Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 1

BAB 1

Sunyi banglo milik Tan Sri Armanshah setelah beliau kematian isteri 6 bulan yang lalu. Rumah banglo mewah yang dipenuhi segala kemewahan di dalamnya, kini hanya di huni oleh 7 orang gaji dan pemilik tuan rumah. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Armanshah.

Tan Sri Armanshah menuruni anak tangga di dalam rumah banglo miliknya. Langkah diteruskan menuju ke bahagian bilik bacaan yang berada di tingkat bawah.

“Yam. Sediakan makan tengah hari untuk 4 orang makan” Arah Tan Sri Armanshah yang melihat kelibat salah seorang orang gajinya yang kebetulan tengah mengemas di bahagian ruang tamu.

Pembantu rumah tersebut hanya mengganguk lantas meneruskan pekerjaannya. Tan Sri Armanshah masuk ke dalam bilik bacaan yang dipenuhi dengan bahan bacaan di dalamnya. Kaki melangkah ke sofa. Telefon bimbit di kocek di keluarkan lantas menghantar pesanan ringkas kepada sesorang. Setelah itu telefon diletakkan di atas meja. Nafasnya dihela panjang.

Pandangan di hala pada 3 buah frame gambar yang terpampang di dalam bilik bacaan. Frame yang pertama, gambar seorang gadis yang bertubuh agak gempal serta mempunyai pipi yang tembam. Frame gambar yang kedua, seorang gadis bertubuh langsing serta berambut ikal. Frame gambar yang ketiga, seorang gadis yang bertubuh kecil serta memiliki mata yang bundar. Sekali lagi Tan Sri Armanshah menghela nafas panjang.

Menikahi isteri pertama atas dasar keturunan, bercinta dengan isteri kedua, bukan pula pilihan keluarga. Berkahwin pula dengan isteri yang ketiga atas dasar kasihan dengan nasib yang menimpa diri gadis itu. Sekarang ini wajah-wajah isterinya hanya mampu dipandang sayu. Memiliki mereka semua tidak lama, kini Tan Sri Armanshah menduda semula.

“Tuk! Tuk!” Pintu diketuk dari luar. Tan Sri Armanshah termati dari lamunan semalam. Pembantu rumah yang bernama Mariam terjongol di hadapan pintu.

“Tuan Arrianshah ada dekat luar Tan Sri.” Ucap Mariam penuh hormat.

“Suruh dia masuk” Arah Tan Sri Armanshah ringkas. Mariam mengganguk. Selang beberapa saat, pintu bilik dikuak dari luar. Seorang jejaka bertubuh tegap serta berkulit sawo matang masuk ke dalam bilik bacaan. Tan Sri Armanshah memberikan senyuman pada wajah anaknya yang berhidung mancung tu. Handsome! Macam Shah Jazle!

“Apa semua ni Pa? Rian tak setuju semua ni!” Marah Arrian tiba-tiba. Sekali lagi Tan Sri Armanshah memberikan senyuman.

“Kita tunggu yang lain” Balas Tan Sri Armanshah bersahaja.

“Tak perlu tunggu yang lain Pa! Rian pewaris tunggal papa.” Sambung Arrianshah lagi yang dapat menghidu niat papanya mengumpulakan adik beradiknya yang berlainan ibu. Tan Sri Armanshah menyandarkan badannya di sofa. Pandangan di hala semula ke arah tiga wanita yang pernah menjadi isterinya.

“Mereka semua anak Papa. Dan mereka berhak untuk mendapat harta papa ni. Kamu yang paling tua sepatutnya kamu yang bimbing adik-adik yang lain.” Tan Sri Armanshah mengeluarkan isi hatinya. Arrian sudah tersenyum sinis.

“Tapi mereka bukan cucu pilihan Tok pa dengan Tok Ma. Arrian yang akan mewarisi harta Shah Holdings tu. Bukan mereka!” Sedikit tegas ayat yang dituturkan oleh Arrian. Tan Sri Armanshah berwajah biasa. Masak benar dengan perangai anaknya yang mirip dengan arwah isteri pertamanya.

