KETIKA aku menjejakkan
kaki ke pejabat keesokan harinya, semua orang memandangku dengan raut wajah
pelik. Yang muka macam tak puas hati pun ada, terutamanya perempuan. Dan aku
tahu sangat apa sebabnya. Sudah pasti gosip tentang apa yang terjadi di stesen
bas semalam sudah bertebaran di seluruh pelusuk pejabat ini. Pasti dalam otak
mereka sekarang sudah membuat andaian bahawa aku ada affair dengan jejaka idaman mereka itu.
‘’Ariana.’’ Marlia mendekatiku. Dia
memandangku dengan wajah serba-salah.
‘’Kenapa?’’ Soalku pendek.
‘’En… Encik Nazrul suruh awak masuk ke
pejabat dia sebaik saja awak sampai. Encik Firdaus pun ada sekali.’’
Lambat-lambat Marlia menuturkannya. Aku mengeluh. Apa lagilah yang mamat ni tak
puas hati?
‘’Kejaplah. Aku letak beg kat dalam
dulu.’’ Aku meletakkan beg kerja yang dibawaku di dalam bilik sebelum menuju ke
bilik Pengarah. Aku mengetuk pintu dan sebaik mendapat respons dari dalam, aku
terus masuk. Firdaus menoleh dan menghadiahkan senyuman untukku. Aku tidak
membalasnya.
‘’Kenapa Encik Nazrul panggil saya
ni?’’ Aku terus bertanya. Seboleh-bolehnya aku mahu menghabiskan semua urusan
secepat mungkin dan segera keluar dari situ. Tidak betah aku berlama-lama di
situ dengan adanya Firdaus.
‘’Hah, cepatlah Nazrul. ‘’ Gesa
Firdaus.
‘’Sabarlah. Aku nak cakaplah ni.’’
Nazrul mengetap bibirnya. Aku mengerutkan dahi. Apa yang mahu dikatakan oleh
Nazrul?
‘’Aku minta maaf.’’ Akhirnya ayat
yang tidak disangka-sangka itu keluar dari mulut Nazrul.
‘’Hah?’’ Aku berasa terkejut sekali.
Hitler ni minta maaf? Biar betul !
‘’Puas hati kau, Firdaus?” Nazrul
bertanya dengan muka masam dan menghembus nafas kasar.
‘’Macam tak ikhlas saja.’’ Firdaus
seperti tak puas hati.
‘’Janji aku dah cakap kan.
Sudahlah.’’ Bentak Nazrul sedikit kasar.
‘’Apa semua ni? Kenapa Encik Nazrul
minta maaf kat saya?’’ Aku mengutarakan pertanyaan yang terbuku dalam mindaku.
Kalaulah Nadia tahu apa yang sedang berlaku sekarang,pasti dia tak akan
percaya.
Firdaus memandang ke arah Nazrul,
meminta Nazrul menjelaskannya kepada aku. Aku melihat Nazrul menghembus
nafasnya kasar. Nampak sangat dia tak gemar akan keadaan itu.
‘’Aku dah tahu, kau tak ada skandal
dengan bapa aku. ‘’
Aku mengangkat kening. ‘’ Perkara tu memang dah jelas dari dulu
lagi. Encik Nazrul tu yang tak nak percaya dan asyik cuba menegakkan benang
yang basah.’’ Sempat lagi aku menyindirnya.
Muka Nazrul merah mendengar kata-kataku.
‘’Sebenarnya Ariana, perempuan yang
saya nampak semasa di Dubai hari tu,Auntie Lia adalah business partnerpak long saya. Kebetulan masa saya nampak diorang
masa tu, Auntie Lia temankan pak long pergi pilih cincin untuk dihadiahkan
kepada mak long ,sempena wedding
anniversary diorang , iaitu semalam.
Auntie Lia pun datang masa surprise
party yang kakak sepupu saya buat untuk pak long dan mak long. Masa tulah
kitorang tahu cerita sebenar.’’ Firdaus menjelaskan perkara yang sebenar bagi
pihak Nazrul.
‘’Ohh.
