Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
100,759
Kategori: Novel
Genre: Cinta
PROLOG


‘”Aduh!….Kenapa si Iskandar ni, asyik pegang bahu aku sejak tadi, semasa penerbangan bertolak dari KLIA tidak lepas-lepas ini. Mentang-mentanglah aku ni isterinya. Ehhh… “kenapa ya”? daddy dan atuk setuju dan suruh aku terima Iskandar sebagai suami aku. Kenapa dia kahwin dengan aku cepat sangat? Kita ni bukan tua pun, baru 19 tahun, baru nak pergi belajar. Yang Iskandar ni pula, sejak berkawan dengan aku tidak pula dia cakap yang dia cinta dan sayangkan aku. Yang aku, terima dia kenapa ya? Hee… peninglah aku… Tapi dia ni handsome juga…bukan jugalah… memang kacaklah he..cairlah siapa dapat dia ni. Aku sendiri pun…Tapi susah benar aku nak tatap wajah kacak, macho dia tu, Tubuhnya tinggi lebih kurang 6’, badannya segak, dada bidang…aku bersandar atas dada dia pun sudah lemas rasanya. Tapi dia asyik pandang aku aje, macam mana aku nak tengok dia…malulah aku. Sekarang pula atas kapal terbang, aku dalam pelukkan dia, tapi kalau atas katil tidak tahulah apa dia akan buat pada aku…heeee…’. Bisik hati Aleesa dengan mengerakkan tubuh dan bahunya.

“Kenapa ni?” Tanya Iskandar apabila terasa Aleesa mengerakkan tubuhnya.

“Tak ada apa-apa”. Jawab Aleesa sambil matanya dibulatkan serta mengerakkan bahunya yang dipegang Iskandar.

Bisik hati Iskandar….“Hai Nur Aleesa Putri, aku takkan lepaskan kau. Bukan mudah aku boleh pegang kau macam ini, kalau boleh aku nak…cium kau di sini.. biar terbeliak biji mata pramugara yang asyik tengok kau. Aku tahulah wajah kau cantik neutral,l tanpa make-up pun sudah nampak manis, ayu bertudung, dengan sikap manja kau… Bukan senang aku nak kahwin dengan kau…nak yakinkan atuk dan daddy kau. Macam mana aku mainkan peranan supaya papa dan mama aku setuju untuk aku kahwin dengan kau. Aku memang tidak akan lepaskan kau Lees. Kalau kau, tidak cinta dan sayang aku sekarang tidak mengapa sayang. Aku akan buat kau jatuh cinta dan sayang pada aku. Sekarang baru enam hari kita kahwin, banyak masa lagilah.

Next: SINOPSIS

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina