‘’SO,how’s your day?’’ Soal Nadia ketika
aku baru saja menutup pintu rumah. Sejak aku memberitahunya tentang Firdaus
yang kini bekerja di pejabatku,dia begitu teruja sekali mahu mendengar perkembangan
harianku.
‘’Kau rasa dengan kehadiran dua orang
senior kau yang gila tu,aku boleh hidup tenang ke?’’ Aku mengajukan pertanyaan
kembali. Aku menanggalkan stoking dan duduk di atas sofa. Mahu melepaskan
lelah.
‘’Apa yang diorang buat?’’ Ujar Nadia
tak sabar-sabar. Dia duduk di sebelahku dan memandangku dengan mimik muka
keanak-anakannya.
‘’Macam biasalah. Yang sorang tu tak
habis-habis nak kacau aku. Yang sorang lagi tu pula tak habis-habis nak kenakan
aku. Menyusahkan betul diorang tu. Keras kepala betul.’’ Rungutku. Itulah
situasi yang terpaksa kulalui sejak beberapa minggu Firdaus bekerja di
Cemerlang Holdings. Lelaki itu sering mencari kesempatan untuk cuba berbual
denganku walaupun aku cuba menghindarinya. Nazrul pula macam biasalah. Tak
habis-habis nak tuduh aku ada skandal dengan bapanya. Lama-lama sampai aku jadi
malas nak menafikan lagi.
Nadia ketawa. ‘’ Sesuailah dengan kau. Sama-sama degil dan
tak mahu mengalah. Bolehlah jadi kawan baik dunia dan akhirat.’’
Aku mempamerkan wajah jelek. ‘’ Dengan Firdaus dan Nazrul? Oh please,never! ‘’
‘’Orang tua-tua kata,jangan nak tolak
sangat benda yang kita tak suka. Lama-lama nanti silap-silap benda tu pulak
yang melekat kat kita. Macam kaulah. Asyik kata benci,menyampah semua dengan
Nazrul dan Firdaus. Tapi silap hari bulan nanti,salah seorang daripada diorang
pula yang akan jadi suami kau. Masa tu baru kau tahu.’’
‘’Aku takkan ada komitmen dengan
mana-mana lelaki pun,Nadia. Even as a
husband.’’ Jawapanku mematikan ketawa Nadia. Dia merenungku sebelum
mengeluh panjang.
‘’Sampai bila kau nak jadi macam
ni,Ary?’’ Soalan yang acap kali ditanya oleh Nadia itu diutarakan kembali
kepadaku.
Aku bangun dari dudukku. ‘’Sampai bila-bila.’’ Jawabku ringkas.
Jawapan yang sama kuberikan setiap kali Nadia bertanyakan soalan itu.
Nadia terdiam.Aku tersenyum seraya
mengusap bahu Nadia.
‘’Don’t
worry,okay. I will be fine.’’
Nadia mengangkat wajahnya,memandang
wajahku. ‘’Sampai bila kau nak terus
menolak kehadiran lelaki dalam kehidupan kau,Ary? Bukan semua lelaki jahat
seperti yang kau fikirkan. Bukan semua lelaki sama macam ayah kau.’’
‘’I
know. Tapi tak semua lelaki tu baik juga kan. Jadi untuk apa aku mengambil
risiko?’’ Aku terus mempertahankan pendapatku.
‘’Kalau tak berani mengambil risiko,apa
gunanya hidup dalam dunia ni? Semua di dalam dunia ni ada risikonya yang
tersendiri,Ariana. Hanya orang yang berani mengambil risiko saja akan berjaya.
Bukankah itu yang pernah kau beritahu aku dulu,Ary?’’ Nadia membidas kembali
kata-kataku.
Giliran aku pula terdiam. Tidak
kusangka kata-kata yang pernah kuungkap dulu akan memerangkap diriku kembali.
‘’ARIANA,Encik
Firdaus suruh awak hantar dokumen ni ke bilik dia.’’ Kata Amar,akauntan
Cemerlang Holdings seraya meletakkan
fail berwarna biru itu ke atas mejaku.
Aku mengerutkan dahi. ‘’ Fail apa ni?’’
‘’Dokumen kewangan syarikat ni.’’
Beritahu Amar ringkas.
‘’Tak ada kena mengena pun dengan aku.
Kau pergilah hantar.’’
‘’Memanglah aku tadi dah nak hantar.
Tapi Encik Firdaus kata dia nak kau yang pergi bagi benda ni kat dia.’’ Jelas
Amar.
‘’Menyusahkan betullah dia ni.’’
Rungutku. Amar tersenyum mendengarnya.
