Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,818
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 15

IRDINA AKIF (BAB 15)

Bermimpikah aku? Benarkah semua ini? Rasa seperti tidak berdaya untuk aku meneruskan kehidupan aku lagi? Atau ini hanya salah sangka dan fitnah orang saja? Buka mata luas-luas, dan di hadapannya adalah lelaki yang dicintainya, dan lelaki yang mempunyai pertalian darah dengannya.

“Irdina!” panggil Tengku Akif. Sudah menjangka sesuatu akan berlaku maka dia turut mengekori perjalanan Zara Irdina dari belakang. Selama ini mereka tidak pernah berpisah, sentiasa bersama sejak dari kecil lagi.

“Awak!” ucapnya sebak. Selepas ini kami sudah tidak boleh bersama lagi kerana dia dan aku adalah adik beradik.

“Apa lah kau nie, tak boleh berpisah dengan aku langsung lah. Sikit-sikit nak pengsan, sikit-sikit nak demam.., “ leter Tengku Akif sambil mencuit hidung Zara irdina dengan manja.

“Mak cik tu cakap kita adik beradik, sebab dia cakap aku nie anak Tengku Borhan!” terang Zara irdina. Buat apa aku nak sembunyi perkara besar sebegini, biarlah abang aku tahu siapa aku yang sebenarnya. Sedikit pun Tengku Akif tidak terkejut, malah tenang saja.

“Laaa, lepas ni tak boleh nak sentuh kau lagi lah, sebab aku ni abang kau. Macam mana ni? Pening lah. Dah lah aku nak sentuh kau, kalau ada kat dalam perut tu macam mana?” suara Tengku Akif. Relaks saja, malah turut menyentuh perut Zara Irdina. Zara Irdina menepisnya dengan kasar.

“Kau ingat aku main-main ke?” jerkah Zara Irdina sambil menarik muka masamnya. Sepatutnya kau tanya aku, macam mana aku boleh sampai di rumah Puan Azizah ini? Ini terus cakap kita adik beradik pula. Mujurlah ada Kamal yang sentiasa memaklumkan keadaan Zara Irdina kepadanya.

“Dah, kita settlekan satu persatu. Esok kita jumpa mak kau, malam nie tidur di sini dulu. Mak cik Azizah dah benarkan kita bermalam di rumah dia!” kata Tengku Akif. Puan Azizah walaupun sudah tahu Zara irdina ini anak saudaranya tetapi tidak mesra pun dengan Zara Irdina. Macam tak boleh terima saja Zara Irdina dalam kehidupan mereka. Macam terpaksa saja.

“Nak tinggal sekali ke?”

“Ha, ah!”

“Kita tak boleh jadi suami isteri lagi lah!”

“jadi adik beradik lah gitu!” ujar Tengku Akif sambil tersenyum saja.

“Aku tak nak, aku sayang kau, sayang sebagai seorang kekasih, sebagai seorang suami, aku tak nak kau jadi abang aku!” bentak Zara Irdina sambil menangis. Tengku Akif memeluknya dengan erat.

“Apa pun terjadi aku tetap sayangkan kau di dunia sampai akhirat!” janji Tengku Akif. Macam mana aku nak hidup tanpa dia di sisi? Tempat mengantung harapan sudah tidak ada lagi. Hu hu hu.. sedihnya kerana terpaksa berpisah macam ini.

Dia tidak boleh memejamkan matanya. Asyik terkenangkan Tengku Akif saja. Apa lah nasib aku ini? Sepatutnya aku bahagia dengan Tengku Akif, tiba-tiba jadi macam ini pula. Tetapi benarkah aku anak hasil hubungan mama dan Tengku Borhan? Kalau benar kenapa Tengku Cempaka tidak marah kepadaku? Tidak membenci aku? Tetapi Tengku Cempaka menerima aku dengan senang hati saja. Malah dia sayang kepadaku? Atau Tengku Cempaka sendiri tidak tahu aku ini anak luar nikah suaminya?

