BAB 16
Kereta vios
silver milik Adrianshah tiba di hadapan rumah bapa mertuanya. Kali ini beg baju
di bawa bersama. Loceng di pintu gate di tekan. Tidak lama kemudian, Faqihah
keluar dari rumah untuk menyambut suaminya atas arahan Encik Isa. Pintu gate di
buka Faqihah. Adrian memberikan senyuman pada isterinya.
“Hai.” Sapa
Adrian bersahaja. Faqihah memberikan segaris senyuman, lantas menjemput
suaminya masuk ke dalam rumah. Langkah Faqihah di buntuti Adrian masuk ke dalam
dan duduk di ruang tamu bersama bapa dan ibu mertuanya. Lantas Adrian
bersalaman dengan mereka penuh hormat.
“Ad kerja
dengan Papa ke?” Soal Encik Isa pada menantunya. Teringin juga tahu, apa pekerjaan
menantunya ni.
“Saya dengan
adik bungsu saya tu baru habis belajar, Papa bagi rest dulu. Tapi sekarang dah kena masuk kerja balik”
Jawab Adrianshah jujur. Yelah! Mestilah kena masuk kerja, nama pun calon CEO
Shah Holdings. Faqihah tekun mendengar. ‘patut tak pernah nampak kat ofis’
Bicara hati Faqihah.
“Baru habis
belajar, umur Ad berapa?” Soal Encik Isa lagi. Masa nikah tergesa-gesa haritu
tak sempat pulak nak check ic Adrian. Adrianshah tersenyum mendengar soalan
bapa mertuanya.
“23 tahun Abah.
Saya dan adik saya pelajar matrikulasi Johor. Bezanya saya matrik dua tahun,
adik saya setahun. Habis je belajar kat situ, Papa suruh amik degree bisness
dekat UiTM Shah Alam. ” Balas Adrian panjang lebar. Terkejut sedikit muka
Faqihah. ‘Dah, agak dah, tengok muka je dah tahu, mesti budak baru nak up! God!
Dia laki aku sekarang!’ hati Faqihah berbicara lagi. Mulut masih terkunci dari
persoalan yang timbul dalam kepalanya.
“Kamu tak kisah
ke anak Mak lagi tua dari kamu?” Soal Puan Syamira pula. Giliran Adrianshah
pulak terkejut. ‘Tua? Alamak? Pangkat akak-akak ke? Janganlah tua sangat, malu
aku!’ Jerit hati Adrianshah.
“Tua berapa
tahun mak?” Soal Adrian berani. Jantungnya berdegup kencang. Nervous nak tahu
umur isteri sendiri.
“25 tahun”
Balas Faqihah sedikit kuat. “Eh kakak… Eh, sorry-sorry. Oh tak lah tua mana.
Lagipun muka saya nampak matang kan? Mesti kalau orang tengok kita jalan
sama-sama, diorang cakap saya lagi tua dari awak” Balas Adrian. Sengaja
dilatahkan menyebut perkataan kakak tadi bila Faqihah yang menjawab. Puan
Syamira dan Encik Isa sudah tergelak kecil.
‘Hish,
sengalnya laki aku ni. Macam ni dia kata matang. Depan mak bapak aku selamba
badak je buat lawak’ Faqihah bermonolog lagi.
“Aqih, tuangkan
air tu.” Arah Puan Syamira pada Faqihah. Faqihah tersedar dari mengutuk
suaminya, lantas tangan mengangkat teko dan menuang air teh ke dalam cawan.
“Macam ni
rupanya ada isteri, seronok jugak ek” Ucap Adrian tiba-tiba. Lantas bibirnya
tergelak kecil. Puan Syamira dan Encik Isa sudah menahan gelak, masing-masing
tergelak dengan telatah menantunya ini.
“Aqih ni
satu-satunya anak Abah, sekali orang buat dia menangis, abah turut rasa pedih,
sekali dia kena pukul tanpa sebab, abah turut rasa sakitnya. Abah tahu tujuan
Ad nikah dengan anak abah sebab nak tutup malu yang abang Ad dah buat pada
keluarga kami, tapi Aqih dah jadi tanggungjawab Ad, Abah dah tak berhak atas
anak abah ni lagi” Ucap Encik Isa. Adalah suara sebak sedikit. Adrian terdiam
menggangguk. Macam dengar motivasi pagi.
