‘’KENAPA dengan kau
sejak kebelakangan ni,Ary? Lain macam saja aku tengok.’’ Soal Nadia apabila
melihat aku hanya termenung jauh.Begitulah keadaanku sejak beberapa hari yang
lalu. Bahkan dengan Nadia pun berat sekali mulutku ini untuk berkata-kata.
‘’Tak ada apa.’’ Balasku pendek.
‘’Jangan tipu.Aku ni kawan
kau,Ary.Aku boleh tau kalau ada sesuatu yang sedang ganggu fikiran
kau.Beritahulah aku apa masalahnya.Manalah tahu kalau aku boleh tolong ke.’’
Pujuk Nadia.Namun aku hanya mendiamkan diri.
‘’Janganlah macam ni,Ary.Risau aku
bila tengok kau muram saja.Selalu kalau ada masalah besar macam mana sekalipun
kau tak pernah macam ni.Ceritalah kat aku apa yang sedang membelenggu fikiran
kau sekarang ni.Abang Haikal ada masalah ke? Modal yang ayah aku bagi kat dia
hari tu tak cukup?’’ Soal Nadia.
‘’Aku jadi macam ni bukan sebab
Abang Haikal.Tapi…entahlah Nadia.’’ Keluhku.
‘’Kalau bukan Abang Haikal,semua ni
sebab Firdaus ke?’’ Teka Nadia.
Aku terkejut mendengar kata-kata
Nadia.
‘’Ke…kenapa pula kau kata macam tu?
Mengarut sajalah kau ni.’’ Aku berkata tergagap-gagap.Aduh,adakah Nadia
mempunyai kuasa untuk membaca fikiranku?
‘’Entah,tiba-tiba saja aku rasa
sebab dialah kau jadi macam ni.Tapi nampaknya tekaan aku betul.Semua ni sebab
Firdaus,kan?’’ Nadia terus menyerkap jarang.
Sekali lagi aku mengeluh.Nampaknya
tiada gunanya aku berdalih lagi.
‘’Aku ni memang teruk sangat
ke,Nadia?’’ Soalku hambar.
Nadia mengerutkan dahi. ‘’Kenapa
pula kau tanya macam ni?’’
‘’Yalah,sampai orang sanggup kata
aku ni memang tak ada maruahlah,perempuan tak sedar diri,hanya tahu menyusahkan
hidup orang.Sehina itukah aku ni Nadia?’’
Nadia membeliakkan matanya. ‘’What?
Firdaus ke yang cakap semua tu kat kau?’’
‘’Bukannya dia.Tapi orang lain.Tapi
orang tu cakap macam tu kat aku disebabkan oleh dia.’’
Nadia menggaru-garu kepalanya. ‘’
Apa dia ni? Aku tak faham.’’
Aku menghela nafas panjang. ‘’ Macam ni ceritanya.Masa hari yang kau
sakit kepala tu,aku terima panggilan daripada seorang lelaki ni.Dia kata dia tu
sepupu Firdaus.Cara dia cakap memang kasar dan kurang ajar gila,kalau kau
dengar pun mesti kau bengang punya.Dia bagi amaran kat aku dan kau juga supaya
tak kacau Firdaus lagi.Dia kata walaupun Firdaus tak pernah cakap,tapi
sebenarnya kehadiran aku dan kau betul-betul menyusahkan hidup dia. Firdaus tu
sebenarnya bukannya ikhlas nak berkawan dengan kita,tapi dia terpaksa buat-buat
baik sebab tak sampai hati nak lukakan hati kita.Jadi disebabkan Firdaus tak
nak cakap,jadi mamat tu cakap dialah yang tolong sampaikan bagi pihak Firdaus
agar jangan kacau sepupu dia tu lagi.Lagipun sepupu dia tu terlampau bagus. Mana
layak nak kawan dengan kita yang setakat orang biasa-biasa ni.’’
‘’Kenapa mulut macam longkang
sangat sepupu dia tu? Wait!
Sepupu?!’’ Nadia mempamerkan wajah terkejut.
‘’Maksud kau,kau bercakap dengan Nazrul?!’’
‘’Manalah aku nak tahu nama
dia.Kenal tak apa tak terus maki aku tak tentu pasal. Keturunan kerabat konon.
Puihh! Ingat aku hadap sangat dengan status dia tu? Sikit pun aku tak
hairanlah!’’ Kataku dengan nada marah.Rasa geramku dilampiaskan saat itu juga.
