Home Novel Cinta CINTA DUBLIN
CINTA DUBLIN
Fanina
27/11/2014 20:35:09
112,131
Kategori: Novel
Genre: Cinta
bab 6

Tut tut tut, daun pintu diketuk… “kak long..” Lees memanggil kak longnya.

“Masuklah Lees’. Sahut kak long dari dalam biliknya. Lees menolak daun pintu lalu masuk dan terus menuju ke katil kakaknya yang sedang membaca buku.

“Baca apa?” tanya Lees sambil tangannya memegang bantal.

“Novel”. Jawab kak long.

“Kenapa kak long tak turun?” tanya Lees kepada kakaknya.

“Malaslah nak turun, tak ada buat apa pun”. Kak long menjawab.

“Turun borak dengan kamilah”. Jawab Lees pula.

Pap, kak long menutup buku yang dibacanya. Kak long memandang mata Lees dengan penuh persoalan dan berkata.

“Lees, boleh kak long tanya sikit?”

“Apa kak?” Tanya Lees kehairanan.

“Boleh tak Lees, ceritakan macam mana Lees boleh kenal Is dan kahwin dengan Is tu? Handsome betullah suami Lees, putih, tinggi. Kak long suka cara dia dressing.” Kata kak long.

“Haaaa, kak long jealous ye?” Lees menyindir kakaknya.

“Kalu dia bukan suami Lees, mungkin kak long jealous lah juga. Tapi dia tu kan suami adik akak, kak long suka tengok Lees dengan Is, sama cantik sama padan, ada chemistrylah . Ceritalah Lees.” Desak kak long.

“Kenapa kak long tak tanya daddy aje, apa papa Is cakap dengan daddy”. Lees cuba mengelak untuk menjawab pertanyaan kakaknya tadi.

“Kak long ada juga bertanya, Lees tahu apa daddy cakap?” Kata Kak long. Lees rasa pelik dan bertanya lagi.

“Daddy cakap apa?”

“Itu urusan orang tua, katanya”. Kak long menjelaskan jawapan dari daddynya. “Alaaa cepatlah sayang, ceritalah pada kakak”. Rayu kak long dengan adiknya itu.

“Ok ok…macam ni. Lees kenal dengan Is tu semasa sekolah menengahlah. Masa tingkatan empat Lees ditukarkan ke sekolah baru. Lees di tempatkan dikelas nombor dua, masa tu Is kelas pertama. Memanglah Lees kenal dia dari awal lagi, tapi tak pernah rapat, apatah lagi nak bercakap. Lees kenal dia pun sebab Is tu pelajar yang handsomelah di sekolah. Dia ramai sangat kekasih, peminat bukan setakat pelajar, guru-guru pun suka pada dia. Masa tu Lees tak tahulah dia kenal atau tak Lees.” Lees menceritakan babak kenangannya dulu.

“Lees pergi sekolah dengan apa, dari rumah nenek?”tanya kak long lagi.

“Naik basikallah kak”. Jawab Lees dengan manja sambil meletakkan kepalanya ke atas peha kak longnya.

“Sambunglah lagi”. Desak kak long.

“Masa tingkatan 5, Lees dinaikkan ke kelas pertama, Lees sekelaslah dengan Is tu. Tapi masa tu rakan-rakan dia yang lain adalah kacau dan cuba try tackle Lees tapi Lees tak pernah layan mereka. Suatu hari nak dijadikan cerita, Is datang jumpa Lees semasa kami di makmal sekolah. Dia mahu pinjam buku sains Lees, katanya dia tak sempat nak salin nota sains tadi. Memanglah masa subjek sains tu dia dan rakan-rakannya tak ada dalam kelas, entah ke mana pun Lees tak tahu, tak pernah peduli pun pada mereka. Jadi Lees tak cakap banyak pun, dengan Is. Lees ambil buku sains terus bagi pada dia. Katanya nak hantar esok. Lees angguk ajelah.

Lepas waktu sekolah hari tu Lees terus balik rumah, memanglah masa tu ada motor mengekori Lees di belakang, tapi Lees tak tahulah siapa. Sampai sahaja di rumah nenek, motor tu terus beredar.