‘’Alah,Encik Firdaus suka kat kaulah
tu. Tu yang asyik cari alasan nak jumpa dengan kau.’’ Usik Amar. Aku menjeling
tajam kepadanya. Terus senyumannya mati. Aku mendengus seraya mengambil fail di
atas mejaku itu dan menuju ke arah bilik
Firdaus.Memang setiap kali inilah yang berlaku. Firdaus akan sentiasa mencari
muslihat agar aku akan bertemu dengannya. Aku terus meluru masuk tanpa mengetuk
pintu terlebih dahulu.
‘’Nah!’’ Aku melemparkan fail itu ke atas
mejanya kasar. Firdaus terkejut dengan kehadiranku yang tiba-tiba itu. Tetapi
wajahnya tetap tenang. Seakan dia sudah menjangka reaksi sebegitu daripadaku.
‘’Relakslah. Kenapa nak marah-marah
ni?’’
‘’Sebab kau ni tak habis-habis nak kacau
aku. Dah beribu kali aku cakap,aku tak suka dekat dengan kau. Tak faham-faham
lagi ke.’’ Aku terus menyinga di situ.
Firdaus tidak melatah apabila aku
menengkingnya seperti itu,sebaliknya dia hanya tersenyum. Dia berdiri dan
menghampiriku.
‘’I
know that you hate me. Tapi,saya sendiri tak boleh kawal diri saya dari
mendekati awak walaupun saya tahu yang awak tak sukakan saya.’’
‘’Why?’’
‘’Because
you remind me to someone.’’
Aku terkejut mendengar kata-katanya itu.
Adakah aku telah mengingatkan dia kepada ‘Ria’? Aduh,mati aku!
‘’Si…. Siapa?’’ Soalku tergagap-gagap.
Aku ingin kepastian dari mulutnya sendiri.
‘’Well,someone
that’s very special to me.’’ Ujar Firdaus.
Jantungku tiba-tiba berdegup kencang.
Adakah dia menganggap aku sebagai orang yang istimewa di hatinya,desisku. Entah
kenapa hatiku terus menjadi berbunga-bunga.
‘’Yeah,she’s
special to you. Tapi siapa nama dia? Apa hubungannya dengan kau?’’ Aku pula
yang menjadi banyak tanya ketika itu. Kami bagaikan sudah bertukar posisi.
Firdaus mengerut dahi. ‘’How
do you know that the person is a ‘she’?’’
Wajahku berubah apabila menyedari
keterlanjuranku. Aduh,kenapalah kau ni bodoh sangat Ariana!
‘’Err… sebab kau kata aku mengingatkan
kau kepada orang special tu. Aku ni
kan perempuan. Jadi kalau kau tengok aku takkanlah kau teringatkan lelaki pulak
kan?’’ Aku cepat-cepat cuba membetulkan keadaan. Alasanku itu terasa terlalu
konyol.
Firdaus ketawa. ‘’Ya tak ya juga
kan.’’
‘’Kalau tak ada apa-apa lagi,aku
keluar dulu ya.’’ Sebelum aku buat kesilapan-kesilapan bodoh seperti tadi,lebih
baik aku cepat-cepat beredar dari situ.
‘’Tunggulah sekejap. Saya tak sempat lagi nak cerita pasal someone special tu.’’ Firdaus cuba
menegahku dari pergi.
‘’Aku datang sini sebab nak kerja,
bukannya nak dengar cerita kau. Lagipun langsung tak ada kena-mengena dengan
aku. Jadi buat apa aku nak dengar. Tak mendatangkan untung pun. Kau bagi duit
kat aku tak apalah jugalah.’’ Aku menjuihkan bibir.
Firdaus ketawa. ‘’ Oh,jadi benda yang mendatangkan untung
kepada awak sajalah awak nak dengar?’’
‘’Ya,sebab aku tak suka buang masa. Aku
tak suka buat benda yang tak boleh nak generate
duit.’’ Sengaja aku menampakkan sisi burukku kepadanya. Biar dia sangka yang
aku ni perempuan jahat yang mata duitan dan tak akan ganggu aku lagi.
Namun sangkaanku meleset. Firdaus
langsung tidak menunjukkan reaksi tak menyenangkan,sebaliknya dia tetap
positif.
‘’Oh,interesting. Jarang nak jumpa perempuan yang tak buang masa macam
awak ni. Mesti duit awak berkepuk-kepuk dalam bank tu kan.’’
Dia memujiku pula. Aku mula sakit
kepala. Mati akal aku apabila bercakap dengan lelaki ini.
‘’CIK ARIANA!’’
Aku memandang ke arah kereta yang
berhenti di hadapanku itu. Aku mengeluh. Apa lagilah yang dia nak lagi ni?
Aku buat-buat mengipas diriku dengan
surat khabar yang aku pegang,berpura-pura tidak mendengar dia memanggilku.
Firdaus turun dari kereta dan menghampiriku. Sementara Nazrul yang berada di
tempat pemandu hanya memerhatikan kami berdua. Wajahnya masam sekali. Nampak
sangat dia tidak suka dengan tindakan Firdaus.