Tetapi yang lebih perit dan malang kerana aku bercinta dan berkahwin dengan abang kandung aku sendiri. Malah sudah melakukan sumbang mahram dengannya.

Tuhan, ampunkan dosa-dosa ku ini. Sesungguhnya aku tidak berdaya tanpa keampunan dariMU.

“La, tak tidur lagi?” jenggul Tengku Akif di hadapan muka pintunya. Ajak makan tak mahu, hanya minum secawan susu dan sekeping roti saja sebagai pengalas perut kerana Zara Irdina sudah benar-benar mati selera,

“Kita sudah melakukan satu dosa, Akif. Dosa yang besar. Mahukah ALLAH mengampunkan dosa-dosa kita ini?” ucapnya sayu.

“ALLAH itu maha mengetahui dan maha pengampun, tentu ALLAH akan menerima taubat dari kita berdua!” ucap Tengku Akif.

“Hu.. hu... hu!”

“Usah menangis, sayang. Aku tetap akan menemanimu sampai ke akhir hayat ku!”

“Kau dah gila ke Akif, kita adik beradik lah!”

“Adik beradik pun, aku akan jaga kau lah. Tidur lah, esok nak jumpa mak kandung kau kan?” pujuk Tengku Akif. Akhirnya dia terlelap juga di dalam pelukan suaminya itu.

Seawal pagi mereka bertiga berjalan kaki menuju ke rumah Puan Aminah. Mahu cepat-cepat menyelesaikan perkara ini. Lagi cepat selesai lagi mudah kan? Apa pun juga aku akan menghadapinya dengan tabah dan penuh semangat. Aku tidak boleh melawan takdir. Tetapi aku akan belajar menerima takdir dan kenyataan ini.

“Ingat pesan mak cik yer, jangan diungkap rahsia lama itu lagi, biarlah adik mak cik itu bahagia bersama ahli keluarganya. Sesungguhnya cerita lama itu amat menyakitkan kami semua!” pesan Puan Azizah sebelum mereka memberi salam dan memperkenalkan diri kepada Puan Aminah.

“Ini siapa kak?” soal Puan Aminah mesra ketika dia berjabat tangan dengan Zara Irdina. Hasrat hati mahu memeluk ibu kandungnya ini dengan erat tetapi apa kan daya, tangan tak sampai. Apa kan daya kerana ibu ini sudah melupakan dia di dalam hidupnya. Mahu menangis, tetapi sejak dari semalam lagi dia menangis sehinggakan sudah kehabisan ayer mata.

“Anak saudara kita yang jauh di kampung. Minah mesti sudah lupa kan?” tipu Puan Azizah.

“Saya mana nak ingat semua tu, kak. Mari lah masuk!” pelawa Puan Aminah dengan ramah sekali. Lalu Puan Azizah memperkenalkan suami dan anak-anaknya. Lama berbual, tetapi lebih kepada bertanya khabar, dan yang selebihnya hanya mampu mendiamkan diri kerana tidak tahu ada apa lagi mahu dibicarakan.

Cukuplah asalkan ibu bahagia, Zara sedia menyimpan rahsia ini sehingga ke akhir hayat Zara. Itu janji Zara. Hari ini Zara sudah berjumpa dengan insan yang menglahirkan Zara ke dunia ini, yang telah berkorban demi menglahirkan Zara ke atas muka bumi ini. Terima kasih mak, budi mak tak mampu Zara balas selain berdoa semuga mak bahagia di dunia sampai ke jannah.

Ketika dihantar pulang di hadapan muka pintu, Zara Irdina mengadap ke arah wajah ibunya. Tiba-tiba dia membisikkan sesuatu di telinga Tengku Akif.

“Aku ingin memeluknya buat pertama kali dan terakhir,” ucap Zara Irdina ketika melihat Puan Aminah sedang berbual mesra dengan Puan Azizah dan tidak melihat ke arahnya dan Tengku Akif. Saat Puan Aminah bersalaman dengan Zara Irdina, Tengku Akif dengan sengajanya telah menolak badan Zara Irdina ke hadapan Puan Aminah. Zara Irdina mahu terjatuh, terus Puan Aminah menyambutnya dan memeluk Zara Irdina dengan erat.

