BAB 15
Datin Delina
dan Dato Arsyad berkerut bila mendengar keputusan drastic Sharmila Aqira yang
mahu bernikah dengan tiba-tiba. Air kopi yang terhidang di ruang tamu di hirup
sedikit oleh Dato Arsyad.
“Papa bukan tak
izinkan kamu nikah. Tapi kenapa cepat sangat. Kita patut buat persiapan dulu”
Ucap Dato Arsyad pada Sharmila yang sedang duduk di sebelah isterinya.
“Mila tahu Pa,
tapi boleh kan kalau kita selesaikan yang wajib je dulu. Lagipun anak Tan Sri
Armanshah tu baik je orangnya. Dia betul-betul cintakan Mila. Sanggup dia
batalkan pernikahan dia demi Mila. Tak kan dia ajak nikah awal, Mila nak
menolak pulak” Ujar Sharmila memberi penjelasan. Sekali lagi muka Dato Arsyad
berkerut. Risau ingin melepaskan anaknya yang terlalu muda tu.
“Mila sanggup
nak pikul tanggungjawab seorang isteri? Mila baru 22 tahun. Nak masak nasi pun
tak reti. Kemas bilik pun pembantu rumah yang buat. Mila sanggup ke?” Soal
Datin Delina pula. Sharmila menarik nafas panjang dan dilepaskan. Bahu mamanya
dipeluk.
“Ma… Ni bukan
zaman dulu Ma, kalau memang dah jadi suami isteri, bukan ke kita kena terima
kekurangan masing-masing. Lagipun Papa sendiri teringin nak berbesan dengan Tan
Sri Armanshah tu. Mana tahu dia boleh tolong perniagaan kita ni.” Balas
Sharmila meyakinkan kedua-dua orang tuanya.
“Memang betul
apa yang Mila cakap tu. Cuma Papa tak sangka yang kamu akan bernikah secepat
ni. Tapi tak pelah, kalau kamu memang dah bersedia, Papa ikut je” Balas Dato
Arsyad seraya memberi kebenaran pada puterinya.
Sharmila
tersenyum bahagia. Hatinya mula terpaut dengan kata cinta Arrianshah saat
lelaki itu memujuk dirinya yang baru sahaja menamatkan perhubungan dengan
Adlishah. Tapi betul ke Arrian cinta dengan Sharmila ni?
………………
“I boleh buat
apa yang I suka. Tak kisahlah dengan perempuan mana sekalipun, yang penting I
nak anak. And Cuma you dalam hati I” Ujar Arrianshah pada Syaza Melissa. Tubuh
gadis kacukan cina itu dipeluk manja oleh Adrian di dalam hotel mewah yang
ditempah khas oleh Arrian.
“Apa beza
pembantu peribadi you dengan Sharmila ni?” Soal Syaza yang juga bingung dengan
keputusan drastic kekasih gelapnya. Arrian yang hanya bersinglet dan berseluar
pendek, bangun dan menyandarkan tubuhnya di belakang katil. Syaza masih lagi
dengan aksi manjanya, meletakkan kepala di riba Arrian.
“Simple je!
Sebab dia kekasih adik I. I tak nak amik risiko. Tak pasal-pasal diorang baik semula, lepas tu nikah. Sebab tu
I tacle Sharmila tu. Dan yang kelakarnya, she’s totally fall in love with me”
Balas Arrianshah berlagak. Tanganya mengusap-usap rambut Syaza.
“Apa yang you
nak buat dengan anak tu nanti? I tak sanggup nak jaga anak you tu!” Terbit
risau dalam nada Syaza. Pantas badan disandarkan di sebelah Arrian.
“Anak tu just syarat
untuk kami jadi CEO. Sapa cakap yang I akan jaga anak tu. Pandai-pandai lah mak
dia yang jaga. I akan ceraikan dia lepas je dia melahirkan anak i. You jangan
risau, waris CEO Shah Holdings yang seterusnya akan lahir dari rahim you” Ucap
Arrianshah romantic sambil memegang perut Syaza. Geram betul dengan mamat
bongkak ni! Mati kering kena sambar petir baru tahu! Dah lah buat maksiat!
Arrian bangun
dari katil bila telefon bimbitnya berbunyi. Setelah membaca nama yang tertera
di screen, Arrianshah menyuruh Syaza senyap dari berkata-kata. Butang jawab di
tekan.
“Yes love. Miss
me already?” Lembut ayat yang dituturkan Adrian pada Sharmila.
“You tengah
buat apa?” Soal Sharmila di hujung talian. Arrianshah menyenitkan matanya pada
Syaza yang baring di atas katil.
“I tengah fikir
pasal mata you yang cantik, bibir you yang halus, rambut you yang ikal, kulit
you yang putih. I tak boleh tidur sejak kita jumpa haritu. Sudi you jadi
selimut dalam hidup I buat selama-lamanya?” Balas Arrian penuh romantic.
Pandangannya tepat pada mata Syaza. Syaza yang terpana lantas datang mendekat
pada Arrian. Pipi Arrian lantas dikucup. Kurang ajar manusia nama Arrianshah
ni!
“Nakalnya you
ni. I tunggu you” Balas Sharmila yang juga lembut. Lantas panggilan dimatikan
oleh Arrianshah. Tubuh Syaza yang berdiri di hadapannya dipandang penuh nafsu.
Sekejap sahaja badan Syaza dicempung dan diletakkan di atas katil. Tulah
selimut yang Arrianshah maksudkan. Bukan untuk gadis yang bernama Sharmila
Aqira, tapi untuk kekasih gelapnya, Syaza Mellisa.
…………………………
Sharmila
tergolek-golek di atas katil bersama senyuman bahagia. Jantung Sharmila
berdegup kencang seolah-olah ingin keluar mencari pasangannya. Saat mata tengah
memikirkan Arrianshah, bunyi mesej masuk di telefon bimbitnya
“Shah!” Jerit
Sharmila menyampah. Isinya di baca.
‘Hope you bahagia till jannah. Tak pernah menyesal
berkenalan dengan you, malah bersyukur sebab Allah bagi pinjam you sekejap
dalam dunia ni. Be a good wife.’ Bunyi mesej dari Adlishah. Pantas
Shahrmila membalasnya.
‘Pasal anak luar nikah tu I mintak maaf, tak da
niat pun nak menghina you. Tapi Papa I antara orang kenamaan. Kalau kita masih
bersama pun, pasti Papa I akan halang habis-habisan. Harap you jumpa pasangan
yang sesuai dengan diri you’ Fuhh! Pedas jugak ayat yang Sharmila
ni taip. Sesuai dengan diri Adlishah, means? Sama-sama anak luar nikah?
Adlishah
membaca pesanan ringkas tersebut. Hati jadi sebak ingin membalas. Atas ucapan
maaf, bawahnya pula ayat memerli? Adlishah keluar dari bilik sewanya dan duduk
di ruang tamu. Masih tidak menyangka yang Sharmila boleh jatuh cinta pada
abangnya sendiri sedangkan dia yang berbulan-bulan berkenalan. Adlishah
menghela nafas panjang. Mata dipejamkan di atas sofa.