‘’Tak balik rumah lagi ke?’’ Firdaus
duduk di sebelahku. Beberapa orang pekerja Cemerlang Holdings yang duduk
bersama-sama denganku di stesen bas itu hanya menjadi penonton. Sesekali mereka
berbisik sesama sendiri. Aku mengalih posisiku agar jauh sedikit daripada
Firdaus.
‘’Taklah. Aku dah balik rumah. Sekarang
ni aku tengah mandi. Nak join sekali ke?’’ Perliku. Dah tahu
buat-buat tanya pula.
‘’Boleh juga.’’ Firdaus mengenyit
matanya. Menyampah aku melihat reaksinya itu.
‘’Gatal.’’ Aku berkata sepatah seraya
mencebik.
‘’Dah orang dah ajak,takkan nak tolak
pula. Rezeki jangan ditolak.’’ Usik Firdaus lagi.
Malas aku nak melayan percakapannya
lagi. ‘’Kau duduk di sini semata-mata
nak sembang dengan aku ke? Nanti mengamuk pula Hitler dalam kereta tu.’’ Aku
merujuk kepada Nazrul yang semakin mencuka wajahnya.
Nazrul membunyikan honnya bertalu-talu.
Nampak sangat dia mendengar apa yang dikatakan olehku. Sengaja aku bersuara
kuat tadi untuk menyakitkan hatinya.
‘’Woi Firdaus,cepatlah sikit! Kita dah
lambat ni. Nanti kakak aku marah pula.’’ Jerit Nazrul dari dalam kereta.
‘’Sekejaplah.’’ Jerit Firdaus kembali.
Dia menoleh kepadaku. ‘’Rumah awak kat
mana? Saya boleh tolong hantarkan.’’
Aku tersenyum sinis. Tak boleh hendak
dibayangkan aku dengan Nazrul duduk di dalam satu kereta. ‘’ Dengan korang
berdua? Minta simpanglah.Aku lebih rela naik bas.’’ Ujarku selamba.
‘’Tapi dah lewat ni kan.’’ Kata Firdaus
bimbang. Rupa-rupanya dia mengkhuatirkan keselamatanku.
‘’Kalau kau nak sangat hantar orang
balik,apa kata kau hantar Kak Ani saja. Dia ada anak suami yang menunggu dia
kat rumah. Aku pula tiada siapa pun. Tak ada siapa pun yang peduli walau aku
tak balik sekalipun.’’ Ujarku seraya memuncungkan bibir kepada Kak Ani,tukang
cuci di syarikatku yang duduk tidak jauh daripada kami berdua.
‘’Siapa kata tak ada siapa peduli? Saya
peduli.’’
Aku mengalih pandang ke arah Firdaus.
Buat seketika kami bertentang mata. Entah kenapa aku seperti dapat melihat
keikhlasan di sebalik anak matanya yang redup itu. Seakan-akan dia betul-betul
memaksudkan apa yang dikatakannya tadi.
‘’Firdaus!’’ Kelihatannya Nazrul sudah
hilang sabar. Dia membunyikan honnya dengan panjang. Aku dan Firdaus tersentak
dari khayalan. Kami kembali ke alam nyata. Aku menoleh ke arah lain. YA-ALLAH,
apa yang aku dah buat tadi?
‘’Kau pergilah. Nanti Hitler tu buat
kecoh lagi.’’ Suruhku tanpa memandang wajah Firdaus. Takut dia perasan akan
perubahan mukaku yang sudah mula bertukar menjadi kemerah-merahan itu.
‘’Sekejap ya.’’ Firdaus bangun dan
menahan sebuah teksi yang kebetulan lalu di situ. Setelah bercakap buat
seketika dengan pemandu teksi itu, Firdaus memanggilku.
‘’Cik Ariana,balik dengan teksi ni.
Cepatlah sikit awak sampai ke rumah. Nak tunggu bas,bila tahun nak sampai.’’
Ujar Firdaus, bernada arahan.
‘’Tapi…’’ Aku cuba membantah.
‘’Saya dah bayar untuk tambang teksi ni.
Naik sajalah.’’ Firdaus membuka pintu teksi dan menarik tanganku masuk ke
dalam. Aku tidak sempat mengelak. Firdaus melambai-lambai kepadaku sebaik teksi
itu mula bergerak.Aku mendengus. Di sebalik sifat degilnya,lelaki ini
rupa-rupanya juga seorang yang suka memaksa. Baru hari ini aku tahu.
‘’Boyfriend
cik ke yang tadi tu?’’ Pemandu teksi itu bertanya kepadaku.
Aku memandang ke arah pemandu teksi itu
sambil mengecilkan mataku.
‘’Never!’’