“Tak kisahlah apa yang…” Belum habis ayat ditutur Tan Sri Armanshah pintu bilik bacaan diketuk sekali lagi. Arahan masuk diberikan Tan Sri Armanshah. Seorang lagi tubuh tegap berkulit putih serta mempunyai bulu mata yang lentik masuk ke dalam bilik bacaan. Adrianshah bersalaman dengan bapanya penuh hormat. Anak dari gadis yang dia cintai. Senyuman diberikan pada anaknya yang baru sahaja kehilangan ibu tercinta 6 bulan lalu.

Salam yang dihulur pada Arrianshah tidak bersambut. Adrian duduk berhadapan dengan abangnya.

“Ada apa ni pa?” Soal Adrian berani. Arrian sudah memandang tajam pada adiknya yang muda muda 6 tahun dari umurnya.

“Umur kamu dah masuk 23 tahun kan? Dah sesuai sangat nak uruskan syarikat. Tak kan nak harapkan abang kamu sorang je ni.” Balas Tan Sri Armanshah bersahaja. Masing-masing memandang muka bapanya, ingin mendengar butiran yang selanjutnya.

Lagi sekali pintu diketuk. Arahan masuk diberikan oleh Tan Sri Armanshah. Putera bongsu Tan Sri Armanshah bersama dengan isteri ketiganya masuk ke dalam bilik bacaan. Adlishah menghulur tangan untuk bersalaman dengan bapanya dan dua lagi abangnya. Macam biasa, tangan yang dihulur pada Arrianshah tidak di sambut. Adlishah mengambil tempat duduk bersebelahan Adrianshah. Tan Sri Armansahah duduk di bahagian sofa single.

“Ada perkara yang papa nak bincangkan dengan kamu semua.” Ucap Tan Sri Armanshah. Arrianshah sudah menjeling tajam dua adiknya yang duduk di hadapannya.

“Papa lupa ke? Tok Ma dengan Tok Pa kan pernah cakap, Rian pewaris tunggal Shah Holdings.” Adrrianshah bersuara lantang. Entah macam mana, Adlishah terbangun dari sofa.

“Nak kemana tu Shah?” Soal Tan Sri Armanshah yang melihat anaknya tiba-tiba bangun. Adlishah menarik nafas sederhana panjang dan dilepaskan.

“Shah tak diperlukan dekat sini Pa..” Balas Adlishah lemah. Tan Sri Armanshah meraub wajahnya. Arrianshah sudah tersenyum sinis.

“Right! Memang kau tak diperlukan dalam keluarga ni!” Ucap Arrianshah sedikit tegas.

“Arrianshah!”

Lantang suara Tan Sri Armanshah pada anaknya yang lancang berkata-kata. Adrianshah hanya diam membisu melihat drama yang berlaku di hadpannya.

“Duduk Shah!” Arah Tan Sri Armanshah tegas. Adlishah masih lagi berdiri. Muka bapanya dipandang.

“Shah tak layak duduk sini Pa. Kewujudan Shah dekat dunia ni pun satu kesilapan. Daripada berebut harta ni semua, baik Shah cari duit sendiri.” Adlishah berani memberi hujah. Sekali lagi Tan Sri Imran meraub wajahnya.

“Duduk!” Tegas perkataan yang ditutur Tan Sri Armanshah. Nak tak nak, punggung Adlishah dihenyak semula di atas sofa.

“Apa masalah kamu ni semua! Papa tak pernah beza-bezakan semua anak papa!” Tiba-tiba Tan Sri Armanshah naik angin.

“Apa yang Papa nak pertahankan sangat dengan anak luar nikah papa ni? Memang betul pun dia tak layak menerima harta dari keluarga kita!” Ucap Arrianshah sinis.

“Diam!!!” Berombak dada Tan Sri Armanshah menahan geram. Masing-masing diam semula. “Papa kumpulkan kamu semua bukan nak suruh gaduh! Dan kamu Rian, jangan ingat kamu anak sulung, kamu cucu kesayangan Tok Ma and Tok Pa, kamu boleh dapat semua harta papa. Semua keputusan di tangan Papa sekarang ni! Dan papa juga berhak gugurkan nama kamu dalam wasiat Papa!” Marah Tan Sri Armanshah bersambung. Adrianshah tergelak kecil tanpa sengaja, pantas abangnya merenung tajam muka Adrian.

