.. hishh.. lambat
lagi lah.
“Sayang
pula nak berbuka!” jawab Rayyan membuatkan Aleeya tersenyum kecil. Tahu pun
sayang!
“Pergilah
mandi, nanti kuat lah badan abang!” cadang Aleeya. Kena air nanti kuat lah
tu..,
“Okey.
Tolong papah abang, abang dah tak larat nak berjalan nih!” ujar Rayyan
menghulurkan tangannya kepada Aleeya. Terpaksalah Aleeya memapahnya masuk ke
bilik air. Lerr... sampai tak boleh nak jalan. Lucu Aleeya dengan gelagat
suaminya hari ini.
“Abang ni
manjalah!” usik Aleeya.
“Manja
dengan tak larat, sama ke sayang?” usik Rayyan. Dalam tak larat boleh pula kau
bergurau dengan aku yer? Aleeya
mengelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Pergilah
mandi, Liya ambilkan tuala untuk abang!”
“Okey!”
Kasih
sayang itu membawa Rayyan erti berpuasa hari ini. Dapat juga sehari walaupun
asyik terbaring saja di sofa.
“Waw, Liya
masak macam-macam hari ini untuk abang ke?” soal Rayyan sambil menarik
kerusi. Ada hidangan yang best-best
belaka termasuk dengan pencuci mulut lagi.
“Memang
untuk abang pun!” ujar Aleeya. Ini hadiah dari Aleeya untuk abang yang berpuasa
penuh hari ini.
“Kenapa?”
“Nikmat
orang yang berpuasa adalah ketika berbuka, tak percaya, abang tengoklah nanti!”
“Abang
belajar banyak perkara dari Liya hari ini. Thank sebab sudi jadi isteri abang
yang jahil ini..,” ucap Rayyan membuatkan Aleeya terharu mendengar.
“Liya
adalah tulang rusuk abang, jadi abang adalah jodoh liya yang ALLAH berikan
untuk Liya. Jadi, abang adalah yang terbaik untuk Liya!” balas Aleeya. Liya nak
hubungan kita berkekalan dan berapa di bawah lembayung ALLAH yang satu, sebab
itu Liya akan berusaha untuk mengubah kehidupan peribadi abang. Biarlah Aleeya
sakit jiwa dengan sikap abang, atau pun Liya makan hati dengan abang tetapi apa
pun terjadi Liya tetap setia di sisi abang. Itu janji Liya!
Memang pun
nikmat orang yang berpuasa adalah ketika berbuka kerana itu adalah hadiah yang
ALLAH berikan kepada semua hambanya yang menjalani ibadah berpuasa dengan sabar
dan redha. Bahagianya melihat Rayyan yang sedang makan dengan
enaknya.