‘’Hemm,memang sah Nazrullah ni.Dia
sorang saja yang boleh marah orang tak tentu hala macam ni.’’ Nadia mengangguk-ngangguk
kepala,mengiyakan kata-katanya sendiri.
‘’Kau kenal ke lelaki gila tu?’’
Soalku dengan rasa hairan.
‘’Maunya tak kenal,satu sekolah
dulu kot.Dia tu sepupu yang sama umur dengan Firdaus,tapi walaupun diorang tu
satu keluarga,tapi perangai macam langit dengan bumi.Si Nazrul tu dulu macam
Hitler,garang nak mampus.Tambah pula dia tu pengawas,semua orang memang takut
dengan dia.Kerjanya nak menjerkah orang tak habis-habis,terutamanya kalau dia
dapat tahu ada mana-mana budak perempuan yang cuba menggatal dengan
Firdaus.Memang sampai boleh menangis budak perempuan tu dibuatnya dia.’’
Aku memandang Nadia dengan riak tak
percaya. ‘’Sampai macam tu sekali?’’
Nadia mengangguk. ‘’ Ada satu kes
ni,Nazrul marah sorang budak form 1
kat depan semua orang sebab budak tu cuba bagi surat cinta kat Firdaus.Nazrul
panggil dia budak hingusanlah,perempuan tak tahu malulah dan macam-macam
lagilah.Memang malu tahap gabanlah budak tu kan bila kena hina macam tu.Terus
pindah sekolah.Aku pun pernah sekali terdengar Firdaus tegur perangai Nazrul
yang baran tu,tapi Nazrul tu memang spesies tak dengar cakap orang.Bagi dia,dia
sorang sajalah betul.Orang lain semua salah.Aku memang tak suka dengan perangai
dia tu.Dan aku tak pernah sangka satu hari kau pula yang akan jadi mangsa
dia.Mesti teruk kau kena kan.’’ Nadia memandangku dengan wajah simpati.
‘’Apa kena dia tu? Yang dia tu nak
marah-marah bila orang suka kat Firdaus apasal? Firdaus sendiri pun tak kata
apa.Dia tu gay ke,suka kat Firdaus? Sebab tulah dia tak rela bila ada spesies
yang berlainan jantina dekat dengan sepupu dia tu?’’ Dengusku.
Nadia ketawa. ‘’Dulu pun aku pernah fikir macam tu juga
tau.Sebab selain Naurah,Firdaus tu memang rapat gila dengan Nazrul.Kira Naurah
dan Nazrul ni best friend
dialah.Belajar dalam satu kelas,duduk dalam satu rumah,pergi sekolah pun naik
kereta yang sama.Jadi tak mustahillah kan perasaan songsang tu boleh
timbul.Tambah pula Nazrul tu aku dengar pun tak pernah ada girlfriend,macam Firdaus.Jadi logik jugalah.Percintaan terlarang
antara dua sepupu. Hahaha. Lawak juga memikirkan kalau betullah benda ni
terjadi.’’
‘’Aku rasa kalau dia bukan gay
pun,dia takkan ada girlfriend
punyalah.Perangai macam tu,siapa yang boleh tahan.’’ Aku menjuihkan
bibirku,tanda meluat dengan lelaki yang bernama Nazrul itu.
‘’Betul,betul,betul.Muka dah handsome,tapi sayang perangai macam
Hitler.Kalau bagi free kat aku pun
aku tak mau.’’ Nadia meneruskan ketawanya.
‘’Jadi Ary,apa yang kau nak buat
sekarang?’’ Soal Nadia setelah selesai ketawa.
Aku menarik nafas. ‘’Aku takkan
berhubung lagi dah dengan Firdaus.’’
‘’Apa? Kamonlah Ary! Takkanlah
kerana apa yang Nazrul cakap kau terus nak putuskan hubungan kau dengan
Firdaus? This is not fair,Ary.’’
Nadia terkejut.
‘’Nothing is fair in this world,Nadia.Lagipun aku tak putuskan
apa-apa hubungan pun dengan Firdaus,sebab memang aku tak pernah ada apa-apa
hubungan pun dengan dia.Selama ni Firdaus hanya anggap aku ni menyusahkan
dirinya.Dia tak ikhlas pun nak kawan dengan aku,dengan kau selama ni.’’
Keluhku.
‘’Tapi…’’ Nadia cuba membantah,tapi aku
pantas memotong kata-katanya.
