Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
153,421
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3

IRDINA AKIF – BAB 3

Lerr, baru dengar suara dah pengsan, itu lah sebab lama sangat tak bercakap dengan aku. Dirasanya dahi Zara Irdina. Panas!

“Suria!” jerit Tengku Izraf Akif. Terkejut Suria di luar. Terus Suria masuk melihat apa yang berlaku di dalam bilik bosnya.

“Kenapa bos?”

“Bos awak pengsan ni,”

“Angkat bawa balik rumah lah, tunggu apa lagi bos!”

“Amboi, yg bagi cadangan pun!” aku lepuk budak ni baru tau. Kalau isteri aku, memang dah lama aku angkat bawa balik rumah. Ni dah lah bukan muhrim aku.

“Eleh, bos ni, angkat saja lah. Tak berdosa lah, bukannya bos nak ambil kesempatan pun,” ibarat doktor lelaki rawat pesakit perempuan, jadi diharuskan untuk menolong.

“Awak kalau dengan saya, beri cadangan yg bukan-bukan yer, dengan bos awak, penakut!” balas Tengku Izraf Akif. Semua orang mana berani nak bergurau dengan Zara Irdina. Takut, kerana Zara Irdina seorang yang tegas.

“Dia tegas lah, tak macam tengku!” tau pun.

“Tak payah, tengku, tengku dengan saya. Awak tolong saya, saya nak bawak bos awak ke klinik, badannya panas sangat nih,” ujar Tengku Izraf Akif, sambil mendukung Zara Irdina.

“Bos sentuh badan Cik puan saya?” tadi nak angkat tak berani, sekarang tak kisah lah pulak. Bos ni la.

“Sentuh dahi saja lah!” terang Tengku Izraf Akif. Suria tersenyum mendengar jawapan itu.

Klinik dekat saja dengan syarikat, jadi Tengku Izraf Akif mendukung Zara Irdina sampai ke klinik. Sampai klinik terus masuk jumpa doktor. Kebetulan tak ramai pesakit pun. Tetapi masa doktor sedang membuat pemeriksaan Zara Irdina tersedar. Terpandang wajah Tengku Izraf Akif di hadapannya bersama seorang doktor wanita.

“Zara balik rehat kat rumah yer. minum air banyak sikit, badan awak tu kekurangan air lah!” ujar Doktor Balqis.

“Baik, doktor!” balas Zara Irdina. Macam mana aku boleh sampai kat sini? Mana suria? Tak ada pun. Tak kan dia bawa aku ke sini kut. Tengku Izraf Akif memandang ke arah Zara Irdina yang melihat ke arahnya.

Ya ALLAH, budak ni tak pakai kasut lah pulak. Sahih dia buang kasut semasa kat ofisnya tadi. Aku pula tak perasan waktu mengangkatnya ke sini. Hmmm, macam mana nak balik, tak kan aku nak angkat dia sekali lagi. Kalau dukung kali ni, sahih aku kena kungfu.

Mana kasut aku? Tak kan aku nak balik jalan kaki ayam kut. Aku tadi datang dengan apa? Huwaa.. jangan lah dia buat perangai lama lagi? Suka sangat mengambil kesempatan. Huh???

Tengku Izraf Akif, seakan mengerti, di bukanya kasut yang dipakainya. Hah, tinggal stoking saja. Lalu diletakkan kasut kepunyaannya di hadapan Zara Irdina.

“Nah, pakai kasut ni,” suruh Tengku Izraf Akif. Suara ini yang buat aku pengsan tadi. Sekarang degupan jantung pun berdegup kencang. Kenapa yer? Tapi Zara Irdina tetap menyarungkan kasut tersebut kerana Doktor Balqis sedang memandang ke arah mereka berdua. Zara Irdina tahu, dia perlu keluar segera kerana ada lagi pesakit yang sedang menunggu di luar. Terus Zara Irdina bangun, dan mahu berjalan.

“Boleh jalan ke tak ni?” tanya Tengku Izraf Akif lagi dan datang menghampiri Zara Irdina. Kau pegang aku, siaplah kau. Zara Irdina menjauhkan dirinya.

“Amboi, sombong pula. Kalau saya tak angkat awak tadi, awak pengsan sorang-sorang kat dalam bilik tu lah,” sambung Tengku Izraf Akif. Hah??? Dia angkat aku tadi? Huwaaa.. mesti dia buat lebih dari tu??

Zara Irdina terus berjalan keluar, begitu juga dengan Tengku Izraf Akif. Tetapi mereka berjalan menjarakkan langkah. Tengku Izraf Akif berjalan dua langkah dari belakang Zara Irdina. Tapi seronok juga, sebab semua orang asyik memandang ke arah Tengku Izraf Akif yang sedang berjalan dengan memakai stoking saja. Padan muka!

“Tapi sayang tak sempat cium pipi awak tadi!” bisik Tengku Izraf Akif yang tiba-tiba datang membisikkan kata-kata tersebut di telinga Zara Irdina. Terus berhenti dan tidak jadi melangkah. Terpaku di situ. Diambilnya kasut Tengku Izraf Akif yang dipakainya terus dibuangnya ke dalam longkang. Tanda protes dan geram sekali.

“woii, kasut saya lah! “ jerit Tengku Izraf Akif sambil berlari mendapatkan kasutnya. Kalau aku tahu kau nak buang kasut aku tadi, aku biar kau jalan kaki ayam lah. Menyesalnya beri kasut tu kat kau.

Huwaaa.. dia pernah buat mcm tu ketika kita berumur lima tahun. Waktu tu sambut hari jadi, tengah kita sedang memotong kek, dia datang dan terus mencium pipi kita di hadapan orang ramai. Sejak hari itu, aku membenci dia! Tak bercakap dengan dia walaupun belajar satu sekolah, masuk universiti yang sama saja, rumah pun dekat-dekat saja, tetapi kita tak pernah bertegur sapa, sebab kes tu. Huh..

Sebab tak padan dengan masih kecil tetapi sudah gatal yang amat sangat!

“Zara Irdina, sekejap!” panggil Tengku Izraf Akif sambil memandang ke arah Zara Irdina. Apa? Nak marah aku sebab buat kasut tadi? Tak takut pun!.

Stoking di buka, lalu diberikan kepada Zara Irdina. Apa lagi nih?

“Duduk!” kata Tengku Izraf Akif sambil menarik Zara Irdina duduk di atas bangku di tepi jalan. Kebetulan ada bangku di situ. Hah, dia nak buat apa nih? Sebaik saja Zara Irdina duduk, terus dipakaikan stoking ke punyaannya ke kaki kanan Zara Irdina. Lerrr, dia ni, apa pula kata orang nanti.

“Awak tu tak sihat, demam, tak baik jalan tak pakai kasut!” leternya sambil menyarung stoking di sebelah kaki kiri pula.

Huwaaa.. kenapa dia tak pernah marah aku biar pun aku tak pernah layan dia dengan baik???

Previous: BAB 2
Next: BAB 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.