Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
114,170
Kategori: Novel
Genre: Cinta
SINOPSIS

Iskandar telah mengahwini Aleesa, gadis cantik, manis dan ayu yang dicintainya sejak dari bangku sekolah lagi. Mereka telah berkahwin seminggu sebelum berangkat ke London untuk ke rumah keluarga Aleesa. Mereka akan menyambung pengajian di Universiti Trinity Dublin….Adakah Aleesa mencintai Iskandar? Bagaimana Iskandar boleh mengahwini Aleesa? Mampukah Iskandar membuktikan cintanya kepada Aleesa apabila Aleesa mengetahui Imira sahabatnya sendiri mencintai Iskandar. Kenapa Aleesa menerima perkahwinan ini?

“Aku tahu jawapan cintamu, sayang. Kau telah buktikan cintamu,…kau membalas cintaku selama ini dengan semua ini… sehingga dirimu terseksa”. Bisik hatinya,sebak menahan airmata namun airmatanya tidak dapat dibendung lagi Iskandar terus menangis.

Kak Mas melihat Iskandar menangis air matanya keluar mencurah-curah sehingga air hidungnya juga terkeluar. Dia menangis dan terus menangis. Perlahan-lahan tangisan itu reda. Kemudian Kak Mas bersuara.

“Kamu berkahwin atas dasar cinta?” Tanya Kak Mas

Iskandar tidak menjawab.

“Kamu berdua kahwin kena tangkap basah?”

Iskandar menggeleng..

“Kamu berdua dipaksa kahwin?”.

Iskandar menggelengkan kepalanya lagi.

“Kamu berkahwin atas pilihan keluarga?”

Dia juga menggelengkan kepalanya.

“Kahwin kontrak atau wasiat seperti dalam drama?”. Tanya Kak Mas lagi.

Dia tersenyum..tapi kepalanya digelengkan juga.

“Habis kenapa kamu berdua berkahwin? Bagaimana kamu berdua boleh berkahwin? sehingga kamu berdua boleh jadi begini? Boleh Is ceritakan pada Kak Mas?”.

Bagaimanakan semua ini terjadi…

Previous: PROLOG
Next: BAB 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina