Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,043
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 8

Pagi itu Iskandar bangun lebih awal daripada Aleesa. Dia terus ke bilik air untuk mandi dan solat subuh. Selesai bersolat dia melihat Lees masih lagi tidur. Dia sengaja tidak kejutkan Lees, dia tahu Lees masih uzur. Dia bangun dan menghampiri katil melihat Lees yang sedang nyenyak tidur. Direnungnya wajah Lees lama-lama.

“Cantik betullah Lees ni, memang tepat aku mengkahwini dia dengan cepat, kalau tidak melepas aku. Aku memang tidak suka merebut cinta seorang perempuan dari orang lain dengan kata lain bersaing memenangi hati perempuan yang kita cinta dan sayang. Sebab itu, aku tidak bagi tahu kawan-kawan aku, yang aku sudah kahwin dengan Lees. Aku tahu mereka semua berusaha berlumba-lumba memikat hati Lees. Cuma Lees saja yang tidak layan mereka, itu yang aku ambil peluang tanpa mereka sedari dengan cara aku sendiri’ Bisiknya.

Iskandar perlahan-lahan menyentuh pipi Aleesa yang gebu kemerah-merahan itu dengan lembut hingga ke bibir Lees. Hatinya berbisik lagi “Kalau tidak kuat iman, sudah lama aku kerjakan bini aku ni...isss…haaa…”suaranya berkeluh. “Tapi tidak boleh aku sudah berjanji dengan Lees. Sabar Is sabar”.Iskandar memujuk perasaannya sendiri.

Lees menggerakkan badannya, mungkin terasa pipinya disentuh Is mendekatkan mulutnya ke telinga Lees. “Lees, tak nak bangun lagi ke sayang?” Lees membuka matanya perlahan-lahan sambil mengeliatkan badannya.

“Pukul berapa ni?” Tanya Lees, tangannya mengosok muka dan matanya.

“7.10 sayang” Is menjawabnya dengan manja.

“Ha??…Sayang, dia panggil aku” bisik hati Lees. Lees bangkit lalu turun dari katil, dia tidak mahu Is terus menerus cium dia. Lees mengambil tuala lalu masuk ke bilik air.

Lima belas minit selepas itu Lees keluar dari bilik air dengan pakaian tidur. Is memandangnya dengan hairan kenapa Lees masih memakai baju tidur.

“Kenapa tidak salin baju?”

“Nantilah masih awal lagi ni”. Is memerhatikan Lees yang sibuk mencari baju yang hendak dipakainya untuk keluar nanti. Dia menarik sehelai baju berwarna purple dan seluar jeans dari bagasinya. Dia mengambil iron lalu mengironkan bajunya.

“Is nak iron baju?” Tanya Lees pada suaminya.

“Tak, Is pakai t-shirt saja” Is menjawab sambil memandang Lees dengan senyum.

“Mana baju Is?” Lees bertanya lagi.

“Tak ambil lagi, ada dalam bag”. Is memberitahunya.

“Boleh Lees tolong ambil untuk Is?”. Lees menawarkan perkhidmatanya pada Is.

“Oh! boleh aje”.. Is menjawab dalam loghat Indonesia. Lees menghampiri bag Is lalu membukanya.

“Nak pakai baju yang mana?” tanya Lees.

“Ambil t-shirt purple” jawab Is.

Sambil Lees membelek-belek mencari baju Is, dia terjumpa beberapa keping gambar yang terbalik. Lees mengambil gambar itu dan melihatnya, gambar perkahwinan kami. “Cantiknya, tapi aku tidak ada gambar-gambar ini. Oh! baru aku ingat” bisik Lees. “Gambar ini diambil semasa akad nikah kami di pejabat agama dengan menggunakan camera dia”. Eh! kenapa sayunya hati aku melihat gambar-gambar itu, entah mengapa. Kenapa Is tak tunjuk pada aku?” Hatinya berbisik lagi. Menjadikan tanda tanya pada Lees.

“Jumpa tak Lees?” Is bertanya. Dengan pantas Lees menggangkat baju

“Yang ini ke?” Lees bertanya. sambil memandang baju itu Is menjawab.

