‘’ASSALAMUALAIKUM.’’ Kedengaran orang memberi
salam di luar rumah.Aku yang mengenali tuan punya suara itu segera keluar dari
bilik.
‘’Waalaikummussalam.Nadia!’’ Aku
berasa gembira apabila melihat Nadia dan ibu bapanya.Aku tidak menyangka yang
Nadia akan datang ke rumahku pada hari raya ketiga itu.Abang Haikal juga berasa
senang menyambut kehadiran yang tidak diduga itu.
‘’Jemputlah duduk,tuan,puan,Nadia.’’
Pelawa Abang Haikal.Ibu bapa Nadia duduk di sofa di ruang tamu itu diikuti
dengan Abang Haikal.Aku ke dapur untuk mengambil mengisi jag air yang hanya
tinggal separuh penuh.Nasib baik Sarah dan mak cik sudah keluar untuk berhari
raya di rumah nenek yang terletak tidak jauh dari situ.Kalau tidak,entah apalah
yang mereka akan buat untuk memalukan aku di hadapan keluarga Nadia.
‘’Maaflah kalau kami datang
mengganggu pagi-pagi raya macam ni.Tapi anak saya nilah,bersungguh-sungguh nak
datang sini lepas kami balik dari kampung pagi tadi.Nak berjumpa dengan Ariana
katanya.’’ Kata Doktor Ariffin.
‘’Tak apa,doktor.Tak mengganggu
pun.Bahkan saya gembira yang doktor sekeluarga sudi datang ke rumah saya yang
tak seberapa ni.’’ Balas Abang Haikal.
Doktor Ariffin tersenyum. ‘’Macam mana dengan perniagaan Haikal
sekarang?’’
‘’Alhamdullillah,semuanya berjalan
lancar.Semuanya berkat bantuan tuan doktor juga.Kalau tuan doktor tak membantu
bagi modal,entah bilalah impian saya tu akan menjadi kenyataan.Saya berjanji
bila perniagaan saya dah stabil nanti dan dah untung,saya akan bayar balik duit
yang tuan doktor pinjamkan kepada saya tu.’’
‘’Tak perlulah bertuan-tuan doktor
dengan saya,Haikal.Panggil saya pak cik cukuplah.’’ Ujar Doktor Ariffin.Abang
Haikal tersenyum seraya mengangguk.Aku datang dengan membawa jag yang berisi
air oren.
‘’Jemput minum,pak cik,mak
cik,Nadia.’’ Ujarku sambil menuangkan air oren ke dalam gelas yang sudah
tersedia di atas meja.
‘’Terima kasih Ariana.’’ Kata Doktor
Ariffin dan Doktor Nafisa serentak.Belum sempat aku duduk,Nadia pula bangun
dari kerusi.
‘’Abang Haikal,Nadia pinjam Ariana
kejap ya.’’
‘’Tak apa,Nadia.Nak pinjam lama-lama
pun boleh.’’ Gurau Abang Haikal.Nadia tersenyum lalu menarikku ke luar rumah
pantas.
‘’Hish apasal kau ni? Nak cepat-cepat
sangat ni kenapa?’’ Soalku apabila kami sudah berada di halaman rumah.
‘’Telefon Firdaus sekarang!’’ Nadia tidak
mengendahkan soalanku.Wajahnya kelihatan cemas sekali.
Aku mengerut dahi. ‘’ Kenapa pula nak kena telefon dia tiba-tiba
pula ni?’’
‘’Alah,janganlah banyak
tanya.Telefonlah cepat!’’ Gesa Nadia.Aku mengalah.Aku mengeluarkan telefon
bimbitku dan mendail nombor Firdaus.
‘’Hai Crab,what’s up?’’ Tegur Firdaus sebaik dia menjawab panggilanku.Aku
menjeling ke arah Nadia,namun Nadia hanya mendiamkan diri.Aku jadi
tertanya-tanya.Tadi bukan main lagi bersungguh-sungguh nak aku menelefon
Firdaus,sekarang bila dah boleh bercakap diam pula.
‘’Tak ada apalah.Saja saja nak
dengar suara si katak puru yang sumbang.Kenapa,tak boleh?’’ Balasku.
‘’Sesumbang-sumbang suara si katak
puru ni pun,nak juga kau dengar kan.Kenapa,rindu ke?’’ Usik Firdaus.
