Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
100,765
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 10

30 Ogos 2010, seawal jam 6.30 pagi mereka sudah bertolak ke Lapangan terbang London jadual penerbangan mereka pada pukul 9.00pagi ke Ireland. Sepanjang perjalanan dari kediaman Dato Hisyam ke lapangan terbang sehinggalah mereka menaiki pesawat Iskandar hanya membisu dan melayani perasaannya sendiri.

Lees hanya memerhatikan tingkah laku suaminya itu dengan penuh tanda tanya kerana dari rumah hingga ke dalam perut pesawat Iskandar tidak bersuara. Lees menjadi pelik dengan sikap Iskandar.

“Apa yang bermain dalam fikiran Is, apa yang dia fikirkan?” bisik hati Lees. Lees mencuit Iskandar yang ada disebelahnya.

“Is kenapa diam aje ni ada masalah ke? Is sakit ke?. Iskandar tidak menjawab pertanyaan Lees cuma menarik nafas panjang mengeluh sambil dia memegang tangan Lees, sesekali dia meramas-ramas tangan Lees. Lees semakin merasa hairan dengan sikap suaminya, Lees bertanya sekali lagi.

“Is kenapa ni?’Is memandang isterinya dengan senyum dan menggelengkan kepala. Lees mengerut dahi tanda hairan, dia tahu mungkin ada sesuatu yang bermain dalam difikiran Is. Tapi apa ye?, mungkin dia menunggu jawapan cinta dari aku.

“Itu aku tak boleh jawaplah” bisik hati Lees. Lees mengikut sahaja rentak Is apabila Is memeluk tubuhnya dan meletakkan kepala dia ke atas bahunya.

“Janganlah Is tanya, aku pasal cinta” bisik hati kecil Lees. Dia risau kalau Is bertanyakan perasaannya terhadap dia. Sepanjang penerbangan itu Lees berada dalam pelukkan suaminya sehingga pesawat mereka mendarat di lapangan terbang Dublin.

Sesampainya mereka di lapangan, mereka menaiki kereta sewa menujua ke hotel terlebih dahulu di mana, mama dan daddy Lees menginap pada malam itu iaitu di hotel Adession BLU lebih kurang 0.8km daripada lapangan terbang, sebelum menghantar Lees dan Is ke University Trinity College of Dublin. Sepanjang perjalanan ke Universiti Iskandar hanya berdiam diri dan sesekali dia memegang tangan isterinya.

“Is, awak ok tak?” Lees bertanya lagi, dia sangat hairan kerana Iskandar tidak bercakap dengannya.

“Abang tak apa-apalah, abang sihat”. Is menjawab dengan senyum.

Kenapa berat rasanya untuk melepaskan Lees. Sayu hatinya, dia amat sayang dan mencintai isterinya itu.

“Eh! dia bahasakan dirinya abang. Aduh!”. bisik Lees.

“Lees I love you” ucap Is pada Lees sambil memandang Lees dan mencium tangan Lees. Lees tersenyum dan tertunduk malu. Is tahu yang Lees tidak akan membalasnya.

Kereta sewa yang dinaiki mereka berhenti di depan Universiti Trinity College Dublin. Mereka semua keluar dari perut kereta. Lees dan Iskandar tergaman, terpegun dan amat teruja, membuatkan mereka terdiam seketika apabila melihat bangunan putih dihadapan mereka yang tersergam indah memukau mata mereka, dengan kecantikan bangunan tertua yang telah dibina pada tahun 1592. “Alhamdulilah sampai juga aku di sini. Inilah tempat yang aku idam-idamkan untuk belajar” Bisik hati Lees dengan senyum lebar. Sebelum mama dan daddy mereka meninggalkan mereka berdua di situ mama Lees, memanggil mereka.

“Is, Lees mari sini sekejap” Lees dan Is menghampiri mama dan daddy mereka.

