Home Novel Cinta Kita Saja Tahu
Kita Saja Tahu
Rian Zeus
8/8/2020 15:32:06
15,302
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

Sebaik saja tiba di rumah Arjuna, keretanya diparkirkan di garaj di hadapan rumah.

 

“Wah, besarnya rumah dia,” bisik Anis dalam hati. Rumah banglo tiga tingkat yang dicat putih itu ditatap oleh Anis dengan penuh perasaan kagum. Entah rumah atau istana. Besar dia tak boleh dibawa bincang.

 

“Inilah rumah saya. Jom turun! Tapi kalau awak tak nak masuk dalam awak boleh tunggu saja di luar, biar saya yang masuk ambil barang saya,” ujar Arjuna lantas membuka pintu keretanya.

 

“Juna,” panggilan Anis yang memusingkan tubuh Arjuna menghadapnya. Niat Arjuna untuk masuk ke rumah terbantut tatkala mendengar namanya disebut Anis.

 

Arjuna menjongketkan kening kanannya tanda menunggu kata-kata Anis.

 

“Juna, kalau awak tak kisah, boleh tak kalau saya nak tumpang tandas di rumah awak?” tanya Anis serba salah. Kebetulan dia memang ingin membuang air kecil. Dah lama dia tahan semenjak di perhentian bas tadi.

 

“Oh, mestilah boleh. Jom masuk! Saya tunjukkan tandas,” pelawa Arjuna seraya membuka pintu gril yang terkunci.

 

Tanpa membuang masa, Anis mengekori Arjuna masuk ke dalam rumah.

 

Setelah berada di dalam rumah itu, kelibat seorang pun tidak kelihatan. Walaupun besar, tetapi rumah itu sunyi sepi.

 

“Mana mak dan ayah awak?” Lantas Anis menyoal Arjuna apabila menyedari tiada siapa-siapa pun yang ada di situ.

 

“Mak dan ayah saya masih di syarikat. Mereka biasa balik lambat. Kalau belum pukul sebelas malam, jangan haraplah awak boleh jumpa mereka,” jelas Arjuna. Itulah kebenarannya. Kedua-dua orang tuanya memang terlalu sibuk dengan kerjaya masing-masing sehinggakan jarang berada di rumah.

 

“Oh…” Anis mengangguk faham. “Adik beradik awak? Tak ada ke?” tanya Anis lagi.

 

“Saya ada seorang kakak, tapi dia ada di Australia sekarang. Sambung belajar di situ,” sahut Arjuna.

 

Anis terpandang sebuah potret keluarga yang tergantung di tengah-tengah ruang tamu rumah itu. Ada empat orang dan salah satunya ialah Arjuna yang berdiri tegak di sisi seorang wanita dalam lingkungan empat puluhan. Mungkin wanita itu ialah ibunya. Boleh tahan cantik juga ibunya Arjuna.

 

“Jadi awak selalu duduk seorang diri di rumah?”

 

Arjuna mengangguk. “Ya. Bibik hanya akan datang pada waktu pagi untuk mengemas dan masak. Selepas selesai kerja, dia akan balik.”

 

Anis mula berasa cuak sedikit. Dia mengambil satu langkah ke belakang. Maknanya, sekarang hanya mereka berdua sahaja yang ada dalam rumah itu.

 

Memerhatikan reaksi Anis yang sedikit kekok, Arjuna lantas bersuara. “Anis jangan risau. Anis nak guna tandas kan? Anis guna tandas di dalam bilik tamu sebelah dapur. Juna nak naik ke atas ambil barang sekejap.”

 

Melihat Arjuna yang sudah membawa diri ke atas, dengan pantas Anis mencari tandas seperti yang diberitahu Arjuna.

 

Selesai menggunakan tandas, Anis terus keluar. Dia tidak mahu lama-lama di rumah itu. Walaupun tiada apa-apa yang berlaku, namun tidak manis pula jika dipandang atau diketahui orang. Nanti timbul pula fitnah.

