Bab
4“Beb, engkau ada idea tak macam mana
kita nak expand bisnes kita ni? Aku
nak butik kita ni terkenal dengan trend
fesyen terkini. Dapat sambutan dari dalam dan luar negara gitu.....Kalau pasal
promosi di media sosial, aku rasa kita dah buat semua tu. Facebook, website, twitter, instagram semua kita ada. Tapi aku
rasa, kita kena buat lebih lagi,” tanya Ellyssa sambil bersandar di kerusi
kulit di dalam pejabat mereka. Sebelah tangannya masih memegang pen kilometrico
berwarna hitam yang digunakan untuk mencatit nota semasa berbual di telefon dengan tuanpunya kedai
pembekal kain sebentar tadi.
“Apa kata kita buat macam artis
Yanna Suri tu? Lebarkan jenama dia di peringkat antarabangsa dengan menyertai event-event antarabangsa. Yanna Suri
buat fashion showkat New York hari
tu. Aku rasa jenama kita pun tak kurang hebatnya,” cadang Sarina. Wajah Ellyssa
dipandangnya tajam untuk mendapatkan tindak balas positif. Sarina membetulkan
duduknya. Kain baju kurung yang hampir terangkat hingga menampakkan betisnya
cepat-cepat dibetulkan.
Oleh kerana hari ini hari Jumaat,
Sarina lebih selesa mengenakan baju kurung biasa dari material kain Japanese
Cotton yang dibeli secara online. Shawl
nipis dari kain chiffon berwarna biru dan pink sangat menyerlahkan keayuan
wajahnya yang bujur sireh.
Sarina memang kagum dengan usaha
Yanna Suri demi untuk mengembangkan perniagaan fesyennya sehingga mendapat
pengiktirafan antarabangsa. Jika dibandingkan dengan produk mereka, tidak
kurang juga hebatnya kerana mereka memasarkan trend-trend fesyen terkini yang
menjadi kegilaan anak-anak muda tetapi lebih kepada high class fashion. Selain
itu mereka juga mensasarkan golongan elit yang mana mereka menjual
pakain-pakaian eksklusif yang sesuai digayakan di majlis-majlis keraian yang
mewah. Setakat ini butik mereka mendapat sambutan yang menggalakkan dan banyak
ulasan positif yang mereka terima dari pelanggan-pelanggan yang pernah membeli
pakaian dari butik mereka.
“Selain dari fesyen untuk high class customer, apa kata kalau kita
pelbagaikan fesyen kita yang mampu dibeli oleh semua golongan. Walaupun pakaian
tu murah atau tak lah elegan sangat, tapi still cantik and fashionable kalau pandai digayakan. Yup, I think that’s our new idea.” Tiba-tiba sahaja Ellyssa mendapat
satu cadangan yang dirasakannya sangat baik untuk perniagaan mereka di masa
hadapan. Senyuman lebar terukir di bibirnya yang comel. Matanya bulat bersinar
memandang Sarina. Memang begitulah reaksinya apabila dia mendapat sesuatu idea
yang disukai.
“Aku setuju 200%. Memang brilliant lah idea kau Ell tak macam
otak aku yang dah beku sejak lepas sekolah ni,” sokong Sarina dengan senyuman
lebar.
“Hehehe.....kita kan business person. Kena lah selalu
berfikir out of the box dan jauh ke
hadapan. Macam Wawasan 2020 tu lah,” jawab Ellyssa. Terbit juga rasa bangga
dalam dirinya apabila dipuji begitu.
“Okey, nanti aku akan buat sketch dan drawing untuk fesyen terbaru kita. Dah siap nanti kita bincang
semua aspek especially materialdan production.” Sarina yang cukup faham tugasnya cekap sahaja
mengaturkan perancangan mereka untuk produk terbaru tersebut. Memang itulah
kekuatan butik mereka. Selalunya Ellyssa akan menyumbangkan idea dan
pandangannya mengenai fesyen dan selepas itu Sarina pula akan mengambil alih
tugasan dengan membuat lakaran fesyen. Seterusnya mereka berdua akan bekerja
bersama untuk menentukan jenis fabrik yang akan digunakan.
“Tu sebab aku sayang pada engkau tau
beb. Engkau tahu je apa nak buat. Tak payah aku cakap pun,” puji Ellyssa.
“See
the leg lah….,” jawab Sarina dalam nada gurauan. Baginya apa yang
dilakukan adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
“Aahh….leg yang penuh cop 20 sen kan…,” jawab Ellyssa kemudian dia ketawa
kuat apabila Sarina bulat mata memandangnya.
