Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,820
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 1

“Dia orang mana boleh kahwin. Kau nie Yusuf kenapa lah sampai sekarang masih nak berahsia lagi. Tengok, kasihan kat Zara!” lantang suara Nek Cha di ruang tamu. Akad nikah baru saja berlangsung tak sampai pun 15 minit. Ketika Nek Cha sampai, Akmal baru mahu menyarung cincin ke jari manis Zara Irdina. Semua tetamu yang ada termasuk kedua buah keluarga terpinga-pinga dengan kenyataan itu. Apa sudah berlaku??

“Yusuf, Zara bukan anak kau, dan kau tak ada hak untuk menjadi wali dalam penikahan ini. Perkahwinan ini tak sah, Yusuf!” bantah suara Nek Cha lagi.

“Apa nenek cakap ni?” ucap Zara. Terkejut yang amat sangat.Aku bukan anak papa ke? Habis aku anak siapa? Kenapa semua ini datang secara tiba-tiba saja, ketika saat aku sedang mengecap bahagia pulak tu.

“Zara, papa minta maaf yer...,” ucap papa sebak. Mama mana? Zara ni anak siapa mama?

“Papa...,” ucap Zara sebab. Akmal di sebelah kehairanan. Apa yang terjadi sebenarnya.

“Aisyah, kau kena terangkan apa yang berlaku lah, aku tak faham ni?” kata Atuk Yaakob, datuk Affan pula.

“Yusuf, kau kena cakap perkara sebenar, jangan ditambahkan dosa yang tidak sepatutnya,” suruh Nenek Cha geram. Sudah banyak kali aku suruh kau beritahu perkara sebenar kepada Zara dan Akmal, begitu juga dengan keluarga Akmal tetapi kau degil. Patut lah kau beria-ia suruh aku pergi buat Umrah, rupanya kau ada maksud yang tersendiri.

“Zara bukan anak saya, tetapi anak tidak sah taraf seorang wanita yang menjadi mangsa rogol....,” kata Yusuf terhenti di situ apabila Zara pengsan mendengarnya. Aku bukan anak papa? Glup!!! Kelam dan suram.

Terasa percikan air jatuh ke mukanya. Aku tak sanggup berhadapan dengan kenyataan ini. Itu yang sebenarnya. Kalau boleh aku nak pejam mata rapat-rapat supaya aku tidak perlu menghadapi sebuah kenyataan yang pahit ini.

“Sanggup kau tipu kami Yusuf, kenapa kau tak cakap perkara yang sebenar?” marah Osman, ayah kepada Akmal.

“Apa salah Zara, Man? Apa salah dia? Dia tetap anak aku...,” tekan papa.

“Aku tak sanggup bermenantukan anak luar nikah, Yusuf. Aku tak sanggup punya anak menantu yang kotor macam tu,” tegas suara Osman lagi. Kata-kata itu meresap di dalam hati.

“Zara tak bersalah, Man. Tapi kalau itu kata putus keluarga kau, aku tak memaksa, Cuma sekarang Zara hak Akmal, biarlah Akmal yang menentukan..,” putus papa hampa. Kerana tidak mahu peristiwa ini berlakulah, aku mahu merahsiakan status Zara sehingga ke akhir hayat. Kasihan Zara Irdina yang tak bersalah itu.

“Saya pun tak sanggup, ada isteri yang berdarah kotor mcm Zara tu. Kalau perkahwinan ini sah, saya sanggup ceraikan Zara dengan talak tiga. Perempuan seperti Zara tak layak jadi ahli keluarga kami,” ujar Akmal melemahkan Zara Irdina yang sedang mendengar di dalam bilik.

Zara bangun, berlari mendapatkan Akmal yang mahu melangkah pulang. Dipegangnya tangan Akmal erat.

“Awak, jangan tinggalkan saya!” rayu Zara Irdina sayu. Akmal menepis tangan Zara Irdina dan menolaknya dengan kasar.

“Jangan pegang aku, sial!” lafaz Akmal, marah yang teramat sangat.

“Awak, saya sayang awak...,” rayu Zara Irdina. Enam bulan bertunang, dia kenal erti cinta melalui Akmal, sayangnya cinta ini punah di kala saat mereka diijab kabulkan.

“Pergi mampus dengan sayang awak tu, aku tak suka lah!” ucap Akmal penuh dengan kebencian.

“Akmal, tolong lah...,” ujar Zara menahan Akmal dari keluar dari rumahnya. Sekali lagi Zara Irdina di tolak sehingga tersungkur di lantai. Lututnya luka, hatinya lagi lah terluka.

“Zara, sudah nak!” pujuk mama sambil memeluk Zara Irdina dengan erat.

“Mama..,”

Semua tetamu menglihat kejadian ini. Ada yang simpati, dan yang mencemuh dan mengkeji dengan apa yang berlaku. Tetapi yang pedih dan sakit hati adalah Zara Irdina kerana ditinggalkan oleh kekasih hatinya.

Next: BAB 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.