Home Novel Cinta Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Hai Handsome! (Musuhku, Encik Pilot)
Dea Zoraya
10/2/2015 22:31:17
1,085,182
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
-Teaser Bab 51- Sweet Holiday 1

Aku kembali mengingati bagaimana aku bersandar di atas dada Izzaz dan juga bagaimana aku boleh membiarkan dia memelukku ketika kami berada di tepi pantai tadi. Tidak lama selepas itu aku tersedar yang aku mungkin telah begitu berani bersentuhan dengannya, lalu aku terus meleraikan pelukan. Sepanjang perjalanan balik ke hotel juga aku hanya diam seribu bahasa dan seboleh-bolehnya aku cuba mengelak dari bertentang mata dengannya. Kedua-dua belah tanganku juga sedaya upaya aku sorokkan supaya tidak mudah untuk Izzaz mencapainya.

“No more skinship, Maya.” Aku menuding jari ke arah diriku sendiri di dalam cermin di dalam bilik air itu.

“Cepat lah sayang! Abang nak guna tandas jugak ni. Atau sayang nak kita mandi sama?” Izzaz mengetuk-ngetuk pintu bilik air.

“Mula lah tu nak mengusik aku.” Ujarku sendiri. Aku melepaskan satu keluhan. Tiba-tiba badanku terasa berbahang apabila aku mula berfikir yang bukan-bukan.

“Stop thinking nonsense Maya.” Aku mengingatkan diri sendiri.

Aku segera membersihkan diri secepat mungkin kerana lebih lama aku di dalam bilik air, selama itu lah Izzaz akan terus menggangguku dengan bercakap yang bukan-bukan. Geram betul aku dengan perangainya yang memang sengaja mahu mengusikku itu. Selesai aku menyarung pakaian, aku terus membuka pintu bilik air dan aku lihat Izzaz sedang baring menggiring di atas katil. Aku mempamerkan muka selamba sambil keluar lalu aku terus ke meja solek.

------------------------------------------------------------------------------------------------

“Awak jangan nak mengada-ngada ya Iz. Awak tidur atas sofa sana.” Ujarku lalu aku menjelingnya.

“Alah, apa ni sayang. Katil ni besar kan, muat untuk kita berdua tidur sama.” Izzaz masih lagi galak mengusikku.

No! Awak ingat kan janji kita?” Aku mengingatkannya tentang syarat-syaratku.

Izzaz ketawa. “Syarat-syarat tu dah tertinggal kat Malaysia. Sekarang ni kita di Auckland. Hanya ada kau dan aku aje dalam bilik ni.” Izzaz tersenyum nakal sambil dia mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya.

"Perasan kan awak ni. Awak jangan dekat dengan saya, saya ada Taekwondo tau." Kataku.

“Hahahaha kau ni tolak tuah tau tak. Aku yang hensem
 ni kau reject. Kau nak aku peluk kau macam tadi tak?” Izzaz bangun dari katil dan mula mendekatiku.

Aku terus mencapai penyikat rambut di atas meja solek dan bersedia untuk memukulnya jika dia berani mendekatiku. “Awak jangan mengada-ngada tau Iz, saya jerit karang.” Aku mula panik.

Namun Izzaz tidak takut langsung malahan dia semakin mendekatiku dan membuat gaya untuk memelukku. Aku lari menuju ke arah katil dan berdiri di atas katil tersebut. “Awak dekat dengan saya, saya janji yang saya tak akan tegur awak sampai bila-bila.” Aku mengugutnya yang nampak sudah hilang akal itu.

“Apa salahnya? Kita dah kahwin. Semuanya halal untuk kita.” Kata-katanya itu membuatkan bulu romaku meremang.

“Izzaz!” Aku menjerit. Mula geram dengan perangainya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Izzaz membaling semula bantal itu ke arahku sebelum dia masuk ke dalam bilik air. Aku melepaskan keluhan apabila kelibatnya hilang di sebalik pintu. Izzaz memang sengaja mahu buat aku berpeluh-peluh.

Sure kau tak nak mandi sama?” Aku terkejut apabila Izzaz menjengulkan kepalanya di pintu bilik air bersama rambutnya yang dipenuhi buih syampu.

