Home Novel Cinta NIKAH ASAL BOLEH!
BAB 34

BAB 34

“Ok kak. Akak dah sedia ke belum. Malam ni siap mamat tu” Ucap Ella pada Faqihah di dalam lift. Sengaja meninggalkan suami mereka yang berbual-bual di bawah. Cari alasan nak jalankan misi penting malam ni. Padahal yang tengah berbual kat bawah tu pun tengah jalankan misi penting jugak. Hahaha!

“Kang tak pasal-pasal demam anak orang tu Ella. Akak tak berani lah.” Balas Faqihah risau. Entah apa yang dirancang agaknya.

“Habis tu, akak nak serah diri macam tu je. Sekali dia dah dapat, lepas tu dia tinggalkan akak macam mana?” Ugut Ella. Faqihah teringat misi yang pernah dibicarakan oleh dua beradik ni. Mukanya dikerutkan.

“Tapi dia suami kita. Berdosa tau melawan kehendak suami. Itukan nafkah yang sepatutnya setiap isteri wajib dapat” Balas Faqihah lagi. Masih tak yakin dengan misi yang ingin dijalankan. Ella menepuk dahi.

“Allah… Rileks kak. Kita bukan nak bunuh diorang pun. Kalau dia boleh main-mainkan akak. Siap tak bawak boxer lagi. Ha? Kita pun kena jalankan misi kita kak. Pokok pangkalnya, sebelum diorang jelaskan misi yang sebenarnya pada kita, jangan bagi diri kita disentuh.” Ucap Ella semangat. Faqihah mengeluh kecil.

“Boleh ke macam tu Ella? Tapi mak akak cakap, memang setiap pernikahan nak kan zuriat. Jadi apa yang Ad dengan Shah buat tak salah.” Balas Faqihah lagi.

“Memang tak salah kak. Betul apa yang mak akak cakap tu. Cuma diorang perlu jujur dengan kita. Kita ni sapa kak? Kita ni isteri diorang tau. Kalau dari mula nikah dah tak jujur, macam mana kita nak hadapi hari seterusnya?” Soal Ella pula. Faqihah terdiam. ‘Betul jugak!’

“So, selagi diorang tak jujur, kita jangan bagi chan langsung! Deal!” Ella menyelet ibu jarinya di ibu jari Faqihah. Masing-masing keluar dari lift dan menuju ke bilik hotel.

……………………………

“Macam mana Ad? Kau rasa jadi ke?” Soal Adlishah. Air milo panas di hadapannya di hirup. Adrian seolah-olah memikirkan sesuatu.

“Kita try dulu. Kalau yang ni pun tak jadi jugak. Nanti kita fikir lain.” Balas Adrian seraya menghabiskan air di dalam cawannya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Adrian dan Shah mula melangkah masuk ke dalam lift. Laju langkah mereka menuju ke bilik hotel yang terletak sebelah menyebelah.

“Ad!” Panggil Adlishah. Adrian menoleh.

“Good luck! Memang anak jantan lah kau kalau memang kau menang malam ni. Aku tak tak sure lagi nak buat ke tidak. Kalau tiba-tiba esok muka aku lebam kau jangan gelak” Balas Adlishah. Adrian sudah ketawa terbahak-bahak.

Perlahan langkah Adlishah masuk ke dalam bilik hotel. Lampu tidur sudah terpasang. Malap sahaja cahaya yang menerangi bilik Adlishah dan Ella. ‘Allah! Cepatnya masuk mamat ni’ Ucap Ella sendirian. Tak sempat nak masuk dalam selimut.

“Hoi Shah!” Tegur Ella yang baru sahaja keluar dari bilik air. Adlishah menoleh. “HaiyaAlassolah……HaiyaAlalfalah…” Latah Adlishah seraya mengalunkan azan. Terketar-ketar bibir Adlishah mengalunkan azan saat melihat wajah Ella yang menggerutu dengan bedak tu. Badannya terus terduduk di atas sofa. Ella sudah terbahak bahak ketawa. ‘Tak payah nyorok dalam selimut, dia dah takut jugak dah’ Bicara hati Ella.

“Apa yang kau tepek kat muka tu. Heh! Macam hantu cina!” Ucap Adlishah. Ella masih bersisa dengan tawa. Sengaja menghampiri suaminya.

“Ni, namanya bedak mayat. Untuk megelakkan roh-roh jahat yang cuba nak datang kat aku.” Balas Ella bersahaja. Sengaja mencipta ayat sedemikian.

‘Ai? Aku ke roh jahat tu? Mana dia tahu aku nak buat jahat malam ni?” Soal hati Adrian.

“Sapa yang nak buat jahat dekat kau? Kau ni cuba jangan buat benda pelik-pelik. Kalau hantu kubur datang betul-betul sebelah kau, memang padan muka kau!” Marah Adlishah lagi. Ella tersengih. Langkah didekatkan di sofa. Adlishah memeluk tubuh di atas sofa. Pelik dengan tingkah laku isterinya.

“Kau nak buat apa ni?” Soal Adlishah bila Ella mula memanjat sofa di sebelahnya. Ella menahan gelak. Padahal diri sendiri takut. ‘Bedal jelah!’

“Saja nak selet pipi aku dekat pipi kau. Suami isteri kena berkongsi. Aku nak kongsi sikit bedak ni dengan kau” Ucap Ella. Pek! Pipinya dilekatkan di pipi Adlishah. Adlishah kaku. Matanya membulat. Jantungnya berdegup kencang.

‘Hek Eleh! Macam ni kau kata nak tarik selimut aku! Baru sentuh pipi sikit dah gelabah beruk. Aku cium jugak kang mamat ni’ bicara hati Ella.