‘’Hee… ingat aku tak ada kerja lain
ke.’’ Aku berkata jelik.
‘’Memanglah kau tak ada kerja lain.Kalau
tak takkanlah kau telefon aku sekarang kan.’’ Firdaus ketawa.Aku mengetap
bibir.
‘’Yalah,yalah.Aku kalah,kau
menang.Kau memang suka mengenakan aku kan.Pantang salah cakap sikit,ada saja trick kau.’’
‘’Alah,sekali sekala saja pun.Lagipun
aku dah tak lama lagi kat sini.In 3 to 4
weeks nak fly off dah.Jadi lepas
tu tak dapatlah aku kenakan kau lagi.Haha...’’ Sekali lagi Firdaus ketawa.
Aku tersentak.Pantas aku mengalihkan
wajah ke arah Nadia yang murung.
‘’ Kau nak fly off? Pergi mana?’’ Aku bertanya dengan nada yang
tersekat-sekat.
‘’London. Tolong uruskan business papa aku dekat sana.’’ Beritahu
Firdaus dengan suara yang ceria.
Aku rasa jantungku bagai mahu luruh
ketika itu juga.Riak wajahku terus berubah.
‘’Bi…bila kau decide pasal benda ni? Kau tak pernah cerita kat aku pun.’’ Aku
cuba bersuara selamba,walhal gelodak hebat yang melanda hatiku ketika itu hanya
aku seorang yang tahu bagaimana rasanya.
‘’Adalah dalam seminggu lepas macam
tu.Aku memang nak bagitau kat kau,tapi aku terlupa pula.Maklumlah,sibuk sangat
uruskan pemergian aku ke sana. Sorry.’’
‘’Berapa tahun kau kat sana?’’ Aku
terus menyoalnya.Nadia di sampingku turut mendengar apa yang kami bualkan.
‘’Mungkin untuk selama-lamanya kot.’’
‘’Hah,selama-lamanya?’’ Terkejut aku
mendengar jawapan itu.Nadia di sebelahku sudah mula mengalirkan air mata.
‘’Yalah,sebab ibu pejabat syarikat
perkapalan papa aku berpangkalan di sana. Jadi memandangkan suatu hari nanti
aku yang bakal gantikan papa aku,so kenalah stay
kat sana terus. Aku balik Malaysia lepas habis studyhari tu pun untuk melepas rindu saja. Lepas ni entah bila aku
dapat balik semula ke sini.’’ Terang Firdaus kepadaku.
‘’Jadi,kiranya lepas ni kau takkan
balik semula ke Malaysia?’’ Aku mengeluh.
‘’Bukan tak balik terus,tapi
susahlah. Jarak UK dengan Malaysia ni pun bukannya dekat. Mula-mula sebenarnya
aku bercadang nak uruskan dulu cawangan syarikat papa aku kat OZ, tapi dah papa
aku berkeras juga nak aku tolong dia kat London tu, tambah pula sepupu aku yang
kau kata gila tu pun akan ikut aku sekali nanti untuk timba pengalaman kat
London sebelum uruskan syarikat kat Malaysia ni,jadi aku pun tak boleh nak kata
apalah.’’
‘’OZ?’’ Aku mengerut dahi. ‘’New
Zealand aku taulah. Tapi OZ tu apa pula? Old Zealand ke?’’
Firdaus ketawa mendengar
pertanyaanku. ‘’Australia
la.Aussie.OZ.New Zealand.NZ. Haha…kelakarlah kau ni Ria.’’
Aku tersenyum nipis mendengar
ketawanya.Namun entah kenapa,ketawanya pada hari itu tidak mampu untuk
menceriakan hatiku seperti selalu.Ketawanya hari ini begitu menyakitkan
sekali,bagai mengejekku dari kejauhan.
‘’Err…tak apalah Firdaus.Aku letak
telefon dulu.Kredit aku dah nak habis dah ni.’’ Cepat-cepat aku memberikan
alasan.Aku rasa bagaikan aku tidak mampu mendengar suaranya walau untuk sesaat
pun lagi.
‘’Ok.’’ Ringkas jawapan yang
diberikan Firdaus sebelum talian dimatikan.Aku memaling wajah ke arah
Nadia.Wajahnya yang putih itu sudah menjadi merah sekali.Pipinya yang berseri
dengan mekap tadi sudah comot dibasahi dengan air mata.
