Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,143
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 3

Pukul 6.00 petang, Is terjaga dari tidurnya, dia tidak tahu bila matanya terlelap. Penat sangat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota London mengambil masa yang sangat lama. Is teringat yang dia belum lagi solat asar. Dia tidak tahu, waktu solat di Kota London. Dia mencari Lees, dilihatnya Lees sedang tidur disebelahnya.

“Lees, Lees bangun” Is mengejukkan Less..

“Hemmm” Lees menjawab.

“Lees sudah solat asar ke?” Lees bangun melihat jam di dinding biliknya, 6.00 petang.

“Lees tak solat” Lees menjawab pertanyaan Is.

“Oh ya, Lees datang bulan” bisik hati Is.

“Rasanya sudah masuk waktu maghrib ni” Lees menjawab dengan ragu-ragu.

Dia keluar dari bilik untuk mendapatkan kepastian. Memang betul sudah masuk waktu maghrib. Lees masuk semula ke bilik memberitahu Is. Iskandar segera berwuduk dan solat maghrib serta qadar sembahyang asar. Selepas Is bersolat mereka keluar bersama ke ruang tamu, daddy ada dikerusi sedang membaca. Sunyi sahaja suasana dirumah daddy Lees yang lain entah ke mana. Lees dan Is menuju ke ruang tamu dan berehat bersama daddynya.

“Aaaa…Lees, Is, kamu tidur ke tadi? Sapa daddynya.

“Ya lah daddy terlelap tadi. Penat sangat, maklumlah lama dalam flight sampai tidak tersedar terlepas solat asar, tapi sudah qadar”. Jawab Is.

“Baguslah macam tu” jawab daddy dengan senyum.

“Mana yang lain daddy?” Tanya Lees.

“Keluar”. Jawab Dato Hisham.

“Ke mana?” Lees bertanya lagi.

“Cari barang dapur katanya”. Daddy menjawab.

“Daddy dan Is nak minum air tak?” Lees boleh buatkan.

“Daddy tidak mahu, sudah minum tadi, Lees buat untuk Iskandar saja lah’.

“Is nak minum air apa?” tanya Lees dengan lembutnya.

“Air apa yang ada”? Is membalas pertanyaan Lees.

“Entah” jawab Lees lalu menuju ke ruang dapur melihat minuman apa yang boleh dibuat untuk suaminya. Is mengikutnya ke dapur. ‘

“Eh!, kenapa tidak duduk saja di luar dengan daddy?” tanya Lees apabila dia menyedari Is mengekorinya ke dapur.

“Tak tahulah nak cakap apa dengan daddy” Is menjawab

“Cakaplah apa-apa pun” Lees membalas.

“Lepas minumlah, tapi kita duduk di luar sama-sama ya” Is mengajak isterinya.

“Yaaaa”… Lees mengiyakan ajakkan suaminya. Dia membancuh secawan teh panas untuk suaminya.

“Ini air untuk Is” Lees memberi secawan air pada Is.

“Jom kita duduk di luar”. Lees mengajak Iskandar. Dia hanya mengikut Lees duduk diruang tamu bersama daddynya.

“Daddy, bila tarikh tiket ke Dublin yang daddy booking”? Lees bertanya kepada daddynya.

“Cuba Lees ambil sampul surat atas meja tu, arah daddy padanya. Lees bangun dan mencapai sampul surat di atas meja…

‘Try check your flight? Arah daddy pada Lees. Lees membuka sampul surat dan mengeluarkan 4 tiket flight yang tertera namanya Is, mama dan daddy. Lees menyerahkan sekeping tiket kepada Is.

Mereka menjawab dengan serentak “30 Ogos”.

“9.00pagi dad”? Tanya Lees pada daddynya..

“Ya lah” pendaftaran kamukan bermula 10.00pagi hingga pukul 5.00 petang’. Jawab daddy. ‘

“Sempat ke sampai daddy”. tanya Is dengan dahinya berkerut.

“Yelah daddy” Lees menyokong sambil memandang daddynya.

“Apa nak dirisaukan, sempat sangatlah…Flight pukul 9.00 pagi dari sini dan sampai di airport Dublin 10.30pagi. Sampai di sana nanti kita ambil cab terus ke kolej kamu” terang daddy pada mereka.

“Daddy, bagaimana pula dengan line phone kami? Macam mana mahu tukar nombor? Lagi satu, Is nak pergi bank, keluarkan duit”. Lees bertanya pada daddynya.

“Kamu berdua pergi esok” jawab daddy sambil memandang mereka.

“Daddy cuti lagi ke esok?” Lees bertanya lagi.

“Tak, kamu pergi dengan abang ngah kamu. Nanti dia akan tunjuk ajar kamu berdua”. Daddy memandang mereka sambil menjawab.

“Is, kamu tidak perlu pergi bank esok, nanti daddy bagi duit”. Bagitahu daddy pada Iskandar…

“Eh, tak apalah daddy, Is sudah ada duit”. Is menolak pemberian daddynya dengan mengelengkan kepalanya.

“Is simpan dulu duit tu, nanti bila sampai universiti banyak lagi nak pakai”. Is pandang pada Lees. Lees menganggukkan kepala, dia faham dengan isyarat Lees.

“Terima kasih daddy”. Is berterima kasih pada bapa mertuanya.

“Aku sudahlah kahwin dengan anak dia, dia pula tanggung aku ni. Bisik hati Is…Aduh! malunya. Sepatutnya aku yang bagi nafkah pada anak dia. Tapi tak apa lah, nanti aku bagilah nafkah pada Lees bukan setakat nafkah zahir, batin pun boleh”. Is tersenyum sendirian. Lees perasan Is senyum sendirian.

“why”? Lees perlahankan suaranya bertanya pada Is. Is memandang Lees sambil tersenyum dan menggelengkan kepala.

Previous: bab2
Next: bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina