Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 21

BAB 21

“Hoi bodoh! Baik kau bagitahu Ella dekat mana! Kang dengan kau aku terajang kang! Kau jangan main-main dengan aku!” jerit Pak Sakor pada Siti Syafa yang duduk di birai katil. Hampir sebulan dia menderita strok. Alhamdulillah kini Siti Syafa boleh berjalan atas bantuan tongkat. Syafa duduk di birai katil biliknya. Muka Pak Sakor yang berada di hadapan pintu biliknya di pandang.

“Syaf tak kan biarkan bapak seksa kak Ella lagi! Cukuplah kita ganggu hidup dia! Cukuplah kita hina dia! Bagi dia bahagia pulak!” Tegas ayat yang dituturkan Siti Syafa. Penat melayan bapanya yang meradang tak kena tempat.

“Aku dah janji nak nikahkan dia dengan duda kaya tu lah bodoh! Kau ni tak da otak ke?” Jerit pak Sakor lagi. Siti Syafa masih lagi tidak faham dengan niat sebenarnya. Entah apa yang Pak Sakor cuba sembunyikan darinya. Syafa buntu.

“Cukuplah bapak. Kenapa bapak beriya sangat nak nikahkan Kak Ella tu. Kalau betul bapak nak nikahkan dia, kenapa dengan duda? Fikirlah sikit bapak.” Balas Ella berani. Pak Sakor sudah tidak tentu arah. Kakinya di gerakkan ke ruang tamu. Badannya di hempas. Rupa pun dah tak karuan. Dengan baju kemeja lengan pendek yang terbuka semua butang dan menampakkan kedut di badannya. Dengan muka yang bermisai yang tidak terurus. Macam muka peminta sedeqah!

Siti Syafa berjalan keluar menggunakan tongkat. Muka pak Sakor yang runsing di pandang.

“Bapak tak serik ke apa yang pernah jadi dekat Syaf? Bapak tak fikir ke yang Allah uji keluarga kita? Dan bapak masih nak buat lagi? Tak cukup ke duit yang Kak Ella dah bank in kan dekat bapak?” Soal Siti Syafa. Lagi sekali Pak Sakor mendengus geram.

“Kau diam! Kau tu dah jadi anak tak guna!” Jerit pak Sakor kuat. Siti Syafa menghela nafas panjang. Siti Syafa berpusing ingin menuju ke dapur. Tiba-tiba telefon pemberian Syarmimi berbunyi saat Pak Sakor ada di rumah. Siti Syafa cemas. Pak Sakor yang terdengar bunyi tersebut terus bangun dari kerusi dan menuju ke bilik anaknya.

“Jangan bapak… jangan” Rayu Siti Syafa pada Pak Sakor yang sudah membongkar almari Siti Syafa. Mata Pak Sakor terpandang telefon bimbit yang diletakkan di celah-celah baju. Nama Ella tertera di screen telefon. Pantas telefon di angkat. Siti Syafa yang tidak mempunyai tenaga yang banyak, hanya terduduk di birai katil. Pak Sakor sudah keluar dari rumah. Kejap je dah dengar Pak Sakor jerit-jerit.

‘Maafkan Syaf akak.’ Bicara Syaf sendirian.

……………………

Suara garau yang menjawab panggilan telefon Ella Eddya membuatkan dirinya terkejut sedikit. Badan terus di bangunkan dari kerusi malas. Ella menjauhkan sedikit telefon bila mendengar Pak Sakor menjerit dengan kuat. Nafasnya di tarik panjang. Pandangan di halakan di bangunan-bangunan yang tinggi di hadapannya.

“Ella tak boleh nak ikut permintaan bapak. Dan Ella tak boleh kahwin dengan duda tu walau apa pun yang berlaku!” Tegas suara Ella bercakap di telefon.

“Hoi! Kau dengar sini! Kau sedar dikit diri kau tu! Kau tu anak pungut! Tak da sapa yang nak nikah dengan kau. Kira beruntung aku carikan jodoh untuk kau! Lagipun dia bukan sembarangan duda! Dia duda kaya!” Jerit Pak Sakor. Ella dah bersedia menjauhkan sedikit telefonnya.

“Ella dah kahwin Pak! Ella tengah duduk dekat rumah mewah ni. Suami Ella lagi kaya dari duda tu. Suami Ella doctor. Ella dah tak kerja jadi penjaga rumah lagi. Puas hati bapak!” Jerit Ella tidak mahu mengalah. Tidak sedar ada mata yang tengah memerhati di bawah rooftop tu. Setiap bait kata yang keluar dari mulut Ella semuanya didengar oleh Adlishah.

Bila tiada dengar lagi perbualan, Adlishah memberanikan diri meniti anak tangga luar rooftop. Kelihatan Ella sedang memjamkan mata di atas kerusi malasnya. Macam biasa, kain akan di tarik bagi menutup silau matahari. Adlishah memerhati seraut wajah yang cukup comel di hadapannya. Kain yang di jadikan pelindung untuk menutup cahaya matahari sengaja di tarik Adlishah. Ella terperasan bila ada cahaya silau seperti menusuk matanya. Pantas matanya dibuka. Tubuh Adlishah betul-betul berada di hadapanya.