Good for both of you then. Jadi memandangkan salah faham ni dah
selesai,boleh saya keluar sekarang ? Sebab saya ada banyak kerja lagi yang nak
buat.’’
‘’Eh,tunggu dulu. Awak ada janji
dengan sesiapa tak waktu lunch nanti?
Kita boleh makan sama-sama. Nazrul belanja.’’
‘’What?’’ Serentak aku dan Nazrul berkata. Kami memandang antara satu
sama lain sebelum merenung tajam ke arah Firdaus.
‘’Yalah, sebagai tanda minta maaf
Nazrul sebab dah berburuk sangka dengan awak sebelum ni. Betul tak, Nazrul?’’
Firdaus memandang Nazrul,memintanya agar mengiyakan kata-kata itu. Nazrul
mendengus. Dia mengangguk juga dalam keterpaksaan.
‘’I think there’s no need for that. Lagipun saya dah ada janji dengan
seseorang.’’ Aku membuat alasan. Aku terpaksa berbohong untuk menyelamatkan
diriku.
‘’Siapa? Nadia ? Tak apalah,kita
ajaklah Nadia sekali. Takkanlah Nazrul nak berkira dengan tambah seorang saja
lagi betul tak. Lagipun Nadia tu kan junior dia juga.’’
Firdaus terus mematikan kata-kataku.
Ah,lelaki ini memang gila!
‘’ Cafeteria. Pukul 12 nanti. No more excuses.’’ Akhirnya Nazrul
bersuara. Dia merenungku dengan pandangan Hitlernya itu seraya berkata
lagi, ‘’ And don’t be late!’’
Aku dah tak tahu nak berkata apa
lagi untuk menolak pelawaan itu. Akhirnya aku terpaksa juga bersetuju. Aku mula
pening kepala. Macam mana ni? Nadia ada date
dengan Adnan tengah hari nanti. Jadi dia tidak mungkin membatalkannya
semata-mata nak menemani aku menghadapi dua orang sepupu yang gila ini.
Tambah-tambah lagi kalau dia tahu Nazrul ada. Lagilah simpang malaikat empat
puluh empat dia nak datang.Aku tak mahu makan bersendirian bersama kedua-dua
lelaki itu. YA-ALLAH, please help me
!
Dalam kekusutanku memikirkan perkara itu,
tiba-tiba aku terlihat Marlia yang sedang sibuk melakukan kerjanya.Lantas aku
teringat pelawaan Marlia tempoh hari. Aku menarik nafas panjang. Nampaknya
inilah satu-satunya jalan yang ada.
‘’Hemm…hemm…’’ Aku berdehem di
hadapannya. Ternyata Marlia terkejut melihat aku yang tiba-tiba berdiri di
situ.
‘’Ya Cik Ariana. Ada apa-apa yang
boleh saya bantu?’’ Begitu formal sekali Marlia menyusun ayatnya. Mungkin takut
aku memarahinya seperti apa yang pernah kulakukan pada pekerja-pekerja lain.
‘’Jom kita keluar makan nanti.’’
Ringkas ayat yang kututurkan,tetapi sudah cukup mengundang seribu kerutan di
muka Marlia.
‘’Maksudnya,kita keluar lunchsekali?’’ Marlia masih tidak percaya.
‘’Yes,kita berdua keluar lunch.
Bukan kau ke yang ajak aku hari tu. Jadi,nak ke tak nak?’’ Aku meminta Marlia
memberikan kata putus dengan segera.
‘’Okey.’’ Marlia tersenyum padaku.
Tanpa berkata apa-apa lagi,aku terus masuk ke dalam bilikku. Selesai satu
masalah!
KEKOK. Perkataan
itu yang paling sesuai digunakan untuk
menggambarkan situasi antara kami sekarang.Dari tadi sepatah perkataan pun
tidak keluar dari mulutku. Aku sibuk mengunyah makananku tanpa mempedulikan
Marlia yang kelihatan serba tidak kena di sebelahku. Mungkin dia tidak selesa
apabila duduk berhadapan dengan Nazrul dan Firdaus,terutamanya Nazrul yang
asyik mempamerkan wajah tidak puas hati sejak dari tadi. Firdaus yang selalunya
paling banyak bercakap juga tidak bersuara. Kelihatannya dia masih mencari-cari
topik yang sesuai dibualkan oleh kami semua. Topik yang tak akan menambahkan
lagi ketegangan antara aku dan Nazrul.
‘’So Marlia, dah berapa lama awak kerja
dengan Cemerlang Holdings ni?’’ Akhirnya Firdaus memecah kesunyian antara kami.
Marlia terkejut apabila diajukan pertanyaan yang tiba-tiba itu.
‘’Ba…
baru saja lagi, Encik Firdaus.’’ Ujar Marlia tergagap-gagap.
‘’Oh,saya ingatkan dah lama.’’ Firdaus mengangguk-nganggukkan kepalanya.
‘’Awak pula Ariana?’’ Firdaus mengalihkan pandangan ke arahku pula. Suapanku
terhenti.
‘’Adalah dalam dua tiga tahun.’’ Ujarku acuh tak acuh. Aku mengorek isi
ketam yang merupakan makanan kegemaranku itu dan menyuapkan ke dalam mulutku.
Tanpa kusedari tingkah lakuku diperhatikan oleh Firdaus.
‘’Awak ni memang suka makan ketam,eh? Asyik saja mengorek benda tu dari
tadi.Langsung tak sentuh benda lain. ’’
‘’Hemm…’’ Sekali lagi aku memberi jawapan yang tak memberansangkan.
‘’Tengok awak makan macam ni,saya teringat pula masa mula-mula kita
jumpa dulu.’’ Kata-kata Firdaus menghentikan kunyahanku. Aku memandang
wajahnya.
‘’Masa tu awak pegang penyepit,macam ketam juga.Bahkan awak juga ambil
ketam dalam pinggan awak.Lepas tu awak tolak saya sampai tertumpahkan kopi atas
baju saya. Bila ingat balik saat-saat tu,rasa kelakarlah pula.’’ Firdaus ketawa
kecil.
‘’Oh,jadi sekarang ni kau nak kata yang aku ni macam ketamlah?’’ Ujarku
geram.
‘’Ya,awak ni memang macam ketamlah. Pantang usik sikit saja nak kepit
orang dengan penyepit awak tu. Garang betul awak ni.’’ Gurau Firdaus.
‘’Whatever.’’ Malas aku nak melayan
cakapnya.
Firdaus tersenyum. ‘’Bila kenang
balik apa yang terjadi masa mula-mula kita jumpa dulu,saya teringat pula kat
seorang budak perempuan ni.’’
Kata-kata Firdaus itu membuatkan aku nyaris tersedak. Hampir-hampir saja
isi ketam yang baru kukunyah tersembur keluar dari mulutku.
‘’Perempuan ni dulu kawan saya. Saya selalu panggil dia Crab, sebab dia
kata dia suka duit sangat-sangat, macam Mr. Crab dalam cerita Spongebob
Squarepants tu. Dia pula selalu panggil saya katak puru,sebab suara saya masa
menyanyi sumbang. Saya pernah cakap kat dia,kalau kami jumpa suatu hari
nanti,mesti tangan dia tengah pegang penyepit macam seekor ketam. Manakala saya
pula mesti ada tompok-tompok macam katak tu. Tengok-tengok benda tu betul-betul
terjadi antara kita. Awak pegang penyepit, manakala baju saya yang kebetulan
berwarna hijau pula dibasahi hujan dan bertompok-tompok disebabkan terkena
percikan air kopi.’’ Firdaus terus bercerita tanpa menyedari perubahan pada
riak wajahku.
Dia
masih ingat apa yang pernah kami bualkan dulu,desis hatiku. Entah kenapa hatiku
berasa amat terharu ketika itu.
‘’Encik Firdaus tak pernah jumpa dia ke?’’ Soal Marlia yang mula
berminat dengan cerita Firdaus.
‘’Tak
pernah. Saya tak pernah tahu muka dia macam mana. Kami hanya berbual melalui
telefon. Dia tu kawan kepada junior saya.’’
‘’Habis tu sekarang dia kat mana?’’ Marlia terus menyoal. Wajah aku
mulai pucat. Pertanyaan Marlia bagai mula menjerut leherku.Marlia,tolonglah
jangan bertanya lagi!
Firdaus menggeleng. ‘’Saya
sendiri tak tahu.Lepas malam terakhir kami berbual,dia tiba-tiba langsung tak
telefon saya lagi. Saya sendiri tak tahu sebab apa dia buat macam ni.’’
‘’Kita semua tahu apa sebabnya,Firdaus.’’ Tiba-tiba Nazrul bersuara.
Semua mata mengalih pandang ke arahnya.
‘’Dia
yang sebabkan kau terlibat dalam kemalangan tu,Firdaus. Jadi,mana dia berani
nak hubungi kau lagi? Dasar pengecut.’’ Sinis sekali nada suara Nazrul.Aku
menggenggam tanganku di bawah meja.
Firdaus mengeluh. ‘’Dah berapa kali aku nak beritahu kau,Nazrul? Dia….’’
‘’Apa? Dia tak bersalah? Tolonglah Firdaus ,kau jangan nak terus
menangkan perempuan tu boleh tak. Dari hari pertama kau berhubung dengan dia
aku dah tak suka. Aku dah cuba halang tapi kau tak nak dengar. Kau kata
biarlah,diorang budak-budak lagi. Lama-lama nanti diorang bosan,diorang
berhentilah. Hei Firdaus, kalau dia tak call
kau malam tu,kau takkan terlantar kat hospital tau tak. Kau tak payah nak
bertarung antara hidup dan mati. Disebabkan dia,semua rancangan kita
tergendala. Dan masa kau tengah bertarung nyawa tu,apa yang dia buat? Hanya
tahu bersembunyi di sebalik telefon,macam yang dia selalu buat tu? Kalau
ikutkan aku,memang dah lama aku lodge
police report pasal budak tu. Dasar budak pembawa malang. Kalau dia ada
dekat lagi dengan kau sekarang ni,entah apa malang lagilah dalam badan dia tu
yang nak melekat kat kau pulak!’’
Aku
bangun dan menghentakkan tanganku ke atas meja. Tindakanku itu membuatkan semua
orang terkejut. Aku mencapai tas tanganku.
‘’Maaf,saya ada kerja yang nak kena buat. Saya pergi dulu.’’ Aku terus
mengorak langkah tanpa mempedulikan Marlia yang terkocoh-kocoh mengejarku dari
belakang.
‘’Ariana,tunggu dulu!’’Firdaus memanggilku,tetapi aku tidak
mempedulikannya. Aku masuk ke dalam salah satu tandas dan mengunci pintu.Aku
pergi ke arah cermin dan membasuh mukaku sepuasnya. Ketika itu air mata sudah
mula bergenang di kelopak mataku.
‘’Ariana… Ariana….’’ Marlia mengetuk-ngetuk pintu tandas. Aku hanya
berdiam diri.
‘’Ariana,awak okey ke?’’ Soal Marlia. Jelas terpancar kerisauan pada
nada suaranya.
‘’I’m fine. Cuma rasa macam sakit perut
sikit. Kau baliklah pejabat dulu.Nanti lambat pula.’’ Aku berkata kepadanya
dengan nada suara yang sudah mulai serak.
‘’Awak
pasti ke yang awak tak apa-apa ni?’’ Marlia masih mengkhuatirkanku.
‘’Yeah I’m sure. Kau pergilah dulu.’’
‘’Kalau macam tu tak apalah,saya pergi dulu. See you later in the office.’’ Ujar Marlia. Kedengaran derap tapak
kakinya meninggalkan tempat itu.Aku terduduk di atas lantai tandas itu.
Kata-kata Nazrul tadi bagaikan masih bergema di gegendang telingaku.
‘’Kalau
dia ada dekat lagi dengan kau sekarang ni,entah apa malang lagilah di badan dia
tu yang nak melekat kat kau!’’
Aku
menghela nafas sepanjang-panjangnya.
Aku
tidak boleh dekat dengan Firdaus lagi walau atas alasan apa sekalipun. Aku
tidak mahu dipersalahkan kalau ada sesuatu yang buruk menimpanya selepas
ini.Aku harus menjauhkan diri daripadanya.Harus!