“Ya, betul sayang”. Sambil mengangguknya

“Eshhh! mamat ni bersayang-sayanglah pula” bisik Lees. Lees menyimpan semula gambar-gambar itu lalu menutup zipnya. Baju Is sedikit terkedut, dia menggosok baju Is yang dengan perlahan-lahan sambil mengingati gambar perkahwinan mereka. Fikiran Lees melayang mengenangkan gambar-gambar itu. Is memerhatikan Lees menggosok bajunya, namun tumpuan Lees tidak pada baju yang digosok.

“Lees, Lees gosok baju ke berkhayal?” Lees tersentak apabila Is memanggilnya.

“Oh my god… dia perasan ke aku tengah berkhayal”.

“Kenapa Lees?” Is bertanya.

“Tak ada apa” Lees menjawab dengan senyuman yang memaksa.

“Kenapa dia tidak tunjuk gambar itu pada aku ya?” Hatinya bertanya.

“Untuk dia musnahkan supaya tiada bukti gambar perkahwinan kami? Tapi kami ada kad nikah atau dia sengaja nak simpan gambar kenangan itu seorang diri”. Itu persoalan yang bermain difikiran Lees. “Macam mana ni, dia ada gambar aku tapi aku tidak ada pun gambar dia”. Lees masih monolog dalaman. Dengan hatinya sedikit terasa sayu.

“Ahhh! Biarkanlah” Lees menenangkan hatinya sendiri tidak mahu difikir lagi. Selesai menggosok, Is mengajak Lees breakfast. Mereka turun bersama-sama. Hanya mama yang ada di dapur ketika itu.

“Good morning mama” Lees mengucap selamat pagi pada mamanya.

“Good morning my sweetheart” jawab mama Lees dengan manjanya…

“Mama buat apa pagi ni?” Lees bertanya lagi.

“Roti bakar” jawab mama.

“Daddy dan kak long dah pergi kerja ke? Angah?” Tanya Lees melirik manja pada mamanya.

“Dah, angah kamu belum turun lagi” Datin Shila menjawab setiap pertanyaan anak manjanya itu.

“Pukul berapa Lees janji nak keluar dengan angah?” kali ini giliran mamanya pula bertanya.

“Pukul 10.00, mama follow sekali ya?”. Lees menggajak mamanya.

“Tidak boleh sayang, mama ada temujanji pukul sepuluh”.

“Temujanji, dengan siapa?” Dia bertanya dengan hairan, dahinya dikerutkan.

“Dengan madam Mary”. Jawab mamanya dengan senyum.

“Mdm Mary neighbour kita tu?

“Ya, mama janji dengan dia nak pergi market sama-sama” jawab mama sepatah.

“Mama, boleh tolong belikan udang?” Soalnya dengan manja.

“Boleh, Lees nak masak apa?” tanya mama.

Lees menjawab dengan ringkas “Adalah”.

Is yang sedang mendengar perbualan Lees dengan mamanya itu. Sambil matanya melirik ke arah Aleesa. Dia berbisik.

“Pandai ke, si Lees ni masak?”

Mama memandang Lees dan senyum padanya.

“Lees tolong prepare breakfast untuk Is”. Mama menyuruh Lees menyiapkan makan pagi pada suaminya.

“Baiklah mama”.Balas Lees. Lees segera menuju ke ruang dapur mengambil beberapa telur dalam peti untuk membuat scrambled egg.

“Is kamu pernah makan masakan Aleesa?” Tanya mama pada Is, apabila melihat Iskandar berdiam sahaja.

“Belum mama” Is menjawab.

Sambil memandang Iskandar datin Shila berkata. “Yalah, kamu baru kahwin, nanti untuk dinner malam ini mama mahu suruh Lees yang masakkan, tapi Is balik awal sikit ya?”.

Datin Shila tahu yang Iskandar tidak begitu kenal benar dengan Lees, maklumlah mereka berkahwin tanpa dirancang.

“Is mama mahu bagitahu sikit tentang Aleesa”.Kata Mamanya.