“Lees, kamu dengar cakap Is ya? Ingat, Iskandar tu suami Lees. Is, kamu tengok-tengok sikit si Lees ni kalau ada apa-apa bagitahu kami” pesan mama pada mereka. Meraka senyum dan menganggukkan kepala tanda faham dengan pesanan ibunya. Mereka bersalaman dan berpelukkan antara satu sama lain sebelum mama dan daddy meninggalkan mereka berdua di situ.

Sebelum beredar untuk mendaftarkan diri Is memanggil Lees. Lees menghampirinya.

“Jangan lupa pesan Is” Lees menganggukkan kepalanya. Is menghulurkan tangannya supaya Lees bersalam dengannya. Lees menyambut salam dan mencium tangan suaminya. Mereka beredar dan berpecah dari situ menuju ke tempat pendaftaran.

Lees berjalann masuk ke dalam bangunan yang indah dan besar itu, matanya memerhati sekeliling. Dia begitu teruja dengan seni bina bangunan university yang tertua di Ireland. Dia mencari tempat pendaftaran bagi pelajar baru dari Malaysia. Dia berpaling ke kiri kanan melihat dinding bangunan dengan banner yang tergantung-gantung. Dia terpingan-pingan keseorangan ditengah-tengah ratusan pelajar yang tidak dikenalinya. Dia cuba mencari kelibat Iskandar yang meninggalkan dirinya keseorangan. Tiba-tiba dia ternampak seorang pelajar perempuan wajahnya seperti orang arab-melayu yang juga tercegak keseorangan. Lees menghampirinya dan bersuara.

“Excuse me” budak perempuan itu berpaling ke arahnya dengan senyum.

“Yes” budak perempuan itu menjawab sebaik sahaja mendengar suara Lees sambil berpaling ke arahnya.Lees bertanya lagi.

“From Malaysia?”.

“Yes” jawab perempuan itu. Lees senyum, perempuan itu membalas senyuman Lees. Mereka bersalaman dan memperkenalkan diri masing-masing.

“Saya Nur Aleesa Putri binti Hisham, panggil saja Lees”. Lees memperkenalkan dirinya.

“Saya Syarifah Imira Syed Bakri” panggil Mira. Imira membalas. Patutlah wajah Mira ala-ala arab, anak syed rupanya. Cantik juga orangnya kulit sawa matang. Tapi dia lebih rendah pada Aleesa. Sambil mereka berbual-bual mata Lees memandang kiri kanan masih lagi mencari kelibat Iskandar.

“Assalamualaikum” mereka terkejut mendengar satu suara memberi salam, mereka berpaling.

“Waalaikummussalam”. Seorang lelaki tinggi 5’8’’, segak, berbadan kurus, kulit hitam manis, mukanya bujur, berdiri disebelah mereka. Lelaki itu menghulur tangan memperkenalkan dirinya, huluran itu disambut oleh Imira.

“Nama saya Mohd Fitri bin Mohd Fatmi dari Malaysia, orang Pahang”. Fitri memperkenalkan dirinya sambil matanya memerhatikan Lees yang tersenyum.

“Saya Syarifah Imira Syed Bakri” Mira menyambut tangan Fitri. Fitri melepaskan tangan Mira dan menghulurkan tangannya kepada Lees namun tidak disambut. Lees hanya memperkenalkan dirinya sahaja.

Fitri memandang sekali lagi pada Aleesa dan memerhatikan gadis itu. Dia terpegun melihat kecantikan Aleesa, Fitri menenung wajah Aleesa lama-lama. Bisik hatinya “Cantiknya dia ni, tingginya 5’4”, kulit putih melepak, hidung kecil tapi mancung, bibirnya cantik bagai ulas limau merah tanpa lip stick, matanya yang kuyup menambahkan ayu wajahnya dengan pipinya gebu bagai kulit bayi. Siapa yang memandangnya pasti teruja. Sekali pandang tidak puas mata memandang”.

Perkenalan mereka diperhatikan oleh Iskandar yang berdiri lebih kurang 5meter dari mereka. Lees terperasan ada orang yang sedang memerhatikan mereka, dia berpaling dan melihat Iskandar menuju ke arah mereka. Iskandar bertanya.

“Kamu semua dari Malaysia?”