“Semuga Zara Irdina bahagia di dunia dan jannah. Ini doa makcik untuk Zara Irdina,” bisik Puan Aminah di cuping telinga Zara Irdina. Mahu saja Zara Irdina menyebut dan memanggil panggilan mak kepada Puan Aminah kala itu tetapi renungan mata Puan Azizah tidak membenarkannya.

“Saya juga, semuga mak cik sekeluarga bahagia untuk selama-lamanya!” ucap Zara Irdina sambil melepaskan pelukan. Puan Aminah hanya mengangguk saja sambil tersenyum.

Selamat tinggal mak, rupanya jodoh kita berdua tidak tertulis untuk bersama-sama di atas muka bumi ini, ucap Zara Irdina sayu. Penantian selama berpuluh tahun berakhir dengan linangan air mata kesedihan saja. Tidak ada yang gembira pun di dalam hati.

Sekarang terpaksa menghadapi satu lagi kenyataan yang amat menyakitkan.

“Nak ke mana kita?” soal Zara Irdina ketika berada di dalam kereta Tengku Akif. Aku sudah kehilangan arah tujuan. Jalan-jalan ku sudah gelap gelita.

“Kau nak ke mana, cakap saja, aku akan tunaikan sedaya upaya ku!” balas Tengku Akif.

“Hmmm...,” nak pergi mana lagi yer?

“Kita pergi bulan madu nak?” usul Tengku Akif.

“Nak tambah dosa lagi ke? Dah tahu kita adik beradik tapi masih nak bersama-sama. Sumbang mahram tu!” jelasnya. Aku terima dia sebagai abang ku.

“He he he..,”

“Abang tak payah gelak kan Dina lah, serius ni!”

“Boleh jadi Dina anak Tengku Borhan, tetapi saya tetap bukan anak dia!” jelas Tengku Akif. Kau nie teruk sungguh lah, bapa mentua kau nama apa pun kau tak tahu.

“Hah??” sekali lagi Zara Irdina terkejut dibuatnya.

“Nama bapa suami kau pun, kau tak tahu. Teruk betul lah,” Mentang-mentang lah aku yang lafaz akad nikah, dan wajib sebut nama penuh dia dan nama penuh bapa dia yang di bin kan dengan nama Abdullah, jadi dia tak tahu nama papa aku.

“Mana kad pengenalan, nak tengok!” minta Zara Irdina. Cemas dan berdebar. Tengku Akif mengeluarkan dompetnya dan terus diberikan kepada Zara Irdina.

“Tengku Izraf Akif bin Tengku Burhanuddin!” sebut Zara Irdina. Ye ye ye, kami bukan adik beradik. Zara Irdina tersenyum bahagia. Cukuplah ada dia di sisi aku.

“Mama dan papa meninggal sewaktu aku berumur 5 tahun, sejak itu Bonda mengambilku sebagai anak angkat dalam keluarganya. Mama hanya dua pupu kepada Bonda, jangan mimpi aku nak jadi abang kandung kau!” kata Tengku Akif sambil menolak dahi Zara Irdina.

“Kenapa tak cakap..,”

“Menangis macam hilang suami saja aku tengok, aku nie dah lama tahu lah, aku hanya anak angkat bonda, kau tu saja yang tak tahu!”

“Memang tak tahu pun!” Mana aku ambil tahu bab-bab ini.

“Tahu menangis, pitam, pengsan tu kerja kau lah!” geram sangat sebab tak ambil tahu tentang salasilah keluarga. Siap menangis-menangis macam anak kecil, kalau boleh nak ketawa kuat-kuat sebab geli hati sangat.

“Alang-alang dah datang JB ni, jomlah kita pergi bulan madu, cuti pun dah lulus kan?” ajak Zara Irdina sambil merangkul lengan suami kesayangannya. Lega rasa di dalam hati. Terima kasih ya ALLAH, sebab beri takdir ini.

Tengku Akif hanya tersenyum.

Previous: BAB 14
Next: BAB 16

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.