‘’Dia dah nak pergi,Ary.Dia dah nak
pergi jauh.Lepas ni,aku dah tak boleh nak berhubung dengan dia lagi dah.’’ Luah
Nadia dalam esakan.Dia menangis di dalam pelukanku.
‘’Sabar,Nadia.Kau kena tabah okey.’’
Aku cuba memujuknya,walhal hatiku sendiri sedang gundah-gulana ketika itu.
‘’UK,UK….’’ Aku
menyebut-nyebut perkataan itu berulang kali sambil terus meneliti peta dunia
yang terpampang besar di dinding perpustakaan itu.
‘’Malaysia terletak di Asia
Tenggara,UK pula terletak di barat laut Malaysia.Jaraknya….. ‘’Aku meletakkan
jariku di atas peta dunia itu. ‘’Mak
aih,jauhnya!’’ Aku menghempas keluhan kasar.
‘’Apa yang kau buat tu,Ary?’’ Soalan
yang tiba-tiba menerpa itu membuatkan aku tersentak.Aku menoleh ke belakang dan
melihat Nadia sedang memandangku pelik.
‘’Err… tak ada apalah.’’ Aku pantas
mengangkat jariku dari peta. ‘’ Aku
saja-saja je tengok peta ni.Nak mengisi masa terluang.’’ Terasa bodoh pula
jawapan yang kuberikan itu.
‘’Tak pernah-pernah kau mengadap peta
tu lama-lama macam tu sebelum ni.Kau ada
plan nak pergi luar negara ke?’’
‘’Ish gila kau.Kau ingat aku ni kaya
ke? Passport pun tak ada,nak pergi luar negara macam mana? Nak suruh aku jadi
pendatang haram kat sana?’’ Aku ketawa,cuba menyembunyikan kegelisahanku.Apabila
melihat Nadia seakan curiga kepadaku,aku pantas mengubah topik.
‘’Kau ni pula,tadi kau pergi mana?
Masa keluar dewan tadi tak tunggu aku pun.’’
‘’Aku tak pergi mana-mana pun.Cuma
ambil angin saja.Nak tenangkan hati aku yang tak tenteram ni.’’
‘’Kau masih fikirkan tentang hal
Firdaus ke?’’ Dugaku.
‘’Yalah, siapa lagi. Dah berapa hari
aku tak boleh tidur lena sebab asyik fikirkan tentang dia yang nak pergi London
tu.London tu jauh tau tak.Jauh! Nampaknya harapan aku nak jumpa dengan dia
makin menipislah jawabnya.Dahlah tak boleh contact
macam sekarang lagi.Sedihnya….’’ Nadia berkata dengan wajah muram.
‘’Kau kata dia tu ada Facebook,kan? Stalk sajalah Facebook dia tu.At least kau boleh tahu updateterkini dia.’’
‘’Manalah sama perasaan stalkFacebook dia dengan berhubungan
secara terus dengan dia melalui telefon.Sakit betul hati aku ni.Dahlah pergi untuk
selama-lamanya.Sampai ke London pula tu.’’
Rungut Nadia.
‘’London tu jauh sangat ke?’’ Aku
terus mengorek cerita daripada Nadia.
‘’Jauhlah cik kak ooi! Naik kapal terbang
pun kena tunggu sampai 14 jam barulah sampai London.12,000 km kot,ingat apa.’’Terang
Nadia dengan wajah sugul.
Aku terdiam.12000 km,jarak yang akan memisahkan
aku dan Firdaus selepas ini.Sekali lagi aku menghempaskan keluhan.
Firdaus,kenapalah kau kena pergi jauh
sangat? Whyyyy!!! Aku menjerit di dalam hati.
AKU tidak dapat
menumpukan perhatianku ketika tutorial.Fikiranku jadi kusut semacam.Entah
kenapa,aku terlalu mengambil kisah akan hal pemergian Firdaus ke London
itu.Perkara itu membelenggu diri aku saban hari,saban waktu sehingga membuatkan
kepala aku jadi pening dan tak boleh memikirkan apa-apa lagi.
Selama-lamanya. London.
Selama-lamanya. London.
‘’Ahh!’’ Tiba-tiba di luar
kawalanku aku bangun dari kerusi dan menghempaskan tanganku ke atas meja
sehingga Prof. Hanif dan semua pelajar terperanjat. Semua mata memandang ke
arahku.