“Kalau dulu
Allah pinjamkan Aqih untuk mak dengan Abah, sekarang Allah pinjamkan Aqih untuk
kamu pula. Syurga dia di bawah telapak kaki kamu, bukan lagi Mak. Mak harap,
kamu dapat didik dia ke jalan yang betul, tegur dia bila dia buat silap.”
Sambung Puan Syamira. Faqihah sudah menitiskan airmata.
Adrian terdiam,
tiba-tiba rasa bersalah pula bernikah dengan Faqihah. Yelah! Nikah sebab nak
anak. Tulah muslihat paling besar yang masih lagi tersembunyi.
“Saya bukanlah
yang terbaik untuk anak abah dengan mak, tapi saya cuba jadi suami yang terbaik
untuk dia. Abah dengan Mak pun jangan segan silu nak marah saya kalau saya buat
silap, sebab saya masih baru dalam semua ni” Balas Adrian jujur. Puan Syamira
dan Encik Isa tersenyum bahagia. Air yang sudah di tuang di atas meja di minum.
Faqihah sebak dengan perbualan sebentar tadi, kaki mula melangkah meniti anak
tangga.
“Aqih tak ajak
Ad naik sekali?” Soal Encik Isa pada anaknya. Faqihah menoleh semula.
“Emm, Kalau
awak dah siap minum, jemputlah naik” Balas Faqihah cepat. Amboi! Main jemput-jemput.
Adrian tergelak, pantas beg sebelah di capai dan membuntuti langkah isterinya
naik ke atas.
Pintu bilik di
tutup Faqihah. “Tu bilik air kat sebelah situ kalau awak nak mandi” Ucap
Faqihah seraya menunjukkan bilik air yang ditutup dengan langsir. Takut Adrian
tak perasan. Adrian meletakkan begnya di hadapan almari, lantas duduk di birai
katil. Faqihah masih lagi berdiri di hadapan cermin solek.
“Best jugak
jadi suami ni kan? Rasa macam seronok bila duduk dengan orang berlainan jantina
dalam satu bilik.” Ucap Adrian bersama gelaknya. Faqihah sudah memandang pelik.
‘Sewel ke dia ni?’ Soal hati Faqihah.
“Kenapa awak
berdiri je? Sini lah duduk sekali kat katil ni. Awak takut dengan saya ke?
Jangan risaulah, saya tak buat bukan-bukan. Lagipun masa dekat U dulu, saya
pernah pergi kursus kahwin, ustaz tu cakap, kita kena kenal hati budi dulu
sebelum step selanjutnya.” Sambung Adrian lagi. Faqihah terbatuk kecil.
‘Ya Allah!
Jujur sangat budak ni.’ Hati Faqihah berkata lagi. “Awak mandilah dulu, dah
dekat pukul 10 malam ni, tak bagus mandi malam-malam sangat” Balas Faqihah. Lantas
Adrian berdiri semula. Jaraknya hanya 2 meter dari Faqihah yang masih setia di
hadapan cermin solek.
Adrian tanpa
segan membuka baju dan seluarnya dengan pantas di hadapan Faqihah. Hanya boxer
yang berkatun spongebob sahaja masih melekat di badannya. Pantas Faqihah
menutup mulut dan menjerit.
“Arghh!!” jerit
Faqihah. Nasib baik tak kuat sangat. Adrian panik. “Kenapa-kenapa? Soal Adrian
seraya mendekatkan dirinya pada Faqihah. Makin panik Faqihah di buatnya.
“Kenapa bukak
baju kat sini?” Soal Faqihah. Seram jugak tengok badan Adrianshah yang tidak
berbaju tu, siap boleh nampak tanda lahir di bahagian dadanya.
“Oh… Awak ni
buat suspen je. Ingatkan kenapa tadi. Saya memang bukak baju dalam bilik.
