Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
154,061
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

IRDINA AKIF BAB 9

Tengku Akif menghantar Zara Irdina sampai ke pintu masuk ke rumah. Siap berpayung lagi. Mama dan Bonda hanya mampu melihat saja. Orang sekeliling sudah mula bercakap tentang hubungan anak bujang keluarga di raja dengan anak rakyat jelata ini. Semua org tidak setuju kalau si anak raja memilih zara irdina menjadi pemaisuri hatinya. Mereka marah, kerana Zara Irdina tidak layak menjadi isteri kepada anak raja. Siapa lah Zara Irdina kan? Anak tidak sah taraf, menumpang keluarga angkat saja.

Itu cakap-cakap orang, aku apa peduli, asal kan Akif suka, akif bahagia cukup lah. Di sisi ALLAH bukan darjat yg membezakan kita tetapi imam dan takwa. Itu kata bonda yang merestui hubungan anak bujangnya.

“Jangan lupa, malam ni bawa Dina sekali ke rumah. Kita dah lama tak buat makan-makan,” kata bonda mahu melangkah pulang kerana melihat anak terunanya yang terus pulang setelah menghantar Zara Irdina.

“Insha Allah,” balas Puan Aisyah sambil tersenyum. Mereka sebenarnya baru habis berbincang tentang anak-anak mereka.

“Dina, datang tau. Aisyah, datang awal sikit, boleh tolong saya memasak!” ujar Bonda lagi. Puan Aisyah mengangguk.

Ah, kenapa mak engku nih, tengok Zara semacam saja. Entah-entah mak engku marah sebab Tengku Akif rapat sangat dengan aku?? Macam mana ni? Susahnya hati.

“Tengku akif okey tak?” saja bertanya.

“Tak okey lah, mama. Kita hanya kawan satu sekolah saja, pastu jiran sebelah rumah,” jawab Zara irdina tanda mengerti pertanyaan dari mama. Zara, semenjak tahu status dirinya, rasa tersisih sangat. Rasa rendah diri sangat.

“Bonda sukakan Zara lah, dia cakap dengan mama, dia merestui hubungan tengku akif...

“Tengku Akif tu hanya main-main saja lah, mama. Kita orang tak ada apa-apa pun. Tengku Akif tak ada perasaan pun kat Zara. Dia hanya ambil berat kat zara sebagai seorang kawan. Zara rasa dia simpati kat zara kut,” jelas Zara. Kau ni Zara, semua orang sudah nampak perasaan Tengku akif tu kat kau lah. Kau saja buat-buat tak tahu.

“Kalau dia ada perasaan kat Zara, mcm mana?” soal mama. Zara Irdina tidak menjawab kali ini.

“Siapalah Zara ni, mama. Zara sedar siapa diri Zara. Tengku Akif tu siapa, mama. Kita tak setaraf..,” jawab Zara Irdina sambil masuk ke dalam biliknya. Aku tak nak berkahwin dengan orang yang akan menghina aku suatu hari nanti. Lagipun matlamat aku sekarang nak cari ibu kandung aku terlebih dahulu.

Manakala di rumah Tengku akif, bonda sedang meleteri anak terunanya pula. Sebagai keluarga si lelaki, keluarga mereka yang perlu bertindak.

“kalau berkenan kahwin saja, jangan mcm ni, tak baik lah. Bonda pun nak jaga maruah keluarga kita juga. Irdina pun ada maruah lah. Kau asyik berkepit dengan dia siang dan malam, berdosa tu,” hubungan tak halal, yang kau pegang, sentuh dia, sedangkan dia bukan isteri kau. Ah, lemasnya bonda melihat sikap kau sekarang, akif. Dengan perempuan lain termasuk tengku azlin yang pernah jadi tunang kau tu pun kau tak pernah sentuh dan pegang, tetapi dengan Zara Irdina tu kau sampai sanggup menyelinap masuk ke bilik dia yer. Kau ingat bonda tak tau.

“Bonda sanggup masuk meminang Dina untuk akif sekarang juga. Bonda tak suka lihat akif bawa dina tanpa hubungan yang sah. Faham tak?” marah bonda lagi.

“Bonda, Dina tu tak suka pun kat akif lah. Kita tak boleh nak paksa Dina dalam hal macam ni..,” suara juga akhirnya. Tadi hanya diam seribu bahasa.

“Apa???”

“Dalam hati Zara Irdina tak ada pun nama Tengku Akif, anak bonda ni? Macam mana lah nak kahwin?”

“Habis, yang kau rapat sangat dengan dia tu kenapa? Suka-suka? Ingat kau lelaki, dia tu perempuan, kena tangkap khalwat ke apa ke nanti, bonda halau kau dari sini. Kau jangan main-main dengan bonda, akif!” aku pula yang kena marah. Cinta mana boleh di paksa-paksa bonda sayang ooi.

Makan malam di rumah bonda, Zara Irdina tak pergi pun. Malas apabila melihat semua ahli keluarga Tengku Akif pulang untuk makan malam. Naik segan pula nak berhadapan dengan ahli keluarga Tengku akif. Malah keluarga Tengku azlin turut dijemput kerana hubungan persaudaraan antara mereka.

“wooi, zara kau jangan berangan nak kahwin dengan Tengku akif, tengku akif tu hak aku lah. Kau ni dah lah anak luar nikah, pastu anak org biasa saja..,” jerit Tengku Azlin yang datang menyerang Zara Irdina di rumah Zara Irdina. Ketika itu zara Irdina duduk di beranda rumah. Manakala Tengku Azlin berada di sebelah pagar.

