‘’ARY,it’s time now!’’ Ujar Nadia setelah
hampir tiga jam kami membuat ulang kaji di perpustakaan.
‘’Kejaplah.Aku tak habis baca lagi ni.’’ Kataku seraya terus
membelek-belek modul Biologi di hadapanku.Mulut Nadia memuncung apabila mendengar
kata-kataku itu.
‘’Ha…ha… jangan nak merungut pulak eh.Kau janji apa dengan aku hari
tu?’’ Kataku apabila menyedari perubahan mimik muka Nadia.
‘’Yalah,yalah.Tapi cepatlah sikit.’’
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku melihat wajah Nadia yang kian
gelisah.Kasihan pula melihat dirinya yang bagai cacing kepanasan itu. Akhirnya
aku menutup modul Biologiku tanpa menghabiskan nota yang sedang aku pelajari
itu.
‘’Dahlah.Jom kita telefon senior kau yang tersayang tu.’’
Nadia bersorak kegirangan mendengar kata-kataku.Beberapa pelajar lain menoleh
ke arah kami.Sekali lagi aku menggelengkan kepala melihat telatah Nadia yang
keanak-anakan itu.Kami pergi ke kafeteria dan setelah memilih tempat duduk yang
agak tersorok,aku mendail nombor Firdaus yang sudah tersemat rapi dalam
fikiranku.Sejak aku menghubunginya sejak sebulan yang lalu,nombornya sudah
tidak lagi menjadi asing bagiku.
‘’Helo…’’ Kataku apabila
panggilanku berjawab.
‘’Assalamualaikum.’’ Sindir
suara di sebelah sana.Aku mengetap bibir.Sempat lagi dia menyindirku.Nadia pula
tersengih-sengih apabila dapat mendengar suara Firdaus.Seronoklah tu!
‘’Waalaikummussalam,Encik
Tengku Firdaus Amsyar.’’ Ujarku dengan nada geram.Sebenarnya aku juga berasa
sedikit malu dengan cara dia menyindirku tadi.
Firdaus ketawa.Nampaknya dia
dapat mengesan perubahan pada nada suaraku.
‘’Hai,takkanlah baru telefon saja dah marah?’’
‘’Taklah.Bila masa pulak aku
marah.Memandai je.’’ Aku berkata selamba.
‘’Yalah tu.Hemm… apa pulak yang
kau nak interviewaku hari ni,Cik
Ria? Nak tanya pasal apa pula kali ni? Rumah aku,orang gaji aku,atau
benda-benda lain lagi?’’
Aku menghela nafas panjang seraya
merenung sekeping kertas yang berada dalam tanganku sekarang.Kertas itu
mengandungi soalan-soalan yang ingin ditanya oleh Nadia kepada senior
kesayangannya itu.Dan banyak di antaranya berupa soalan peribadi.Ah,aku tak
faham kenapa perkara ini harus aku yang tanyakan kepada Firdaus.Kenapa tak
Nadia saja yang tanya sewaktu dia mesej dengan lelaki itu? Mesti Firdaus ingat
aku ni gila sebab asyik bertanyakan hal-hal peribadi dia,desis hatiku.
‘’Tepat sekali,Encik
Firdaus.Hari ni aku nak tanya pasal rumah kau pulak.Dulu masa kau sekolah dekat
SMK Bayan Putera,kau tinggal di Damansara kan?’’ Aku mula menyoal
siasatnya.Nadia di sebelahku mendengar perbualan kami dengan tekun sekali.
‘’Ha’ah.Kenapa?’’
‘’Tapi berdasarkan maklumat seseorang yang boleh dipercayai,kau dah
pindah dari Damansara.Jadi sekarang kau tinggal kat mana pulak?’’
‘’Siapa yang bagitau kau pasal benda ni?’’
‘’Rahsialah.Mana boleh bagitau.’’
‘’Kalau macam tu,aku pun tak boleh bagitaulah.’’
‘’Kenapa pula? Susah sangat ke nak bagitau kau tinggal kat mana?’’
Ujarku dengan nada geram.Keengganan lelaki itu menyukarkan lagi kerjaku.
‘’Yalah.Kau sampai tahu dulu aku pernah tinggal kat mana semua.Jadi
macam seram jugaklah.’’
‘’Apasal seram pulak? Aku bukannya hantu nak kacau kau pun.Lagipun kalau
aku tahu kau tinggal kat mana pun aku takkan cari kaulah.’’
‘’Tak percayalah.Manalah tahu kau ni pembunuh upahan yang nak datang
bunuh aku ke.Sebab tulah kau tanya mana rumah aku kan.Jadi senanglah kau nak
cari aku nanti.’’