‘’Kau tak perlu cakap apa-apa
lagi,Nadia.Apa yang aku tahu,aku memang dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan
Firdaus lagi.Tapi kalau kau nak terus berhubung dengan dia,aku takkan
halang.Tapi tolong,jangan libatkan aku.Aku dah tak nak ada kaitan dengan
anak-anak orang kaya tu.’’
Nadia terus kematian kata-kata.
SELEPAS itu,Nadia
tidak lagi menyebut nama Firdaus di hadapanku.Aku sendiri pun selesa begitu.Namun
Nadia masih meminjam telefon bimbitku.Untuk mesej dengan Firdaus barangkali.Aku
tiada masalah.Tapi yang aku mahu hanya satu saja.Jangan libatkan aku!
Namun entah kenapa,sejak aku
mengambil keputusan untuk tidak berhubungan dengan Firdaus lagi,hatiku ini
berasa resah sekali. Dan entah mengapa lagi,rasa rindu mula bertapak di hatiku
apabila sudah lama tidak mendengar suara Firdaus.Diri ini menjadi rindu untuk
berbual-bual dengannya.
Ah,adakah aku sudah gila? Kenapa aku
harus mempunyai perasaan seperti ini!
‘’Ary,ada call untuk kau.’’ Kata Nadia kepadaku.Lamunanku tersentak.Sejak
tadi satu halaman nota di hadapanku itu pun tidak kubaca.Entah mengapa,sejak
akhir-akhir ini konsentrasiku begitu terganggu sekali.
‘’Siapa?’’ Soalku pendek.
‘’Entah.Tapi dia kata,dia kawan
kau.’’
‘’Kawan aku?’’ Dahiku berkerut. ‘’Aku mana ada kawan lain lagi selain kau.’’
Nadia menjungkit bahu. ‘’ Kau jawab
sajalah call ni.’’ Nadia menyerahkan
telefon bimbitku kepadaku.Setelah aku mengambil telefon itu,Nadia keluar dari
bilik,meninggalkan aku sendirian.
‘’Helo,siapa ni?’’ Aku menyapa
pemanggil itu setelah Nadia menutup pintu.
‘’Hello,is there anyone listening to me right now?’’ Soalku apabila
pemanggil itu hanya mendiamkan diri.Aku menghela nafas.Ini mesti panggilan nak
mengacau,desis hatiku.
‘’Hei,kalau kau ingat kau telefon
aku ni semata-mata hanya nak mendiamkan diri macam kau ni orang bisu,baik tak
payah.Jangan nak buang masa aku boleh tak.Ingat aku tak ada kerja lain ke nak
buat.’’ Jerkahku dengan nada tinggi.Sebelum aku sempat menamatkan
panggilan,tiba-tiba kedengaran suatu suara dari corong telefon yang menyentap
sanubariku.
‘’Hei,Ria.Ni akulah,Firdaus.’’
Apabila mendengar suara lelaki
itu,tiba-tiba hatiku terasa berdebar-debar.Aku cuba mengawal perasaanku.
‘’Oh,kau rupanya.Nak apa?’’ Aku
cuba bersikap selamba.Aku bertanya kepadanya dengan nada kasar untuk
menyembunyikan kegugupanku.
‘’Haih,takkanlah baru telefon dah
nak marah-marah.Dahlah dah lama gila kau tak telefon aku.Janji bila dapat resultnak bagitau.Last-last apa pun tak ada.Mesej satu pun tak masuk inbox.Macam ni ke kawan.’’
Aku terasa macam nak tergelak pula
apabila mendengar kata-kata Firdaus.
‘’Kawan? Haih,bukan kau benci ke
kat aku? Siap kata yang aku ni menyusahkan kau lagi.Macam ni ke perangai
kawan.Depan tunjuk baik macam pijak semut tak mati,belakang asyik mengata kita
macam-macam.’’ Aku memulangkan paku buah keras.Puas hatiku!
Firdaus terdiam seketika.Aku dapat
merasakan dia sedang berfikir alasan apakah yang dia mahu berikan kepadaku.
‘’Aida dah ceritakan segala-galanya
kepada aku tentang apa yang terjadi antara kau dan Nazrul.Dan aku betul-betul
minta maaf kepada kau atas apa yang telah Nazrul katakan.Percayalah,aku tak pernah
sedikitpun membenci kau,apatah lagi menganggap kau menyusahkan aku.’’ Akhirnya
Firdaus menjelaskan kedudukan yang sebenar.
‘’Habis tu macam mana dia tahu
yang aku cerita pasal hal keluarga aku semua kat kau? Kaulah yang buka mulut
kat dia,kan?’’ Aku terus menyerang Firdaus dengan soalan.
‘’Aku tak pernah sedikitpun bagitau
apa-apa pada dia pasal apa yang kau cerita kat aku selama ni,Ria.Cuma kebetulan
masa kita tengah berbual pasal family
kau semua,Nazrul ada kat sebelah aku.Jadi dia kiranya tahu jugalah butiran
sikit-sikit tentang apa yang kita bualkan tu.Mungkin sebab kes kita yang pernah
berselisih faham tempoh hari,yang aku tiba-tiba tak memasal marah kat kau,jadi
Nazrul salah anggap.Padahal aku tak pernah fikir macam tu pun,apatah lagi
betul-betul memaksudkan apa yang aku cakap tu.This is just a misunderstanding,Ria.’’
Hatiku tiba-tiba menjadi lembut
apabila mendengar penjelasan Firdaus.Rasa marahku sebelum ini hilang terus
dalam sekelip mata. Tetapi aku masih tidak mahu mengalah.Aku tetap cuba
mengeraskan hatiku agar tidak terlalu mudah menerima permohonan maaf Firdaus.
‘’Salah faham? Setelah sepupu kau
tu maki aku macam-macam kau berani kata kat aku yang semua ni sekadar salah
faham? Kau ingat semudah itu sajakah aku nak menerima penjelasan kau yang tak
masuk akal ni.Memang taklah kan.Sekarang ni aku tak nak panjang-panjang cerita
dan aku pun dah tak nak cari pasal dengan sepupu kau yang over protective tu.Mungkin Aida dah bagitau benda ni kat kau tapi
biar aku bagitau kau sekali lagi.Mulai saat ni,aku dah tak nak berhubung dengan
kau dan dah tak nak ada apa-apa kaitan dengan kau lagi.Lagipun kita ni macam
langit dengan bumi,tak boleh jadi kawan.’’ Sindirku,memetik kembali kata-kata
Nazrul kepadaku dulu.
‘’Ria,please listen to me….’’
‘’No! You are the one who should
listen to me,Tengku Firdaus Amsyar! Untuk pengetahuan kau,sejak dari awal
perkenalan kita sampailah sekarang,aku tak pernah sedikit pun menaruh perasaan
pada kau.Sekelumit pun tak walaupun aku tahu yang kau ni anak orang kaya,duit
berkepuk-kepuk dalam bank. Bahkan kalau kawan aku tak paksa aku,aku sendiri pun
tak nak kenal dengan kau sebab aku memang dah tahu orang kaya macam kau dan
sepupu kau tu memang jenis orang yang suka pandang hina kat orang yang taraf
sosialnya lagi rendah daripada korang.Jadi jangan nak setdalam kepala otak korang yang konon-kononnya dari keturunan
terhormat sangat tu yang semua orang miskin macam aku ni kebulur sangat nakkan
harta korang.Orang seperti aku ni pun ada harga diri.Aku takkan pergi mengemis
kat oranglah walaupun aku terpaksa mati kelaparan pun.Terutamanya orang macam
sepupu kau tu.Memang jauh panggang dari api tau tak!’’ Aku meluahkan semua
perasaan dalam hatiku yang hanya kupendam selama ini.Aku tercungap-cungap
seketika kerana putus nafas akibat bercakap tanpa henti.Namun,aku puas!
‘’Dah habis cakap?’’ Soal Firdaus
apabila aku tidak lagi meneruskan kata-kataku.
‘’Dah!’’
‘’Kalau macam tu,sekarang kau pula
dengar apa yang aku nak cakap.Untuk pengetahuan Cik Ria or whatever your name is,aku tak pernah fikir pun apa yang kau
ingat aku fikir tu.Aku tak pernah pun fikir yang kau ni perempuan yang tak ada
harga diri,tak ada maruah atau apa-apa sajalah yang pernah Nazrul cakap kat
kau.Okey,aku akui,masa kali pertama kau telefon aku tu,aku ingat kau ni
hanyalah salah sorang dari ramai-ramai budak perempuan yang suka kat aku.Tapi
memandangkan aku bosan masa tu,tak tau nak buat apa,jadi aku layan sajalah
kau.Bukannya guna kredit aku pun kan.’’ Firdaus ketawa. Aku mengetap bibir
mendengar kata-katanya.Kurang asam betul!
