Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
153,421
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 18

IRDINA AKIF (BAB 18)

“Pergilah tidur kat bilik tu!” pinta Tengku Cempaka, sebaik saja melihat muka Tengku Akif dan Zara Irdina. Dia orang bukan anak-anak kecil lagi, bukan boleh dikawal pun.

“Bonda ni..,” kata Tengku Akif sambil tersenyum.

“Bonda faham sangat dengan sikap Akif tu, bukan nak dengar cakap bonda pun. Zara, esok bonda pergi merisik dan selang dua hari bertunang yer, kita tetap buat mengikut adat walaupun sesetengah org mcm dah dapat agak tentang perkahwinan Akif dan Zara!” jelas Tengku Cempaka sambil memegang pipi Zara Irdina.

“Maaf, bonda. Kami berdua sudah menyusahkan bonda dalam hal ini,” pinta Tengku Akif, entah lah banyak sangat masalah waktu itu.

Huwaaa, besar sangat bilik anak raja ini. Kalau nak dibandingkan dengan bilik kita, rasanya berbeza yang amat. Cantik pulak tu. Macam tak sangka pula kahwin dengan anak raja dan dapat tidur dalam bilik serba mewah ini. Esok-esok kita hidup serba sederhana sudah lah yer.

“Ha.. bonda dah hias lah bilik kita. Sebelum nie bilik aku ringkas saja lah. Ini siap dengan langsir, cadar baru pulak tu,” ucap Tengku akif. Dia sendiri pun terpegun dengan hasil gubahan Tengku Cempaka untuk bilik mereka berdua.

“Ha, ah. Cantik lah!” ucap Zara Irdina.

“Ini yang buat tak sabar nih, rasa mcm nak sambut malam pertama lah!”

“Ha, banyak lah malam pertama awak yer Tengku Izraf Akif..,”

“Ha, ha, ha.. tak kira, nak juga!” kau selama ini memang macam tu kan?

Tengku Cempaka buat majlis mengikut adat. Merisik dan meminang. Mula-mula sarung kan cincin merisik, selang dua hari majlis bertunang pula. Orang sudah mulabercakap yang Tengku Akif dan Zara Irdina sudah terlanjur, sebab itu lah Tengku Cempaka buat majlis tergesa-gesa. Terpaksa lah Tengku Cempaka berterus terang dengan masyarakat yang setempat yang menghormatinya selama ini.

“Sebenarnya Tengku Akif dan Zara Irdina sudah berkahwin..,” umumnya. Apa nak buat, bila semua orang sudah membuat andainya yang bukan-bukan.

“Sudah kahwin? Kahwin lari ke?” tanya seseorang. Tengku Cempaka diam saja. Nak jawab apa kan, sebab betul anak bertuahnya kahwin lari.

“Nie mesti Tengku tak restu,” muncul pula ayat yang macam ini.

“Sebenarnya terlebih restu lah tu yang jadi macam tu!” bidas Tengku Cempaka. Siapa cakap aku tak restu, aku restu lah. Kau orang saja yang suka cakap yang bukan-bukan.

“Kahwin lari nie kalau dah restu, mesti dah terlanjur lah tu. Apa lah tengku nie, anak sendiri pun tak boleh jaga!” sambung org lagi. Kasihannya bonda, kerana kami bonda terpaksa menanggung berbagai tomahan.

“Kalau nak cakap apa-apa, nak tuduh apa-apa pun, boleh cakap terus terang dengan saya, tak usah babitkan bonda saya. Yang salah, yang jahat saya, bukan bonda saya lah!” tepis Tengku Akif sudah hilang sabar. Zara Irdina merenung wajah suaminya. Kita berdua yang salah, jadi biar kita yang menanggungnya.

“Tengku Akif, awak tu anak raja, darah bangsawan, yang Zara Irdina tu anak haram lah..” tak habis pun ayat itu yang datangnya dari Abu Jahal, tetapi tangan kanan Tengku Akif lebih pantas mahu menamparnya. Mujurlah Zara Irdina sempat menahannya.

“Abang ni.. cuba bawa bertenang,” bisik Zara Irdina. Org cemuh kita itu perkara biasa, kerana kita akan berhadapan dengan semua ini sepanjang hayat kita. Bagaimana kalau kita tidak sabar, tentu hari-hari kita berlawan tumbuk kerana marah dengan kata-kata nista yang dilemparkan kepada kita.

“Saya kenal siapa isteri saya, jadi jangan cakap sembarangan, balik jaga diri sendiri dan rumah tangga masing-masing!” kata Tengku Akif. Tengku Mawar mengelengkan kepalanya. Tengku Akif, macam ini ke kau selesaikan masalah. Tengok bonda, tenang saja lah.

