ENAM TAHUN KEMUDIAN...
‘’DENGAN
bangganya,saya mengumumkan bahawa anugerah Khidmat Cemerlang syarikat Cemerlang
Holdings bagi tahun ini sekali lagi menjadi milik, Cik Nur Ariana Abdullah!’’
Tepukan yang gemuruh kedengaran di
dalam dewan yang sederhana besar itu.Aku bangun dari tempat dudukku,seraya
berjalan menuju ke arah pentas.Penampilanku malam itu sangat ringkas,hanya
memakai baju kurung bercorak bunga-bunga kecil berwarna merah dan hanya bedak
asas yang menjadi mekap pada wajahku.Jauh berbeza sekali dengan para hadirin
lain yang memakai baju-baju yang serba mewah dan bergemerlapan di sana-sini.
‘’Cik Ariana,sila berikan ucapan.’’
Ujar pengerusi majlis sebaik aku berada di atas pentas.Aku mengeluh.Memang
inilah saat-saat yang aku paling setiap kali menghadiri majlis itu.Kalau nak
bagi anugerah tu,bagi sajalah.Ni nak suruh orang berucaplah,apalah.Banyak
songeh betul,rungutku dalam hati.
‘’Assalamualaikum dan salam
sejahtera para hadirin sekalian.Sebenarnya,saya tak ada apa-apa rahsia yang
mahu dikongsikan.Sekiranya anda hendak berjaya,kena ada keazaman,kerajinan dan
kesungguhan dalam setiap perkara yang anda lakukan.Dan selepas itu,tidak
mustahil sekiranya anda pula yang menggantikan tempat saya di atas pentas ini
pada tahun hadapan.Sekian,terima kasih.’’
‘’Cik Ariana,siapakah yang menjadi
pendorong anda untuk bekerja keras sehingga mampu meraih anugerah Khidmat
Cemerlang ini pada setiap tahun sejak anda menyertai syarikat Cemerlang
Holdings ini?’’ Tiba-tiba pengerusi majlis itu bertanya saat aku baru saja mahu
melangkah turun dari pentas.Mendengar soalannya itu,aku tersenyum sinis.
‘’Awak tahu tak yang soalan awak tu
sangat kelakar?’’ Soalku.
Wajah pengerusi majlis itu berubah
apabila mendengar kata-kataku.Sementara hadirin yang lain mula berbisik sesama
sendiri.
‘’Untuk pengetahuan anda semua,saya
berjaya seperti sekarang atas usaha saya sendiri.Tiada sesiapa pun yang menjadi
pendorong saya.Kalau ada pun,hanyalah diri saya sendiri. Jadi nasihat saya,kita
jangan terlalu bergantung harap kepada orang lain untuk berjaya.Kejayaan kita
ditentukan oleh diri kita sendiri,bukannya orang lain.’’
Seluruh isi dewan terdiam.Tiada
tepukan yang gemuruh kedengaran seperti tadi.Aku tidak peduli.Macamlah selama
ini aku peduli pun.Lagipun kalau tak disebabkan arahan syarikat dan paksaan
Nadia,aku sendiri pun tidak mahu hadir ke majlis tersebut.
Aku menggenggam trofi dan sijil yang
dimenangiku sebentar tadi dan berjalan keluar dari dewan tersebut.Aku menaiki
bas lalu pulang ke rumah.
AKU membelek-belek
kertas kerja yang berselerakan di atas meja itu.Sesekali aku menjeling jam yang
pada dinding.Pukul 11.00 malam.Aku mengeluh.Hari sudah begini lewat,tetapi
Nadia masih tidak pulang ke rumah.Sudahlah tadi dia memungkiri janji mahu
menemani aku ke majlis ulang tahun syarikat,sekarang dia pulang lewat tanpa
langsung memaklumkan kepadaku ke mana dia pergi.Dan paling merisaukan aku,dia
keluar bersama Adnan ,lelaki yang bagiku langsung tidak boleh dipercayai.
Tiba-tiba aku mendengar tombol
pintu rumah yang disewaku bersama Nadia itu dibuka dari luar.Aku menjengahkan
kepalaku ke arah pintu.Aku mendengus apabila melihat Nadia sedang berdiri
bersama Adnan di luar.Mereka kelihatannya sedang bercakap sesuatu dengan mesra
sekali.Aku bangun dan pergi ke pintu.
‘’Lambat balik?’’ Teguranku mengejutkan
mereka.Perbualan mereka terus terhenti.
‘’Err…. Kitorang pergi somewhere tadi.Sebab tulah lambat sikit.Sorry.’’ Nadia menjelaskan kepadaku bagi
pihak mereka berdua.Aku dan Adnan bertentang mata.Adnan merenungku bagai tidak
berpuas hati denganku. Jelik aku melihat
pandangannya.
‘’Lambat pun agak-agaklah.Ingat elok
sangat ke bawa anak dara orang keluar sampai malam-malam macam ni? Tak pernah
belajar adab ke kat sekolah dulu?’’ Sengaja aku menyindir Adnan.
‘’Memanglah aku pernah belajar.Tapi tak
sangka pula ada orang kolot yang masih mempraktikkan benda-benda tu pada zaman
sekarang ni.Zaman dah maju okey,modenlah sikit.Takkanlah setakat balik lewat
sikit pun nak bising.’’ Adnan terus membalas.
‘’Kenalah bising,sebab Nadia ni perempuan.Kau
lelaki.Nanti apa-apa terjadi,kau nak bertanggungjawab ke? Macamlah aku tak
kenal perangai lelaki macam kau ni.’’
‘’Hoi,kau ingat kau ni siapa hah?’’
Adnan kelihatannya sudah hilang sabar denganku.