“Tolong sikit ye. Kaki aku gebu
jek,” jawab Sarina, tersengeh-sengeh dan sempat lagi menyelak kain baju
kurungnya. Tetapi sekejap sahaja dia dapat melawan usikan Ellyssa kerana dia terus
keluar dari bilik apabila dari cermin pejabat dia dapat melihat ada dua orang
pelanggan baru masuk ke butik mereka. Sebagai sebuah perniagaan yang bukan
sahaja mementingkan kualiti produk keluaran mereka, tetapi mereka berdua juga
akan cuba dengan sebaiknya memberikan layanan dan perkhidmatan yang terbaik
buat semua pelanggan mereka.
Ellyssa tiba-tiba pula teringat
bahawa dia ada temujanji dengan seorang kawan yang telah lama menyepi diri.
Apabila menerima panggilan telefon daripada Fakhrul malam tadi, dia rasa macam
bermimpi sahaja lebih-lebih lagi dia memang sudah tidur lena pada waktu itu.
“Beb, aku keluar kejap. Nak jumpa
kawan. Dalam masa satu jam macam tu aku balik.” Sempat Ellyssa berpesan pada
Sarina yang berada di kaunter bayaran sebelum dia keluar.
“Okey...hati-hati,” jawab Sarina.
“Eh Ell…nak pergi naik apa tu? Nak
aku hantarkan ke?” Setelah teringat sesuatu Sarina menjerit ke arah Ell yang
sudah mula melangkah.
“Aku dah call cab tadi. Dah sampai pun kat bawah. See you…,” jawab Ellyssa kemudian melambai pendek ke arah Sarina.
Skirt ketat berwarna hitam paras lutut jelas menampakkan tubuh badannya yang
langsing.
Sarina terus menyambung kerjanya. Ira yang
merupakan pembantu butik mereka sejak sebulan yang lepas sedang melayan
pelanggan yang ingin bertanya lebih lanjut mengenai pakaian di butik mereka.
Setakat ini mereka berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh Ira. Sarina
teringat perbualan mereka semasa menemuduga Ira sebulan yang lepas.
“Kenapa Cik Manira berminat nak
bekerja di butik ni,” tanya Ellyssa. Sarina juga turut berada di sebelahnya.
Ira hadir pada hari ini disebabkan
butik mereka yang telah beroperasi selama dua bulan memerlukan pembantu akibat bilangan pelanggan
yang semakin bertambah. Selain itu dengan adanya pembantu di butik, Ellyssa
boleh menumpukan perhatiannya kepada bidang pemasaran dan promosi. Apabila dia
keluar, sekurang-kurangnya Sarina tidak rasa tertekan untuk menguruskan semua
urusan butik seorang diri.
“Saya memang minat dalam bidang
fesyen. Saya adalah pelajar lepasan diploma senireka fesyen dari UITM Shah
Alam. Jadi saya ingin mencari pekerjaan yang sangat menepati kehendak jiwa
saya,” jawab Manira dengan perasaan
gemuruh kerana ini adalah temuduga pertamanya sejak tamat belajar.
“Manira tak kisah ke dengan gaji
permulaan yang kami tawarkan? Tak lah banyak untuk permulaan. Kalau Manira
dapat kerja ni, kami kena letakkan Manira dalam pengawasan dulu selama 3 bulan.
Kalau ok, kami akan pertimbangkan semula gaji Manira,” jelas Ellyssa menegenai
terma dan syarat yang ditetapkan.
“Saya tak kisah cik Ellyssa. Yang
penting saya dapat belajar berkenaan fesyen dan mempraktikkan apa yang saya dah
belajar selama ini,” jawab Manira lagi. Sesungguhnya dia sangat perlukan
pekerjaan ini untuk menampung kehidupannya di Kuala Lumpur. Selepas belajar hampir tiga tahun, dia ingin
menambahkan ilmunya dalam bidang fesyen supaya apa yang dipelajarinya dapat
dipraktikkan. Sekiranya dia pulang ke kampung pasti pilihan yang ada untuknya
adalah sangat terhad memandangkan kampungnya adalah jauh di pendalaman.