‘’Woi,kalau aku ni betul-betul pembunuh upahan tak adalah aku nak tanya
kat kau.Lebih baik aku cari sendiri,lepas tu bunuh kau terus.’’ Hilang sabarku melayan kerenah lelaki ini.
Firdaus ketawa di hujung talian.
‘’Aku bergurau sajalah.Cepat marah betul kau ni.Nak melawak sikit pun
tak boleh.’’
‘’Oh,kau tengah buat lawak ke? Kenapa aku tak rasa pun macam nak
tergelak?’’ Sinis aku berkata.
‘’Ermmm…mungkin sebab kau tak ada sifat humor dalam diri kau agaknya.’’
‘’Oh,jadi kau nak mengkritik akulah sekarang ni?’’ Jerkahku dengan rasa
geram yang semakin menjadi-jadi.
‘’Bukannya aku nak mengkritik.Tapi sejak kau mula-mula telefon aku
tu,nada suara kau asyik nak marah je.Cakap pun kasar.Macam aku pula yang ada
kat tempat kau dan kau ada kat tempat aku.Padahal sepatutnya aku yang bersikap
macam kau sebab kau yang asyik kacau aku,tapi aku tak buat pun macam tu.Bahkan
aku cakap dengan kau elok-elok,layan kau baik-baik.Tak bolehkah kau juga
melakukan perkara yang sama? Sekurang-kurangnya cakaplah dengan cara baik agar
kata-kata kau tu takkan menyakitkan hati orang lain.’’
‘’Kau….’’ Belum sempat aku menghabiskan kata-kataku,Firdaus memotong.
‘’Sekarang ni nak cakap apa pun tak guna,sebab kau tengah marah.Lain
kali bila mood kau dah okey dan kau dah fikirkan baik-baik apa yang aku cakap
kat kau tadi,barulah kau telefon aku balik.Bye.’’
Setelah Firdaus berkata demikian,dia mematikan talian.Aku terkedu mendengar
kata-katanya.Tiba-tiba hatiku tersentap.Belum pernah ada orang yang berani
menegurku seperti itu selama ini.
‘’Ary,are you okay?’’ Tegur
Nadia apabila melihatku hanya mendiamkan diri.Aku hanya membatu,tidak
menjawab.Nadia mula tampak serba-salah. Suasana antara kami terus menjadi
tegang.
ADAKAH aku memang seperti apa yang
dikatakannya? Adakah aku ni memang dah melampau?
Tanggapan-tanggapan ini menghantui fikiranku sejak perbualanku dengan
Firdaus siang tadi.Aku menjadi tidak senang hati.Aku berkalih ke kiri dan
kanan,namun entah kenapa mataku masih tidak mahu lelap.Fikiranku seakan-akan
terus memaksa diriku agar terus memikirkan apa yang dikatakan oleh Firdaus
siang tadi.Aku tak tahu kenapa aku terlalu mengambil kisah akan
kata-katanya,walhal selama ini aku tak pernah pun mempedulikan cakap-cakap
orang di sekelilingku.Bahkan ketika mereka memanggil aku anak luar nikah
sekalipun perkara itu tidak lagi menjadi kudis bagiku.Tapi kenapa kali ini
berbeza?
‘’Kau tak kenal lagi dengan senior aku tu,Ariana. Setiap kata-kata yang
dia ungkapkan boleh menjadi jampi dalam diri seseorang tu tau.Silap-silap kau
pun boleh berubah bila mendengar cakap dia.’’ Aku teringat lagi apa yang
diberitahu oleh Nadia pada hari pertama aku menjalankan tugasku sebagai
‘jurucakap’ bagi pihak Nadia.
Ah,mengarutlah! Takkanlah aku
dah terkena jampi semata-mata kerana apa yang dia cakap? Aku tak kenal pun
dia,jadi takkanlah aku boleh terpengaruh dengan kata-kata dia pulak? Nonsense betul semua tu!
Namun semakin hatiku menolak,semakin kerap kata-kata Firdaus
menghantuiku.
‘’Sekurang-kurangnya cakaplah dengan cara baik agar kata-kata kau tu
takkan menyakitkan hati orang lain.’’
Aku mengetap bibir. Ah,persetankanlah! Kenapa pula aku nak kena jaga
hati dia? Dia bukannya ada kaitan dengan aku pun.Jadi lantak dialah, dia nak
sakit hati ke,apa ke. Lagipun kalau tak disebabkan Nadia,aku pun tak inginlah
bercakap dengan dia,rungutku di dalam hati. Tetapi rungutanku itu tidak
sedikitpun menenangkan hatiku yang gundah-gulana itu.Lalu dalam kesibukan
melayan jiwaku yang serabut,akhirnya aku terlelap juga.