“Apa dia mama?” Is bertanya mak mertuanya dengan hairan, dia memerhatikan ibu mertuanya.

“Lees tu mama tidak risau pasal masakan, sebab mama tahu, Lees memang pandai masak. Cakap saja apa nak makan dia pasti boleh buat”. Kata mama dengan senyum manis.

“Ya ke mama? Is tak tahu pula”. Is bertanya dengan nada yang manja.

“Itu maknanya kamu belum kenal rapat lagi dengan dia”. Mamanya menjawab. Muka Is sedikit merah rasa malu pula pada mamanya.

“Tak mengapalah, kamu berduakan baru kahwin, masih mengenali hati budikan?” Tanya mama. Iskandar tersenyum malu dengan usikkan mamanya.

“Cuma ada beberapa perkara mama risau pasal Lees ni”. Kata mama lagi.

“Apa mama?”. Tanya Is sedikit kerisauan.

“Lees memang anak manja, tidak ada perangailah. Tapi mama risau kalau dia sakit”. Is terus potong percakapan mamanya.

“Kenapa mama, Lees ada penyakit ke?” Is mengkerutkan dahinya minta kepastian.

“Bukanlah sakit merbahaya, tapi kalau demam, sakit kepala, pening dia mahu orang ada jaga dia kalau tidak, memang dia akan menangis. Tambah-tambah kalau dia datang bulan, dia ada sengugut yang kuat. Kalau sakit memang dia mahu ada orang selalu jaga dia. Sebab itu, Lees tidak suka keluar, dia takut demam, sakit kepala, pening”. Jelas mamanya dengan panjang lebar.

“Nanti kamu di universiti tolong tengok-tengok sikit Lees tu”. Nasihat mama pada Is.

“Takpa mama, Insyaallah Is boleh jaga dia”.

Iskandar teringat ketika dia berada di rumah datuk Lees. “Patutlah masa dia datang bulan tempoh hari, dia mengerang kesakitan hingga disuruh aku bagitahu nenek semasa kami di rumah neneknya selepas tiga hari kami kahwin. Memang masa itu kesian betul, mukanya merah menahan kesakitan, nenek pula menyuruh aku menggosok perutnya. Itulah kali pertama aku tengok perut dia memang cantik. Nenek menyuruh aku urut sampai Lees tertidur. Aku masih ingat lagi masa itulah kali pertama aku mengelap dahi dan rambutnya yang berpeluh menahan kesakitan. Kesian benar aku tengok dia malam tu”. Is mengingati kejadian yang dihadapi Lees tempoh hari sebelum mereka ke sini.

“Breakfast sudah siap” laung Lees. Dia keluar dari dapur dengan kedua-dua tangannya membawa makanan ke meja makan dimana mama dan Is sedang berbual. Dia meletakkan pinggan di atas meja kemudian beredar semula ke dapur untuk mengambil air yang dibuatnya dan kembali semula ke meja makan. “Jom makan” Lees menggajak mamanya dan Is.

“Kamu berdua makanlah, mama sudah makan tadi dengan daddy dan kakak kamu’. Jawab mamanya.

“Angahhhh… turun makan” Lees melaung memanggil abang ngahnya.

“Lees, kuatnya suara malu pada suami ni. Tidak payah panggil angah kamu tu, tahulah dia turun nanti’. Tegur mama pada Lees. “Opppp” Lees menutup mulutnya dengan tangan.

“Lees, jaga sikit kelakuan kamu tu depan suami, malulah”.Kata mama menasihatkan Lees. Lees menundukkan kepalanya. Is tersenyum, dia memandang Lees yang sedang makan dengan hujung matanya, “Ehsss, dia ni, makan pun nampak cantik dengan giginya yang putih tersusun rapat dengan bibirnya yang merah ala ala pink, tak payah pakai lipstick pun nampak cantik dengan rambutnya yang panjang paras dada, disepahkan semua rambutnya ke sebelah kanan menampakkan keseluruhan leher kirinya yang putih ke merah-merahan itu”.

“Is, Lees kamu berdua makan dulu ya, mama naik ke atas’. Mama Lees berkata lalu beredar meninggalkan mereka berdua.

“Lees buat semua masakan ni?” Tanya Is sambil mengunyah makanan.

“Ya lah, tadi kan Lees kat dapur’. Kenapa? Tak sedap? Lees bertanya sambil menggeleng kepalanya.

“Sedap sangat… Is tak pernah rasa scrambled egg sesedap ini”. Is memuji Lees.

“Thanks, pujian ikhlas ke?. Tanya Lees pada suaminya

“Ikhlaslah sayang”. Is menjawab dengan senyum sambil memandang Lees.

Selesai sahaja breakfast Lees terlebih dahulu naik ke atas menukar pakaian. Lees menuju ke bilik dengan langkah yang laju. Dia tidak mahu Is melihatnya ketika dia bersalin pakaian. Is menyusur sepuluh minit selepas itu. Apabila dia sampai dibiliknya Lees sudah pun siap menyalin baju. Lees membetulkan tudung yang dipakainya, kemudian mengambil lip gloss untuk di pakai. Is memerhati Lees menggambil lipstick.

“Lees tak payah pakai lipstick tu” Is bersuara sedikit melarang Lees memakai lipstick. Lees memandang lip gloss yang di pegangnya lalu menjawab.

“Kenapa?”.

“Tak payahlah pakai, bibir Lees kan sudah cantik dah merah pun, Is tak suka Lees pakai lipstick’. Is menjawab sambil memandang Lees dari meja di sudut katilnya.

“Tapi ini bukan lipstick…lip gloss”. Lees menjelaskan.

“Apa beza?” Is bertanya lagi.

“Lip gloss ni, untuk melembapkan bibir, supaya bibir tidak merekah”. Jawab Lees. Iskandar berjalan menuju ke Lees yang berada di depan cermin, dia menyentuh lip gloss yang dipegang oleh Lees lalu melihat jarinya tidak berwarna.

“Kenapa?” Lees bertanya.

“Pakailah” Is membenarkan Lees memakainya.

“Tapi ingat jangan pakai lipstick” Is melarang lagi.

“Kenapa?” tanya Lees dengan hairan.

“Is tidak suka, cepatlah sikit angah tunggu tu”. Is menjawab.

Dalam perjalanan menuju ke shooping Mall, kereta yang dipandu oleh angah agak perlahan kerana kesesakkan lalu lintas. Lees merasa bosan duduk di belakang lalu menyuruh angahnya memasang radio.

“Angah tolong pasang radio”.

“Pasang radio atau CD?” Angah bertanya pada Lees.

“Ada CD ke? CD apa? Lees bertanya lagi.

“CD lagu melayu, nak dengar tak?”. Tanya angah.

“Boleh juga” jawab Lees.

Danial memasang CD lagu melayu campuran artis Malaysia. Lees mendengar dengan kusyuk lagu yang dimainkan oleh angahnya. Iskandar yang ada disebelah angahnya memerhati bangunan yang cantik disepanjang jalan. Sesekali dia berpaling melihat Lees dibelakang. Tiba-tiba, Lees terdengar lagu kegemarannya.

“Angah tolong kuatkan sikit volume”. Is menyuruh angahnya menguatkan volume setelah mendengar lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan spring, yang bertajuk sejujur mana kata-kata. Lees ikut menyanyikan lagu itu.

“Sejujur manakah kata-kata…ketika kita bertentang mata…Boleh kah aku percaya..mungkin itu satu sandiwara…..”

Lees menyanyikan lagu itu sehingga habis didengari oleh Is dan angahnya. “Sedap juga suara Lees, tapi ada maksud ke Lees nyanyi lagu ni”. Bisik hati Iskandar dengan senyum. Angahnya perasan yang Iskandar sedang memikirkan sesuatu.

“Is, Lees memang suka lagu ni, dia selalu menyanyikannya. Dia pernah tanya angah bila menyanyikan lagu ni, katanya.. “kalau orang lelaki, boleh percaya ke, kalau berkata-kata”. Angah memberitahu Is.