Ellyssa menoleh ke arah Sarina di
sebelahnya. Sarina mengangguk memberikan lampu hijau. Memang sebelum mereka memanggil
Manira untuk datang temuduga mereka telah membuat tapisan terlebih dahulu pada
semua permohonan yang diterima. Ini adalah untuk mengelakkan mereka membuang
masa menemuduga calon-calon yang memang tidak sesuai langsung dengan kehendak
mereka. Selain daripada mempunyai
latarbelakang pendidikan yang bersesuaian dalam bidang fesyen, paras rupa dan
keterampilan juga amat penting bagi mereka. Walau tidak secantik peragawati,
cukuplah jika calon tersebut seorang yang kemas, sedap mata memandang dan penyabar.
“Kalau kami terima Manira bekerja,
bila agaknya Manira boleh mula? Sebab kami nak pakai pekerja dalam masa yang
terdekat,” tanya Sarina pula.
“Bila-bila sahaja yang cik mahu saya
boleh mula sebab saya memang tak ada kerja sekarang ni,” jawab Manira.
“Baiklah. Kalau macam tu Manira mula
kerja hari Isnin depan,” maklum Ellyssa.
“Maknanya saya dapat la kerja ni ya
Cik Ellyssa?” tanya Manira inginkan kepastian.
Ellyssa dan Sarina mengangguk dengan
senyuman. “Tahniah” ujar mereka.
Senyuman semakin lebar di bibir
Manira. Dia benar-benar tidak sangka rezeki berpihak kepadanya kali ini. Demi
sebuah pengalaman, dia tidak kisah dengan gaji pertama yang bakal diterimanya.
Apa yang penting, dia dapat merealisasikan impiannya untuk berkecimpung dalam
perniagaan fesyen pakaian yang memang dipelajarinya di university dulu.
“Terima kasih banyak-banyak cik.
Saya janji akan bekerja dengan baik dan tak akan hampakan cik,” janji Manira
sebelum dia bangun bersalaman dengan Ellyssa dan Sarina.
“Sweet
je kan Manira tu. Anak kampung….sopan je. Pakaian pun baju kurung je,” puji
Sarina.
“Anak kampung je ke yang bersopan?
Habis tu anak orang bandar macam aku ni macam mana pulak?” Tanya Ellyssa
sengaja mengusik.
“Eh! Terasa pulak?” jawab Sarina
kemudian ketawa mengejek Ellyssa.
“Ye la…kau punya ayat tu bias tau,” balas Ellyssa.
“Habis tu macammana aku nak cakap
kau bersopan kalau baju kurung pun kau tak pernah pakai? Asyik-asyik seluar
ketat, asyik-asyik skirt pendek,” sindir Sarina lagi. Akibatnya…satu cubitan
halus yang memeritkan singgah di lengannya.
“Adooiiii Ell. Bisa sungguh la.
Nasib baik kau boss, kalau tak aku dah luku kepala kau,” jerit Sarina dan
disambut dengan ketawa besar dari Ellyssa.
“Padan muka…suka hati je kau perli
aku kan. Nasib baiklah aku dah declare
kau ni kawan aku dunia akhirat. Kalau tak notis berhenti kerja right now tau,” balas Ellyssa lagi.
Sarina ketawa mengekeh lagi. Terus
dia mengemas segala kertas-kertas yang berselerak di atas meja. Tugas mereka
untuk mencari pembantu kedai Ell Collection sudah selesai. Buat masa ini bagi
mereka, mencukupi sahaja dengan seorang pembantu kedai memandangkan butik
mereka baru sahaja beroperasi. Sebagai peniaga yang baru bermula, mereka tidak
boleh mengambil risiko yang besar dengan membelanjakan begitu banyak wang untuk
perkara-perkara yang kurang perlu buat perniagaan mereka.
Wang tunai yang ada perlu digunakan
dengan sebaiknya kerana adalah biasa di dalam sesebuah perniagaan baru, pasti
mereka memerlukan sumber kewangan yang tersedia di dalam tempoh tiga bulan
pertama untuk membayar gaji pekerja, sewa kedai dan pembelian stok-stok baru
sebelum keuntungan mula masuk ke dalam akaun mereka. Bagi menjamin kewangan
perniagaan mereka adalah terkawal, Ellyssa juga telah melantik juruaudit yang
akan memantau wang keluar masuk syarikat.
Ellyssa juga beruntung kerana
mempunyai ayah yang juga berpengalaman di dalam bidang perniagaan. Oleh itu
banyak juga ilmu yang dikongsi oleh ayahnya berkenaan perniagaan apabila
Ellyssa menyuarakan keinginannya untuk membuka butik ini. Malah modal membuka
perniagaan ini juga diberi oleh Datuk Aziz.