Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 18

BAB 18

“Tak tahu lah mak, kadang-kadang macam sengal je Adrian tu. Lain yang kita cakap, lain yang dia jawab. Dia ingat nikah ni suka-suka ke?” Bicara Faqihah pada Puan Syamira yang sedang menumis sayur kalian. Faqihah membantu Puan Syamira meletakkan kunyit di dalam ayam yang sudah di potong.

“Tak baik cakap macam tu. Tapi mak suka dengan Adrian tu. Happy je budak nye. Kamu kena banyak bersabar lah.” Balas Puan Syamira. Faqihah tersenyum. Teringat gelagat suaminya tempoh hari.

“Tapi haritu kan mak, masa dia tidur dia ada mengigau tau, Cuma Aqih tak tahu nak tanya nama sapa yang dia sebut dalam mimpi dia tu” Balas Faqihah.

“Ala, mana tahu tu nama kawan-kawan sekolah dia kut. Dah lah, jangan fikir bukan-bukan, tak baik syak wasangka dengan suami sendiri” Leter Puan Syamira. Sayur sudah di angkat ke pinggan. Giliran Faqihah pulak meletakkan ayam ke dalam kuali.

“Aqih ada hati dengan Arrian lagi ke?” Soal Puan Syamira tiba-tiba. Faqihah tersentak bila nama Arrian di sebut. Hampir dua minggu dia menjadi isteri pada Adrian, seakan terlupa sekejap nama Arrian. Harini Puan Syamira menyebut nama yang membuatkan hatinya pedih sewaktu ketika dulu.

“Aqih redha mak, mungkin Allah nak gantikan suami yang lebih baik sebab tu Adrian muncul dalam hidup Aqih. Bohong kalau Aqih cakap yang Aqih dah lupa dia seratus peratus, tapi Aqih tak dendam dengan dia. Aqih harap dia bahagia dengan wanita pilihan dia tu” Balas Faqihah bersahaja. Ayam dikuali dipaling ke kiri dan ke kanan. Puan Syamira mengambil buah tembikai di dalam peti ais dan di potong di atas meja dapur.

“Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Fikir macam tu je. Nak kan suami yang baik, kita kena baik dulu. InsyaAllah, mak yakin Adrian boleh bahagiakan Aqih macam Abah bahagiakan mak” Ucap Puan Syamira lembut bersama senyuman. Faqihah turut tersenyum mendengar ceramah Puan Syamira.

“Aqih cuba untuk redha sejak Adrian jadi suami Aqih. Cuma Aqih kadang-kadang nak tergelak dengan perangai dia tu. Asal boleh je mak” Ucap Faqihah lagi. Entah apa yang Adrian dah buat dengan Faqihah agaknya. Adrian…Adrian…

…………………

“Papa dah call suruh masuk kerja lepas Rian nikah nanti. Kau macam mana?” Soal Adrian pada adik bungsunya yang datang ke rumah sewanya. Milo panas dihirup Adlishah. Mata masih memandang TV di hadapan.

“Aku malas lah nak pergi Rian nikah tu. Lantaklah Papa nak marah pun” Balas Adlishah. Hati masih sakit dengan kehilangan Sharmila Aqira. Pantas Adrian menepuk bahu adiknya yang mahu menghirup milo tu. Tertumpah sikit milo panas atas peha Adlishah.

“Kau ni! Kau nak biar si Rian dengan Shar ejek aku masa majlis diorang tu. Menyampah dah aku tengok muka dia” Sambung Adlishah. Muka pasrah je. Game baru je start dah pasrah.

“Mana boleh macam ni! Aku tak kira, kau kena pegi jugak. Upahlah sapa-sapa jadi GF kau, yang penting kita kena berkepit dengan perempuan masa wedding dia. Nilah masanya kau nak tunjuk si Shar tu, yang kau pun boleh ada GF.” Ucap Adrian semangat. Sengaja membakar adiknya supaya dia pergi majlis abang sulungnya.

“Tapi sapa yang aku nak upah beb? GRO?” Balas Adlishah sedikit merungut. Adrian turut memikirkan siapa wanita yang patut dijadikan teman wanita upahan untuk adiknya.

“Ok aku dah dapat! Ok deal. Aku pergi.” Jerit Adlishah tiba-tiba. Terkejut Adrian yang duduk bersebelahan adiknya. Kepala adiknya ditonjol kuat. Gurau adik beradik.