Petang tu macam biasa pukul 4.30petang, Lees tolong nenek mengajar mengaji budak-budak. Tiba-tiba, Lees terdengar ada motor datang dan bagi salam, katanya nak jumpa Lees. Lees pun turunlah, tengok si Is ada depan rumah nenek. Lees terkejut macam mana dia tahu rumah nenek kita. Dia menghulurkan buku nota sains yang di pinjamnya daripada Lees. Lees ambil saja, sebelum ini Lees tidak pernah bercakap dengan dia tu.

Lees tanya dia macam mana boleh tahu Lees tinggal sini. Dia bagi tahu dia ikut Lees balik tadi. Dia tanya Lees, itu rumah Lees ke. Lees jawab ini rumah datuk saya. Is tanya tentang budak-budak yang ada di rumah nenek masa tu. Lees bagitahu yang budak-budak tu mengaji al-quran dengan nenek.

Masa tu Is tanya Lees, boleh tak saya nak buat study group dengan awak, kita belajar sama-sama. Lees tanya dia nak buat di mana. Dia jawab buat di rumah nenek. Lees tanya dia dengan siapa lagi. Lalu dia jawab kita dua sajalah, tak payah bagi tahu siapa-siapa. Lees cakap pada dia nantilah nak tanya datuk. Lees naik dan memberitahu datuk yang Is nak belajar di sini. Datuk turun dan Lees kenalkanlah dengan Is. Datuk tanya dia nak mula bila. Katanya esok, datuk cakap… datanglah. Lees tanya dia, nak datang pukul berapa. Dia cakap pukul 4.00 petang.

Masa di sekolah memang dia tidak cakap dengan Lees, tegur pun tidak. Kawan-kawan dia bercakap dan kacau Lees tapi, dia tidak cakap apa pun. Dia buat tak tahu jer.

“Lepas tu apa jadi?” tanya kak long apabila Lees berhenti bercerita.

“Hari-hari seterusnya macam biasalah dia datang rumah belajar dengan Lees sehingga hampir peperiksaan.” Cerita Lees pada kakaknya.

“Lees bercinta ke dengan Is masa tu?” kak long cuba menyongkar rahsia adiknya itu.

“Tidaklah, tak pernah cakap pasal cinta langsung”. Jawab Lees.

“Masa tu Lees ada hati tak dengan Is?” Tanya kak long dengan senyum dan memandang Lees.

“Tak ada pulak, Lees tak terfikir sejauh itu sebabnya setahu Lees, Is ni ramai girlfriend”.

“Habis tu, macam mana pulak kamu berdua boleh kahwin?’. Kak long tanya dengan hairan.

“Entahlah kak, mungkin jodoh kot. Selepas result SPM diumumkan memang Lees dan Is dapat keputusan cemerlang jadi kami sama-sama minta sambung belajar di Ireland, tup-tup dapat. Sepanjang kami berkawan, Is tak pernah, cakap pasal cinta.. sayang.. jauh sekali kahwin”.

“Lees dapat tahu pun, masa papa telefon Lees katanya ada orang nak masuk pinang Lees dan kahwin. Lees memang terkejut besarlah apa pulak ni papa, sudah tahu Lees dapat sambung belajar di Ireland suruh kahwin, Lees memang tidak setujulah Lees muda lagi 19 tahun. Masa tu Lees tengah buat A-Level sama dengan Is juga. Tapi papa cakap, Lees terima pinangan tu dan kahwin sebelum Lees datang sini…”. Lees berhenti seketika mengimbas kembali kenangan itu. Kemudian menyambungnya kemula.

“Lees memang benganglah sebab Lees tidak tahu dengan siapa Lees kena kahwin. Jadi Lees tanya papa. Papa tanya Lees, Lees kenal tak Iskandar Arif bin Dato’ Jeffri. Lees jawab kenal, dia kawan Lees. Dialah masuk pinang Lees, papa bagitahu. Lees kahwin saja dengan dia kata papa, Lees memang terkejut besarlah sebab sepanjang kami berkawan tidak pula dia bagi tahu yang dia sukakan Lees”.

