Home Novel Cinta Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu
Bab 40

Syarat

Pintu bilik ketua pengawas diketuk, sebaik itu tombolnya dipulas lalu membuka pintu. Shasha masuk ke dalam semerta matannya memandang Zarul. Lelaki ini sedang khusyuk membuat kerjanya. 

"Sibuknya kau," tegur Shasha.

Tak lama selepas itu, Zarul mula memandang Shasha yang berdiri di muka pintu. "Oh, Sha! Ada apa kau masuk ni?" 

Shasha mendekati meja Zarul. Dia datang sambil membawa sekeping kertas. "Tak ada apa, cuma aku nak serahkan borang ni dekat kau." 

Wajah hairan terpancar pada muka Zarul. "Borang? Borang apa?" 

Shasha pun menyerahkan kertas itu kepada lelaki berkot biru gelap ini. "Kelab bimbingan dan kaunseling baru je hantar borang mendaftar Hari Keusahawanan." 

Kaca mata milik Zarul dibuka, lantas dia meneliti borang itu.

"Nampaknya perempuan tu macam takut dengan kau. Sampaikan aku yang kena hantar borang ni. Agak-agak dia nak mengelak dari kau tak." Shasha menggetus ketawa. Baginya perkara itu agak melucukan.

Zarul mendengus berat. "Teruk sangat ke aku marah dia hari tu?"

Shasha berfikir sejenak. Jarinya pula diletakkan pada bibir, cuba untuk menahan ketawa.

"Tak pastilah Yul. Cumanya suara kau hari tu lebih kuat dari biasa." 

Wajah Zarul diraup perlahan. Sungguh dia menyesal dengan tindakannya tempoh hari.

"Aduh, janganlah cakap yang dia benci aku." Gumaman sesalan jejaka ini meningkatkan lagi tawaan Shasha yang sudah mengenali Zarul sejak dari kecil.

"Itulah kau, excited sangat bila jumpa dengan crush. Sampai tak terjumpa batas tu. Tengok macam kawan kau yang cantik lagi ayu ni. Waktu bersembang dengan crush pun sopan je. Tak macam kau, jumpa crush macam harimau nak makan orang," omelan gadis itu tidak dihiraukan Zarul.

"Huh, sopan konon. Macam aku tak tahu perangai kau yang sebenar. Gedik."

Shasha tersentap. "Wei, mulut jaga sikit eh! Aku bagi penampar nanti." Tangan Shasha sudah pun terangkat. Ikutkan niat, hendak sahaja dia memukul, tetapi hasrat itu ditahan. Tak sanggup kerana kasihan jika rakannya ini terasa hati.

"Hah, apa lagi? Bagilah. Bagilah. Ingat aku takut," cabar Zarul sungguh. Memandangkan mereka sudah kenal lama, dia sudah cukup masak dengan perangai Shasha ini. Dia tahu yang Shasha tiada keberanian untuk menamparnya.

Shasha mencebik geram. Langsung tangannya diturunkan. 

"Yalah, yalah. Kalau aku pukul kau, mesti kecoh satu sekolah ni. Konon aku pukul idola diorang. Dahlah. Malas aku nak layan kau." Terus gadis itu berjalan keluar dari bilik.

"Bam!" Pintu bilik ditutup dengan kuat.

Zarul tersenyum sinis. Siapa sangka cabarannya tadi berjaya membuatkan kawan masa kecilnya itu berasa geram.

Matanya sekali lagi melihat borang. Dia membaca borang itu dari atas hingga ke bawah. Ini termasuklah, tandatangan yang telah ditanda pada borang itu.

Nur Inas binti Hamzah.

Orangnya indah bagai bidadari. Putih melepak bagai sang merpati. Lemah lembut sifatnya, sukar dicari.

'Aku rasa, aku perlu minta maaf dekat dia.' Itulah hasrat Zarul. Dia berharap dengan permohonan maaf itu, mampu membuatkan dia mengenali Inas dengan lebih rapat.

*****************************

Saya melepaskan nafas puas. Lega setelah borang Hari Keusahawanan berjaya diserahkan kepada pihak pengawas.