“Kenapa angah?” tanya Is.

“Kamu tanyalah dia”. Angah menjawab dengan menyuruh Is bertanya sendiri untuk mendapatkan kepastian kenapa Lees suka lagu itu. Namun Is tidak bertanya pada Lees, dia hanya mendiamkan diri.

Hatinya bersuara “Selama ini, Lees tidak percaya ke yang aku cinta dan sayang dia. Aku kahwin lagi dengan dia, hari-hari aku ucap I love you…I love you…I love you, tak percaya lagi?”.

Lees yang berada dibelakang sesekali memandang Iskandar yang mengelamun entah ke mana. Hatinya berkata “Kau dengar lagu tu Iskandar…boleh ke aku percaya dengan kata-kata cinta kau. Sekarang memanglah kau ucap cinta dan sayang aku, baru berapa hari kahwin dengan aku. Kau kahwin dengan aku sebab apa ya?...sebab nafsu…kalau sebab nafsu sampai hari ini, aku masih dara. Atuk kata kau boleh jaga aku…boleh ke?...sekarang bolehlah sebab aku ada dekat dengan kau. Nanti sampai Ireland kau jumpa gadis cantik, mat salleh lagi kau lupa aku macam mana?...Masa sekolah dulu bercinta dengan kawan baik aku si Syikin, lepas tu Batrisya, kemudian bercinta pula dengan Fasha budak tingkatan tiga. Tup tup kahwin dengan aku. Tapi tidak apa, sekurang-kurangnya mahkota aku, masih selamat. Ha!.. Macam mana kalau malam ini…Oh! Tidak…Ya Allah selamatkan aku…kuatkanlah iman dia”.

Mereka semua dilayan dengan lagu-lagu yang dimainkan sehingga sampai di destinasi. Sesampai sahaja di shooping mall mereka mengikut sahaja ke mana angah pergi. Sambil berjalan-jalan Iskandar memerhati setiap orang yang selisih dengan mereka pasti menoleh pada Lees, ada yang berbisik-bisik sesama mereka, angguk pada Lees dengan memberikan senyum terutama apabila lelaki memandang Lees. Is kurang selesa dengan keadaan begitu. Lalu Is memegang tangan Lees, sekali sekala dia memegang pinggang Lees sambil berjalan.

“Eh si mamat ni, kenapa pula pegang-pegang ni” bisik Lees dengan lirik mata memandang Is. Is membalas lirikkan itu sambil tersenyum. Mereka akhirnya sampai di kiosk telefon. Angah membelikan mereka nombor telefon yang baru. Is perasan yang Lees tersenyum-senyum pada dua orang jejaka mat salleh di depan mereka. Is saja bertanya.

“Kenapa senyum-senyum ni? Senyum pada siapa? Lees tidak menjawab cuma matanya memandang dua lelaki didepannya menunjukkan dia senyum pada dua lelaki di depannya. Is faham isyarat Lees. Is bertanya lagi

“Kenapa senyum pada mereka?”.

“Dia senyum, Lees balaslah, senyum itukan sedekah” Lees menjawab. Is memandang Lees dengan wajah cemburu.

“Apa Lees kat. Sedekah?” Is bertanya dengan sengaja membuat dirinya terkejut.

“Ya lah” jawab Lees.

“Eh eh…dengar sini, kalau nak sedekah pun tengok-tengok sikit jangan main redah je, nanti kan…. Is mematikan percakapannya.

“Nantikan apa?” Lees menyoalnya.

“Esh dia ni, buat tak faham pula”. Is menjawab sambil mengelengkan kepalanya.

Is menarik tangan Lees. “Mari sini. Lees jangan nak senyum-senyum pada orang lain, Is tak suka lah” Is memberitahu Lees. Lees senyum, menyindir Is.

“Is cemburu ke?”

“Eh! budak ni, mestilah Is cemburu, Lees kan isteri Is’. Is menjawab menarik perhatian Lees.

Selesai membeli barang yang mereka kehendaki, mereka segera pulang ke rumah. Mereka tidak boleh balik lewat kerana Lees akan menyediakan masakan untuk dinner malam ini.

