‘’NADIA,Firdaus tu
macam mana orangnya?’’
Akhirnya,aku memberanikan diri untuk bertanya soalan itu kepada
Nadia.Memang semenjak hubungan aku dan Firdaus menjadi baik semula dan kami
juga semakin kerap berhubung; sudah tentu apabila Nadia juga berada bersama
aku,aku mendapat tahu banyak perkara tentang dirinya.Tetapi sungguhpun
begitu,aku ingin juga tahu bagaimana dirinya yang sebenar melalui pandangan
orang lain.
Nadia memandangku dengan senyuman
yang sukar untukku mengertikan.
‘’Hai,tak pernah-pernah kau tanya
pasal Firdaus sebelum ni.Kenapa,dah terpikat dengan senior aku tu ke?’’ Usik
Nadia.Tetapi nada suaranya terselit sedikit rasa cemburu.
‘’Hish kau ni,memandai je. Ingat
aku tak ada kerja lain ke. Taklah, kadang-kadang aku tertanya-tanya juga.Kau
selalu cakap kau suka sangat dengan si Firdaus tu dari dulu lagi.Tapi kau tak
pernah cerita pun kat aku bila kali pertama kau jumpa dengan dia. Macam mana
kau jatuh cinta dengan dia. Apa yang ada pada diri dia yang buatkan kau dan
budak-budak perempuan yang lain tu suka kat dia selain sebab dia tu kacak.Tu
pun kalau betullah dia tu handsomekan.’’
Jelasku panjang lebar.Lagipun memang itulah kebenarannya.Aku hanya nak tahu
lebih lanjut saja tentang diri Firdaus.Itu saja.
‘’Oh,macam tu ke.’’ Nadia ketawa
kecil.Dia mengalihkan badannya menghadapku dan memulakan kisahnya.
‘’Pertama kali aku jumpa dengan
dia masa minggu orientasi untuk budak-budak form 1. Masa tu aku form 1 dan dia
pula form 5.Firdaus tu ketua pengawas,kacak,baik pula tu,jadi memang banyaklah
budak form 1 yang tangkap cintan dengan dia.Semua berebut-rebut nak jadi adik
angkat dia.Dan sebab dia tu baik,dia terima saja siapa-siapa yang minta nak
jadi adik angkat dia.Tapi masa aku jumpa dia mula-mula tu,aku tak fall in lovelagi dengan dia.Cuma aku
suka tengok dia sajalah sebab dia tu handsome.
Famous pulak tu.‘’
‘’Habis tu,macam mana kau boleh
jatuh cinta kat dia?’’ Aku terus bertanya.
Nadia tersenyum. ‘’Kau nak tahu
tak,masa form 1 dulu,aku ni pendiam sangat.Susah nak bergaul dengan orang.Macam
tu jugalah masa minggu orientasi tu.Aku sorang je yang duduk terpinggir sebab
tak tahu macam mana nak bergaul dengan budak-budak lain. Dan ketika itulah
segala-galanya bermula.Pada hari kedua minggu orientasi tu, kami buat treasure hunt.Dan macam biasalah,aku
buat perangai forever alone aku
tu,duduk sorang-sorang kat satu ceruk ni,tak bergaul dengan ahli kumpulan yang
lain.Dan masa aku tengah sorang-sorang tulah,dia datang dekat aku dan tanya.
‘Kenapa adik duduk sorang-sorang kat sini? Mana kawan-kawan adik yang lain?’
Nada suara dia lembut saja, langsung tak marah-marah.
Mula-mula aku diam.Aku tak jawab apa.Tapi
lepas dia pujuk aku berulang kali,barulah aku bagitau dia yang aku tak ada
kawan kat situ,aku rasa tak selesa. Bila dia dengar jawapan aku tu,dia
senyum.Dan kemudian dia ajak aku pergi kepada kumpulan aku.Mula-mula aku tak
nak sebab aku takut kena marah,tapi lepas dia pujuk aku lagi,aku pun ikut
sajalah.Bila kami pergi kepada kumpulan aku,dia terus pergi kat fasilitator kumpulan aku dan cakap
sesuatu dengan fasilitatortu. Fasilitator tu angguk-angguk kepala dan
terus pergi dari situ.Lepas tu,Firdaus pandang kami semua dan bagitau yang hari
tu dia yang akan take over tugas
sebagai fasilitator kumpulan kami. Bila
dia dah habis cakap,Firdaus pandang kat aku dan senyum,macam dia nak beritahu
aku supaya tak perlu risau lagi.Dan lepas tu secara tiba-tiba saja hati aku
jadi tak takut lagi dah,dan buat pertama kalinya aku rasa gembira sejak aku
menjejakkan kaki kat sekolah tu.