“Ya” Jawab Fitri dan Mira serentak. Dia memperkenalkan dirinya dengan menghulurkan tangan dan disambut oleh Imira dan Fitri, dia menghulurkan tangannya kepada Lees tapi Lees tidak menyambutnya sambil diperhatikan oleh Fitri lalu berkata.

“Lees ni orang bertudung mana boleh sambut salam”

“Oh! maaflah” Jawab Is dengan senyum.

“Ishh…dia ni saja nak uji aku ke?” bisik Lees. Imira memerhatikan Iskandar dengan pandangan yang tajam.

“Eh! kacaknya Iskandar ni, tinggi, putih, dada bidang, rauk wajahnya…fulamak… hidung mancung, bibirnya merah, kalau aku dapat memang cairlah” bisik hati kecil Imira sambil tersenyum.

“Kamu semua ambil course apa ya?” tanya Mira pada mereka.

“Saya ambil course ekonomi” jawab Lees.

“Samalah kita” Fitri membalas, bolehlah kita belajar sama-sama dia memberitahu sambil memerhatikan dan merenung wajah Lees dengan tajam.

Iskandar memerhati Fitri yang asyik memandang Lees dari tadi. Perasaannya sedikit cemburu.

“Saya ambil Medic” jawab Iskandar.

“Laaa… sama dengan saya” jawab Mira dengan gembiranya.

Selepas berkenalan antara satu sama lain, mereka sama-sama menuju ke tempat pendaftaran. Kemudian mereka mencari tempat penginapan yang telah disediakan oleh pihak universiti. Kebetulan Lees dan Imira ditempatkan dalam rumah yang sama. Mereka mencari tuan punya nama bagi rumah mereka yang tertera nama pelajar senior Mastura Ayub. Lees terdengar namanya di sebut dan panggil beberapa kali, mereka berdua menuju ke suara yang memanggil.

“Saya Nur Aleesa Putri” jawab Lees apabila dia tiba di depan wanita yang memanggilnya.

“Kamu Nur Aleesa Putri” tanya wanita itu

“Ya” jawab Lees.

“Saya Mastura Ayub”.. wanita itu memperkenalkan dirinya

“Kamu akan serumah dengan saya, panggil saja Kak Mas” Lees bersalaman dengan Mastura.

“Saya mencari dua orang lagi, namanya Syarifah Imira Syed Bakri” Mastura memberitahu Lees.

“Ini Imira” Lees memperkenalkan Imira pada Mastura.

“Ok! baguslah sudah ada kat sini” kata kak Mas.

“Sorang lagi nama siapa” tanya Mira.

“Namanya Aisyah Abdullah” jawab kak Mas. Mereka sama-sama mencari Aisyah.

Selepas mendaftarkan diri Iskandar dan Fitri mencari teman sebiliknya yang lain apabila mereka ditempat dalam satu rumah iaitu Mohd Rizal dan seorang warga Indonesia bernama Randy Solo. Apabila mereka semua sudah berjumpa dan berkenalan mereka menuju ke kediaman yang telah disediakan untuk mereka. Pada malam itu mereka mengemaskan pakaian dan berbual-bual bagi mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat.

Kak Mas membawa teman serumahnya ke kediaman mereka tidak jauh daripada universiti mereka. Masing-masing merasa lega kerana ditempatkan bersama pelajar-pelajar dari Malaysia. Mereka juga berkenalan dengan lebih dekat lagi pada malam itu. Lees keluar dari biliknya setelah selesai mengemas barang-barang yang dibawanya dengan bertudung.

“Hai! Lees duduk dirumah pun, pakai tudung” tanya kak Mas menyindir.

Lees tersenyum dan menjawab. “Oh ya… bukan Lees tidak mahu buka tudung tapi tidak biasa lagilah”

“Kita semua perempuanlah Lees” Aisyah menyampuk.

