Home Novel Cinta Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Dia Si Katak Puru ( Tajuk Asal : Sekali Ini Saja)
Farrah Izzlorna
6/8/2014 23:52:11
74,861
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

‘’AREyou sure that you wanna do this,Ary?’’ Soal Nadia buat kesekian kalinya.Sepertinya dia tidak yakin dengan keputusan yang telah aku buat itu.

‘’Ya,Nadia.Aku tak pernah rasa seyakin ni selama aku hidup kat muka bumi ni.’’ Ujarku.Nadia tersenyum.Tetapi aku tahu,ada keresahan yang bersarang dalam hatinya kala itu.Aku sendiri gugup sebenarnya mahu bercakap dengan Firdaus sejak peristiwa yang berlaku beberapa hari yang lalu.Tetapi aku harus melakukannya agar hubungan kami dapat dijernihkan kembali dan Nadia juga dapat terus bermesej dengan seniornya itu.

Aku menarik nafas panjang sebelum mendail nombor Firdaus.Panggilan pertama,tidak berjawab.Panggilan kedua,juga tidak berjawab. Nampaknya Firdaus memang betul-betul marah dengan aku,desis hatiku. Aku dan Nadia saling berpandangan dan kami sama-sama mengangguk. Jika Firdaus tidak menjawab panggilanku yang ketiga ini,aku tidak akan menghubunginya lagi.

Tolonglah jawab,tolonglah,desisku perlahan apabila bunyi ‘dutt dutt’ itu kedengaran.Aku dan Nadia menunggu dengan penuh debaran dan setelah beberapa saat,panggilan itu dijawab juga.

‘’Ria?’’

Jantungku bagai terhenti apabila Firdaus menyebut nama palsuku itu.Sementara Nadia pula tersenyum lebar.Gembira kerana akhirnya panggilan kami dijawab juga.

‘’Firdaus,ni aku Ria.’’ Balasku,cuba berpura-pura selamba.Terasa kekok pula nak bercakap dengannya dalam situasi seperti ini.

‘’Sorry Ria,aku sekarang tengah ada kat majlis kahwin kakak aku ni. Nanti aku telefon kau balik?’’

Aku terpinga-pinga. ‘’Oh,okey.’’ Jawabku. Klik.Firdaus mematikan talian. Aku dan Nadia saling berpandangan lagi.

‘’Kau rasa dia memang ada kat majlis kahwin kakak dia ke atau dia sengaja bagi alasan tu supaya tak perlu bercakap dengan aku?’’ Soalku kepada Nadia.

‘’Aku pun tak tahu.Tapi setahu aku,dia tak ada kakak.’’ Balas Nadia dengan nada seperti putus harapan.Wajahnya berubah sedikit muram.

‘’Kita tunggu jelah,tengok dia telefon balik ke tak.Kalau dia telefon,baguslah.Tapi kalau tak…’’ Aku tidak sampai hati nak meneruskannya.Nadia hanya mengangguk perlahan.Jelas terpancar kekecewaan pada raut wajahnya.

MALAM itu sekali lagi aku sukar untuk melelapkan mataku.Pandanganku asyik melekap ke skrin telefon bimbitku yang masih tidak mengeluarkan sebarang nada dering dari tadi.Aku mengeluh. Matilah aku kalau tiap-tiap hari macam ni,rungut hatiku. Tetapi apabila mengenangkan wajah kecewa Nadia,aku cuba menyabarkan hatiku dan terus menunggu panggilan yang aku sendiri tidak tahu entah bila akan kunjung tiba itu.

Tunggu punya tunggu,harapanku hanya tinggal harapan.Aku mendengus.Rasa macam nak saja mencampakkan telefon bimbitku itu ke arah dinding.Penipu! Kata nak telefon tapi tak telefon-telefon pun.Kenduri kakak dia konon. Kalau dah menyampah sangat nak cakap dengan aku tu cakap sajalah.Ingat aku hadap sangat ke nak cakap dengan kau,bentak hatiku.

Aku terus memperosokkan telefonku ke bawah bantal dan menutup mataku rapat. Aku berazam,selepas ini aku takkan berhubungan lagi dengan lelaki penipu itu.Dasar katak puru!