Nasib Shasha ada dekat bilik pengawas sebentar tadi, jikalau tidak terpaksalah saya bersemuka dengan Zarul. Bukan saya tidak suka, cuma tak tahan dengan bebelannya. Apatah lagi untuk masuk ke dalam biliknya sekali lagi.

Sebelum pulang, saya singgah ke bilik kaunseling, mahu mengambil barang yang tertinggal. Hendak buat macam mana, tadi saya terkejar-kejar nak menghantar borang, sampaikan terlupa akan barang yang tertinggal itu. 

Sebaik barang diambil, saya pun mengambil keputusan untuk pulang. Pintu bilik kaunseling ditutup lalu dikunci mangganya.

"Tuan puteri." Panggilan meleret lembut seorang lelaki menjengah telinga. Saya menoleh ke belakang.

"Eh, Rafie? Saya ingatkan awak dah balik." 

Rafie tersenyum sebelum membalas, "Saya terdengar perbualan awak dengan Rina tadi. Dengar cerita awak nak balik seorang diri."

Oh, dia terdengar perbualan kami rupanya. Sempat juga dia memasang telinga. 

"Alang-alang kita dah berdua, jom kita balik bersama?" Ajakannya dipersetujui oleh saya. Bukan selalu untuk kami berjalan pulang bersama-sama. Kami pun memulakan perjalanan. Sambil-sambil itu, sempat juga berbual bagi menghilangkan jeda.

"Sanggup juga ya awak tunggu saya, semata-mata nak balik bersama."

Rafie mengiyakan. "Mestilah. Kita kan jarang nak berjalan macam ni. Lagipun... saya sunyi. Lagi-lagi Iky dah tak ada dekat rumah," balas Rafie.

Bercerita tentang Iky, dia sudah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh. Tempatnya jauh dari Putrajaya. Sekolahnya berada di Ipoh, iaitu kampung halaman saya dan Rafie.

Sejujurnya, semenjak pemergian Iky, saya sudah tidak bertemu lagi dengan insan yang telah dianggap sebagai adik. Sungguh saya merinduinya. 

"Yalah kan. Tadi awak duduk dekat library ke?" 

"Ha'ah, saya study sikit. Exam kan minggu depan." Jawapan Rafie itu menyentak hati ini. Hampir terlupa pula yang peperiksaan bulanan sudah hampir dekat.  

"Iyalah. Exam dah nak dekat. Saya pun ada banyak lagi tak study ni."

"Itulah, nanti mesti masing-masing sibuk. Tak dapatlah kita nak berjumpa macam sekarang ni, kan?" Raut wajah Rafie tampak kecewa. Begitu juga dengan saya.

"Kan, awak. Tapi inilah pengorbanan kita, awak. Demi masa depan, kita kena korbankan juga waktu kita untuk belajar."

Senyuman Rafie mula melebar. "Saya suka mentaliti awak ni. Ingatkan saya seorang je yang berfikiran macam ni. Kalau macam tu, boleh tak saya nak request sesuatu?

"Apa dia?" soal saya.

"Kita hold dulu hubungan kita, boleh?" pinta Rafie.

Walaupun terkejut, saya hormati keputusannya, malah faham akan permintaan itu. Dia mahu kami fokus akan pelajaran.

"Menjunjung perintah, tuan putera. Dinda perkenankan," seloroh saya bersama tawaan.

"Eh, eh! Dia pun nak main putera, puteri juga." Bibir Rafie ditahan dengan jari. Kami berdua mula tertawa.

Tawaan girang kami perlahan-lahan membenam hingga membangkit jeda. Sekejap kami memandang sesama sendiri, seketika pula memandang sekeliling. Masih malu-malu.

"Hmm... awak." Rafie bersuara. Sekali lagi wajahnya saya pandang.

"Ya."

"Awak rasa... perlu tak kita... dating?" cadang Rafie dengan wajah menahan malu.

Terus pipi ini merona merah.

Dating ya.

Hasrat dihati, mahu juga merasai pengalaman itu. Maklumlah, sudah hampir 3 bulan kami menjadi pasangan kekasih tetapi tidak ada satu pun masa untuk kami berdating.

"Dating ya. Ikutkan saya teringin juga. Tapi susah juga sebab kita sibuk dengan hal-hal sekolah." Rafie mengiyakan pernyataan saya.