‘’Tapi bila dah lama-lama aku
bersembang dengan kau semua,aku mula rasa selesa dengan kau.Kau memang tak suka
kat aku,aku tau.Kau telefon aku pun kerana terpaksa,dari nada suara kau pun aku
dah boleh agak.Tapi entah kenapa bila dengan kau, aku rasa macam boleh share everything.Bila aku sembang dengan
kau,aku boleh bagitau segala-galanya.Macam kita ni dah kawan lama,padahal muka
kau pun aku tak pernah nampak.Jadi,tak ada timbul isu yang kau ni menyusahkan
aku and so on,sebab aku memang dah
anggap kau sebagai kawan aku.Dan bukan semua orang kaya berperangai macam yang
kau kata tu. Aku tak pernah memilih kawan aku.Miskin ke,kaya ke,semuanya okey
saja bagi aku.Janji orang tu betul-betul ikhlas nak berkawan dengan aku.’’
Aku terdiam.Hatiku terasa gembira pula
saat itu.Entah dari mana dan kenapa perasaan itu datang pun aku tak tahu.
‘’Maksudnya kau tak pernah bencikan
akulah?’’
‘’Tak!’’
‘’Kau tak pernah anggap aku dan
Aida menyusahkan kau?’’
‘’Tak!’’
‘’Kau memang betul-betul anggap aku
sebagai kawan kau? No doubt?’’
‘’Tak! Eh tak,tak! Yes,yes and yes!’’
Aku tersenyum.Terasa macam comel
pula.
‘’Habis tu,sepupu kau yang gila tu
macam mana?’’
‘’Gila?’’ Firdaus ketawa. ‘’Don’t
worry,aku dah explain semuanya
kat dia.Lepas ni dia takkan kacau dan kata macam-macam kat kau lagi.I promise.’’
‘’Kalau dia buat lagi?’’
‘’Kita sunatkan dia buat kali kedua!’’
Aku tergelak mendengar kata-kata
Firdaus.Perasaanku menjadi terhibur semula kala itu.Hatiku menjadi senang
kembali.
‘’Ha,kan bagus kalau gelak-gelak
macam ni.Barulah sesuai dengan nama kau.R.I.A.Ria.Mestilah kena riang-ria dan happy selalu.’’ Ujar Firdaus dengan
nada ceria.
Aku tersenyum. ‘’Yalah.Pandailah kau nak bodek aku.Aku tak
ada duit kecil nak kasi kaulah.’’
‘’Helo,aku cakap ni dengan hati
yang ikhlas okey.Tak payah bayar-bayar semua.’’
‘’Yalah,orang kaya memang selalu
cakap macam ni.Apalah ertinya duit kecil aku yang tak seberapa tu pada kau.’’
‘’Pulak dah!’’ Aku dapat mendengar Firdaus
menepuk-nepuk dahinya.Sekali lagi aku ketawa.
‘’Okey,okey.Nowkita masuk ke bab serius.Aida bagitau aku,kau dapat CGPA bagus
untuk semester lepas. Pandai betul kau ni. Maklumlah,budak PASUM lah katakan.’’
Usik Firdaus.
‘’Tak boleh nak lawan dengan kaulah. Budak U
luar negara,mana sama standarddengan
budak belajar U kat Malaysia.’’
‘’Jangan nak merendahkan martabat
budak U Malaysialah. Kau pernah dengar rumour
tak,sebenarnya kerajaan suka simpan students yang pandai terlebih macam kau
untuk belajar kat U dalam negara,manakala yang pandai biasa-biasa ni pula
diorang hantar pergi luar negara. So,you
should be proud of yourself.’’
‘’Oh,kiranya kau nak kata yang kau ni
kurang pandai berbanding akulah?’’
‘’Yalah. Kau dulu dapat 6A1 dalam
SPM,aku dapat 3A1 saja. So,siapa yang
lagi pandai?’’
‘’Ni mesti Nadia yang beritahu
kau,kan.’’ Rungutku.
Firdaus ketawa. ‘’Alah,kau janganlah
marah kat dia.Dan memandangkan keputusan kau bagus dan sebagai tanda minta maaf
atas keceluparan mulut sepupu aku yang tercinta tu,aku nak bagi kau hadiah.’’
‘’Hadiah?’’ Aku mengerutkan
dahi. ‘’Hadiah apa yang kau nak bagi kat
aku? Nak kirim pakai pos laju ke? Kau tahu ke alamat rumah aku?’’
‘’Bukan hadiah tulah.Tapi hadiah yang
lebih special,yang tak mungkin
dilupakan oleh kau sampai bila-bila.’’