Tett…tett…

Baru saja aku mahu tidur,tiba-tiba telefon bimbitku itu bergetar panjang,menandakan ada panggilan masuk.Aku pantas mengambil telefon bimbitku dari bawah bantal.Bibirku mencebik apabila mendapati panggilan itu daripada Firdaus. Akhirnya,putera katak puru kita ni telefon juga.

‘’Helo.’’ Aku membuat suaraku seperti suara orang mengantuk.

‘’Helo,Ria.’’ Jawab Firdaus di talian sebelah sana.

‘’ Siapa ni?’’ Aku berpura-pura tidak mengenali siapa pemanggil itu.

‘’Firdaus.’’

‘’Oh,kau rupanya.Ingatkan dah tak tahu nak mendail nombor aku lagi dah.Mati-mati aku ingat yang kau takkan telefon aku lagi.’’

‘’Kenapa? Kau tertunggu-tunggu panggilan daripada aku ke?’’ Nadanya berbaur usikan.

Aku membulatkan mata.

‘’Hello! Jangan nak perasan sangat okey.Macam aku ni tak ada kerja lain.’’

Kedengaran suara Firdaus ketawa. ‘’Okey,okey.Sorry. Sebenarnya aku sibuk dengan kenduri kakak aku tadi,sebab tulah.Jauh pulak tu,dekat Johor.Lepas tu kena drivebalik KL balik sebab esok pagi-pagi dah ada meeting dengan Pak Long aku.Ni pun hampir-hampir saja aku terlupa nak telefon kau balik. Masa nak masuk tidur tadi baru aku teringat. Sebab tulah aku call kau ni. Aku kacau kau ke?’’

Entah kenapa hatiku tiba-tiba tersentuh dengan kejujurannya. Macam mana dia boleh bercakap dengan jujur sekali dengan orang yang sama sekali tidak dikenalinya. Walaupun aku tidak dapat memastikan kebenaran kata-katanya,tetapi aku dapat merasakan bahawa dia berkata benar.Nada suaranya yang seperti orang keletihan itu menimbulkan rasa bersalah di dalam hatiku. Walaupun dia kepenatan tetapi dia masih tetap menghubungiku.Aku yang tidak tahu apa-apa pula sesuka hati saja menuduhnya yang bukan-bukan.

‘’Eh,tak adalah.Tak kacau pun. Kau tu.Kalau penat pergilah tidur dulu.Esok kau kata kau ada meeting kan.Dahlah penat drive jauh-jauh semua.You need some rest.’’ Kataku dengan penuh prihatin.Aku sendiri tidak menyangka yang aku boleh menjadi seprihatin ini.Dengan orang yang tak ada kena mengena dengan aku pula tu.

‘’Tak apa.Aku okey.’’ Balasnya. Selepas itu,suasana jadi sepi seketika antara kami berdua.Aku sendiri kematian kata,tidak tahu apa yang hendak dikatakan. Sebelum ini aku hanya bercakap berdasarkan ‘bahan’ yang disediakan oleh Nadia.Tapi kini,apa pun tak ada.

Berat sekali mulutku ini untuk meminta maaf kepadanya.Ah,apa yang harus aku lakukan?

‘’Ria….’’

‘’Firdaus….’’

Serentak kami berkata-kata. Tadi dua-dua tak nak buka mulut.Bila masa nak cakap boleh serentak pula.

‘’Kau dululah yang cakap.’’ Kataku.

‘’No.Ladies first.’’ Balasnya pula.

‘’Okey.Aku cakap dulu.’’ Aku menghela nafas panjang seraya berkata, ‘’Sebenarnya berkenaan hari tu,aku nak minta maaf dengan kau.’’

‘’Hari tu?’’ Nadanya seperti kehairanan. ‘’ Bila?’’

‘’Yang hari kita bertengkar tulah.’’ Balasku geram.Aku separuh mati memikirkan perkara tu hari-hari,dia boleh pula terlupa.

‘’Oh,yang tu?’’ Firdaus ketawa. ‘’No hallah.Sebenarnya aku pun bersalah juga dalam hal tu.Dan seriously aku tak maksudkan pun apa yang aku cakap. Masa kau telefon aku tu,aku tengah tension actually.Yalah,dengannak uruskan hal-hal aku kat London yang masih tertunggak masa aku belajar dulu,dengan persiapan majlis kenduri kakak aku tu semua. It’s quite hard actually untuk bahagikan masa.Jadi secara tak sengaja aku terlepaskan pula kemarahan tu kat kau.I’m truly sorry,Ria.’’ Terangnya panjang lebar.Nada suaranya kedengaran kesal sekali.