“Ad ikut je semua perintah papa. Ad tak kisah pun pasal harta tu. Terserah pada papa sama ada nak bagi ataupun tidak.” Adrianshah beruara setelah diam sedari tadi.

“Papa dah putuskan, Ceo Shah Holdings akan di warisi kepada mana-mana anak papa yang berjaya memberikan Papa cucu dalam masa setahun ni. Anak siapa yang lahir dulu, so dia yang akan jadi Ceo Shah Holdings tu. Itu keputusan muktamad Papa. Sekiranya dalam masa setahun ni tak ada tanda – tanda untuk Papa dapat cucu, Papa dah buat keputusan akan jual Shah Holdings tu. Sekurang-kurangnya kamu semua belajar macam mana susahnya cari duit. Apa guna Papa hantar kamu semua belajar jauh-jauh untuk belajar, kalau balik nak goyang kaki je.” Panjang Lebar Tan Sri Armanshah memberi arahan mati.

“What!” Jerit Arrianshah kuat. Badannya terbangun dari sofa. Muka Papanya dipandang dengan pandangan tidak berpuas hati.

“Apa semua ni Pa! Ini semua tak adil!” Arrian sambung menjerit. Adrianshah dan Adlishah hanya mendiamkan diri di atas sofa. Tidak berminat langsung dengan percakapan Tan Sri Armanshah.

“Ini keputusan muktamad papa! Tok Ma dan Tok Pa kamu pun tak layak nak campur urusan Papa. Kamu merayu macam nak gila pun dengan mereka, Papa tetap dengan keputusan Papa!” Tegas ayat yang dibalas oleh Tan Sri Armanshah. Arrianshah menghempas kuat punggungnya di atas sofa semula. Mukanya berkerut seribu!

“Itu sahaja untuk harini.” Sambung Tan Sri Armanshah yang bingkas bangun dari sofa serta meninggalkan bilik bacaan. Tertutup sahaja pintu bilik bacaan, kedengaran sudah suara Arrian menengking adik-adiknya. Sekali lagi Tan Sri Armanshah menarik nafas panjang dan dilepaskan. Hatinya teringin sangat melihat mereka semua bersatu.

Perbualan adik beradik sebapa itu bersambung. Berbahang sekejap bilik bacaan di banglo Tan Sri Armanshah.

“Race start. Tulah, jadi manusia jangan sombong, bongkak! Aku tak pernah terfikir nak jadi CeO Shah Holdings, tapi kalau Papa sendiri dah bagi greenlight macam tu, apa salahnya.” Adrianshah bersuara mengejek. Panas je si Arrianshah lagi tadi.

“Hah! Kau jangan harap nak rebut Shah Holdings dari aku! Lagi-lagi kau anak tak sah taraf! Buat malu keturunan Shah je kau ni!” Pedas ayat yang ditutur oleh Arrianshah. Adrian menepuk bahu adik sebapanya yang berusia 22 tahun tu.

“Kau jangan risau Shah, budak kat depan kita ni takut. Aku nak kau cari calon dalam minggu ni, pastu kita nikah. Mamat sentul kat depan kita ni, kau abaikan je. Lantak dia lah nak mengaum macam singa. Dah jom blah.” Ucap Adrian menenangkan adiknya.

“Betul jugak cakap kau tu. Mana tahu kut-kut nikah terus menjadi anak dalam perut. Muda-muda dah jadi CeO.” Sambung Adlishah yang menambah api kemarahan pada abangnya. Lantas mereka keluar beriringan dari bilik bacaan.

Dada Arriansahah berombak. Peluh geram keluar di dahi pantas di seka. Telefon dikocek dikeluarkan dan di dail nombor seseorang. Fuhh! Padan muka kau Arrian. Tamak! Semua harta kau nak!

Previous: SINOPSIS
Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.