Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,134
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

LONDON, OGOS 2010…

Tepat jam 11.20pagi 26 Ogos 2010, Lees dan Is sampai di Airport London, iaitu lapangan terbang Heathrow London di Hillingdon, London Barat, merupakan lapangan terbang yang paling sibuk bagi penerbangan antarabangsa yang mempunyai lima terminal. Suhu di Kota London ketika ini 18°C. Ini bukan kali pertama Lees ke sana tapi sudah beberapa kali, cuma kali ini berlainan kerana Lees dan Is ke sana untuk menyambung pengajian di Universiti Dublin, Ireland. Mereka akan mendaftarkan diri pada 30 Ogos 2010 .

Lees berpaling ke belakang melihat Is berjalan dengan perlahan.

“Is, cepatlah sikit.” Arah Lees.

“Aduh…! si budak casper ni, mentang-mentanglah dia biasa dengan tempat ini,.. suka hati dia aje, nak arah-arah aku”. Keluh hati Is…nanti kau Lees, tak apa kali ini aku ikut kau.’

Sampai sahaja mereka di pintu ketibaan (arrival) antarabangsa, daddy dan mama Lees sudah menunggu ketibaan mereka. Mereka disambut dengan senyuman yang cukup manis membuatkan rindu Lees pada mama dan daddynya terubat, maklumlah sudah lama mereka tidak berjumpa.

“Assalamualaikum…” mama Lees menegur dengan memberi salam apabila mereka sampai didepannya. “Waalaikummuslam…” jawab mereka serentak. Mereka berpelukan antara satu sama lain. Lees tersenyum malu apabila mama dan daddynya memandang Is dengan tanda tanya.

“Mama, daddy inilah suami Lees, Iskandar Ariff bin Datuk Jeffry”. Lalu mama memandang Iskandar dengan senyum.

“Oh inilah Is, handsome orangnya, sesuai sangatlah dengan Lees”. Puji mama pada Lees.

Iskandar senyum terpegun melihat mama Lees dengan penuh kebanggaan, apa tidaknya walaupun sudah berumur 40an wajah pan asianya masih cantik ….bisik hatinya “Patutlah si Lees ni cantik, orang kata kalau nak tengok anak, tengok maknya dulu”.

“Kamu berdua apa khabar”? tanya daddy Lees.

“Alhamdulilah kami sihat daddy, cuma penat sikitlah, berjalan jauh, sudahlah kena transit dua negara. Lees menjawab dengan nada yang manja.

“Tak mengapalah Lees, nanti sampai di rumah kamu berdua boleh berehat” Kata daddy.

Tanpa membuang masa mereka semua menuju ke tempat letak kereta. Daddy menekan pedal minyak terus ke kediaman mereka lebih kurang 20km daripada Lapangan terbang. Semasa berada di dalam kereta, Is meninjau-ninjau keluar jendela melihat bangunan-bangunan tersegam indah yang terdapat disepanjang jalan Kota London…Lees tersenyum melihat gelagat Is…Is perasan yang Lees sedang memerhati dan mengetawakan dia…

Hati Iskandar bersbisik “Ni tiada lain, Lees mesti kata yang aku ni “macam rusa masuk kampung”

Mama Lees melihat anak manjanya itu ketawa sendirian “Kenapa Lees ketawa”

“Ada rusa masuk kampung” jawab Lees.

“Tak salah tekaan aku” bisik hati Iskandar…

“Lees” ..terdengar suara daddy agak kuat sedikit tanda marah pada Lees…

“Tak baiklah, Lees cakap begitu pada suami’ Tegur daddynya.

Lees tersentak mendengar daddy menyebur perkataan suami…dia diam dan buat tidak tahu sahaja…

“Is, di Kota London memang beginilah kota metropolitan sentiasa sibuk, lebih kurang sama dengan Kuala Lumpur’. Daddy memberitahu.

“Is pernah datang ke sini sebelum ni ?” tanya daddy lagi.

“Belum daddy” Is menjawab.

“Cuaca di sini sejuk, Is perlu pakai baju tebal sikit”. Daddy menerangkan keadaan di Kota London pada ketika itu.

“Mak dan ayah Is apa khabar?” Tanya ibu mertuanya.

“Mereka sihat, mereka kirim salam pada mama dan daddy”. Jawab Is.

“Waalaikummussalam”. Jawab mama dan daddy serentak.

“Oh ya, tiket kamu berdua ke Universiti Dublin, daddy sudah booking”.

‘Terima kasih daddy”. jawab Lees.

Sambil berpaling kepada Lees, mamanya bertanya lagi “Lees, nenek dan atuk kamu macam mana, sihat ke?”

“Mereka sihat mama” jawab Lees.

“Nenek dan atuk pun kirim salam pada mama dan daddy” Lees memberitahu.

Previous: SINOPSIS
Next: bab2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina