"Aduh!”
“Cik Aufiah jangan gerak dulu. Cik
masih lemah ni.” Tengku Faiq yang sedang menonton televisyen di sofa pantas
meluru ke katil bila mendengar erangan kecil wanita itu.
“Macam mana kau tahu nama aku?”
“Err... Cik Hadif Aufiah. Saya
tengok kad pengenalan cik masa nak daftar masuk tadi. Saya ambil dari purse
Cik Aufiah. Saya Faiq. Cik ingat tak, cik yang selamatkan saya dan anak saya
pagi tadi. Cik Aufiah kena langgar dengan van pagi tadi. Tangan tu terseliuh
dan kaki Cik Aufiah retak sebab cik terhempas kuat masa kena langgar tadi.
Jangan banyak bergerak ya. Err... kepala Cik Aufiah pun luka sikit di dahi
mungkin akibat terhentak di tar tadi,” terang Tengku Faiq satu per satu.
Adif menelan liurnya. “Hah!!
Sampai macam tu sekali? Err... patutlah sakit tangan ni. Ni kaki tergantung dah
macam robot. Kepala ni dia orang bungkus sebab retak jugak ke?”
“Sempat lagi Cik Aufiah buat lawak
ya.” Kata-kata Adif yang polos di pendengarannya mengundang ketawa besar Tengku
Faiq.
“Sibuk aje kau ni. Cik Aufiah...
Cik Aufiah... panggil aku Adif aje,” rungut Adif kasar.
“Err...” Tengku Faiq kehilangan
kata. ‘Sakit-sakit pun garang minah ni,’ getus hati kecilnya.
“Yang kau melopong ni dah kenapa?
Doktor cakap bila aku boleh keluar ni?” soal Adif garang.
“Err... ming... minggu depan!”
Tergagap-gagap Tengku Faiq menjawab. Wajah menyinga Adif membuatkan dia sedikit
terkedu.
“Lamanya! Aduh... kaulah ni. Kalau
kau nak buat drama pun tak payahlah kat tepi jalan. Bahaya tau tak? Harap rupa
aje macam Brat Pit, tapi akal sempit.” Bibir mungil itu mula memuncung.
Merungut dan membebel kepada Tengku Faiq.
“Er... saya minta maaf pasal kami
Cik Aufiah terlantar kat sini,” ujar Tengku Faiq ikhlas. ‘Ciss... Sempat lagi
mengata aku minah ni!’ Tengku Faiq mengata dalam diam.
“Adiflah!” jerit Adif sekuat hati.
“Err... sorry, Cik Adif,”
balas Tengku Faiq cuak.
“Huh! Pening kepala aku layan
kau.” Adif mula bosan melayan lelaki di hadapannya lalu cuba menyelesakan
dirinya di pembaringan. Kepala yang berdenyut-denyut membuatkan hatinya panas
apabila lelaki di hadapannya cuba beramah mesra. Sengaja dia berlagak garang
untuk menutup rasa gugup di hati. Pertemuan dengan dua beranak ini dalam tragedi
yang tidak disangka membuatkan dia berasa gementar semacam!
“Err... Cik Adif ada contact
numbersaudara-mara ke yang perlu saya inform pasal Cik Adif kat
sini?” soal Tengku Faiq lembut.
“Aku nak tidur.” Serentak dengan
kata-kata itu, Adif memejamkan matanya. Tengku Faiq yang masih setia menanti
tidak langsung dipedulikan.
“Err...” Terkedu Tengku Faiq
dengan sikap gadis di hadapannya. Senyuman kecil tersungging di bibirnya
apabila menatap balutan tebal di kepala gadis itu.
‘Effect accident sampai macam tu sekali ke?’ Hatinya berbisik. Faham
dengan keadaan gadis itu yang memerlukan rehat secukupnya, Tengku Faiq
melangkah keluar meninggalkan gadis itu yang tampak kembali lena.