Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,817
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 16

IRDINA AKIF (BAB 16)

“Aku tak percaya lah aku anak Tengku Borhan? Entah-entah aku nie anak orang lain kut..,” ucap Zara Irdina. Semalaman kena berleter dengan Tengku Akif, tentang ketidakprihatinannya tentang keadaan dirinya sendiri. Kita perlu ada keyakinan sendiri untuk menangkis segala tomahan. Bukannya mengalah dan mengaku saja apa yang masyarakat lemparkan.

“Pulak, cuba lah fikir yang positif, yang baik-baik, ini tak, asyik fikir yang bukan-bukan saja!” tegur Tengku Akif. Cukuplah seminggu dua di sini, aku perlu bertanggungjawab. Aku perlu beritahu kepada ahli keluarga kami tentang perkahwinan kami berdua. Tidak boleh berahsia lagi. Aku tak nak anak aku membesar seperti Zara Irdina.

“Bukan lah, orang sebenarnya hairan lah, rasa tak mungkin Tengku Borhan tu..,”

“Rasa macam tu juga, Tengku Borhan itu bukan sembarangan orang lah, tak mungkin dia sanggup buat perkara terkutuk macam ni,” Tengku Borhan tu orang yang kuat agamanya, mana mungkin dia sanggup merosakan masa depan Puan Aminah.

“Nak tanya siapa? Mak lupa ingatan, Tengku Borhan pula dah meninggal. Jadi nak tanya siapa? Tak kan nak tanya Bonda sendiri?” Kalau tanya bonda, boleh kah bonda menerima aku sebagai anak tirinya? Huwaa, takut bonda yang baik akan menjadi benci pula kalau tahu aku ini anak suaminya.

“Tak payah tanya lah..,”

“Huh??”

“Tanya pun buat sakit hati saja!”

“ini pendapat dari seorang suami ni, bukan kawan atau kekasih pun!” senangnya dia buat keputusan, tak payah tanya. Semalam aku menangis tak terhingga pun dia boleh buat relaks saja, sebab dia dah tahu kami bukan adik beradik. Hari ini aku susah hati sebab fikirkan status aku, dia tak kisah pun.

“Dengar cakap suami sudah lah, itu yang penting. Lagi pun Dina dapat apa?” semakin ditanya, semakin disiasat semakin berserabut pula. Sebab jawapan yang diperolehi adalah jawapan yang tidak disangka-sangka, yang diluar dugaan.

“Abang memang tak kisah ke Dina anak siapa-siapa?”

“Abang dah terima Dina sejak dari dulu lagi, jadi persoalan itu memang dah tak penting,”

“Apa yang penting dalam hidup abang?”

“kita balik, kita beritahu ahli keluarga kita, yang kita dah kahwin. Itu yang penting sekarang!” Kena buat pengumuman kami sudah hampir sebulan berkahwin. Kalau bonda tak setuju, apa boleh buat kan?

“Kalau kena halau macam mana?” soal Zara Irdina. Tentu bonda mengamuk, mama dan papa tentu marah. Banyak kena fikir rupanya.

“Kita lari arr.. tunggu apa lagi kan?” Aku sudah bersedia untuk menghadapi segala rintangan. Jadi, aku tak kisah apa saja keputusan mama.

Zara Irdina mengelengkan kepalanya. Dia semuanya ambil mudah.

Dua minggu menghabiskan masa bersama, hari ini mereka berdua pulang di sisi keluarga. Rumah mereka kan bersebelah saja, jadi mereka berkumpul di istana Bonda. Ahli keluarga semuanya berkumpul tidak ada yang terkecuali lagi di sini. Saat Tengku Akif beritahu bahawa dia dan Zara Irdina sudah berkahwin sebulan yang lalu semua mata memandang tajam ke arah mereka berdua. Tidak sangka Tengku Akif dan Zara Irdina akan mengambil keputusan yang membelakangkan ahli keluarga masing-masing. Air mata Tengku Cempaka mengalir perlahan.

“Sampai hati Akif buat bonda macam ni? Akif dah tak sayangkan bonda ke?” suara Tengku Cempaka.

“Ampunkan Akif, Bonda!” ucap Tengku Akif serba salah. Tak sangka bonda akan mengalirkan air matanya atas tindakannya ini.

“Rupanya Akif anggap Bonda seperti ibu angkat saja kan?” suara Tengku Cempaka lagi. Berita gembira kau buat main-main yer Akif. Kau memang nakal sejak dari kecil lagi. Sampai dewasa pun masih tak ubah-ubah perangai kau tu.

“Tak.. akif sayangkan bonda!” ucap Tengku Akif luhur. Hilang kata-kata untuk memujuk bonda yang telah membesarkannya selama ini.

“Habis kalau sayang kenapa kahwin macam ni? Ingat Zara tu tak ada ahli keluarga ke? Ingat Akif tu tak ada bonda dan saudara mara ke?” lantang suara Tengku Cempaka. Tidak lagi rasa sedih, tetapi amarah dan geram sudah menguasai diri. Rupanya betul lah cakap orang anak aku kahwin lari dengan Zara Irdina. Sebelum ini sudah kecoh, hari ini lagi lah semakin kecoh. Macam mana nak perbetulkan maruah dan harga diri? Anak aku buat macam ini?

“Maaf, Akif terlalu terburu-buru dalam hal ini..,”

“Mana bonda nak letak muka bonda selepas ini? Keluarga Zara pun ada maruah juga lah!”