Selalu Ok je kalau kat asrama tu. Tak de pulak diorang jerit tengok badan saya
ni. Ke sebab badan saya ni buruk? Sebab tu awak jerit?” Soal Adrian. Sengal
betul! Faqihah menepuk dahi. Tak habis fikir dengan insan yang bernama
Adrianshah ini.
“Saya ni
perempuan, awak tu lelaki, awak ingat saya ni roommate lelaki awak ke? Mestilah
saya terkejut tetiba je awak bukak baju. Faham?” Balas Faqihah memahamkan
suaminya yang sengal tu. Adrian terdiam sekejap.
“Oooo macam tu,
kata Ustaz dalam kursus nikah, kita boleh bukak baju depan isteri, so saya
bukak jelah. Sebab ustaz cakap isteri tu ibarat kawan, buah hati,
macam-macamlah ustaz tu cakap.” Balas Adrian tidak mahu mengalah. Hilang terus
rasa malu Faqihah melihat suaminya yang masih berboxer tu.
‘Sengal lah dia
ni. Lantaklah nak buat apa pun’ Bicara hati Faqihah. “Dah lah, apa kata awak
mandi dulu.” Balas Faqihah. Adrian tersengih seraya masuk ke dalam bilik air.
Faqihah menghela nafas panjang, tiba-tiba bibirnya tergelak melihat kerenah
suaminya. ‘Macam adik-adik sangat lah dia ni, kalau buli pun sedap ni’ Bicara
hati Faqihah. Hai? Dah terubat ke hati awak tu gara-gara kena tinggal Arrian?
Faqihah membuka
beg baju suaminya. Sekali lagi Faqihah tergelak, tapi kini lebih kuat. Boxer
suaminya yang bergambar katun spiderman, ben10 dan macam-macam lagi dikeluarkan
bersama baju-baju yang lain. Faqihah membuka almari bajunya yang sudah kosong
sebahagian. Teringat pula pada Arrian Shah bila melihat bahagian almari yang
kosong itu. Tempat yang sepatutnya di isi dengan baju Arrianshah diganti dengan
Adrian dalam sekelip mata. Airmata tiba-tiba keluar.
“Zrapp” Pintu
bilik air di tarik oleh Adrian. Pantas Faqihah tersedar dari lamunan cinta saat
bersama dengan Arrian. Adrian bertuala paras pinggang. Kelibat isterinya yang
berdiri di hadapan almari di pandang. Baju-bajunya sudah tiada dalam beg.
‘Bagusnya dia ni, macam Ibu’ Bicara hati Adrian bersama senyuman.
Faqihah masih
sibuk melipat baju-baju Adrian yang tidak berlipat saat dikeluarkan dari beg
dan menyusun di dalam almari.
“Nak boxer
batman.” Minta Adrian bersahaja. Lantas Faqihah menghulur boxer pada suaminya
bersama ketawa yang di tahan.
Lagi sekali,
suka hati je Adrian melepaskan tuala ke lantai. Tanpa sengaja Faqihah
terpandang lantas mata di tutup. “Arghh!!” jerit Faqihah agak kuat. Adrian
kalam kabut, boxer pantas dipakai.
“Shuhhh. Awak
ni memang suka jerit-jerit eh? Saya pakai seluar pun nak jerit ke?” Soal Adrian
pada Faqihah yang masih menutup mata di hadapan almari sambil bersila.
“Kenapa tak
salin seluar dalam bilik air? Selekeh lah awak ni.” Ucap Faqihah sedikit tegas.
Matanya sudah di buka semula. Adrianshah duduk di birai katil bersama kerutan
di muka.
“Rileks lah
awak ni, normal pe salin baju macam ni. Bukan saya nak buat pape pun dekat
awak. Dah jangan jerit-jerit, kang Abah ingat saya buat bukan-bukan dekat awak”
Giliran Adrian berhujah. Faqihah hanya mampu mengehla nafas panjang.
‘Ok-ok tenang.
Anggap dia budak tadika yang belum baligh’ Ucap Faqihah bersama nafas yang
ditarik perlahan. Mata dipejam sekejap. Namun bayangan tadi masih jelas
kelihatan. Faqihah menggeleng-geleng kepalanya. Matanya dibuka semula. Si
Adrian selamba tu, dah baring atas katil main phone. Pening kepala!