Kemudiannya,keadaan aku
berubah sama sekali.Firdaus tak membiarkan aku keseorangan lagi.Bila dia tengok
aku macam duduk sorang-sorang saja,dia mula buat sesuatu sehingga aku dapat
bergaul dengan ahli-ahli kumpulan yang lain.Bila dia tengok yang akhirnya aku
dapat juga berkawan baik dengan mereka,Firdaus datang dekat aku dan berbisik ‘Good job.Lain kali jangan duduk
sorang-sorang lagi tau.Sunyi kalau tak ada kawan.’ Hati aku rasa tersentuh
sangat dengan keprihatinan dia dan aku rasa pada masa tulah aku mula suka kat
dia.Dan perasaan aku tu terus kekal sehinggalah hari-hari seterusnya,sehinggalah
ke hari ni tanpa aku sedari.Begitulah ceritanya.The end.’’
‘’Oh,macam tu ke.Dia tu memang
baik sangat eh?’’
‘’Yap.Baik sangat-sangat.Tak
pernah lagi aku jumpa lelaki sebaik dia.’’
‘’Habis tu,takkanlah orang baik
macam dia tu tak pernah ada girlfriend?’’
Aku terus mengorek rahsia.
Nadia mengerut dahi. ‘’Macam mana kau tahu yang dia tak pernah ada
girlfriend?’’
‘’Aku baca mesej yang kau hantar
kat dia.Dalam satu mesej tu,kau ada tanya kat dia yang dia tu ada girlfriend tak.Lepas tu dia cakap dia
tak ada girlfriend.Plus tak pernah
ada pun.Jadi aku rasa hairan jugaklah.Kau kata dia tu handsome.Kau kata dia tu pandai.Kaya juga maybe.Takkanlah lelaki yang perfect
macam tu tak pernah ada girlfriend.
Perkara yang paling mustahil boleh berlaku kat dalam dunia. Unless kalau dia tu
tak ‘straight’lah kan.You know what I mean.’’ Aku mula membuat
tanggapan yang bukan-bukan.
‘’Hish,ada ke situ pulak kau
ni.Dia tu lurus okey,macam pembaris! Aku berani kerat jari kalau dia bengkok
sikit pun.Tapi tulah,aku pun pernah terfikir juga apa yang kau cakap
tadi.Takkanlah lelaki macam dia tu tak pernah ada teman wanita.Padahal bukan
sikit orang yang minat kat dia.Dalam batch
aku dulu pun dah berapa ramai yang suka kat dia.Dalam ramai-ramai tu
takkanlah tak ada seorang pun yang tersangkut.Tapi dah dia kata dia tak ada girlfriend,aku nak kata apa.Takkan aku
nak paksa dia mengaku yang dia ada pula.Lagipun dia tu bukan jenis yang menipu.
Tengoklah macam mana cara dia masa cakap dengan kau semua.Dia jawab je apa yang
kau tanya.Semua yang dia bagitau fakta pula tu,tak berselindung langsung.Jadi
nak tak nak,walaupun sukar dipercayai
telan sajalah apa yang dia kata tu.Dalam soal lain dia boleh bercakap
benar,takkan dalam soal ni dia nak tipu pula.’’
‘’Macam mana kau tahu yang apa
yang dia cakap selama ni betul?’’
‘’Dalam banyak-banyak soalan yang
kita tanya kat Firdaus tu,ada jugalah
soalan-soalan yang sebenarnya aku dah tau jawapannya.Cuma saja aku buat-buat
tanya lagi sebab nak tengok dia boleh jawab dengan jujur atau tak.Contohnya U
tempat dia belajar masa kat luar negara dulu.Aku tahu yang dia ambil business studies di University of
Buckingham, tapi sengaja aku tanya kat
dia macam aku tak tahu.Dan dia jawab perkara yang sebenarnya. Jadi aku rasa tak
ada sebab kita nak meragui apa yang dia cakap,walaupun perkara tu tampak
mustahil untuk berlaku.Tambah-tambah lagi untuk hot stuffmacam dia tu.Tapi kan…’’ Nadia menghentikan kata-katanya.
Dia berfikir untuk seketika.
‘’Tapi apa?’’ Aku bertanya tak
sabar.