Malam itu Lees menyediakan masakan kegemaran keluarganya iaitu ikan asam pedas, sayur taufu telur, ayam paprikdan masakan kegemaran Is iaitu udang goreng mentega, sambal lada campur tomato dan air teh ‘o’ laici. Lees menghidangkan semua masakannya di atas meja kemudian memanggil mereka semua makan. Lees melihat semua orang sudah menghampiri meja makan dan mempelawa mereka makan. “Sila duduk” pelawa Lees pada mereka.

“Hemmmmm sedapnya bau, mesti best ni adik angah masak”. Puji angah pada Lees.

“Oh, off course lah” Lees menjawab.

“Duduk lah Is” dia mempelawa Is apabila melihat Is tercegak di situ. Is memandang masakan Lees, dia hairan, dalam hatinya berkata “Udang goreng mentega, sambal lada tomato, ini masakan kegemaran aku, mana dia tahu?”.

“Ha… Is pada tercegak lagi, duduklah” kata daddy. Is menarik kerusi lalu duduk.

“Lees tolong ambil nasi tu, hidangkan pada Is”. Mama menyuruh Lees bubuhkan nasi ke pinggan Is. Lees menurut sahaja perintah dari mamanya. Dia memandang Is tersenyum, lalu bertanya.

“Is nak lauk apa, Lees ambilkan?”. Lees bertanya dengan suara yang lembut dan merdu. Cair hati Is mendengar kata-kata Lees yang lembut itu. Tidak sempat Iskandar membalas pertanyaan Lees, mereka semua tersentak apabila kak longnya bersuara.

“Eh! rasanya ada yang pelik lah dengan masakan Lees malam ni”.

“Kenapa kak?” tanya Lees kehairanan.

“Ya lah, cuba tengok lauk yang Lees masakan ada udang goreng mentega, ada sambal, Lees tidak pernah buat sebelum ini”. Kata kak long dengan nada sindiran. Mereka semua memandang Lees, muka Lees sudah merah menahan malu diusik kakaknya.

“Ya lah, itu makanan kegemaran Is” Lees menjawab dengan malu-malu. Mereka tersenyum pada Lees kemudian menikmati makanan yang di masak oleh Lees.

“Memang sedap masakan Lees, betullah kata mamanya yang Lees memang pandai masak beruntunglah aku dapat dia” bisik hati Iskandar.

Selesai sahaja makan Lees membersih kan meja dan mengemaskan pinggan mangkuk, dibantu oleh kakak dan mamanya. Setelah semuanya selesai mamanya berkata.

“Lees kamu pergilah masuk tidur, kamu pun sudah penatkan?”.

“Baiklah mama, Lees naik dulu ya”. Kata Lees pada mamanya.

Lees mendaki tangga loteng rumahnya dengan perlahan-lahan, menuju ke biliknya, dia dapati Iskandar sedang berehat sambil bermain game dalam handphonenya di atas katil. Is melihat Lees masuk ke dalam bilik dengan wajah keletihan, mungkin Lees penat di dapur. Mana tidaknya lepas balik shooping mall Lees terus ke dapur untuk memasak.

“Lees mari sekejap” Is memanggilnya. Lees tidak menjawab tapi hanya mengikut sahaja arahan suaminya. Dia menuju ke katil lalu duduk dengan perlahan-lahan, dengan mukanya yang muram kerana keletihan. Lees memicit-micit bahu dan tengkuknya. Iskandar memerhati Aleesa dengan belas kasihan.

“Penat ke?”

“Adalah sikit”. Jawab Lees.

“Marilah, Is tolong picitkan” Is menawarkan pertolongan.