“Laa bonda ni, kalau Akif buat perkara buruk dengan Zara macam mana? Tidur sekali sebelum kahwin ke? Lagi bonda susah hati..,” balas Tengku Akif. Ada juga jawapan yang kau berikan yer, Akif. Tengku Cempaka menampar pipi Tengku Akif, tetapi perlahan sangat. Mesti tak sakit pun! Kalau pukul nyamuk pun rasanya nyamuk boleh ketawa berdekah-dekah.

“Anak-anak dah kahwin, dia orang buat perkara elok tu, mak engku. Kita tunggu apa lagi, buat majlis untuk dia orang saja lah!” balas Papa pulak sambil tersenyum.

“Kau patut pukul Akif sebab larikan anak dara kau lah!” balas Tengku Cempaka pula.

“Itu bonda salah, bukan Akif bawa lari lah, tetapi dia yang ajak saya kahwin lari,” balas Tengku Akif lagi.

“Apa pula??” balas Zara Irdina sambil menampar lengan kanan suaminya itu.

“Betul tak sayang?” gurau Tengku Akif. Alhamdulillah, sebab bonda sudi menerimanya.

“Sayang tak sayang bonda tak kisah tetapi hukuman tetap akan dijalankan..,” balas Tengku Cempaka. Dua-dua aku sayang, zara irdina pun aku sayang, Tengku Akif pun aku sayang.

“Hukuman??” serentak perkataan itu muncul dari mulut mereka berdua.

“Yup, hukuman..,” balas Tengku Cempaka sambil memandang ahli keluarganya dan juga keluarga Zara Irdina.

“Hukuman apa pula ni, bonda?” soal Tengku Akif. Bonda ni macam-macam lah.

“Mulai hari ini Akif dengan Zara kena tinggal berasingan, sampai majlis kenduri di langsungkan. Bonda akak masuk merisik dan meminang Zara Irdina secepat mungkin, sebulan selepas itu adakan majlis perkahwinan, selagi tak sampai majlis perkahwinan, selagi itu lah Akif dan Zara tidak boleh tinggal sekali,” terang Tengku Cempaka. Kita ada adat, ada peraturan, tak boleh kahwin macam ini saja.

“Tak nak lah, Bonda,” tangkis Tengku Akif. Orang baru kahwin disuruh tinggal berasingan pula. Bonda ni tak aci beri hukuman macam ini.

“Kenapa?” soal Tengku Cempaka. Apa lagi alasannya kali ini. Orang banyak akal seperti Tengku Akif ini terlalu payah untuk diberi nasihat atau pandangan.

“Percepatkan sikit, seminggu dua ke, takut kat dalam tu dah ada isi!” jelasnya sambil menunjukkan ke arah perut Zara Irdina. Itu kenyataan kan? Nampak lagi lah orang bercakap. Tengku Cempaka mengelengkan kepalanya. Kau ingat nak buat majlis kahwin nie mudah ke? Makan masa lah Akif.

“Kau pun satu Zara, Akif minta apa pun kau beri, kau ikut saja kata-kata Akif yer, cuba lah bawa bersabar!” tegur Tengku Cempaka. Zara Irdina pula yang kena kali ini. Muka Zara Irdina merah menahan rasa malu di dalam hati.

“Halal lah, bonda!” jawab Tengku Akif.

“Akif, kalau nak bonda maafkan kesilapan kau dan Zara, kau ikut hukuman ini, bukannya lama pun, sebulan saja!” ini keputusan Tengku Cempaka. Tak mahu bertolak ansur lagi.

“Aisyah, kau kunci pintu rumah kau kemas-kemas jangan beri Akif masuk rumah kau!” pesan Tengku Cempaka lagi. Puan Aisyah hanya tersenyum. Anak lelaki kau boleh ke ikut hukuman kau, sebelum ni pun dia sudah berani masuk ke bilik Zara Irdina. Itu sebelum kahwin, ini dah kahwin lagi lah berani masuk ke bilik Zara Irdina.

Tak payah lah balik, tinggal saja dengan abang kat rumah ini. Lagi senang kan? Itu yang membuatkan Zara Irdina serba salah malam ini. Hendak balik di rumah, Tengku Akif tak benarkan, hendak tinggal di sini, nanti Tengku Cempaka mengamuk lagi.

“Ikut lah cakap Bonda, bukan lama pun, sebulan saja!” pujuk Zara Irdina. Bukannya lama, sekejap saja lah.

“Ikut suka hati aku lah!”

“Kau nie, bonda fikirkan tentang kita lah, cuba ikut nasihat orang tua-tua. kita sudah melukai hati dia, sekarang dia suruh buat mcm nie pun kau bantah!”

“Kalau gitu kau balik sendiri, malas aku nak hantar!”

“Tak ada masalah lah, rumah aku tu depan rumah kau saja!”

“Pergi lah balik, kalau kau balik jugak, tandanya kau tak sayang aku!” ugut Tengku Akif. Waw, yang nie lagi lah power ayat. Nak ikut cakap siapa ni, seorang suami, seorang lagi ibu mentua. Ibu mentua ke ibu tiri ni?

“Hish, aku nak balik minta maaf kat mama dan papa lah!”

“Yer ker?”

“Yup!”

“Ha, jom lah aku hantar!”

Terpaksa lah berpisah untuk sebulan demi memenuhi permintaan Bonda Tengku Cempaka.

Previous: BAB 15
Next: BAB 17

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.