Home Novel Cinta DINDA CINTA KANDA
DINDA CINTA KANDA
Nur Insyirah
17/3/2014 16:59:57
81,662
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

Adif melangkah masuk ke dalam rumah setelah suaminya hilang daripada pandangan. Niatnya ingin terus tidur memandangkan matanya terlalu letih akibat seharian menemani anaknya membeli-belah dan bermain basikal di taman rekreasi berdekatan dengan rumah mereka. Sengaja malam ini dia menunggu Tengku Faiq kerana ingin berbincang mengenai Tengku Auni yang kerap merungut rindukan waktu-waktu untuk bersama dengan babahnya. Disebabkan Tengku Auni, dia masih bersengkang mata menunggu Tengku Faiq.

Matanya menangkap kelibat Tengku Faiq yang termenung di dapur. “Dah kenapa pulak dia ni? Dari tadi termenung aje. Ada masalah kat ofis ke?” Adif mengomel sendirian.

Pantas kakinya diayunkan menuju ke arah dapur. Kerusi di hadapan suaminya ditarik dan dia selamba duduk meskipun tiada segaris senyuman di bibir lelaki itu.

“Err... nak cakap sikit ni...” Adif memulakan bicara. Gugup seketika setelah sekian lama tidak berkomunikasi dengan suaminya sejak peristiwa menyakitkan hati tempoh hari.

“Hmm...” Ringkas Tengku Faiq membalas sambil meneguk air kosong di hadapannya.

“Auni... dia rindukan awak. Dah lama awak tak luangkan masa dengan dia.”

“Jadi? Kau ada masalah ke? Atau kau pun nak spend timedengan aku?” Sinis Tengku Faiq membalas.

Adif mencebik. “Saya cuma cakap bagi pihak Auni. Dah lama sangat awak abaikan dia.”

“Habis apa guna kau kat rumah ni? Nak goyang kaki dapat duit free aje?”

“Goyang kaki dapat duit free? Great idea. Esok, saya startbuat macam tu. Lantaklah nak jadi apa pun dekat anak awak tu. Ada saya kisah?” Adif melawan renungan garang Tengku Faiq. Kata-kata sinisnya mengundang amarah lelaki itu. Wajah lelaki itu kelihatan merah padam. Renungan tajam Tengku Faiq tidak sedikit pun menggentarkan hatinya yang kian lali dengan sikap baran lelaki itu.

Tanpa sedar, gelas dalam genggaman Tengku Faiq pecah. Tengku Faiq hanya diam melihat darah yang laju menitis di atas meja. Adif terjerit kecil melihat darah yang makin banyak membasahi meja makan di dapur. Pantas tangan Tengku Faiq dicapai. Bergetar tangannya apabila menyentuh tangan suaminya yang berlumuran darah itu.

“Kenapa? Takut tengok darah? Ini baru luka di tangan aku. Luka di hati aku akibat perbuatan kau lagi teruk dari ni. Sampai bila-bila pun, kau tak layak jadi isteri aku, Adif. Aku tak peduli apa perjanjian kau dengan abah, tapi aku nak kau tahu satu benda, aku benci kau, Adif! Benci teramat sangat.”

Adif tersentak. Hatinya serta-merta sebak.

“Tunggu sekejap. Saya pergi ambil first aid,” balas Adif perlahan. Getaran suaranya cuba dikawal sebaik mungkin. Air mata yang mula bergenang ditahan.

“Tak payah. Aku tahu buat sendiri.” Tengku Faiq menepis tangan Adif.

“Awak jangan nak ego sangat boleh tak?! Duduk situ diam-diam. Kalau nak bunuh diri sekali pun jangan buat depan saya!” bentak Adif. Kotak first aiddi dalam kabinet di dapur pantas dicapai dan Adif kembali membelek luka di tangan suaminya.

“Kenapa? Tak boleh? Biar kau rasa bersalah seumur hidup. Perempuan macam kau ni mana layak nak diberi simpati. Suka ambil kesempatan, pisau cukur, kaki bodek... aduh!”

Adif tersengih melihat wajah berkerut Tengku Faiq. Sengaja ditekan luka itu dengan kuat. Sakit hatinya mendengar kutukan Tengku Faiq terhadap dirinya.

“Luka awak ni dalam. Jom, pergi klinik depan taman tu. Buka lagi ni, klinik tu 24 jam. Kalau tak jahit nanti hodoh pulak tangan suami saya tu,” ujar Adif perlahan sambil membersihkan luka di tangan suaminya. Darah yang mengalir seolah-olah tidak mahu berhenti.

Pantas pergerakan Adif mencapai bandage dan membalut luka itu untuk menghentikan darah. Dia langsung tidak menyedari perbuatannya diperhatikan oleh Tengku Faiq.

“Dah, jom pergi sekarang. Takpe... saya boleh drive.Awak tunggu sini kejap saya pergi angkat Auni masuk kereta.” Adif bingkas bangun, namun tangannya pantas ditarik oleh Tengku Faiq.

“Nak buat apa angkat Auni masuk kereta?” soal Tengku Faiq kebingungan.

“Dalam rumah ni, kita bertiga aje. Kalau kita berdua keluar, takkan nak tinggal Auni sorang-sorang? Sengal punya bapak!” balas Adif. Sempat juga dia mengenakan suaminya itu. Langkahnya laju memanjat anak-anak tangga menuju ke bilik si kecil tu.

Previous: BAB 10
Next: BAB 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.