‘’Aku masih ingat lagi,dulu masa
sekolah menengah,dia ada rapat dengan sorang budak perempuan ni tau.Namanya
Naurah.Budak tu muda setahun dari prince
charming aku.Mereka tu pergi mana-mana pun berkepit saja,buat tugas
pengawas semua sama-sama.Masa pagi-pagi sebelum masuk kelas pun selalu jalan
sekali lalu dekat depan kelas budak form 1.Cakap pun mesra-mesra,selalu
gelak-gelak macam orang bahagia tengah dilamun cinta.Jadi bila aku tengok
kerapatan mereka yang lain macam sangat-sangat tu,aku ingat yang diorang memang
betul couple lah masa tu.Ranaplah
hati aku kejap.Tup-tup bila aku tanya Firdaus,dia kata yang dia tak pernah ada girlfriend.Tu yang buat aku hairan.Kata
tak pernah ada girlfriend.Habis tu
dia dengan Naurah dulu tu apa? Kalau kau kat tempat aku pun kau tak rasa pelik
ke? ’’
Aku hanya diam,tidak menjawab
pertanyaan Nadia.Fikiranku ligat memikirkan apa yang dikatakan Nadia sebentar
tadi.
Naurah,bisik hatiku.
ENTAH kenapa sejak
aku mendengar cerita Nadia tentang ‘kawan’ Firdaus yang bernama Naurah
itu,hatinya rasa semacam saja.Fikiranku juga acap kali terganggu sehingga tak
dapat menumpukan perhatian di dalam dewan kuliah.Jiwaku rasa resah setiap kali
memikirkan tentang hal itu.Tentang status hubungan Naurah dan Firdaus yang
sebenarnya.
Ah,apa yang tak kena dengan aku ni!
Firdaus tu tak ada apa-apa hubungan kau okey.Pasal apa pula kau nak sibuk-sibuk
sangat dengan hal dia.Suka hati dialah nak jalinkan hubungan apa pun dengan si
Naurah tu.Tu bukan urusan kau,Nur Ariana Abdullah! Aku memarahi diriku sendiri.
Namun,semakin aku cuba mengelak
dari memikirkan tentang perkara itu,semakin kerap persoalan itu datang
mengganggu fikiranku sehingga aku tidak boleh duduk tenang walaupun hanya untuk
satu saat.Bahkan aku juga tidak boleh belajar dengan baik seperti selalu,walhal
peperiksaan semester pertama akan bermula dalam beberapa hari saja lagi.
Ah,ni tak boleh jadi! Boleh jadi
gila aku dibuatnya kalau terus memikirkan hal ni.Ah,aku mesti buat sesuatu!
‘’Firdaus,Naurah tu siapa dengan kau?’’
Seperti yang diatur sejak tadi,akhirnya aku mengutarakan pertanyaan itu kepada
Firdaus.
Nadia yang sedang mengunyah roti
terkejut sampai ke tahap meludahkan kembali roti yang telah
dikunyahnya,kemudian memandangku dan menggerakkan mulutnya ‘Are
you crazy,Ary!’. Tetapi aku buat-buat tidak nampak akan reaksi Nadia itu.
‘’Naurah? Maksud kau,kawan aku masa
sekolah menengah dulu tu ke?’’ Soal Firdaus hairan.
‘’Yalah tu agaknya.’’Aku menjeling ke arah
Nadia.Nadia menggeleng-gelengkan kepalanya dan memberikan reaksi ‘Habislah aku
kali ni!’
‘’Mana kau tahu pasal Naurah ni?’’
‘’Dari sumber yang boleh dipercayai.’’
‘’Haa…aku tau siapa.Ni mesti kau tahu daripada
Aida,kan?’’
Mata Nadia terbeliak apabila
mendengar kata-kata Firdaus itu.Aku rasa kalau ditoreh mukanya sekarang pun
mesti tidak akan ada darah yang keluar.
‘’Apasal pula kau kata yang aku
tahu benda ni daripada Aida? Memandai saja.Aku dapat tahu daripada orang
lainlah.’’ Aku cuba untuk melindungi rahsia Nadia.
‘’Tak payah nak berselindung lagilah.Aku
dah boleh agak semuanya.Aida tu sebenarnya junior aku masa sekolah menengah
dulu kan.Sebab tulah dia boleh tau yang dulu aku pernah jadi ketua pengawas,aku
kelas apa,masuk persatuan kelab apa dan macam-macam lagilah.Am I right?’’