“Hoi, dah tak yah nak buat muka tekejut. Tidur-tidur. Dah malam.” Sambung Ella seraya mengesat bedak yang terkena di pipi Adlishah. Adlishah menggegar kepalanya. Seperti tersedar dari mimpi. Langkah Ella yang memanjat atas katil di pandang. ‘Misi tetap misi!’ Bicara hati Adlisah. Laju langkah Adlishah menghampiri isterinya. Muka Ella yang macam tepung gomak dipandang. Masing-masing duduk di birai katil

Lama mata mereka bersatu. Jantung Adlishah sudah berdegup kencang pada tahap yang paling maximum. Ella juga begitu.

“Jantung kau berdegup kencang tak?” Soal Adlishah berani. Ye! Inilah tutorialnya. Kalau sama-sama berdegup kencang, barulah boleh pergi ke step selanjutnya.

Ella tersedar seketika. “Ermm biasa je. Normal. Hish dah lah aku nak tidur” Balas Ella. Rancangan yang dirancang dengan Faqihah berjalan lancar. Ella merebahkan diri di atas katil. MAtanya cepat ditutup walaupun hati tengah bermain drum cinta.

Adlishah menggaru kepala. ‘Gagal! Semoga kau berjaya Ad! Dah aku penat. Nak tidur’ Bicara hati Adlishah seraya merebahkan diri di sebelah isterinya. Good nite!

………………………………

Seperti yang dirancang, Faqihah menutupi seluruh mukanya dengan selimut. Bedak kat muka dah bertepek-tepek, siap bergentel-gentel lagi. Kedengaran sudah langkah Adrian mula menghampiri katil. Lampu utama masih terbuka lagi. Adrian menarik perlahan selimut di bahagian kaki Faqihah. “Zap” Faqihah bangun terduduk.

Adrian terkejut. “Argh!!!!” Jerit Adrian. Kalam kabut lari keluar dari bilik. Masih lagi terdengar suara Adrian yang menjerit. Tiba-tiba “Pap!” Adrian terlanggar sesusuk tubuh yang berbadan sasa. Tak pakai baju pulak tu.

“Whats wrong man?” Ucap lelaki mat Salleh yang kebetulan menginap di hotel tersebut.

“Ghost! Ghost!” Jerit Adrian seperti orang gila. Lelaki Mat Salleh tersebut memerhati sekeliling.

“There is no ghost here. Are you have a bad dream?” Soal lelaki Mat Salleh tersebut. Tiba-tiba Faqihah muncul bersama selimut putih yang menutupi kepalanya. Lambat sangat nak cari tudung.

“Oh God!” Ucap lelaki Mat Salleh tersebut bila ternampak Faqihah. “pap!” Adrian dan lelaki Mat Salleh tersebut jatuh pingsan. Faqihah gelabah. Pantas langkahnya menghampiri Adrian. Tubuh Adrian yang pingsan di sebelah lelaki Mat Salleh tersebut di gegar berulang kali. Namun masih tiada respond. Faqihah menekan loceng di bilik Ella Dan Adlishah. Selang beberapa minit Ella keluar.

“Oh Mak kau!” Ella juga terkejut dengan muka Faqihah. “Ella! Tolong akak, Ad pengsan tu. Allah! Tulah, akak dah cakap.” Balas Faqihah seraya menggosok mukanya dengan selimut. Ella masuk semula ke dalam dan mengejutkan suaminya. Selang beberapa minit kecoh sekejap di bahagian luar hotel. Ada pekerja yang turut datang melihat dua orang lelaki yang terbaring di laluan tersebut.

Tubuh Adrian dipapah oleh Adlishah masuk ke dalam bilik hotel semula. Faqihah mengambil tuala basah dan mengelap muka suaminya.

“Ad ni lemah semangat kak. Kalau bab-bab hantu ni, dia memang gelabah sikit” Ucap Adlishah. Tubuh abangnya di gegar lagi. Terbit rasa bersalah dalam diri faqihah.

“Allah! Yeke… Nanti balik kampong akak lah. Kita mintak air dekat atok akak. Ad…ad…” Balas Faqihah seraya mengelap lagi muka Adrian. Adrian mula menggerakkan tubuhnya. Matanya di buka sedikit. Ella dan Adlishah sudah mula keluar dari bilik.

“Mesti kau kan yang ajar akak Aqih buat macam tu. Akak Aqih mana tahu nak buat benda ni semua.” Ujar Adlishah pada Ella. Ella menahan tawa.

“Mana ada… Kitorang just pakai bedak sejuk je. Nak cantik kan kulit muka untuk suami tercinta.” Balas Ella selamba seraya merebahkan diri semula di atas katil.

Faqihah tergelak kecil melihat adegan tadi. Namun hati terbit rasa kasihan. Sesekali dahi Adrian di rasa oleh Faqihah. Takut demam terkejut pulak.

“Awak tak sayang saya eh Aqih? Kalau tiba-tiba jantung saya berhenti berdegup macam mana?” Soal Adrian tiba-tiba. Faqihah yang baring di sebelah suaminya terus diselimuti rasa bersalah. Ingatkan dah habis drama tadi.

“Tak lah Ad… saya Cuma pakai bedak sejuk je. Tak sangka awak takut. Habis tu yang awak pergi tarik selimut saya tu buat apa?” Soal Faqihah pula. Adrian terdiam. Hah! Tulah Ad! Kau yang ada niat jahat dulu kan. Padan muka!

‘Tutorial gagal!’ Bisik hati Adrian seraya memejamkan matanya. Nite!

Previous: BAB 33
Next: BAB 35

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.