“Bongoklah kau ni! Tak payah nak jerit sangat lah. Sapa pompuan tu?” Soal Adrian ingin tahu. Adlishah tersenyum penuh muslihat. Mungkin tengah fikir Ella. Kalau bukan Ella sapa lagi kan?

“Kau tunggu je dekat hall tu nanti. Aku kasi gempak punya. Biar tercengang muka si Shar tu!” balas Adlishah semangat. Adrian memandang pelik.

“Ah, pape lah. Yang penting kau pegi. Tak kisah lah janda mana yang kau nak upah” Balas Adrian menyakat. Kepala Adrian pula ditonjol Adlishah. Lantas mereka ketawa bersama. Asal boleh je dua orang beruk sengal ni!

“Dah lah, aku balik rooftop dulu.” Balas Adlishah ringkas. Kaki sudah bangun dari sofa.

“Rooftop? Asal balik sana tetiba? Rindu ibu?” Soal Adrian. Oh, diorang balik rooftop sebab rindu Puan Nora ke? Adlishah mengangguk.

“Rindu zaman kecik-kecik dulu. Aku blah dulu lah” Ucap Adlisahh seraya meninggalkan Adrian yang masih menghirup sisa air milo di ruang tamu. Kereta MyVi hitam Adlishah meluncur laju keluar dari perkarangan rumah Adrian. Otak ligat mencari ayat untuk mengupah Ella untuk dijadikan teman sewaktu pernikahan abangnya. Mukanya terbit sebaris senyuman.

……………………

Jam di dinding menunjukkan pukul 12 tengah hari. Perut Ella sudah berkeroncong minta di isi. Disebabkan dia berseorangan, Ella mengeluarkan mee segera di dalam cabinet dapur di dalam rumah rooftopnya. Ella memotong sedikit bawang untuk menyedapkan lagi Maggie karinya. Bunyi kereta yang berhenti di hadapan rumah memanggil Ella untuk keluar. Maggie yang sudah siap di masak di padam apinya. Ella keluar dari rumah rooftopnya.

“Oh, mamat ni datang balik.” Ucap Ella sendirian lantas kaki masuk semula ke dalam. Maggie kari yang sudah siap di masak di letak di dalam mangkok. Lantas Ella keluar bersama mangkok di tangan. Kerusi malas di jadikan tempat untuk menjamu makan tengah hari hari ini.

Adlishah yang baru sahaja keluar dari kereta, terhidu kuah Maggie kari yang di masak Ella. Perutnya minta di isi. Entah macam mana kaki terus naik ke atas tangga luar rooftop. Ella melihat Adlishah seperti terhidu-hidu sesuatu.

“Uit! Asal?” Soal Ella pada Adlishah. Adlishah seolah-olah tersedar. Tak perasan kakinya sudah sampai dirooftop. Adlishah memandang Ella yang sedang menyua Maggie ke dalam mulutnya.

‘Glup!’ Adlishah menelan air liur. “Macam sedap Maggie tu” Balas Adlishah. Muka Ella tidak di pandang. Matanya masih di fokus pada Maggie yang di sua ke mulut Ella.

“Nak?” Soal Ella. Adlishah mengangguk pantas. Ella tergelak kecil. “Masak sendiri. Mak su cakap, aku bukan tukang masak. Aku penjaga rumah ni je” Balas Ella.

“Eleh! Kau ingat aku hadap ke Maggie tu. Tapi kalau rasa kuah dia sikit pun ok jugak” Balas Adlishah. Nak tergelak pun ada. Ella menyambung gelak. ‘Kesian pulak dengan mamat ni.’ Bicara hati Ella.

“Kau tunggu kejap lah, aku masakkan.” Ucap Ella seraya masuk ke dalam dan meninggalkan mangkok yang berisi Maggie di atas kerusi malas. Ella masuk je ke dalam. Maggie pun lesap dalam perut Adlishah. ‘Nama budak ni pun aku tak tahu, Maggie dia aku dah bedal dulu.’ Bicara Adlishah sendirian. Lantas kaki turun semula ke bawah. Ella keluar semula dari rumah rooftopnya. Kelibat Adlishah sudah tiada. Maggie di mangkok sudah kosong. Ella tersenyum.

“Kebulur sangat ke budak tu. Argh lantak lah” Ucap Ella sendirian. Maggie yang baru di masak untuk kali ke dua di sua ke mulut. Ella… Ella…

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.