Aku merenung Nadia.Nadia
menggerakkan bibirnya dan menyuruh aku bertanya Firdaus sama ada Firdaus
mengetahui siapa dirinya.
‘’Habis tu,kiranya kau kenallah Aida ni siapa
sebenarnya? Kau tahulah macam mana rupa dia semua?’’
‘’Oh,yang tu aku tak
tahulah.Berapa ramai junior aku yang ada kat sekolah tu dan berapa kerat saja
yang aku kenal pun.Dan aku sendiri pun tak tahu yang aku kenal ke tak dengan
kawan kau tu.Tapi yang aku pasti,dulu kitorang sama sekolah.Betul tak?’’
Nadia menyuruhkan mengiyakan
sahaja kata-kata Firdaus.
‘’Betullah apa yang kau cakap
tu.Aida tu memang junior kau.Pandai jugak kau ni.’’
‘’Mestilah.Nak hidup,mestilah
bijak mehh.’’ Firdaus ketawa.Aku tersenyum mendengar kata-katanya.
‘’Hemm,yalah.Kau memang
bijak.Puas? Tapi kau belum jawab lagi soalan aku tadi.Apa hubungan kau dengan
Naurah tu?’’
‘’Kami kawan sajalah.’’ Ringkas sahaja jawapan Firdaus,tapi masih tidak
memuaskan hatiku.
‘’Tapi junior kau si Aida ni
cakap yang korang dulu asyik berkepit saja 24 jam.Pergi mana-mana pun
sama-sama.Kalau tandas tu tak terbahagi kepada tandas lelaki dan perempuan
rasa-rasanya itu pun korang pergi sekali
agaknya.Takkanlah setakat kawan saja kalau macam tu?’’ Aku terus membidas
kata-kata Firdaus.Dan serentak itu juga aku menerima cubitan di pinggang yang
begitu berbisa sekali daripada Nadia.
Aku menjerit kesakitan.Nadia
menjegilkan matanya kepadaku.Aku meletakkan jari telunjukku ke mulutnya dan
menyuruhnya dengan bahasa isyarat agar mendengar saja apa yang aku dan Firdaus
bualkan. Wajahnya cemberut,tanda tidak berpuas hati.
‘’Kenapa kau menjerit tu?’’ Tanya
Firdaus.
‘’Tak ada apa-apa.Cuma kena gigit
semut saja.’’ Aku memberi alasan.
‘’Kena gigit semut pun menjerit
sampai macam tu ke? Kalau kena baham dengan harimau macam manalah agaknya.’’
Firdaus ketawa. ‘’Dahlah,kau tak payah
nak tipu aku.Aida ada kat sebelah kau kan sekarang?’’
‘’Haah.Bahkan bukan Aida sorang
saja,banyak lagi yang sedang dengar perbualan kita sekarang.Lebih kurang
sepuluh orang.Aku pasang loudspeaker
bagi semua dengar.’’ Balasku geram.
‘’Hah? Betul ke?’’ Firdaus
terkejut mendengar kata-kataku.
‘’Dah.Tak payah nak terkejut
sangat.Aku tengok kau dari tadi asyik mengelak saja bila aku tanya pasal
Naurah.Kau dengan dia sebenarnya ada apa-apa kan,tapi kau sengaja nak
merahsiakan dari semua orang.Betul tak?’’ Aku terus membuat spekulasi sendiri.
‘’YA-ALLAH,budak ni.Tak percaya
juga.Kan aku dah cakap,kitorang tak ada apa-apa.Aku dan Naurah tu cuma kawan
saja,tak lebih daripada itu.Kitorang rapat pun sebab dia tu penolong aku dalam
lembaga pengawas.That’s all.’’
‘’Boleh percaya ke cakap kau ni?
Takkan kawan boleh rapat sampai macam tu.Siap setiap pagi boleh jalan sama-sama
dekat koridor budak form 1,masuk kelas sekali.Kalau lelaki dengan perempuan
rapat sampai ke tahap tu tapi declare
yang diorang tu cuma kawan saja,memang susah jugalah nak percaya kan.’’ Aku
terus mengujinya.
Firdaus mendengus. ‘’Haih,tak tahulah apa yang aku nak cakap
lagi supaya kau percaya,Ria.Kitorang memang tak ada apa-apalah. Tapi sebab
kitorang selalu dilihat bersama kat sekolah agaknya sebab tulah orang salah
anggap.Padahal kitorang cuma buat tugas pengawas saja,bukannya dating ke apa.