“Nantilah, Lees mahu mandi dulu” Lees menjawab. Dengan langkah yang longlai Lees mengambil tualanya menuju ke bilik air sambil diperhatikan oleh Iskandar yang tersenyum, kasihan melihat Lees keletihan begitu. Beberapa minit kemudian Lees keluar dari bilik air , dia kemudian mengeluarkan kain sembahyang lalu bersolat isyak. Is memandangnya dengan dahi berkerut kerana dia tahu yang Lees datang bulan beberapa hari sebelum mereka datang ke London. Dia tahu Lees seorang yang solehah, Lees tidak pernah tinggal solat sejak dia mengenali Lees. Keperibadian Lees yang solehah, lemah lembut, sopan santun, manja, bijak membuatkan Is jatuh cinta padanya tanpa Lees sedari. Is asyik memerhatikan Lees melipat dan menyidai kain sembahyangnya. Lees naik ke atas katil lalu merebahkan dirinya yang kepenatan.

“Lees penatkan, marilah Is tolong picit?” Is berkata sambil matanya melihat Lees yang terbaring keletihan.

“Tak apalah, Lees tidak biasa orang lain urut”. Jawab Lees dengan perlahan. Is turun dari katil menuju ke meja solek dan mengambil sebotol minyak angin dan menutup lampu serta memasang lampu tidur kemudian kembali ke katil.

“Lees mari sini, Is sapu ubat pada tengkuk Lees tu” Lees tidak menjawab. Is tahu Lees malu pada dia.

“Marilah sini, Is sapukan ubat” pujuk Is lagi. Lees bangun dan duduk disebelah Is dengan wajahnya yang masam. Tapi tetap nampak cantik disebalik samaran lampu tidur, Is tersenyum. Dia menyapu ubat pada bahu dan tengkuk Lees, sambil berkata

“Terima kasih Lees”.

“Untuk apa?”

“Makan tadi, sedap masakan Lees, mana Lees tahu Is suka udang tu?” Is bertanya mengorek rahsia dari mana Lees mengetahuinya.

Jawab Lees dengan manja dan mesra “Lees tahulah Is kan suami Lees. Lees tahulah pasal Is”.

“Apa lagi Lees tahu pasal Is?”.

“Banyak” jawab Lees. Is tersenyum mendengar jawapan Lees.

“Lees baring sini”. Is menepuk pehanya. Lees memandang Is dengan tanda tanya.

“Baringlah, Is picit kepala tu” desaknya pada Lees. Lees angkur dengan suaminya. Lees merebahkan kepalanya ke atas peha Is. Is memicit-micit kepala Lees sesekali dia menyentuh pipi Lees yang gebu dan lembut itu. Lees memejapkan matanya Is melihat wajah cantik isterinya, dia menundukkan kepalanya lalu mengucup dahi dan pipi isterinya. Malam itu Is menghadiahkan gigitan cinta “Love Bite” buat isteri kesayangannya dan beberapa kali Iskandar mengucapkan cinta pada Lees, sehingga Lees tertidur dalam dakapannya. Namun Lees tidak pernah menyahut cinta yang diucapkan oleh Iskandar.

Bisik hatinya “Hanya setakat itu sahaja yang mampu Is berikan pada Lees. Bukan Is tidak mahu atau tidak mampu menjalankan tanggungjawab sebagai suami, tapi terpaksa menahan perasaan itu demi janji kita”.

Is tidak dapat melelapkan matanya pada malam itu, dia mencari cinta Lees. Semenjak dia mengahwini Aleesa, setiap hari ungkapan I Love You diucapkan pada Lees, namun Lees tidak pernah membalas ungkapan itu. “Lees kenapa tidak pernah sekali, kau membalas ucapan, kau cinta padaku. Tidak cintakah kau pada aku?’ bisik hati Is. “Adakah kau melayani aku semata-mata aku suamimu?... Aku akan menunggu ucapan itu dari hati dan bibirmu sayang”.

Hanya tinggal esok sehari lagi aku bersamamu, lusa kita akan bertolak ke Ireland menyambung pembelajaran kita selama lima tahun. Kau sedar ke Lees yang aku menanti jawapanmu tolonglah Lees jangan seksa hati Is. Is amat mencintai Lees, hanya kau dihatiku semenjak kali pertama Is memandang Lees semasa kita di sekolah menengah dahulu. Itulah perasaan yang bermain difikiran Iskandar selama ini, dia mencari cinta Aleesa.

Previous: bab 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina