‘’ARIANA,Ariana…’’
Ketika aku mahu masuk ke bilikku,Marlia tiba-tiba memanggilku. Marlia
terkocoh-kocoh menghampiriku dengan badannya yang sedikit gempal itu.
‘’Hai.’’ Marlia menghadiahkan
senyuman nipis kepadaku.
‘’Hai.’’ Aku membalas dengan muka
pelik.Tak pernah-pernah pun dia menegur aku sebelum ini sejak dia bekerja di
sini.
‘’Awak okey ke?’’ Marlia tiba-tiba
mengajukan pertanyaan itu kepadaku.
‘’Maksudnya?’’ Aku semakin hairan.
‘’Taklah,semalam lepas Encik Nazrul
marah saya,dia terus panggil awak masuk dalam bilik dia.Jadi saya ingat,mungkin
dia marah awak pulak ke lepas tu.’’
‘’Ohh… tak adalah.Dia tak cakap apa
pun.’’ Balasku ringkas.Kalaulah Marlia tahu pasal apa yang terjadi antara kami.
Aku tersenyum sinis.
‘’Betul ke? Ohh,kalau macam tu legalah
saya.’’ Marlia menarik nafas lega.
‘’Kenapa aku tak kena marah,kau pula
yang rasa lega?’’ Soalku hairan.
‘’Sebab saya takutlah,disebabkan dia
marah kat saya,awak pula yang menjadi mangsa.Biar dia marah saya sorang saja
tak apa.’’ Ujar Marlia jujur.
Baik betullah perempuan ni,desisku
dalam hati.
‘’Ermm… awak ada temu janji tak tengah
hari nanti? Kalau tak,saya ingat saya nak ajak awak makan sekali dengan saya
dan kawan-kawan saya.’’ Pelawa Marlia seraya menudingkan jari ke arah
kawan-kawannya.Antara lima orang kawannya itu,ada di antara mereka yang pernah
mengutukku dahulu.Apabila menyedari aku memandang ke arah mereka,mereka
berpura-pura memandang ke arah lain.
‘’Terima kasih sajalah,tapi aku dah
janji nak pergi makan dengan kawan.’’ Balasku memberi alasan. Mana mungkin aku
makan bersama manusia-manusia macam itu. Tak boleh hadam makanan nanti.
‘’Alah,sayangnya.’’ Riak wajah Marlia
tampak kecewa. ‘’Tapi kalau lain
kali,awak boleh kan?’’ Marlia kelihatannya begitu mengharap.Aku sendiri tak
tahu kenapa dia begitu bersungguh-sungguh sekali.
‘’Mungkin.’’ Balasku pendek. Aku tak
mahu berjanji sesuatu yang belum tentu aku kotakan.Marlia tersenyum.
Perbualanku dengan Marlia terbantut
apabila hitler Nazrul keluar dari
biliknya. Hitler… itulah nama gelaran
yang aku berikan kepadanya. Idea itu tercetus apabila aku dan Nadia
berbual-bual semalam.Nadia mencabarku agar memanggil Nazrul dengan nama ‘Hitler’ di hadapan lelaki itu sendiri.
Dan bagiku,itu bukan satu masalah. Cuma haruslah dilakukan dengan ‘bijak’ agar
aku tak akan dapat masalah.
Namun, malang tidak berbau. Hitler
itu tidak keluar berseorangan,sebaliknya bersama seseorang. Terbeliak mataku
apabila melihat gerangan lelaki berkemeja hijau yang berdiri di samping Nazrul
itu. Firdaus! Apa yang dia buat di sini? Apabila melihat pakaiannya yang formal
seperti pakaian orang yang bekerja di pejabat,aku mula berasa tidak sedap hati.
‘’Attention,please!’’
Suara Nazrul yang lantang meminta perhatian mematikan suara semua orang yang
berada di dalam pejabat. Semua mata memandang kepada Nazrul dan Firdaus. Tidak
terkecuali aku.
‘’Saya nak buat satu pengumuman.
Seperti yang kamu semua sedia tahu, Encik Fazrin,penolong pengarah urusan di
syarikat ni telah ditukarkan ke cawangan Cemerlang Holdings di Johor Bharu.Jadi
untuk menggantikan Encik Fazrin,saya telah membawa masuk seorang pekerja baru
untuk mengambil alih tempatnya,iaitu Encik Tengku Firdaus Amsyar, merangkap
sepupu saya.’’ Terang Nazrul panjang lebar.
Jantungku berdegup pantas sebaik
Nazrul menghabiskan kata-katanya. Aku rasa bagaikan mahu pengsan kala ini juga.
Firdaus akan bekerja di situ?
Firdaus menghadiahkan senyuman kepada
semua pekerja yang berada di situ, dan pandangannya terhenti saat matanya
melekap pada wajahku. Dia merenung wajahku seketika sebelum melebarkan lagi
senyumannya.
Aku betul-betul rasa macam separuh
nyawaku sudah hilang. Kenapa semua ini harus terjadi kepadaku? Kenapa?
‘’KAU nak tahu
tak,Encik Firdaus tu anak orang kaya macam Encik Nazrul juga tau! Bahkan aku dengar
cerita,lagi kaya daripada bos kita tu. Siap ada cawangan syarikat sendiri kat
luar negara lagi!’’
‘’Betul apa yang kau cakap tu.Aku pun
ada dengar juga,lepas tamatkan pelajaran dia di universiti kat UK tu,terus dia
uruskan syarikat ayah dia kat sana.Dia balik sini pun atas permintaan Tengku
Yusrizal.Dulu masa kat UK,Encik Nazrul kerja sekali dengan Encik Firdaus untuk
uruskan syarikat kat sana. Jadi sekarang ni,Tengku Yusrizal nak diorang lakukan
perkara yang sama kat Cemerlang Holdings ni. Kiranya bos kita tu pinjam Encik
Firdaus untuk sementaralah. Khas diimport dari UK.’’
‘’Ish,bertuahnya siapa yang dapat
pikat Encik Firdaus tu. Dahlah kaya,bijak,baik pulak tu. Langsung tak
sombong,ramah saja dengan kita yang biasa-biasa ni. Kita cakap apa pun dia
layan saja. Tak lokek senyuman pula tu. Lain bebenar perangainya dengan Encik
Nazrul. Kalaulah aku dapat Encik Firdaus tu,alangkah bahagianya!’’
‘’Heeh,jangan kata kau,aku pun
sama. Sejuk perut mak aku mengandungkan
aku kalau Encik Firdaus tu jadi menantu dia.’’
Itulah antara perbualan-perbualan
mengarut yang aku dengar sepanjang aku berada di pejabat hari itu. Sampai aku
rasa telinga aku ni boleh bernanah dibuatnya mendengar nama yang sama disebut
setiap kali. Firdaus, Firdaus, Firdaus! Macam dah tak ada nama lelaki lain dah
yang diorang nak sebut.
Aku pergi ke pantri dan menjerang air
panas untuk membancuh kopi. Sambil-sambil itu aku berfikir. Kenapa dan kenapa
dan kenapa ? Aku terus berulang kali menanyakan soalan itu pada diriku. Kenapa
setiap kali aku mahu mengelak daripadanya, dia semakin dekat denganku. Bahkan
sekarang bekerja dalam satu pejabat yang sama pula.
Aku tidak tahu bagaimana aku harus
memandang wajahnya selepas ini. Aku takut. Takut tidak dapat menahan diriku
ketika berhadapan dengannya nanti. Takut rasa bersalah yang terpendam dalam
hati ini sekian lama akan membuatkan segala rahsia terbongkar. Dan ketika
itu,bagaimana harus aku mengadap wajahnya nanti?
Dan yang paling aku takut,apakah
reaksinya yang bakal aku terima kalau dia tahu aku adalah Ria,seorang gadis
yang hampir ‘membunuhnya’ dahulu!
Aku menghempaskan keluhan. Dalam
sekali.
‘’Cik Ariana,air tu dah masak.’’
Aku tersentak. Tanpa kusedari,Firdaus
sudah berada di sebelahku. Seperti biasa,dia mengukir senyuman untukku. Aku
tidak membalasnya. Aku segera menuangkan air panas itu ke dalam mug dan
membancuh kopi kegemaranku.
‘’Macam tak percaya pula kan. Mula-mula
kita jumpa dalam keadaan yang tak diduga. Dan sekarang kita berjumpa di bawah
satu bumbung pula. Such a miracle. ’’
Firdaus memulakan perbualan denganku apabila melihat aku hanya berdiam diri.
Aku tidak mempedulikannya. Lagi cepat
aku dapat keluar dari situ lebih bagus. Firdaus duduk di atas meja pantri dan
merenung ke arahku. Dalam sekali renungannya.
‘’Tapi entah kenapa,saya dapat rasakan
yang awak tak berapa suka dengan saya. Saya ada buat salah dengan awak ke?’’
Soalan Firdaus itu membuatkan aku terperanjat. Namun aku cuba bertenang. Jangan
gabra Ariana. Relaks!
‘’ Aku memang tak suka bercakap dengan
lelaki yang aku tak kenal.’’ Balasku ringkas.
‘’ Tapi sekarang kita dah kenal kan.
Jadi apa salahnya kita berkawan?’’
‘’ Maaf,aku tak berminat nak jadi kawan
sesiapa pun. Carilah orang lain.’’ Aku mengambil mug yang berisi kopi itu dan
mengalihkan badanku. Terkejut aku apabila melihat Firdaus yang tadinya duduk di
atas meja pantri kini berdiri di hadapanku pula.Mug yang kupegang terlanggar
dadanya dan membuatkan air kopi yang berkocak akibat perlanggaran itu terpercik
di atas bajunya. Aku tergamam. Sementara Firdaus ketawa apabila melihat keadaan
itu.
‘’Nampaknya setiap kali saya pakai baju
berwarna hijau,mesti awak akan tumpahkan air kopi ke atas baju saya kan.’’
‘’Kau yang salah. Siapa yang suruh kau
tiba-tiba berdiri belakang aku macam tu.’’ Aku cuba mempertahankan diriku.
Firdaus ketawa lagi. ‘’ Dan seperti biasa,awak akan tetap
mempertahankan diri awak. Menarik betullah awak ni. Such an interesting girl.’’
Muka aku merah padam. Terasa
dipersendakan olehnya pula.
‘’Sudahlah,malas nak layan kau.’’ Aku
berjalan ke tepinya,mahu pergi dari situ.
‘’Walaupun awak kata awak tak nak kawan
dengan saya, tapi saya tetap nak kawan dengan awak,Ariana.’’ Kata-kata Firdaus
itu membuatkan aku terkedu. Seraya langkahku terhenti.
‘’ And
I will make sure, one day you will eventually accept me as your friend.’’
Firdaus menghadiahkan senyuman padaku sebelum keluar dari pantri itu sementara
aku terus tercegat di situ. Aku terpaku mendengar kata-katanya.
‘’Kalaulah kejadian tu tak berlaku,
mungkin sehingga kini kita masih menjadi kawan,Firdaus.’’ Desisku dalam hati.