Home Novel Cinta PENGANTIN EKSPRES
PENGANTIN EKSPRES (BAB 15)

ALHAMDULILLAH, dia pura-pura saja mabuk semalam, kalau betul bagaimana Aleeya? Bolehkah kau marah Rayyan? Tetapi kau pandai ke marah orang? Azlan tipu kau hidup-hidup pun kau tak marah, malah redha saja. Kalau perempuan lain, memang sudah lama Azlan kena maki hamun tetapi kau tenang saja. Kini Rayyan pula menjadi masalahnya.

Peningnya fikir akan hal Rayyan ini, tak lama lagi nak sambut bulan ramadhan pula. Macam mana dengan Rayyan boleh kah berpuasa, kerana solat pun tak buat, macam mana nak berpuasa agaknya. Rukun yang kedua pun tak terlaksana, nak buat yang ketiga pula?

“Muka monyok ni kenapa?” soal Rayyan apabila melihat Aleeya muka masam saja hari ini. Apa yang tak kena?

“Liya apa hukumnya perempuan muka masam dengan suami?” soal Rayyan sambil membetulkan tali lehernya. Tangan Aleeya ditariknya ke tali leher. Aleeya membetulkan tali leher yang dipakai oleh Rayyan.

“Abang tahu ke?”

“Abah beritahu abang lah, kalau Liya buat perangai, abah suruh pukul Liya..,”

“Pukul Liya?? Isteri boleh dipukul kalau tidak taat kepada suami atau pun isteri buat kesalahan besar, baru abang boleh pukul Liya,” jelas Aleeya. Hidung Aleeya ditarik dengan manja. Aleeya cuba menepis tetapi tidak berjaya. Tangan Rayyan lebih cepat seperti selalu.

“Tetapi Liya tidak boleh pukul suami walaupun suami melakukan kesalahan. Liya kena maafkan saja setiap kesalahan abang,” balas Rayyan. Aleeya mengelengkan kepala. Pakai hukum di mana pula ni? Tetapi Aleeya memang tidak boleh pukul suami pun. Itu derhaka namanya.

“Kalau abang buat salah, Liya lari tinggal abang..,”

“Cakap sekali lagi, apa kata Liya tadi?”

“Liya lari tinggal kan abang..,”

“Abang kahwin dengan Liya sebab abang ingat Liya ni tahu hukum agama. Kalau Liya buat macam ni, apa bezanya Liya dengan perempuan-perempuan di luar sana? Tidak ada bezakan?” marah Rayyan. Pagi-pagi tak baik bergaduh lah Aleeya, lari rezeki yang hendak masuk ke dalam rumah lah. Kalau aku, baru saja cakap macam tu, dia sudah melenting yer. Angin timur laut china selatan semua ada di dalam badan.

Merajuk atau marah ni sehinggakan sarapan pagi yang Aleeya buat tidak disentuh oleh Rayyan. Jus apple kesukaannya pun tidak diminum. Malah ketika Aleeya menghulurkan tangan untuk bersalaman dan mencium tangannya pun Rayyan buat sambil lewa saja. Dahi Aleeya pun tidak dikucup seperti selalu. Marah sungguh Rayyan pagi ini.

Aleeya serba salah dan tidak kena dibuatnya. Rayyan sudah lama bertolak ke tempat kerja. Sedangkan dia hilang arah di dalam rumah. Dia kan masih bercuti panjang, jadi ada di rumah saja.

Aleeya menghantar mesej kepada Rayyan memohon maaf tetapi Rayyan tidak membalasnya. Aleeya cuba menghubungi Rayyan, pun tidak dijawabnya. Aleeya cuba pula menelefon nombor pejabat Rayyan, hanya suara Rina saja menjawab di talian.

“Puan Aleeya, Encik Rayyan tengah meting dengan bos sekarang!” beritahu Rina.

“Okeylah, nanti saya call handsetnya..,”

“Tapi puan..,”

“Kenapa Rina?”

“Encik Rayyan mengamuk tadi, sejak berkahwin ini kali pertama nampak Encik Rayyan mengamuk kat ofis..,” beritahu Rina tergagap-gagap. Cakap pun bisik-bisik saja.

“Mengamuk?” soal Aleeya. Mengamuk sebab bergaduh dengan aku ke?