Harus diakui, kami sememangnya komited dengan peranan masing-masing sebagai pelajar sekolah. Sebagai akibatnya, kami tidak mempunyai masa untuk bersembang melainkan dengan berhubung menerusi telefon. 

"Awak, nak tak lepas exam nanti kita keluar jalan-jalan?" ajak Rafie berani.

"Maksud awak... dating ke?" tanya saya, lembut.

"Ya, bukan sebagai kawan, tapi sebagai pasangan kekasih." Rafie menggaru pipinya. Itulah gaya dirinya yang cuba merendah diri.

"Urmm... boleh juga." Jawab saya yang tersipu malu.

"Lagipun saya tak pernah lagi keluar dengan lelaki sebelum ni."

"Jadi... muktamad?"

"Iya, muktamad."

 Nafas lega dilepaskan oleh Rafie.

"Tak sabarnya saya rasa." Tangan jejaka ini didepangkan ke atas. Sungguh dia teruja setelah permintaannya itu dipersetujui oleh saya. 

Namun begitu, keterujannya menimbulkan rasa bersalah dalam diri saya. Sebabnya saya baru teringat akan pesanan ayah tempoh hari. Jika saya dan kakak mempunyai sesorang yang istimewa, kami harus memperkenalkan mereka di depan ibu dan ayah.

"Urrm... Tapi sebelum tu..."

"Ya, awak?" 

Jari saya ditemukan berkali-kali. Bibir pula dikemam sedikit.

"Errmm... boleh tak awak jumpa dengan ayah saya dulu?" 

Tersentak jejaka itu mendengarnya.

"Eeehh! A... ayah awak? Ke... kenapa pula?" 

"Sebab dulu, ayah pernah bagi syarat dekat saya dan kakak. Kalau ada lelaki yang nak keluar dengan kami berdua, syaratnya kena berjumpa dengan ayah dulu." Penerangan saya itu membuat jejaka ini berfikir sejenak.

"Tapi bukan mereka dah kenal saya?"

"Itu cuma sebagai kawan, awak. Bukannya sebagai..." Saya menjeda. Malu hendak menyambung ayat itu. Sekali lagi jari telunjuk ditemukan berkali-kali.

"... kekasih." Akhirnya ayat itu terluah.

"Macam tu ya. Kalau macam tu saya setuju. Lagipun..." Rafie menghentikan ayatnya. Dia datang mendekati saya lalu berbisik.

"...saya akan sentiasa bersedia untuk menghadap ayahanda kepada tuan puteri saya ni. Demi menyunting bunga, putera ini sentiasa bersedia." Betapa manis mulut Rafie hingga berjaya membuat hati ini berbunga.

"Alaaa... awak ni, jangan buat saya rasa malu. Saya tak nak orang tengok muka saya merah nanti." Mata bundar ini melihat sekeliling, mengharapkan tiada yang memandang.

Bibir Rafie kekal terrsenyum. Mesti dia sengaja mahu buat saya begini. 

Perjalanan kami diteruskan, sehinggalah tiba di kawasan perumahan saya. Ketika kami hendak membawa haluan masing sendiri, saya cuba meminta kepastiannya daripadanya. 

"Jadi, awak nak jumpa dengan ayah?" Wajah kekasih saya ini bertukar resah. Namun, keresahan itu ditutupi dengan senyuman nipis.

"Demi awak, saya akan cuba. Kalau saya dapat curi hati tuan puteri, apalah sangat mencuri hati sang raja pemilik istana." Siap bermadah lagi dia, namun itulah yang saya suka. Ia menyejukkan hati saya untuk lebih mempercayai Rafie.

Senyuman saya makin melebar.

"Baiklah, saya tunggu hari tu."

Dia mengangguk. Kemudian tangannya mula melambai. Seketika kemudian, dia pergi dengan membawa bayangnya.

Jejak Rafie masih dipandang. Saya memikirkan segala kemungkinan yang bakal berlaku sekiranya ayah bertemu dengan Rafie. Bercampur baur, tak kira sama ada situasi baik mahupun situasi buruk.

"Harap segalanya dipermudahkan." Itulah harapan yang tertanam di dalam hati ini.

Bersambung...

Previous: Bab 39
Next: Bab 41

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nino Si Pungguk