“Hai…” Sapa Adlishah. Ella membetulakan kedudukannya. Adlishah sudah menarik kerusi plastik yang tersedia di situ. Panas-panas terik buat apa lah duduk dekat atas rooftop tu.

“Kenapa?” Soal Adlishah pada Ella. Ella membuat muka malas. “Tak de pape…” balas Ella ringkas. Malas ingin meneruskan perbualan.

“Oh, ok…” balas Adlishah juga ringkas. “Kau datang sini nak apa?” Soal Ella bersahaja. Moodnya kembali seperti biasa.

“Saje, aku tengok muka kau macam perlukan orang nak cakap. Tapi kalau kau ok, aku turun dulu lah.” Balas Adlishah seraya bangun dari kerui. Ella mengerutkan dahi.

‘dah kenapa budak ni? Dia dengar ke aku cakap tadi?’ Soal hati Ella.

“Wait!” Arah Ella. Adlishah tak jadi turun anak tangga. Badan dipusingkan semula menghadap Ella.

“Kau jangan salah sangka pulak, aku ada sebab nak tipu yang aku dah kahwin.” Keluar juga butir dari mulut Ella Eddya. Selain call dengan Syarmimi, dia juga perlukan teman untuk berbual. Dah sebulan tak balik rumah. Dan dengan situasi sekarang ni, makin jauh hati Ella nak balik kampong.

Adlishah kembali semula duduk di atas kerusi plastik berhadapan dengan kerusi malas Ella.

“Aku faham, bukan senang orang macam kita ni nak hidup. Ada je caci maki. Kalau kau tak sedia nak cerita aku ok je.” Balas Adlishah bersahaja. Ella menghela nafas panjang. Terasa ada kekuatan pula nak bercerita pada insan yang dia kenal sekejap-sekejap ni.

“Bapak aku suruh nikah dengan duda kaya dekat kampong tu, sampai sekarang aku tak tahu apa sebabnya. Kalau pasal duit, tak cukup lagi ke duit yang aku bank in tu. Tu yang aku tak puas hati sekarang ni.” Ella mengeluarkan segala yang terbuku di hati.

“Macam nilah Ella. Daripada kau tipu bapak kau, baik kau jadikan benda ni kenyataan.” Balas Adlishah.

“Maksud kau? Tak faham. Yelah, aku sekolah tak tinggi.” Balas Ella jujur.

“Kau anak pungut, aku anak luar nikah. Apa kata kau nikah dengan aku?” balas Adlishah. Fuhh! Tak romantic langsung cara dia melamar. Betulah Ella, angan-angan kau tu hanya bermain dalam fikiran kau je. Mulut Ella melopong. Entah laju je tangan mengetuk bahu Adlishah.

“Hoi! Kau ni biar betik? Kau ingat nikah ni asal boleh je ke? Nikah tu tanggunjawab.” Balas Ella seraya terbangun dari kerusi malas dan berjalan di atas rumput carpet. Adlishah menggaru kepala. Ingatkan senang, susah jugak dia ni.

“Yelah, aku tahu aku anak luar nikah. Lagipun aku dah pasrah pasal masa depan aku. Ada awek pun kena kebas abang sendiri. Sebab jadi anak luar nikah je. Cuba kau bayangkan, ada ke manusia dalam dunia ni nak dekat aku?” Panjang lebar ulasan Adlishah.

Ella berfikir sejenak. ‘betul jugak. Daripada kahwin duda, baik aku nikah dengan teruna. Sama-sama bujang.

“Lagipun kita sebaya Ella, sekepala. InsyaAllah lah kita dapat harungi hidup rumah tangga ni. Allah yang atur kita jadi anak pungut dengan anak luar nikah ni, kau tak nak try nikah ke? Mana tahu Allah hantar bahagia pulak lepas ni.” Balas Adlishah meyakinkan. Ella berfikir lagi.

‘Betul jugak dia ni cakap. Sampai bila aku nak macam ni.’ Soal hati Ella lagi.

“Kalau ye pun nak propose aku, romantic lah sikit. Ada ke patut propose macam tu.” Soal Ella. Hai, macam dah setuju je Ella? Adlishah tersenyum.

“Ok kau siap kejap, pakai baju cantik-cantik sikit. Aku nak propose betul-betul ni. Confrim kau jatuh cinta dengan aku. Aku turun dulu. Siap jangan lama sangat, aku tunggu kau dekat bawah” Balas Adlishah seraya turun semula ke bawah. Terpinga-pinga terus muka Ella.

‘Betul ke ni? Nikah? Oh My God!!!’ Bicara Ella sendirian. Dadanya berdegup kencang. Good luck Adlishah and Ella! Race start!

Previous: BAB 20
Next: BAB 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.