Home Novel Cinta SHIA
Bab 19


Habis sahaja ayat terakhir, Shia bangkit lalu menuju ke rumah. Nenda yang sedari tadi memerhatikan Shia dan Nedim dari anjung berbumbung bangkit dari kerusi kayu untuk menyambut cucunya. Tak jemu-jemu dia membawa Shia ke dalam dakapan. Berat sungguh rasa hati mahu berpisah dengan cucu yang seharusnya telah lama berada dalam dakapannya.


Nenda masih lagi menggenggam kemas jari Shia di saat perpisahan mereka. Sekejap-sekejap gadis itu dirangkul dan dilepaskan berkali-kali. Macam anak patung nenda memperlakukan Shia.

"Dah la nenda. Nanti kita datang lagi. Tak ke mana Shia tu. Kalau dia lari dari sinipun saya mampu kejar."

Jenaka Nedim disambut jelingan tajam. Toh Puan Syarifah Ainun Bariah mencium kedua pipi cucunya dan mendakap gadis itu sekali lagi. Penerimaan baik Shia sungguh di luar dugaan. Sangkanya Shia akan membuang dirinya sebagaimana gadis itu diperlakukan oleh anak dan menantunya. Hati amat tersentuh dengan kebaikan Shia. Dia tak pernah perduli akan rupa dan kecacatan gadis itu. Shia tetap darah dagingnya. Rumah agam di kota amat sunyi hanya berteman Nedim.


"Nenda pulang dulu. Nenda berjanji akan menjenguk Shia sekerap mungkin. Shia jaga diri baik-baik ye."


Rafei dan Rahimah yang dari tadi hanya menjadi penonton, saling berpelukan. Tangan Rafei erat di bahu Rahimah, tangan Rahimah kemas di pinggang Rafei. Mereka amat bersyukur Shia dapat melalui perkara yang mendadak ini dengan baik.


"Saya rasa tak lama lagi nenda akan beli rumah dekat-dekat sini." 

Nedim berbisik pada Shia sambil membuka pintu kereta. Sebaik sahaja dia duduk di kerusi pemandu, tingkap cermin diturunkan. Ada lagi amanat terakhir Nedim.

"Aaa... Selain kepakaran dalam menjawab soalan, saya juga pandai menjawab panggilan telefon. Jangan se-se-kali pa-dam nombor handphone yang saya bagi tadi. Awak boleh call saya bila-bila masa sahaja kalau nak tahu apa-apa termasuk berkenaan saya."


Kata-kata Nedim diakhiri dengan kenyitan. Shia tutup mulut dengan kain tudung menahan ketawa yang dah nak berderai.

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.