BAB 22
Majlis resepsi
pernikahan antara Arrianshah dan Sharmila Aqira berjalan lancar. Genap seminggu
pernikahan mereka. Banglo milik Tok Pa nya menjadi tempat untuk pasangan itu
menetap tika ini. Arrian berjalan seiringan dengan isterinya menuju ke ruang
makan. Tan Sri Aqilshah dan isterinya sudah menyua meehoon goreng di dalam
mulut. Arrian dan Sharmila mengambil tempat di atas kerusi.
“Bila
honeymoon?” Soal Tan Sri Aqilshah. Arrian tersenyum.
“Today Tok Pa.
Hari-hari boleh honeymoon apa? Hehehe. Kami tak decide lagi. Kami honeymoon
dekat hotel dulu je rasanya. Lagipun Shah Holdings tengah serabut tu. Takut
pulak nak tinggalkan” balas Arrian. Kau tak nak honeymoon, sebab kau tak nak
tinggalkan Syaza kan? Dasar jantan tak guna!
Shahrmila
tersenyum manis pada Tok Pa dan Tok Ma Arrian. “Saya tak kisah pun Tok Pa, Tok
ma.” Balas Sharmila jujur. Datin Seri Dewi memberikan senyuman pada
cucu-cucunya.
“Kerja-kerja
jugak, jangan lupa peraturan papa kamu tu…” Bersahaja ayat yang dituturkan oleh
Datin Seri Dewi. Sharmila memandang pelik. Mulutnya masih tidak mampu untuk
bertanya. Arrian pula sibuk menjamu sarapan di hadapannya.
“Ok lah Tok Pa,
Tok Ma. Arrian nak gerak dulu ni. Jom sayang” Ajak Arrianshah seraya bangun
dari kerusi. Tangan Tok pa dan Tok Ma nya di salam. Tangan Sharmila dipimpin
menuju ke kereta.
“Peraturan?”
Soal Sharmila tiba-tiba. ‘Permpuan ni! Sabar! Aku nak bagitahu lah ni!’ jerit
hati Arrian. Arrian melemparkan senyuman paling sweet untuk isterinya.
“First sekali,
I harap you tak salah faham tau” Ucap Arrian lembut. Sapa yang dengar pun cair.
Kereta sudah di pandu laju dan menuju ke taman rekreasi yang berdekatan dengan
banglo Tok Pa nya. Shahrmila masih penuh dengan tanda tanya.
Arrian dan
Sharmila keluar dari kereta dan duduk di atas kerusi yang berdekatan sambil
menlihat kanak-kanak yang sedang bermain bersama dengan ibu-bapa mereka. Tangan
Sharmila di genggam oleh Arrian.
“Papa letak kan
syarat, sapa yang dapat anak dulu, dia yang akan jadi CEO Shah Holdings.” Ucap
Arrian lemah Seperti menagih simpati. Sharmila terkejut.
“Abang gunakan
Shar?” Soal Shahrmila sedikit terkejut. Lantas Arrian memandang tepat muka
isterinya.
“Tak…tak… Abang
memang betul-betul cintakan Shar. Abang gunakan Faqihah sebab masa tu abang
terdesak. Tapi malam tu bila abang jumpa Shar, abang terus jatuh cinta. Kalau
abang nak sangat anak, abang boleh je nikah dengan Faqihah. Tapi hati abang dah
ada pada sayang” Balas Arrian lembut. Dasar penipu! Kalau kena sumpah jadi
katak kan bagus!
Shahrmila
tersenyum mendengar. Hati Arrian menjerit bahagia. ‘Nasib lah kau perempuan
bodoh! Kau ingat aku boleh percaya yang kau cakap kau tak suka dekat Shah? Sebelum
kau nikah dengan Shah, baik aku yang kebas.’ Bicara hati Arrian.
“Abang jangan
risau, Sayang sanggup lahirkan zuriat untuk abang. Kita usaha sama-sama eh.”
Balas Shahrmila lembut. Kepalanya dilentokkan di bahu suaminya. ‘Bagus jugak
perempuan bodoh ni!’ Hati kecil Arrian berbunyi lagi.
“Thank you
sayang. Abang tak kan sia-siakan sayang. Cuma…” Balas Arrian tidak habis.
“Cuma?” Soal
Faqihah. Tangan suaminya di belek-belek. Arrian pula mengusap rambut isterinya.
Sweet kalau orang tengok dari jauh.
“Cuma abang ada
masa setahun ni. kalau dalam masa setahun ni sayang tak pregnant, Papa akan
jual Shah Holdings tu” Balas Arrian. Muka Sharmila sedikit terkejut.
“Kita cuba dulu
dalam masa 3 bulan ni, kalau tak berhasil kita jumpa doctor. Sekarang ni ada
macam-macam cara nak dapat anak. Tapi kalau adik-adik abang dapat anak dulu
macam mana?” Soal Faqihah pula. Arrian sudah tersenyum penuh muslihat.
“Sebab tu kita
kena usaha cepat sayang. Adlishah mustahil akan bernikah, sapa lah nak dengan
anak luar nikah tu. Abang kena bersaing dengan Adrian ni. Tapi abang yakin yang
Adrian tak gelojoh. Dia mesti tak tahu nak buat apa dengan Faqihah sebab budak
tu lurus.” Balas Arrian. Padahal dia dah ada idea jahat kalau betul Faqihah
atau bakal bini Adlishah mengandung.
Shahrmila
tersenyum lagi. “InsyaAllah bang. Shar akan tolong abang. Shar iklhas terima
abang bukan sebab harta abang, tapi sebab hati Shar dah melekat dalam hati
abang.” Balas Sharmila ikhlas. Sekali lagi Arrian tersenyum penuh muslihat.
Arrian bangun
dari kerusi. “Jom” Ajak Arian pada isterinya. Senyuman penuh tersirat diberi
bersama kenyitan di mata kiri.
“Pergi mana?”
Balas Sharmila. “Hotel” Balas Arrian. Lantas Shahrmila memukul manja tangan
suaminya. “Abang ni…” comel je suara Shahrmila. Senyuman diberikan pada
suaminya. Masing-masing berjalan seiringan masuk ke dalam kereta. Nak buat apa
dekat hotel? Hemm! Lantaklah nak buat apa pun sebab yang ni halal. So tak pe!