‘’Maafkan saya.Saya rasa tak sihat
pula.Boleh tak saya pergi ke tandas kejap.’’Soalku seraya berpura-pura memicit
kepalaku.
Prof. Hanif mengangguk. Aku terus
pergi ke tandas dan mencuci mukaku kasar. Kemudian aku merenung cermin di
hadapanku.
‘’Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku
boleh jadi macam ni disebabkan dia? Maksud aku,suka hati dialah dia pergi ke
mana dan berapa lama pun.Dia tu bukan siapa-siapa pun bagi aku!’’ Soalku pada
diriku sendiri. Aku menarik nafas panjang.
‘’Okey Ariana,cool down okey.Sebenarnya semua ni tak ada apa-apa pun.Kau jadi
macam ni bukan sebab Firdaus.Bukan sebab dia,okey.Bukan sebab dia.’’ Aku
berterusan menyebut kata-kata itu pada diriku sendiri.Tetapi setiap kali
itulah,hatiku menafikannya.
Aku rasa bagai mahu menjerit sekuat
hatiku,tidak tahan berperang dengan diriku sendiri seperti ini.Aku mencapai
telefon bimbitku,dan aku merenung ke arah skrinnya buat tempoh masa yang agak
lama.
Tatkala itu,hatiku tiba-tiba
diselubungi rasa sedih.Selepas ini,aku takkan dapat menghubungi Firdaus
lagi.Selepas ini,aku takkan dapat mendengar suaranya lagi.Selepas ini,aku
takkan dapat meluahkan apa-apa kepadanya lagi.Selepas ini,aku dan Firdaus akan
kembali menjadi orang asing,tidak saling mengenali antara satu sama lain.
Dan mungkin selepas ini,aku akan terus
hilang dari ingatannya.Dia mungkin akan lupakan aku!
Aku mengetap bibir.Jari-jemariku
pantas mendail nombor Firdaus.Dutt…dutt… Panggilanku tidak berjawab.Hatiku
semakin resah.Aku terus mencuba mendail nombornya buat kali kedua.Masih tidak
diangkat.Aku terasa seperti hendak menangis.Aku mencuba sekali lagi dan kali
ini,panggilanku telah dijawab olehnya.
‘’Helo…’’ Kedengaran sayup-sayup
suara Firdaus.Bunyi rintik-rintik hujan yang deras turun membasahi bumi di
talian sebelah sana menyukarkan aku untuk mendengar suaranya dengan jelas.
‘’Helo Firdaus.Ni aku Ria.’’
‘’Ria,kejap lagi aku callkau balik.Aku tengah drive seka…’’
‘’Firdaus…’’ Tanpa kusedari suaraku
menjadi sebak.Dan air mataku terus mengalir.
‘’Ria,kenapa ni? Apa dah jadi?’’ Soal
Firdaus.Walaupun suaranya tidak begitu jelas tetapi aku dapat mengesan
kerisauan pada nadanya.Hatiku menjadi semakin sedih.
‘’Firdaus,tolonglah jangan pergi.Aku
tak nak kau pergi.’’ Aku terus menangis teresak-esak.Terus aku meluahkan isi
hatiku yang aku sendiri tidak pernah sedari selama ini.Ketika itu,tiada lagi
rasa malu yang terbit dalam diriku.
‘’Ria,apa yang kau cak….Ahhh!!!!’’
Tiba-tiba Firdaus menjerit panjang,diiringi dengan bunyi dentuman yang begitu
kuat sekali.Kemudian,bunyi hon kereta
terus kedengaran tanpa henti.
‘’Firdaus! Firdaus! Apa yang dah jadi?
Firdaus!’’ Aku bertanya dengan suara cemas apabila dapat kudengar suara Firdaus
yang mengerang kesakitan.
‘’Ahhh!!’’ Teriakan Firdaus yang
kedengaran sayup-sayup itu membuatkan aku semakin tak senang duduk.
‘’Firdaus! Tolonglah bercakap dengan
aku! Firdaus!’’ Aku berasa bagaikan mahu gila pada waktu itu.Apatah lagi,suara
Firdaus yang mengerang kesakitan itu semakin perlahan dan akhirnya hilang
begitu saja.Yang kedengaran hanyalah bunyi hujan yang turun semakin lebat dan
dentuman petir yang begitu kuat sekali membelah langit.
‘’Firdaus!’’