“Malam tu Lees bincang dengan datuk dan nenek, rupanya nenek dan atuk dah tahu pun. Dia orang nasihatkan Lees kahwin saja dengan Iskandar. Lees bagi tahu atuk yang Lees belum bersedia pikul tanggungjawab sebagai seorang isteri, pelajar, lagi lepas tu jadi ibu pula. Lees tak naklah, Lagi pun…belum habis cerita nenek potong percakapan Lees… nenek cakap Lees tak cintakan Iskandar. Lees diam aje. Atuk cakap cinta boleh pupuk selepas kahwin. Dia dulu pun bercinta selepas kahwin bahagia juga. Nenek bagi cadangan Lees sembahyang istikharah malam tu.

“Lees buat tak?” Tanya kak long minta kepastian.

“Buatlah” Lees menjawab sambil matanya melirik kepada kak longnya.

“So macam mana”? Tanya kak long lagi.

“Lees mimpi jumpa dia”. Lees bagitahu kak longnya sambil tersenyum malu.

Nenek kata yang Lees risau tentang tanggungjawab, Lees bincang dengan Is lah. Keesokkan harinya. “Kak long nak tahu?”… Lees seolah-olah bertanya kak longnya. Pagi-pagi lagi Is dah terpacak depan rumah. Lees turun, dia terus kata, kahwin dengan saya. Lees tanyalah kenapa? dia jawab “saya cintakan awak”. Lees bagitahu dia yang Lees belum bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri, lagi pun kita kan baru nak sambung belajar, muda lagi, kahwin lepas belajarlah.

Dia cakap tak boleh, kita kena kahwin sekarang. Macam mana Lees nak pikul semua tu, kalu kita dapat anak…ehhhh tak nak lah. Lees bagitahu dia. Dia kata Itulah yang dia datang nak bincang dengan Lees. Masa itu, Is terangkan pada Lees, kita kahwin sekarang tapi, saya janji yang saya tak akan buat lebih-lebih pada awak atau hubungan kelaminlah senang cakap, kata Is. Dia bagitahu lagi, tapi saya tak janjilah yang saya tak akan sentuh awak. Jadi awak boleh sentuh sayalah? Lees tanya dia. Ya lah jawab Is, sentuh aje kan, katanya. Alahh awak ni, kita kahwin lepas studylah Lees bagitahu dia. Tak boleh katanya. Lees tanya kenapa? dia jawab nanti awak akan tahu juga kenapa tapi bukan sekaranglah. Lees tanya Bila? Nanti awak tahulah katanya. Dia desak Lees kita kahwin ya? Lees tidak tahu nak jawab apa… akhirnya Lees jawab… “baiklah, tapi janji, apa awak cakap tadi” Lees kata pada dia. Tapi ada satu syarat, Lees bagi syarat pada dia.

“Apa syarat Lees?” Tanya kak long. Lees bagitahulah dia, Lees tidak mahu orang lain tahu yang kita sudah kahwin. Dia terima syarat Lees, asalkan Lees setuju kahwin dengan dia.

“Jadi, Lees tidak pernah tidur dengan Is lah?” Kak long bertanya mengorek rahsia.

“Tidurlah kak, tapi kami tak buat apa-apa pun”. Lees menjawab dengan malu mukanya sudah mula merah.

“Dia tak pernah sentuh Lees?” Kak long bertanya lagi.

“Pernah”. Jawab Lees sepatah. Untuk mengelakkan kakaknya bertanya lebih banyak Lees memotong percakapan kaknya.

Sambil melihat jam dinding bilik kakaknya itu… “Eh! Kak, pukul berapa sekarang? Masyaallah dah nak pukul 11.00 lah kak, Lees masuk bilik dululah nanti Is marah pula”. Lees berkata pada kak longnya sambil bangun dan meninggalkan kakaknya itu.

“Dia pernah marah Lees ke?” Kak long bertanya lagi.

“Tak pernah”. Tak apa lah kak. Bye sweet dream. Lees menjawab pertanyaan akhir kakaknya. Dia membuka pintu lalu menuju ke biliknya.

Previous: bab 5
Next: bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Fanina