“Iz awak mandi diam-dia boleh tak?” Aku memarahinya geram. Aku mengurut-urut dadaku.

“Aku tanya aje. Kalau kau sudi, aku lagi berganda-ganda rela hati hahahaha.” Izzaz ketawa bagaikan orang gila sebelum dia menutup semula pintu bilik air.

“Macam orang gila yang baru keluar hospital sakit jiwa betul lah mamat ni. Baru tiga hari aku hidup dengan dia, aku rasa dah huru-hara betul hidup aku dibuatnya. Kalau lima puluh tahun lagi macam mana lah agaknya? Mengarut betul perangai dia tu. Tak faham aku, aku rasalah banyak wayar putus dalam kepala dia tu sebab tu perangai macam budak-budak nakal sekolah rendah. Suka sangat mengusik orang.” Aku mengomel sendiri.

“Aku dengar kau kutuk aku. Tak baik mengata suami sendiri, berdosa tau. Kau nak aku keluar dari bilik air sekarang ke?” Izzaz tiba-tiba menyahut dari dalam bilik air.

“Tak nak!” Teriakku dan aku terus menyelubungkan badanku ke dalam selimut tebal.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

“Tak boleh. Saya tidur atas katil. Awak tidur atas sofa sana.” Aku melawan tidak mahu mengalah sambil selimut itu tidak mahu aku lepaskan.

“Tapi sofa tu sempit. Aku penat lah Maya, bagi lah aku tidur sebelah kau.” Izzaz mula merengek macam budak kecil.

“Awak jangan nak manja dengan saya. Turun sekarang.” Arahku.

“Tak nak!” Izzaz membentak.

“Okay, tak apa kalau awak tak nak. Saya juga tak nak mengalah.” Aku membalas dan terus baring di atas katil dan tidak memberinya ruang untuk baring di sebelahku.

“Tepi sikit Maya, aku nak baring ni.” Izzaz masih tidak mahu mengalah dari terus menarik selimut dari tanganku itu.

“Tak boleh. Awak tidur bawah.” Balasku.

“Kalau kau tak nak bagi aku tidur sebelah kau, kau tidur kat sofa tu.” Ujar Izzaz.

“Saya pulak. Mana boleh, saya cop katil ni dulu lah.” Aku masih tidak bergerak.

“Nampaknya kau yang mulakan perang dunia pertama ni. Bersiap sedialah! Hahahaha.” Izzaz terus merentap selimut di tanganku yang terus membuatkan aku terjatuh dari katil ke atas lantai.

------------------------------------------------------------------------------------------------

“Kau nak mengalah ke tak?” Izzaz naik semula ke atas katil dan turut menarik selimut yang menggulung badanku untuk menutupi tubuhnya.

“Arrghh....sesak saya tak boleh bernafas lah!” Aku memarahinya.

“Tak kira aku nak jugak katil ni malam ni!” Izzaz tidak mahu mengalah.

Turun naik nafasku dibuatnya. Rasa penat bagaikan berlari 100 meter saja ibaratnya. Aku memandang Izzaz yang turut baring di sebelahku. Kami berdua rupa-rupanya telah bergulung di dalam selimut yang sama ketika kami bergelut berebutkan katil tadi.

“Saya dah tak larat nak melawan awak lagi.” Kataku sambil termegah-mengah.

“Aku pun dah tak larat nak usik kau lagi. Aku mengantuk sangat ni Maya. Kita tidur aje lah.” Balas Izzaz yang mungkin juga sudah kepenatan.

Aku membuka mataku. Aku terkedu kerana rupa-rupanya kami berdua hanya dipisahkan hanya beberapa inci sahaja. Izzaz sedang merenung wajahku lama tanpa berkelip. Aku terus membalas pandangan matanya itu dan lama-kelamaan mataku terasa semakin layu dan aku tidak sedar entah bila aku mula tertidur. Begitu juga dengan Izzaz. Malam itu kami berdua dapat tidur nyenyak hanya selepas berperang berebut katil terlebih dahulu. Esok entah perang ke dunia berapa lah pulak agaknya akan berlangsung di antara aku dan Izzaz.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.