Home Novel Cinta Aku Berjanji Akan Kembali Untukmu
Bab 9

Yusri

Kedua-dua tangan saya didepangkan ke atas. Nafas penat dilepaskan lega, sekali gus membuat mata tertutup rapat. 

"Akhirnya, siap juga tugasan kita," gumam saya perlahan, mahu menahan suara dari membuat bising. Maklumlah, saya kini berada di perpustakaan awam. 

Seorang diri? Semestinya tidak. Sebabnya Mei dan Rafie ada bersama.

Semalam, kami bertiga sebulat suara untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh Cikgu Shuna tempoh hari. Memandangkan hari ini ialah hari Sabtu, eloklah kalau cuti ini dimanfaatkan dengan sebaiknya.

"Cantiklah, korang. Kerjasama korang memang terbaik," puji Mei kepada kami saya dan Rafie.

"Tak ada hal, Mei. Benda kecil je," balas Rafie mendatar. Macam biasa, jejaka ini lebih cenderung untuk bersifat dingin.

"Alang-alang dah siap, apa kata kita lepak dekat kafe, nak? Lagipun, kafe yang ada dekat sebelah padang sana tu boleh tahan juga tau. Rasa Cafe namanya," ajak Mei setelah kerah keringat kami pada hari ini membawa hasil. 

Ajakannya itu diterima baik oleh saya dan Rafie. Maka kami pun mengemas barang sebelum beredar.

*****************************

Pintu kafe ditolak. 

"Kling!" Bunyi nyaring loceng pintu mula kedengaran, seraya itu kedatangan kami telah disambut oleh seorang pelayan wanita. 

Orangnya kurus dan tinggi. Dari gayanya barangkali umurnya lebih kurang dengan kami. Cumanya, saya tidak dapat melihat wajahnya kerana ditutup dengan penutup muka, tambah pula dia memakai topi. 

Aroma kopi yang sangat kuat mula menusuk hidung. Sedap baunya. Ia mendatangkan rasa ketenangan.

Perhatian saya beralih pada sekeliling. Kehadiran pelanggan taklah terlalu ramai dan tak juga terlalu sikit. Hanya sedang-sedang sahaja. 

Setelah menjumpai tempat kosong, duduklah kami sebelum membuat pesanan. Baru sahaja duduk, pelayan wanita tadi memberikan menu kepada kami sebelum berlalu pergi. 

Saya dan Mei memandang sesama kami sebelum beralih ke arah Rafie. Dia nampak kekok, malah matanya masih memerhatikan pelayan tadi.  

Perasan akan gelagatnya, Mei pun menegurnya. "Rafie, kenapa dengan awak? Awak nampak macam tak biasa je dekat tempat macam ni. Dari tadi awak asyik tengok pelayan tu."

"Oh! Aha. Aku memang tak biasa dekat tempat macam ni. Aku tengok pelayan tu pun sebab terkejut yang diorang ada uniform sendiri," terang Rafie. 

Mendengar sahaja cakapnya, saya pun memerhatikan pelayan yang lain. Ternyata pemerhatian Rafie itu betul. Kesemua mereka memakai pakaian barista berwarna hitam bersama apron berwarna merah. Cekap juga mata Rafie.

"Betullah cakap awak. Hebat juga ya pemerhatian awak." Pandangan saya dikalihkan kembali pada Rafie.

"Well, aku dah biasa menyendiri. Jadi kau boleh kata yang ini special skill aku," katanya tanpa menunjuk sebarang reaksi.

Saya mengukir senyuman sinis. "Itu sebablah awak tak pernah datang ke kafe ni. Siapa je kawan yang awak boleh ajak melepak, betul tak?" Sengaja saya menyindir. Biasalah, kami kan dah berkawan sekarang. Apalah guna kalau tidak sindir-menyindir. 

Riak wajah Rafie berubah. Nampak macam terasa dengan kata-kata itu.

"Maaflah kalau aku asyik menyendiri. Aku ni bukannya suka pergi ke tempat macam ni. Baca buku lagi bagus," balasnya sinis. Dia menongkat dagu lalu menoleh ke arah lain.

Saya tergelak kecil. Alahai, sensitifnya juga dia ya.

"Tapi Rafie, bukan ke biasanya orang yang minat baca buku selalu duduk dekat kafe? Cuba awak tengok akak dekat meja sana tu. Dia pun baca buku juga." Mei membidas kenyataan Rafie itu. Rafie terkedu.

"Eh? Errr... ah! Lupakanlah semua tu. Yang penting aku nak korang tahu, yang aku tak suka datang ke sini. Lagi satu, ikutkan aku ni tak suka melepak dengan korang berdua. Tapi sebab kesian, terpaksalah aku terima ajakan kau ni."

Dahi Mei berkerut tatkala mendengar jejaka berambut sedikit ikal ini berkata begitu. Bukan dia seorang, saya memberi riak sama. 

"Kenapa awak cakap macam tu? Awak tak suka kitaorang ke?" tanya saya.

Rafie mendengus berat. Tangan yang menongkat dagu dilepaslan.

"Bukan tak suka. Cuma tak selesa. Korang ni aware tak yang korang terkenal dekat sekolah?" soal Rafie kepada kami berdua.

"Well, saya aware je. Cumanya Inas je lah yang aku tak pasti. Rasanya dia tak aware pun," jawab Mei.