“Yup, mengamuk. Banyak staf kena marah dan kena tengking tadi..,” kau marah aku bawa sampai ke pejabat ni apa kes pula? Kenapa lah marah orang lain kalau marahkan aku? Hish, tak boleh jadi ni?

“Pukul berapa Encik Rayyan habis meting, Rina?” soal Aleeya. Nak pergi ofis Rayyan lah pagi ini.

“Selalunya kalau meting dengan bos sekejap saja, Puan!” jawab Rina.

“Terima kasih, Rina!”

“Sama-sama, puan!”

Nak pergi atau tidak? Kalau pergi apa pula kata orang di pejabat Rayyan nanti. Tetapi kalau tak pergi, masalah kami ini macam mana. Hendak tunggu Rayyan balik, rasanya lambat lagilah. Selalu pukul enam baru balik, itu paling awal lah. Kalau balik lewat, macam mana? Buatnya dia terus ke kelab malam, lewat malam barulah balik.

Pergi sajalah. Buat apa nak malu, kau kan isterinya. Tak ada masalah lah kalau kau pergi pun. Betul juga tu, jadi lebih baik aku pergi jumpa dia di sana. Lagipun aku yang salah tadi. Jadi aku kena mengaku kesalahan aku.

Ketika Aleeya sampai Rayyan sedang bermesyuarat dengan rakan bisnesnya di bilik mesyuarat.

“Puan, tunggu Encik Rayyan kat bilik dia lah, senang sikit!” beritahu Rina sambil membawa Aleeya ke dalam bilik Rayyan.

“Jangan beritahu dia saya datang yer!” pesan Aleeya ketika duduk di kerusi tetamu di dalam bilik suaminya. Ada gambar kahwin mereka berdua di atas meja. Besar pula tu. Aleeya tersenyum bahagia.

“Baik, puan!” kata Rina sambil berlalu keluar. Tinggal lah Aleeya sendirian di dalam bilik kepunyaan suaminya.

Aleeya membelek gambar perkahwinan mereka berdua. Tengok gambar ini memang kami bahagia benar. Terpandang pula gambar perkahwinannya yang diapit oleh abah dan mak di kampung. Tersentuh rasa hati. Hendak menangis pun ada. Aku kena pertahankan rumah tangga ini kerana abah dan mak sudah merestui hubungan kami, malah abah dan mak sentiasa berdoa untuk aku dan Rayyan. Semuga doa-doa mak dan abah sentiasa ada untuk kami berdua.

Setengah jam dia menunggu, tiba-tiba pintu bilik di tolak orang. Ingat Rina rupanya Rayyan yang masuk ke dalam bilik. Rayyan terkejut dengan kehadiran Aleeya ke pejabatnya hari ini. Tetapi Rayyan sengaja mendiamkan diri kerana mahu Aleeya yang memulakan terlebih dahulu. Salah Aleeya kan tadi, jadi Aleeya lah kena memohon maaf kepadanya.

“Abang, Liya minta maaf, Liya tahu Liya salah..,” ucap Aleeya memohon simpati. Rayyan buat tidak peduli saja.

“Maafkan Liya, Liya janji Liya tak kan lawan cakap abang..,” pujuk Aleeya sambil merapati suaminya yang duduk mengadap komputer. Rayyan tersenyum di dalam hati.

“Hari ini janji lah, esok buat lagi,” balas Rayyan sambil pura-pura marah kepada Aleeya. Isu kecil sangat pun boleh jadi begini. Bukan perkara besar pun. Abang ni memang mengada-ngada lah. Mahu Aleeya membalasnya tetapi nanti lagi panjang lah cerita.

“Liya buang perasaan malu ikut abang sampai kat ofis abang lah, abang tak hargai Liya pun. Marah Liya lagi ke?” ucap Aleeya sambil mengurut kedua belah bahu suaminya. Hendak marah pun dah tak jadi. Aleeya memang pandai mengambil hati suaminya. Rayyan tersenyum senang hati

“Liya berhak lah nak datang sini. Nak malu apanya?” Pejabat ini sentiasa terbuka untuk Aleeya, malah Rayyan suka kalau Aleeya bertandang ke sini selalu. Bangga lah dapat isteri si ayu Aleeya, selama ini orang asyik menghina dan menuduhnya akan dapat perempuan murahan, tengok lah siapa jodohnya. Aleeya lah!