 

Setelah Anis keluar dari tandas, Arjuna kelihatan sedang bersandar pada pintu bilik tamu itu. Anis sedikit terkejut melihat Arjuna di situ. Kenapa pula Arjuna menunggunya di situ?

 

“Eh Juna, awak dah ambil barang awak ke? Kalau dah, boleh kita gerak sekarang?”

 

Namun kata-kata Anis itu dibiarkan sepi. Mata Arjuna merenung tajam ke arah Anis. Tekaknya ditelan berkali-kali seperti sedang menahan sesuatu dalam dirinya. Kemudian, Arjuna mengambil selangkah demi selangkah yang perlahan menghampiri Anis. Anis pula mati kutu dan mula cemas. Selangkah Arjuna ke hadapan, selangkah Anis ke belakang.

 

“Juna, kenapa dengan awak? Apa awak nak buat ni?” Tanpa disedari, tiada lagi ruang untuk Anis bergerak ke belakang. Anis sudah tersandar pada dinding bilik itu.

 

Riak muka Arjuna masih sama seperti tadi. Dirinya semakin hampir dengan diri Anis sehinggalah jarak mereka hanya tinggal seinci. Arjuna melekatkan kedua-dua belah tangannya pada dinding mengepung diri Anis. Anis kini tidak lagi dapat bergerak atau berlari ke mana-mana.

 

“Juna, kenapa dengan awak? Tolonglah jangan takutkan saya,” rayu Anis. Kolam matanya sudah mula diisi air mata yang bakal tumpah. Keresahan dalam dirinya ketika itu hanya Allah saja yang tahu.

 

Tanpa menghiraukan kata-kata Anis, Arjuna tunduk memagut bibir Anis dengan rakus. Anis cuba sedaya upaya untuk menolak tubuh yang sasa itu, tetapi kudratnya jauh lebih rendah berbanding dengan Arjuna. Tangan Arjuna memaku tangan Anis pada dinding dan dia meneruskan apa yang sedang dilakukan olehnya. Setelah puas, bibir mungil Anis dilepaskan oleh Arjuna.

 

“Juna, apa awak buat ni? Awak dah gila ke! Lepaskan saya, saya nak balik sekarang!” jerit Anis dengan air mata yang sudah membasahi mukanya. Sungguh tidak disangkanya Arjuna akan memperlakukan dirinya seperti itu. Jijik betul!

 

“Kenapa awak jual mahal pula sekarang? Bukan ke awak juga nakkan semua ni?” soal Arjuna sambil tergelak sinis.

 

“Apa awak merepek ni? Saya nak balik! Tolonglah lepaskan saya!” Anis seboleh-bolehnya cuba untuk melepaskan dirinya tetapi tetap gagal.

 

“Kalau macam tu kenapa awak ikut saya balik rumah? Nak guna tandas konon? Tak payah tipulah. Cakap saja awak memang nak goda saya. Just be honest ok, we can have fun together, nothing is wrong with that.” Sebelah tangan Arjuna naik mencengkam muka Anis sebelum dia mengeluarkan kata-kata itu.


“Lelaki tak guna!” Entah dari mana datangnya tenaga secara tiba-tiba, Anis berjaya membebaskan tangannya dari cengkaman Arjuna lalu menampar pipi cerah lelaki itu.

 

“Awak yang sakiti saya. Kalaulah saya tahu awak ada niat buruk terhadap saya, sampai mati pun saya tak akan terima pelawaan awak tadi.” Anis kini menangis dengan kuat. Pertama kali dirinya diperlakukan sebegitu. Dia berasa amat takut sekarang.

 

Tangan Arjuna naik meraba-raba pipinya yang hangat ditampar Anis. “Berani awak tampar saya?” herdik Arjuna lalu tubuh kecil Anis ditolaknya dengan kuat ke lantai.

 

Tanpa disengajakan, dahi Anis terlanggar bucu katil di sebelahnya. Dengan serta merta dunia Anis terasa gelap dan hanya namanya yang didengarinya sayup-sayup sebelum hilang sepenuhnya.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Rian Zeus