Aku terdiam seketika.Aku semakin serba-salah. ‘’Oh,macam tu ke.Tak apa,sebab sebenarnya aku juga bersalah dalam hal ni.Kau tengah tension,aku pula telefon dan cakap kasar dengan kau,siapa yang tak marah kan. Tapi,kau bukan tak ada kakak ke? Habis,kakak yang kau maksudkan ni siapa pula?’’

‘’Oh,yang aku maksudkan tu adalah kakak sepupu aku. Tapi memandangkan kami membesar sama-sama,tinggal satu rumah,jadi aku pun dah anggap dia sebagai kakak aku sendiri.’’ Terang Firdaus.

‘’Kau tinggal satu rumah dengan dia?’’ Tanyaku hairan.

‘’Yeap. Sebenarnya aku mula tinggal dengan keluarga Pak Long aku semenjak aku berusia lapan tahun,sejak mama aku meninggal.Papa sibuk dengan perniagaannya,dia tak ada masa nak jaga aku.Jadi dia menyerahkan aku kepada keluarga Pak Long untuk dijaga oleh mereka.’’

‘’Oohh. Habis tu,kau tak rasa janggal ke tinggal dengan keluarga Pak Long kau?’’ Aku semakin rancak mengutarakan pertanyaan.Aku semakin senang pula berbual dengannya.

‘’Mula-mula tu janggallah juga.Tapi lama-lama okeylah.Tambahan pula,Pak Long aku tu ada anak yang seusia dengan aku.Nazrul,sepupu aku.Jadi adalah orang yang aku nak bermain-main bersama-sama.Tak adalah sunyi sangat. Kau pula macam mana?’’

‘’ Aku pun tinggal kat rumah mak cik aku juga,sebab kedua-dua ibu bapa aku dah meninggal.Jadi mak cik aku tulah yang jadi penjaga aku.Mak cik aku tu ada tiga orang anak,dua orang lelaki dan satu perempuan.Aku rapat dengan anak lelaki mak cik aku yang sulung tu,tapi dia tua sepuluh tahun dari aku.He’s like a real brother to me.Anak-anak mak cik aku yang lain tu tak berapa suka dengan aku sangat,terutama yang perempuan bongsu tu.Jadi abang aku tulah yang selalu back up aku semua.’’

‘’Hermm,nasib baiklah ada abang kau tu kan.’’ Balas Firdaus.

‘’Tulah.Kalau abang aku tu tak ada,entah aku boleh survive ke tak dalam rumah tu.’’ Keluhku.Wajah Abang Haikal memenuhi ruang fikiranku.

‘’Sabar sajalah Ria. Kalau abang kau tak ada pun kau kena juga kuatkan semangat.Kalau diorang kacau-kacau kau pun,kau buat bodoh sudah.Lama-lama kalau kau tak layan,penatlah diorang tu.’’

Aku tersenyum mendengar kata-katanya itu.Entah kenapa,beban dalam hatiku ini bagai hilang sedikit demi sedikit apabila berbual dengan Firdaus. Kejujuran dalam nada suaranya setiap kali mengatakan sesuatu dan sikapnya yang melayan aku seperti seorang kawan membuatkan aku senang untuk mencurahkan isi hatiku kepadanya.Tak pernah aku merasakan perasaan seperti ini sebelumnya.Keseronokan berbual-bual kosong dengan seseorang.Seseorang yang menasihatiku bagai seorang abang yang baik.Betullah kata Nadia,setiap kata-kata yang diungkapkan Firdaus bagai jampi,boleh mempengaruhi diri seseorang,termasuklah orang yang keras hati seperti aku ini.

Malam itu,kami terus berbual-bual panjang.Dan tanpa disedari,aku telah memberitahunya banyak perkara tentang diriku,yang tak pernah aku ceritakan kepada sesiapa pun sebelum ini.Perspeksiku terhadapnya juga berubah sama sekali sejak malam itu.

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.