Home Novel Cinta IRDINA AKIF
IRDINA AKIF
pitteriah abdullah
15/12/2013 11:34:54
155,432
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2

Hah, itu cerita dua tahun lalu. Cerita bagaimana Zara Irdina menutup pintu hatinya untuk semua lelaki. Rupanya cerita penghinaan itu membuatkan Zara Irdina tawar hati, tawar perasaan kepada cinta. Bagi Zara Irdina perkataan cinta untuk dirinya sudah mati. Lagipun siapa yang mahu menerima dirinya yang berstatus anak haram ini? Siapa? Masih kah ada harapan itu dia memiliki cinta sejati?

“Cik Zara, Tengku Mawar nak jumpa!” teriak setiausahanya, Suria dari luar. Alhamdulillah, keluarga Tengku Mawar tak kisah pun tentang statusnya ini. Malah Tengku Mawar yang berjiran dengan rumahnya itu, amat menyenanginya, malah memberi dorongan dan sokongan untuk dia menglangkah kehadapan. Keluarga yang berdarah bangsawan ini tidak bongkak dengan kekayaan dan darjat yang mereka miliki. Itu penyebabnya yang membuatkan keluarga Tengku Mawar dihormati samaada di kampung atau pun di syarikat ini.

“Assalamualaikum Tengku!” ucap Zara Irdina.

“Waalaikummussalam. Duduk Irdina!” pelawa Tengku Mawar sambil tersenyum ke arah gadis manis di hadapannya. Hanya keluarga Tengku Mawar saja yang memanggil Zara Irdina dengan panggilan Irdina.

“Tak apa lah, Tengku. Saya banyak kerja lagi nih!” tolak Zara Irdina.

“Serahkan saya kepada Akif, biar dia yang selesaikan. Lagipun Dina kan masih belum sihat,” kata Tengku Mawar sambil bangun dari tempatnya. Dia menghampiri Zara Irdina, ditepuknya bahu Zara Irdina dengan sepenuh kasih sayang.

“Demam sikit saja lah!” petang semalam kena hujan, bila kena hujan terus selsema dan demam. Tapi sebab kertas kerja tak selesai lagi, terpaksa lah masuk kerja hari ini.

“Balik lah berehat. Nanti Mama Engku suruh Akif siapkan!”pinta Tengku Mawar.

“Tak pa, nanti saya siapkan. Lagipun sikit saja lagi!” tolak Zara Irdina. Malasnya nak suruh Tengku Izraf akif, adik Tengku Mawar siapkan kerja-kerja yang terbengkalai sebab banyak sangat kerja-kerjanya diserahkan kepada Tengku Izraf Akif sejak dua mejak ini. Tengku Izraf Akif adik Tengku Mawar berkerja di sini, tetapi mereka tidak pernah bertegur sapa. Sekadar saling memandang adalah, tetapi tidak pernah bertegur sapa. Tengku Izraf Akif dengan semua orang ramah, boleh berbual mesra dan siap gelak ketawa lagi, tetapi dengan Zara Irdina nak keluar satu ayat pun tak boleh. Ada geliga kut!

“Tu, Akif dah datang, nanti mama engku cakap dengan dia, suruh tolong Irdina,” kata Tengku Mawar lagi.

“Tak mengapa, saya boleh siapkan!” ucapnya sambil melangkah keluar. Tidak mahu memandang wajah tampan Tengku izraf Akif yang menjadi gilaan ramai staf di sini. Sebenarnya Tengku Izraf Akif pernah bertunang dengan Tengku Azlin, tetapi Tengku Izraf Akif minta putus selepas Zara Irdina tidak jadi berkahwin. Entah lah apa sebabnya, semua orang tidak tahu, tetapi sampai sekarang Tengku Azlin masih mengharapkan Tengku Izraf Akif untuk menjadi suaminya.

“Kenapa kak?”

“Irdina tu demam, akak suruh dia serahkan kerja-kerjanya kat kau, tapi dia tak nak!” masih terdengar lagi perbualan antara Tengku Mawar dengan adiknya sebelum Zara Irdina melangkah masuk ke dalam biliknya.

“Cik Zara, ada call!” beritahu setiausahanya pula.

“Sambung talian kat dalam bilik saya!” ucapnya. Mesti dari penyiasat persendirian yang diupah untuk mencari di mana ibu kandungnya.

“Zara, Kamal ni!”

“Ha, dah jumpa?”

“Belum, tapi ada orang cakap Puan Aminah tu gila...,”

“Apa???”

“Saya belum jumpa lagi, tapi insha ALLAH, sehari dua nanti saya akan ke Melaka untuk berjumpa dengan Puan Aminah!”

Sebenarnya Zara irdina bukan di buang, tetapi Puan Aminah datang serahkan kepada kepada papa dan mama. Puan Aminah yang serahkan sendiri setelah menglahirkan Zara Irdina bukannya di buang pun. Melalui papa yang menyimpan data-data peribadi Puan Aminah dan sekeping gambar Puan Aminah, Zara Irdina mahu menjejakinya semula. Ibu kandungnya itu tidak bersalah, kerana dia mangsa keadaan, dan dia juga tidak bersalah kerana di lahirkan sebagai anak haram kerana bukan mereka berdua yang minta semua ini terjadi.

Berita sekejap tadi membuatkan dia semakin demam. Sejak habis seluruh badannya. Seram sejuk dibuatnya. Kepala pun sudah pula berpusing. Rasa nak pitam.

“Cik Zara, Tengku Akif nak jumpa!” beritahu Suria. Hah??? Tak pernah nak jumpa sepanjang dua tahun ni, tertiba hari ni nak jumpa pula? bertambah lah pening aku jawabnya.

“Dia nak apa?”

“Dia nak kertas kerja yang tak siap tu..,”

“Kejap, suruh dia tunggu kat luar, nanti saya serahkan kepada awak. Awak tolong serah kat dia yer,” baik aku serahkan kepada Suria saja.

Tengah mencari fail dan kertas-kertas kerja, sebelum pintu biliknya ditolak. Terpandang wajah Tengku Izraf Akif sudah berada di hadapannya.

“Zara Irdina..,” panggilan pertama ini membuatkan jatuh Zara Irdina terhenti. Pengsan!

Previous: BAB 1
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.