SEJAK kejadian tempoh hari,Nadia tidak lagi
membangkitkan soal Firdaus kepadaku. Setiap kali kami bercakap,topik kami hanya
berkisarkan kepada hal-hal lain.Nadia juga tidak lagi meminta telefon
bimbitku,dan Firdaus juga tidak lagi menghantar sebarang mesej.Seharusnya aku
gembira kerana memang inilah yang aku harap-harapkan,tetapi entah kenapa hatiku
berasa tidak senang dengan keadaan ini.
‘’Nadia.’’
‘’Hemm…’’
‘’Kau dah tak berhubung lagi ke dengan Firdaus?’’
Jari Nadia berhenti menulis.Dia memalingkan wajah kepadaku.
‘’Kenapa kau tanya macam tu?’’
‘’Taklah.Sebab selalu kau yang beria-ia sangat nak mesej dengan
dialah,apalah.Tapi sekarang ni lain pulak.’’ Ujarku.
Nadia mendiamkan diri.Dia tidak menjawab pertanyaanku.Aku menarik
kerusiku dan duduk di hadapannya.
‘’Semua ni sebab aku
ke,Nadia?’’ Soalku setelah itu.
‘’Tak,bukan sebab kau Ary.’’
‘’Habis tu?’’
‘’Entah,mungkin sebab aku
sendiri yang tak rasa selesa nak mesej dia lagi.’’
‘’Kenapa?’’
‘’Kau ingat tak dulu,aku pernah
bagitau kau yang Firdaus tu baik?’’
Aku mengangguk.
‘’Bila aku kata macam tu,aku
benar-benar maksudkannya. I mean,Firdaus
yang aku kenal dulu memang baik.Sangat-sangat baik. Baik sampai ke tahap takkan
marah pun walaupun orang tu maki dia teruk-teruk.Dia akan senyum je dan akan
cuba selesaikan masalah dengan cara baik.Tapi,bila dia sound kau macam tu semalam. Walaupun bagi orang lain benda tu macam biasa je tapi bagi
aku yang hanya nampak sisi baik dia saja selama ni… entahlah.’’ Nadia
menghempaskan keluhan.
‘’Manusia berubah,Nadia.Tak
semestinya dulu dia baik,sekarang pun dia akan baik. Lagipun mungkin aku memang
dah melampaui batas,atau dia ada masalah masa kita telefon dia hari tu.Masalah
orang manalah kita tahu kan.’’ Ujarku.
Mata Nadia terkebil-kebil
melihatku usai aku menyudahkan kata-kataku.Aku memandangnya dengan rasa pelik.
‘’Apasal mata kau terkebil-kebil macam tu?’’
‘’Tak ada apa. Cuma,macam tak percaya yang kau pun akan cakap
benda-benda positif macam ni.’’
‘’Ohh…jadi selama ni aku cakap benda-benda negatif sajalah. Sama sajalah
perangai kau dengan senior kau tu.Semua nak burukkan aku saja.’’ Aku membuat
muka merajuk.
Nadia ketawa kecil. ‘’Yalah,maaf.Tapi baguslah kau dah boleh cakap macam
ni.Nampak gayanya kata-kata Firdaus tu boleh bawa kesan ke atas diri kau juga
kan.’’ Usik Nadia.
‘’Helo! Apa yang aku cakap ni tak ada kena mengena okey dengan katak
puru tu. Please la.’’
‘’Kau panggil dia katak puru?’’ Mata Nadia terbeliak. ‘’Kau ingat dia putera katak ke apa? Dia tu handsome gila okey! Ada ke patut
panggil dia katak puru.Panggillah Brad Pitt ke,Tom Cruise ke tak apalah juga.’’
‘’Ah,tak peduli! Aku nak panggil dia katak puru jugak! Katak puru
uuuuhh….’’
‘’Ary!’’ Jerit Nadia seraya menggeletek pinggangku.Aku menjerit kegelian
lantas menggeletek pinggangnya kembali.Akhirnya kami berdua sama-sama ketawa.
Hatiku berasa senang apabila melihat Nadia kembali ceria semula apabila
berbicara tentang Firdaus.
Aku mesti buat sesuatu agar Nadia dan Firdaus akan kembali seperti dulu
lagi.Aku tak mahu disebabkan aku,hubungan mereka putus pula,tekad hatiku.