“Takut anak buah abang tuduh Liya asyik berkepit dengan suami pula nanti,” kata Aleeya. Mulut orang kan berbisa. Pedih pula tu.

“Memang pun, Liya mana boleh renggang dengan abang,” kata Rayyan sambil bangun dari kerusinya. Dikucup dahi Aleeya kerana rasa rindu kepada Aleeya sejak dari pagi tadi. Lagipun pagi tadi tak kucup pun dahi Aleeya.

“Mana ada,” sangkal Aleeya. Malu juga kepada Rayyan, walaupun suaminya sendiri.

“Jom, Liya kena belanja abang makan hari ni, sebab Liya dah buat salah kat abang pagi tadi,”

“Boleh, tapi abang kena bayar lah!” Mereka berjalan keluar. Rayyan memimpin tangan Aleeya dengan erat.

“Apa pasal abang kena bayar pula ni? Liya kan ada duit sendiri?”

“Duit abang kan duit Liya juga!” aku dah lama tak tekan duit kat mesin ATM tu, semua pakai duit suami saja.

“Tak. Hari ini Liya kena keluarkan duit Liya kat mesin ATM tu, abang tunggu!”

“Abang mengira hari ni yer!”

“Duit abang dah habis lah guna untuk kenduri kita!”

“ Yer ker? Macam tak percaya saja,” kau kan kaki joli. Mesti duit habis sebab berjolikan?

“Pergilah tekan duit tu, teringin juga nak rasa duit isteri!” suruh Rayyan. Aleeya melepaskan pegangan tangan suaminya apabila sampai di mesin ATM. Di keluarkan kad bank lalu dimasukkan kad ke dalam mesin ATM. Aleeya mengalih ke arah suaminya yang berjalan ke arah kereta. Aik, ada baki sampai tujuh ribu, rasanya ada dua ribu saja duit simpanannya ini selepas tolak segala belanja kahwin hari itu. Abah ke yang masukkan duit untuk Aleeya, sebab kalau sengkek hujung bulan, abah lah tempat Aleeya meminjam duit. Pinjam dan tak pernah bayar. Hish, tapi tak kan abah nak masukkan sebanyak itu. Banyak duit abah, sekarang bukan musim orang ambil padi lagi lah.

Selesai mengeluarkan duit, dia terus masuk ke dalam kereta suaminya. Mata memandang ke arah Rayyan. Mesti Rayyan yang punya kerja.

“Abang bank in duit kat Liya ke?” soal Aleeya.

“ Ambil lah, Liya kan dah jadi isteri abang, lagi pun Liya kena uruskan hal rumah tangga kita, nak kena beli barang rumah lagi. Abang malaslah nak beli barang rumah!” kata Rayyan sambil menghidupkan enjin kereta. Hendak makan di mana yer? Perut mula berbunyi kerana masih belum makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Makan kat hotel lah, selesa sikit.

“Banyak sangat!” balas Aleeya. Lima ribu sebulan, baik aku berhenti kerja saja.

“Habis kalau banyak kenapa? Nak berhenti kerja?” ujar Rayyan dapat menangkap apa yang ada di dalam fikiran Aleeya.

“Kalau berhenti boring lah pula duduk seorang kat rumah!” Cuti seminggu ini pun sudah buat aku tidak senang duduk. Baik bekerja lah sebelum ada anak nih.

“Sayang kalau berhenti, Liya ada ijazah, kalau lulus SPM tu lain lah duduk kat rumah pun!” Berhenti nak buat apa. Makan dengan tidur saja kat rumah. Aku tak suka perempuan hidup begitu. Nanti jadi pemalas pula.

“Liya sambung belajar boleh?”

“Abang tak benarkan!”

“Pulak??”

“Liya abang kahwin Liya sebab nak suruh Liya urus rumah tangga abang, kalau Liya sambung belajar, rumah tangga kita bagaimana?”

Dia ni memang aku tak faham betul lah. Suruh kerja tetapi tak boleh sambung belajar. Apa salah nya aku sambung belajar. Sama juga lah dengan bekerja?

Mungkin dia takut aku sambung belajar di tempat yang jauh dari rumah kami kut?

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.