‘’Mengada-ngadalah kau ni.Cakaplah
cepat!’’ Aku mula rasa tak sabar.
‘’Berlatar masakan malam yang tenang
ini,ditemani oleh bulan purnama yang bercahaya terang dan angin yang bertiup
sepoi-sepoi bahasa,aku ingin menyanyikan sebuah lagu yang istimewa,khas
ditujukan kepada kawan aku yang juga adalah seorang yang istimewa iaitu Ria!’’
Kedengaran di talian sebelah sana Firdaus sedang menepuk tangan di atas
kata-katanya sendiri.
‘’Kau nak menyanyi untuk aku? Boleh
ke kau ni? Nanti hujan lebatlah!’’ Aku memperlekehkan kebolehannya.
‘’Hei,kau belum dengar lagi suara
aku,sebab tulah kau tak tahu.Aku ni ada bakat terpendam dalam bidang nyanyian
sebenarnya.Dulu aku ada jugalah terfikir kan nak jadi penyanyi.Tapi bila
memikirkan yang nanti penyanyi-penyanyi yang lain tu tak boleh cari makan
pula,jadi aku kuburkanlah hasrat aku tu.Tak baik nak sekat periuk nasi orang.’’
‘’Hemm,tinggi betul keyakinan kau
tu.Cuba nyanyi sikit.Teringin juga aku nak dengar sesedap mana suara kau tu
sampai boleh tutup periuk nasi orang lain.’’
Cabarku.
‘’Okey,aku mula sekarang ya.Aku siap
main gitar lagi tau.Hemm…hemm…’’ Firdaus berdehem. ‘’Jadi dengan ini,saya ingin mempersembahkan
lagu Its All About You dari McFly,khas ditujukan untuk Ria,gadis yang cukup
bertuah pada malam ini kerana dapat mendengar suara saya yang merdu bak buluh
perindu.One..two..three!
Its
all about you… its all about you baby….its all about you… its all about you…
yesterday you asked me something I thought you knew… so I told you with a
smile… its all about you…then you whispered in my ear and you told me too… said
you’d make my life worthwhile…its all about you…’’
Dan begitulah seterusnya setelah
Firdaus selesai menyanyikan keseluruhan lagu itu.Setelah Firdaus tamat,aku
menepuk tanganku.
‘’Terima kasih,terima kasih.’’
Kata Firdaus bangga. ‘’Jadi pada pendapat saudari,bagaimana suara saya tadi?
Boleh keluarkan singlesendiri tak?’’
‘’Ermm…pada pendapat sayalah
saudara, awak main gitar tu dah okey,cuma satu saja masalah sekarang ni.’’
‘’Apa?’’
‘’Suara awak tu,sumbang sangat.’’
Firdaus terus ketawa. ‘’ Oh? Ketara sangat ke kesumbangannya?
Ingatkan tadi boleh cover.’’
‘’Ya,saudara Tengku Firdaus
Amsyar.Kalau macam nilah gayanya suara awak,penyanyi-penyanyi di negara kita ni
bukan tak boleh cari makan,tapi tak lalu makan dibuatnya sebab suara awak yang
‘sedap’ tu asyik terngiang-ngiang di telinga mereka.’’
‘’Ermm…yalah.Sebenarnya aku tahu
yang suara aku tak sedap,tapi aku sengaja mengaku yang suara aku sedap.Kalau
tak mesti kau tak nak dengar kan.Bersedialah untuk bermimpi ngeri malam
ni,diganggu oleh suara aku yang mengerikan.’’ Gurau Firdaus.
‘’Yalah agaknya.Malam ni
nampaknya aku kena menumpang tidur kat katil kawanlah.Baru tak rasa seram
sangat.’’
Kami berdua ketawa.
‘’But anyway,thanks sebab sudi susah-payah nyanyikan lagu tu untuk
aku.Walaupun suara kau sumbang,tapi bagi aku itulah nyanyian yang paling bestsekali pernah aku dengar.’’
Kataku,ikhlas dari sudut hati yang paling dalam.
‘’No hallah.Kita kan kawan.Kawan mesti saling menghiburkan antara
satu sama lain,betul tak?’’
Aku tersenyum seraya mengiyakan kata-kata
Firdaus.Saat itu,aku rasa gembira sekali. Dan semua itu kerana seorang lelaki
yang bernama Tengku Firdaus Amsyar.Yang tidak pernah kusangka kehadirannya
dalam hidupku mampu memberi kegembiraan pada sekeping hati ini.