‘’Hei korang,sudahlah.’’ Nadia cuba menamatkan pertelingkahan antara
kami berdua. ‘’Adnan,you balik dulu
ya.Nanti I call you balik.’’
Adnan tak berpuas hati dengan
kata-kata Nadia,tetapi apabila dipujuk oleh Nadia berkali-kali,akhirnya dia
mengalah.Sebelum dia meninggalkan rumah,dia sempat menghadiahkan pandangan
tajam berbaur amaran kepadaku.Aku tersenyum sinis.Ingat aku takut sangat ke!
‘’Kau ni kan Ary,kenapa suka sangat
cari pasal dengan Adnan tu?’’ Soal Nadia setelah menutup pintu rumah.
‘’Sebab aku tak suka kat dia.’’
Aku berkata selamba.Sememangnya aku sudah berterus-terang dengan Nadia sejak
dari awal lagi bahawa aku tidak suka akan teman lelakinya itu.
‘’Tapi kenapa?’’
‘’Sebab dia dah ajar kau agar
memungkiri janji dengan kawan baik kau sendiri.’’
Nadia tersentak. Wajahnya berubah.
‘’Apa maksud kau?’’
‘’Aku terdengar perbualan kau
dengan dia siang tadi.Kau tak jadi nak temankan aku ke majlis syarikat aku tu
sebab dia tak bagi kan?’’
‘’Bukan macam tu,Ary.Kebetulan
hari ni ada majlis hari jadi kawan dia juga.Dia ajak aku dan aku pun…’’
‘’Apa? Kau tak boleh menolak?’’
Aku tersenyum sinis kepada Nadia. ‘’Kau
dah berjanji dengan aku sejak sebulan lepas,Nadia.Tapi kau senang-senang saja
batalkan janji kita tu sebab dia ajak kau pergi partykawan dia. Last minute
pula tu.Adilkah macam ni?’’
‘’Ary,aku minta maaf.Tapi bila dia
dah ajak,aku tak sampai hati nak tolak permintaan dia.Tambahan pula dia bukan
main lagi merayu aku agar pergi dengan dia.’’
‘’Walaupun dia tahu yang kau
sepatutnya temankan aku hari ni? Bila dia dah tahu barulah dia nak
terhegeh-hegeh ajak kau pergi partykawan
dia semua? Aku memang dah agak yang dia memang jenis lelaki macam ni.Sejak
mula-mula lagi kau perkenalkan aku kat dia,aku dah tahu yang dia bukan lelaki
baik.’’
Raut wajah Nadia berubah merah
apabila mendengar kata-kataku.
‘’Stop it,Ariana! Kau boleh marah aku,tapi jangan sesekali kutuk
Adnan macam tu.Aku tak suka!’’ Ujar Nadia dengan rasa marah.
‘’Kenapa? Tak suka bila aku
dedahkan sisi buruk teman lelaki kau tu? Tak boleh terima kenyataan yang Adnan tak
sebaik yang kau sangkakan?’’ Soalku dengan berani.
‘’Ya! Memang aku tak suka.Tiada
sesiapa pun yang berhak untuk mengkritik dia,termasuklah kau!’’
‘’Inilah akibatnya kalau fikiran tu
dah terlalu taksub dengan cinta.Sampai kejahatan di depan mata pun kau tak
boleh nak nampak.’’
‘’Biarlah kalau aku dah dibutakan
oleh cinta sekalipun.Sekurang-kurangnya aku tak macam kau.Gara-gara nak melayan
kau yang terlalu emosi sampai tak menyempat-nyempat nak meluah perasaan,Firdaus
terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa dia.Elok sangatlah tu
kan.’’ Luah Nadia tanpa disedarinya.Seketika kemudian dia tergamam,tidak
menyangka yang dia akan berkata begitu.
Suasana menjadi sepi terus antara
kami berdua.Mulutku tertutup rapat,tidak lagi lantang berkata-kata seperti
tadi.Aku pantas mengemas fail-failku yang bertaburan di atas meja dan melangkah
ke arah bilikku.Lepas masuk,aku menutup pintu bilikku kasar dan bersandar di
belakangnya.
Aku tidak menyangka bahawa setelah
sekian lama,nama itu akan disebut lagi di hadapanku.Ingatanku kembali mengenang
perbualan terakhir di antara aku dan dirinya dahulu.Perbualan terakhir yang
hampir meragut nyawanya.Aku mengetap bibir.
Aku pergi ke katilku dan
mengeluarkan sebuah buku dari dalam laci. Aku mengeluarkan sehelai keratan
akhbar yang terselit di sebalik buku itu dan membacanya buat sekelian kalinya.
GOMBAK – Mangsa dalam satu kemalangan
jalan raya yang berlaku di sini baru-baru ini,Tengku Firdaus Amsyar Tengku
Farizuddin,23 , telah disahkan berada dalam keadaan stabil setelah koma selama
beberapa minggu.Doktor yang merawatnya bagaimanapun memberitahu,mangsa masih
perlu penjagaan rapi untuk memastikan dia pulih sepenuhnya dari kecederaan yang
dialami.
Keratan akhbar itu aku peroleh,enam
minggu selepas tragedi itu berlaku.Hanya ALLAH sahaja yang tahu betapa leganya hati ini apabila tahu bahawa Firdaus
terselamat daripada kemalangan yang dahsyat itu,walaupun doktor sendiri telah
memberitahu pada awalnya bahawa Firdaus mempunyai peluang yang sangat tipis
untuk hidup.Namun perkara itu tidak sedikitpun menghapuskan perasaan bersalah
dalam hatiku.Dan hari ini, setelah enam tahun berlalu, Nadia telah
membangkitkan kembali kenangan pahit itu dalam fikiranku.Tatkala aku sedang
berusaha untuk melupakan segala-galanya dan meneruskan kehidupanku.