Semua orang sudah bersurai, tinggal ahli keluarga terdekat saja.

“macam ni pun nak mengamuk, apa lah!” ucap Zara irdina, dah salah, mengaku saja lah.

“Betul tu zara, berani buat berani lah tanggung. Siapa suruh kahwin lari? Berpuluh tahun bercinta, boleh pulak kau tengok zara depan mata yer, bila zara dah setuju terima cinta kau, tak sampai dua minggu kau ajak dia kahwin lari. Tak sabar langsung!” omel Tengku Mawar. Kan dah kena.

“buat tindakan tak fikir panjang, tengok apa dah jadi!” sokong Zara Irdina pula.

“Aik, tak sokong abang nih..,” kata Tengku Akif sambil tersenyum. Betul kata Tengku Mawar tu, dia yang tak sabar!

“Abang patut minta maaf lah kat dia orang, bukannya naikkan kemarahan dia orang,” balas Zara Irdina pula.

“Betul cakap Zara tu, akak setuju!” Tengku Mawar memegang bahu Zara Irdina. Mujur isteri kau nie penyabar dan tidak mudah cepat naik angin macam kau.

Masyarakat marah, kaum kerabat lagi lah marah. Malah sudah terdengar kata-kata ungutan dari mereka semua, majlis perkahwinan Tengku Akif dan Zara Irdina akan diboikot oleh mereka semua. Mereka semua tidak mahu meraikan majlis perkahwinan ini.

“Bonda, tak payah buat lah majlis kahwin kita orang. Membazir nanti. Semua orang tak nak datang lah, kenduri kita orang nih!” kata Tengku Akif suatu malam. Dua minggu saja lagi majlis akan berlangsung. Orang sudah cakap macam-macam tentang keluarga kami. Kaum kerabat pula ramai yang sudah memulaukan Tengku Cempaka.

“Tak nak datang sudah, bonda tak memaksa, tetapi majlis ini tetap akan berlangsung juga!” tegas bonda.

“Tetapi bonda..,”

“Akif, ini hasrat bonda lah untuk buat majlis kahwin untuk Akif dan Zara. Jangan bantah, jangan banyak cakap!” tutur bonda.

Betul, masyarakat kampung tidak datang kenduri mereka. Ada seorang dua saja yang datang. Orang luar yang tak kisah tentang latar belakang Zara Irdina ada yang datang, tetapi kaum kerabat keluarga Tengku Borhan dan Tengku Cempaka datang buat kacau lah pulak. Kalau datang makan kenduri lain lah cerita, ini datang menghina keluarga kami dan Zara Irdina.

“Tengku Cempaka, kita ini keturunan orang baik-baik lah, mana boleh kahwin kan anak kau dengan anak haram macam ini? Walaupun Tengku Akif itu hanya anak angkat kau tetapi dia tetap darah bangsawan. Jangan kerana cinta, kita buat kesilapan dan kesalahan dalam hal seperti ini. Sudah habiskah keturunan orang baik-baik untuk dijadikan isteri kepada Tengku Akif?” ucap Tengku Bakar, adik kepada Tengku Borhan.

“Bukan soal keturunan, bukan juga soal darjat atau pun pangkat tetapi ini soal jodoh. Sudah tertulis jodoh antara Tengku Akif dan Zara Irdina, kita tidak berhak untuk menghalang cinta mereka!” jawab Tengku Cempaka lantang bersuara. Aku tegar untuk berdiri mempertahankan sebuah kebenaran.

“jangan cakap sembarangan Tengku Cempaka, Zara Irdina tidak layak masuk dalam ahli keluarga kita. Darah dia terlalu kotor, terlalu hina. Jangan cemarkan maruah dan darjat keluarga kita kerana Zara Irdina,” marah Tengku Borhan semakin menjadi-jadi. Tengku Cempaka mengelengkan kepalanya.

“Tengku Bakar, bawa lah balik kerabat-kerabat kau dari rumah aku kalau sudah tidak sudi untuk menerima menantu aku. Bagi aku, bukan hak kita untuk membezakan sesama manusia,” suruh Tengku Cempaka.

“Kau yang patut keluar dari istana ini Tengku Cempaka, kau tak layak menjadi ketua di sini lagi kerana menerima anak haram ini menjadi menantu kau,” ucap Tengku Bakar sambil melontarkan seketul batu ke arah Tengku Cempaka. Mujur lah Tengku Akif menghadangnya. Saudara mara Tengku Bakar terus melemparkan ketul-ketul batu ke arah ahli keluarga Tengku Cempaka, Tengku Akif dan Zara Irdina.

“Berhenti.., “ jerit Tengku Akif sambil mengangkat kedua belah tangannya. Semua orang yang ada terkejut mendengarnya.