“Aku pun tak nak lah!” balas Zara Irdina. Geramnya aku datang menyerang orang pula. Ikhlas, aku tak nak!

“kau jangan tipu aku lah!” tuduh Tengku Azlin.

“tipu kau buat apa, satu sen pun aku tak dapat kalau tipu kau. Lain lah kalau dapat berjuta-juta,” jawab zara Irdina lagi. Suara bergaduh itu sudah kedengaran ke telinga Tengku Akif. Terus Tengku Akif berlari datang ke sebelah Tengku Azlin.

“Ooo, tak padan dengan anak haram ada hati nak kahwin dengan anak raja konon,”kata Tengku azlin membuatkan zara irdina rasa tercabar.

“Hey, apa ni? Pergi masuk kat dalam. Jangan menghina orang lah. Awak tu bukannya baik sangat pun!” marah Tengku akif kepada Tengku Azlin.

“Awak sanggup putus pertunangan kita hanya kerana perempuan tak guna ni,” sambung Tengku Azlin tidak puas hati kerana Tengku akif memihak di sebelah Zara Irdina.

“Apa kau cakap, perempuan tak guna???” jerkah Tengku Akif membuatkan Zara Irdina dan tengku azlina terkejut. Tak pernah lagi melihat Tengku Akif naik marah. Mahu saja ditampar mulut Tengku azlin itu. Tetapi dia tidak mahu malukan bonda dan keluarga tengku azlin.

“Woiii.. dah lah tu. Tak baik lah gaduh. Bawa tunang kau masuk kat dalam rumah. Pergi makan kat dalam tu!” halang Zara Irdina. Jangan lah kerana hal remeh temeh ni ahli keluarga kita bermasam muka pula nanti. Terus hati Tengku Akif menjadi sejuk mendengar kata-kata dari Zara Irdina.

“Yang kau tak datang tu kenapa? Malu???” soal Tengku Akif pula. orang semua berhimpun kat rumah aku, kau boleh duduk kat rumah kau sorang-sorang.

“Segan lah!”

“Jangan mengada-ngada, sekarang aku nak kau datang sini!”

“wei, apa kes kau nak paksa aku pula?”

“Semua orang tunggu kau lah!”

“Tak sudi aku!” balas Zara Irdina. Tengku Azlin yang bengang berlalu masuk ke rumah apabila melihat adegan pujuk memujuk antara mereka berdua. Lagi sakit hati sebenarnya.

“Jom lah!”

“Tak nak!” dia ni tak faham ke.

“Tak nak sudah, tapi menyesal lah tak datang, sebab bonda masak yang best-best malam ni, termasuk puteri beradu yang kau suka tu...,” kata Tengku Akif. Terbayang pencuci mulut yang istimewa itu. Sagu bersama santan dan gula melaka. Sedapnya.

“tak nak juga!” ujar Zara Irdina terus masuk ke dalam rumah.

Sepuluh minit berlalu, dia mahu ke dapur. Mama tak masak malam ini kerana ada jamuan makan di rumah bonda. Jadi, sejak dari tadi mama dan papa sudah bertandang ke rumah bonda.

“Dina..., “ jerit Tengku akif dari arah beranda. Zara Irdina berlari naik anak tangga apabila mendengar suara itu.

“irdina!” panggil Tengku akif lagi.

“kenapa?”

“Cepat lah sikit, aku tunggu kau kat beranda nih!” Memang pun, dia sedang menunggu di beranda bersama bekal yang dibawanya. Mesti panjat pokok.

“Bawa apa?” lapar lah, cadang nak masak tadi.

“nasi daging, lauk dan puteri beradu..,” kata Tengku akif sambil duduk menyila di atas lantai. Dia membawa keluar segala makanan yang di bawa. Dari makan tanpa Zara Irdina, baik aku datang sini, makan bersama buah hati. Buah hati lah sangat.

“Air tak bawa sama ke?” soal Zara irdina. Alang-alang dah bawa, mana air nak minum dan basuh tangan.

“pergi lah ambik air, kenapa segan sangat nih. Cepat sikit aku tunggu kau!” suruh Tengku akif. Zara Irdina tersenyum dan terus berlalu turun ke bawah. Buatkan air oren. Dan naik semula sambil bersama air oren dan air untuk basuh tangan.

Semua sudah terhidang di depan mata. Tunggu apa lagi, makan saja lah. Ingat akif, anak dara orang tu. Yang datang makan bersuap berbagai nih. Dia bukan isteri kau. Ingat tu. Hukum cakap berdosa, dan tetap berdosa, lain lah kalau dia isteri kau. Bonda cakap tu betul lah. Kalau suka, ambil saja jadi isteri, jangan macam ni. Masalahnya Zara Irdina ni tak suka aku pun.

“Kau masih sukakan akmal?” tanya Tengku akif selepas selesai makan. Tengok Zara Irdina suap puteri beradu kat dalam mulut. Zara Irdina mengelengkan kepalanya.

“betul ni?”

“Keluarganya tak suka aku...,”

“Hmm..,”

“Aku tak nak suka kat siapa-siapa selagi aku tak jumpa mak aku.”

“Kau ni kenapa lah bodoh sangat, suami kau boleh tolong cari kan mak kau lah!”

“Siapa nak jadi suami aku???”

“Aku lah” jawab tengku akif berani. Mana tahu Zara Irdina setuju. Aku pun tahu hukum juga lah. Tahu dosa pahala! Bukan aku buta agama pun!

“hah??” melopong mulut Zara Irdina. Sudu yang dipegang terjatuh kat lantai. Dia nie lah....

Macam nak pengsan dah ni..

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.