Soal jalan sama-sama dekat koridor
budak form 1 pagi-pagi tu,tu semua idea Naurah sebab dia kata dia suka tengok
muka budak-budak form 1 tahun tu.Dia kata comellah,apalah.Tapi sebab dia segan
nak jalan sorang-sorang, dia ajaklah aku pergi dengan dia.So sebab tulah kami selalu jalan sekali dekat koridor tu.Bukan
sebab kami couple ke apa. Plus,kalau kitorang nak couple pun memang tak boleh.Sebab Naurah
sebenarnya masa tu dah bercinta dengan sorang budak ni.’’ Jelas Firdaus panjang
lebar.
Nadia kelihatan terkejut apabila mendengar
penjelasan Firdaus itu,dan dia cepat-cepat menyuruh aku bertanya siapa teman
lelaki Naurah yang dimaksudkan itu menggunakan gerakan bibirnya.Aku
menggelengkan kepala.Menyibuk betullah Nadia ni.
‘’Siapa dia boyfriend Naurah yang sebenarnya kalau bukan kau?’’ Soalku malas.
‘’Oh,kalau yang tu aku tak boleh
bagitau kau.Maaflah ya.’’
‘’Selama ni kau asyik cerita hal
kau dengan mendalam sekali sampai ke akar umbi boleh.Takkanlah nak bagitau nama
teman lelaki Naurah tu pula tak boleh? Nama je pun.’’ Aku terus mendesaknya.
‘’Hal aku bolehlah aku cerita.Tapi
hal orang lain,maaflah. Tapi aku rasa kau takkan tahu pun siapa dia ni,sebab
dia ni memang seseorang yang tak dijangka.Kalau kau belajar kat sekolah aku
dulu dan kau tahu siapa orangnya,kau sendiri mesti susah nak percaya.Aku berani
kerat jari.’’
Aku melihat Nadia mengerutkan dahinya.Mungkin
sedang ligat berfikir siapakah teman lelaki Naurah yang sebenarnya.
‘’Oh,kalau macam tu,sorry lah sebab salah sangka dengan
hubungan kau dengan Naurah.Mesti penat kau nak explain kan.’’ Hatiku serta-merta rasa lega setelah yakin bahawa
Firdaus dan Naurah tiada apa-apa hubungan selain daripada kawan.Fikiranku tiba-tiba
menjadi lapang sekali.
Firdaus ketawa. ‘’ No hallah.Lagipun kau bukan orang
pertama yang tanya aku pasal hubungan aku dan Naurah.Dah banyak kali dah aku
kena macam ni.Dan setiap kali tulah aku terpaksa explainbenda yang sama berulang kali.Jadi aku dah lali dah.’’
Aku tersenyum.Tiba-tiba aku
teringat sesuatu.Aku melihat jam pada pergelangan tanganku.Matilah,aku dan
Nadia dah terlewat untuk ke kelas!
‘’Err,sorry lah Firdaus.I’ve got to
go.Aku dah lambat dah ni nak pergi kelas.Dan lepas ni untuk minggu-minggu
seterusnya susah dah aku nak callkau
sebab aku ada exam.’’
‘’Oh,really? Good luck for your
exam,Ria.Harap-harap kau akan dapat
resultyang bagus.Belajar rajin-rajin,but
don’t push yourself too hard.Study smart okay.’’ Kata-kata yang
diungkapkan oleh Firdaus itu menyuntik semangat baru dalam diriku.Tiba-tiba
saja tubuhku bagai mendapat tenaga baru dan aku rasa begitu bersemangat sekali
untuk belajar.
‘’Baiklah.Nanti bila aku dapat resultaku akan bagitau kau.Dan aku akan
pastikan resultaku tu bagus sampai
kau sendiri pun tak percaya yang ada orang boleh dapat result sebagus tu.Bye.’’
Balasku dengan senyuman lebar sebelum mematikan talian.Tidak pernah aku berasa
segembira dan seyakin ini untuk menduduki peperiksaan. Nampaknya memang benar
,kata-kata Firdaus itu mampu memberi kesan positif kepada orang yang mendengarnya.
‘’Jom Nadia,kita pergi ke
kelas.’’
‘’Aku wonder lah,siapa boyfriend
Naurah tu agaknya.’’
‘’Ish kau ni,masih fikirkan
tentang benda tu ke.Cepatlah!’’
‘’Yalah,yalah.’’