“Cukuplah, jangan buat kacau di sini lagi.” Sambung Tengku Akif.

“Kita perlu usir Tengku Cempaka dan ahli keluarganya dari tempat kita.., sambung Tengku Basri adik kepada Tengku Bakar.

“Tak perlu, yang bersalah dalam hal ini, bukan lah bonda saya, tetapi saya yang perlu bertanggungjawab. Biar saya dan isteri saya yang pergi dari sini. Ini janji saya, esok saya akan bawa Zara Irdina pergi dari sini,” janji Tengku Akif sambil memegang tangan Zara Irdina dengan erat.

“Jangan Akif!” halang Tengku Cempaka.

“Tak mengapa, bonda. Biarlah Akif bawa Dina pergi dari sini..,” balas Tengku Akif pula.

“Kau orang nie buta mata ke atau buta hati?” kata Puan Aisyah yang lama mendiamkan diri sejak dari tadi.

“Mama..,” panggil zara irdina.

“Memang zara irdina anak haram tetapi bukan dia yang meminta semua ini berlaku. Buat dia yang melakukan kerja-kerja terkutuk ini, tetapi kerana seorang lelaki durjana maka dia lahir ke dunia ini. Tengku Bakar, kau siapa yang nak membezakan darah anak aku hah? Siapa cakap darah anak aku kotor? Kau? Hati kau yang kotor sebenarnya,” suara Puan Aisyah membuatkan para tetamu terkejut mendengarnya.

“Mama.. !”

“Betul kata Puan Aisyah itu, masyarakat di sini terlalu hina, terlalu keji kerana menyalahkan Zara Irdina, kerana masyarakat beginilah kehidupan kita menjadi semakin pincang, kerana masyarakat ini tidak tahu membezakan yang mana buruk dan yang mana baik. Siapa yang salah? Bukankah org yang merogol ibu Zara Irdina yang salah? Habis kenapa Zara Irdina pula dipersalahkan? Saya tak sangka, orang yang berdarjat seperti awak semua, yang ada ilmu, yang bercakap soal agama, tetapi sebenarnya tak ada otak pun,” kali ini Cikgu Latipah pula menyokong kata-kata Puan Aisyah.

“Cikgu!” panggil Tengku Akif. Ramai penyokong ini. Tengku Akif menoleh ke belakang melihat sebahagian dari rakan-rakan sekolahnya, cikgu latipah bersama suaminya, malah kawan2 satu pejabat dan ramai lagi sedang berdiri menyokongnya.

“Akif, Zara, kami semua sanggup berdiri di belakang kau orang lah, jangan jadi pengecut, jangan cepat mengalah!” ucap Shahrizal, kawan satu sekolah.

“Pengecut kepala hotak kau lah tu, aku malas lah nak bergaduh!” balas Tengku Akif.

“Dah, dah, jangan lah kita bergaduh, ini majlis kahwin kita orang lah, dari bergaduh hal mcm ini, lebih baik kita teruskan majlis kita nih, betul tak?” halang Zara Irdina.

“Betul kata mama saya dan cikgu saya, yang salah ada lah orang lelaki seperti kita yang sepatutnya menjadi pelindung kepada kaum wanita. Kita sepatutnya menyelamatkan mereka, bukannya mencemar maruah mereka. Zara Irdina hanya mangsa keadaan, tetapi kenapa dia yang kita marahkan. Bencikan dia kerana apa? Bukan dia yang minta untuk dilahirkan sebagai anak yang haram? Tengku-tengku semuanya bertuah kerana dapat anak-anak hasil yang halal, tetapi Zara Irdina sendiri tidak pernah meminta kehidupan dia jadi begini? Darahnya sama dengan darah kita, tak ada beza pun!” panjangnya kata-kata Tengku Akif membela isterinya. Zara Irdina jadi terharu.

“Yang tak suka boleh balik, yang nak tengok majlis ini, boleh tinggal di sini. Minta perhatian yer! “ ucap Tengku Mawar.

Majlis diteruskan sehingga lewat malam. Sebab sebelah malam ada majlis khatam al quran untuk cucu-cucu Tengku Cempaka. Majlis diserikan lagi apabila Tengku Akif dan Zara Irdina turut membaca ayat-ayat suci kalam ALLAH ini.

“Sedap suara Dina baca al quran tadi!” puji Tengku Cempaka. Tengku Akif hanya tersenyum saja.

“Bonda, terima kasih sebab terima Zara yer!” ucap Zara Irdina.

“Semuga zara dan akif bahagia sampai ke syurga, bonda akan doakan untuk kamu berdua, amin!”

“Amin!” serentak perkataan itu muncul dari mulut Zara Irdina dan Tengku Akif.

Previous: BAB 17
Next: BAB 19

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.