"Eh, ya ke? Tapi apa kaitannya dengan topik kita ni?" tanya saya kepada Rafie semula.

Rafie mendengus kuat nafasnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.

"Inas, kau tahu tak ramai lelaki minat dekat kau?" 

Saya menyegetkan kepala.

"Tak tau." Begitu polos saya membalas. Rafie terus menepuk mukanya. Dia mengusap berkali-kali bagai jengkel dengan jawapan saya tadi.

"Haih... point dia dekat sini, kau kena tahu, bila diorang nampak aku dengan kau, diorang akan kacau aku dan bertanya fasal kau. Kau kan takut lelaki. So, diorang peliklah bila aku tiba-tiba boleh rapat dengan kau." 

Penjelasan panjang lebar itu membuatkan saya mengerti lalu mengangguk kepala, "Ooohh... macam tu ke. Maaflah, saya baru tahu," ucap saya lagi lalu menyengetkan kepala sekali lagi.

"Tapi tak sangka pula yang diorang akan kacau awak." Tambah saya lagi. Kepala yang disengetkan kembali dibetulkan.

Mei pula tertawa kecil. "Itulah tu. Jadi loner ni mesti susah, kan? Mesti ada je khabar angin fasal awak."

"Itulah, Mei. Lagipun, aku tak suka kalau orang menyibuk hal aku. Tak selesa tau," omel jejaka itu lagi.

"Tapi kalau Inas nak menyibuk boleh kan?" Sengaja saya menyampuk, mahu bergurau dengannya. Malangnya, gurauan itu dibalas dingin.

"Entah." 

"Itu je respon awak?" Pipi saya dikembungkan sebelah. 

"Habis tu awak nak respon yang macam mana lagi?"

"Awak ni, kan. Tak sukalah kalau macam ni."

"Huh! Ikut kau lah."

Tiba-tiba Mei menggetus tawaan. "Hahahaha! Korang ni memang rapat, kan? Tak hairanlah pelajar sekolah kita ramai yang tak puas hati dengan awak, Rafie."

"Ala... Mei, kitaorang berdua kawan biasa je. Tak adalah rapat sangat. Betul tak, Rafie." Saya meminta persetujuan daripada Rafie. Namun, jejaka berambut sedikit ikal ini menggelengkan kepalanya. 

"Yalah, Inas. Kita ni kawan. Haih... habislah aku. Mesti kena kacau dengan geng-geng Yusri nanti," keluhnya pasrah.

"Oh, Yusri pun kacau awak juga ke?" Mei tiba-tiba bertanya. Pantang dirinya bila orang sebut nama crush dia.

"Ha'ah, tapi tak seteruk yang lain. Cuma annoying sikit."

"Ooohh..." Tersenyum Mei mendengarnya. "Tapi dia popular tau. Baik, peramah dan paling penting suka tolong orang," ujar Mei yang seperti memuji Yusri. 

"Tak kisahlah semua tu. Aku tak nafikan yang dia baik. Tapi tulah... korang sendiri tahu, kan? Aku susah nak percayakan sesiapa buat masa sekarang ni." Rafie bertegas. Tangannya pula dibuku geram.

"Mana boleh begitu Rafie. Tak bagus tau berfikiran negatif macam tu," nasihat Mei kepadanya.

"Aku perlukan masa, Mei. Jadi tolonglah faham." 

"Pesanan dah sampai!" Muncul seorang pelayan lelaki yang membawa pesanan kami.

Sebaik pesanan itu dihidangkan, saya pun menghirup sedikit air untuk menghilangkan dahaga. Sambil-sambil itu, sengajalah saya curi-curi pandang Rafie yang duduk bertentangan dengan saya. Dia sedang menghirup kopi. Namun, baru merasa sedikit, dia sudah berhenti. 

Panas katanya. Langsung dia meniup permukaan air tersebut dengan harapan kopinya itu menjadi sejuk. 

"Panas ke?" Tegur Mei yang juga perasan tindakannya.

"Ha'ah, aku ni tak tahan minum air panas."

"Kalau tak tahan, kenapa awak tak order minuman sejuk?" soal saya yang keliru. Mana taknya, dia sendiri yang pilih kopi panas, sudah tentulah airnya panas. 

"Sekarang kan masih pagi lagi, aku tak suka minum air sejuk pada waktu macam ni."

"Pelik-pelik je awak ni," omel saya hingga tercebik. Tak faham saya dengan kerenahnya.

"Eh, eh! Nampaknya ada orang tak tahan minuman panaslah." Suara seorang lelaki mencelah perbualan kami.

Kami memandangnya.

"Eh, Yusri! Tak sangka boleh jumpa awak dekat sini." Laju Mei menyapa. Sekelip mata perangainya berubah. Mulalah dia nak buat muka comel. 

"Actually, aku lagi tak sangka yang korang bertiga ada dekat sini. Boleh tak aku nak join sekali?" Yusri meminta kebenaran.

"Boleh je, duduklah sebelah Rafie ni," pelawa gadis berbangsa cina ini. 

Saat Yusri duduk di meja kami, tiba-tiba sahaja hati saya berasa tidak sedap. Saya cuba melihat telapak tangan, ternyata ia menggeletar. 

Oh tidak! Nampaknya saya berada dalam masalah. Anxiety saya sudah datang. Trauma saya kembali menghantui diri.

Bersambung...

Previous: Bab 8
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Nino Si Pungguk