Lees bukannya sengaja tidak mahu buka tudung tapi dia risau kalau ‘love bite’ yang masih ada ditengguknya nampak oleh mereka, apa dia nak jawab. Itu pun mujur sebelum dia keluar bilik tadi dilihatnya dicermin masih ada love bite yang dihadiahkan oleh suaminya Iskandar semalam yang masih belum hilang. “Is buat apa sekarang ini, rindu pula aku pada dia. Baru beberapa jam tidak tengok dia. Aku dah rindu, hee?” bisik hati Lees sambil tersenyum sendirian membayangkan wajah tampan suaminya itu.

Suasana di rumah sewa Iskandar agak riuh dengan gelak ketawa mereka apabila mereka berkenalan dengan seorang warga Indonesia yang bernama Randy. Mereka berbual dalam loghat Indonesia sesekali mengenakan Randy. Tiba-tiba Rizal bersuara

“Fit kamu senyum sorang-sorang ni kenapa:”. Fitri tersenyum dan mengangkat kening lalu menjawab.

“Aku teringatkan seseorang”

“Kamu ada pacar ya?” Tanya Randy.

“Bukanlah, belum jadi pacar lagi, coming soon’ jawab Fitri.

“Habis tu apa, ceritalah” desak Rizal.

“Aku teringatkan budak perempuan tadilah” jawab Fitri.

“Perempuan mana?” Tanya Iskandar.

“Yang tadilah, yang kita jumpa di tempat pendaftaran tu”.

“Siapa Imira ke?” Is bertanya lagi.

“Ishh…bukan si Mira gedik tu. Aleesa lah. Cantik betullah si Lees tu kalau aku dapat fulamak bahagia hidup aku”. Jawab fitri dengan membayangkan Lees.

“Cantik sangat ke?” Balas Rizal.

“Memang cantik sangat, cantik gila lah dia tu, aku tak tahulah nak bayangkan macam mana cantiknya wajah dia, kulit dia, badannya, suaranya yang merdu cair aku”. Jawab Fitri.

Iskandar mendengarnya dengan perasaan yang sedikit marah dan cemburu. “Eh si Fitri ni berani kau bayangkan isteri aku sampai begitu sekali. Aku bersama dia pun tak pernah tengok keseluruhan tubuhya, tapi kalau aku minta dengan Lees mungkin boleh kut diakan bini aku, berani dia tolak aku”. bisik hati Iskandar sambil membayangkan isterinya itu.

Hatinya berkata lagi “Apa Lees buat sekarang ni ya?. Baik aku telefon dia”. Iskandar bangun menuju ke biliknya dan mengambil telefon bimbitnya lalu mengedail nombor Lees.

Terdengar bunyi nada lagu telefon bimbit Lees. Ring…ring…ring…

“Telefon siapa berbunyi tu?” kak Mas bersuara.

Lees bangun dan bergegas ke biliknya sambil menjawab pertanyaan kak Mas.

“Telefon Lees”. Lees cepat-cepat mengcapai telefon dan dimelihat skrin IADJ (singkatan nama Iskandar). Dia menjawab “Hello”.

“Hai! sayang buat apa tu?” dia mendengar suara yang dirindunya.

“Sayang! aduh betul ke Is ni, panggil aku sayang”. Bisik Lees.

Lees menjawab dengan nada yang manja “Tak ada buat apa borak dengan kawan-kawan”

“Sayang sudah makan?”. Sayang. Bisik Lees…

Lees menjawab “Lees lah”

“Kenapa, abang tak boleh panggil sayang ke?”

“Abanglah pula” bisik Lees.

Dia menjawab dengan lembut dan manja “Lees tidak makan lagi” .

“Kenapa tidak makan? Lees tinggal dengan siapa? Di mana? Is bertanya bertubi-tubi risau tentang isterinya itu.

“Lees tinggal dengan Mira, Aisyah dan kak Mastura senior. Lees tidak tahu nak makan apa”.

“Habis tu kawan-kawan Lees tidak makan ke?’. Tanya Is lagi.

“Mereka beli bungkus tadi”. jawab Lees.

“Habis tu, Lees makan apa?”.

“Makan biskut ajer”. Jawab Lees.

“Kita jumpa pagi esok di cafe, nanti Is message ok”.

“Ok”. Jawab Lees sepatah sebelum memutuskan talian.

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina