Kuala Lumpur,
Hari ini
Iqmal Hisyam membuang pandangannya ke luar bangunan.
Memorinya sentiasa memutar apa yang berlaku beberapa minggu yang lepas. Seulas
senyuman terpamer pada wajah kacaknya.
Sebenarnya, dia masih buntu memikirkan apa yang telah
menimpa gadis itu. Walaupun puas disoal namun tetap tiada jawapan yang pasti.
Akhirnya dia hanya membiarkan.
Untuk apa digesa jika gadis itu tidak mahu memberitahunya.
Nanti tak fasal-fasal gadis itu lari. Bisik hati kecil Iqmal Hisyam.
Lelaki itu mencapai frame gambar di atas mejanya.
Ditenung wajah Nadia Asyila lama. Senyuman terukir di bbibirnya.
Mengapa aku terlalu menyintai kau?
Dirapatkan gambar itu ke dadanya. Walaupun bertahun dia
mencintai wanita itu, dia tidak pernah membenci Nadia Asyila walaupun berkali
cintanya ditolak.
Dia tidak pernah jemu menagih kasih wanita itu. Hatinya
sentiasa menyeru nama gadis itu. Hanya Nadia Asyila di hatinya. Walaupun
perasaan bersalah masih menghantuinya kerana kelalaiannya suatu ketika dahulu,
dia masih tetap setia dengan cintanya.
Dipejam matanya sambil menyandarkan kepalanya pada sofa.
Mindanya mengimbas kembali apa yang berlaku pada malam yang begitu bermakna
padanya.
Nadia, aku semakin mencintai kau.
Iqmal Hisyam tersentak apabila derinagn telefon yang
bergema menyapa telinganya.
Fazar.
Iqmal Hisyam menjawab panggilan itu dengan tidak sepenuh
hati. Perbuatan Fazar Azameer kepada Nadia Asyila menujah-nujah memorinya.
“ Syam sorry ganggu kau. Busy ke?”
Telinga lelaki itu menangkap bicara di hujung talian.
“ Tak adalah. Apa hal call aku? dah dekat sebulan
menyepi.”
“ Kepala aku baru je ringan sikit. Company ada masalah
sikit. Tapi dah settle dah. Lama tak jumpa. Jom keluar minum. Malam ni. Tempat
biasa. Ada masalah?”
Lelaki itu memberi cadangan. Iqmal Hisyam terus
bersetuju.
Entah apa yang merasuknya untuk terus bersetuju. Tapi,
itulah kata hatinya pada saat ini.
*****************************************************************
Tepat jam 9.00 malam, Iqmal Hisyam memasuki parking
restoran Ashman seperti yang dijanjikan.
Apabila kakinya mencecah lantai restoran itu, Fazar
Azameer sudahpun menunggu dengan lambaian. Pantas lelaki itu memanjangkan
langkah ke arah kawannya.
“ Sorry late.”
“ No hal. Aku pun baru je sampai.”
Mereka memesan makanan dan minuman untuk beberapa
ketika.
“ Em, apa cerita tentang syarikat kau?”
Iqmal Hisyam memain-mainkan kunci kereta di tangannya.
“ Proposal syarikat kena curi. Tapi dah settle dah. Apa
yang buat aku bengang, bukan orang lain yang buat kerja tu. Si Basri. Aku tak
sangka langsung yang dia berani buat hal. Selama kat kedah, dia tak ada la
pulak buat kerja bodoh macam ni.”
“ Kau pun tahu kan yang dah dua tahun dia jadi pengurus
syarikat kat cawangan di kedah.” Lelaki itu berhenti seketika.
“ Dan aku harap, kau tak terperanjat bila aku beritahu
orang yang tolong selesaikan kes aku ni.”
“ Kenapa? Ada kaitan dengan aku ke?”
Lelaki itu langsung tidak menunjukkan minat.
“ Nadia.”
Sebaris nama itu disebut Fazar Azameer. Air yang baru
sahaja diteguk oleh Iqmal Hisyam tersembur keluar.
“ Tak sangka pulak yang reaksi kau macam tu sekali.”
Fazar Azameer berkata mengejek. Iqmal Hisyam malu
sendiri.
“ Kenapa kau tak pernah sebut tentang perkara ni pada
aku? kenapa dia terlibat sama? Sejak bila kau jumpa dia?”
Fazar Azameer menguk air di hadapannya. Sengaja
membiarkan lelaki itu ternanti-nanti.
“ Dia inspektor polis sekarang. Secara kebetulan dia
yang handle kes company aku. Masa tu lah aku jumpa dia. Secara kebetulan je.
Apa kata hati kau sekarang? Masih cintakan dia?”
Baru Iqmal Hisyam sedar yang dia tidak berpijak pada
kerjaya Nadia Asyila sebentar tadi.
“ Kau? Masih bencikan dia?”
Persoalan Fazar Azameer turut dibalas dengan persoalan.
Fazar Azameer mendengus kasar. Apa yang ditakuti oleh Iqmal Hisyam telah
terselit dalam takdirnya kini. Sudah terjadi pertemuan antara Fazar zameer dan
Nadia Asyila.
“ Aku minta maaf kalau hati kau masih pada dia. Tapi
jujur aku cakap yang aku masih bencikan dia. Tak pernah padam.”
Iqmal Hisyam menundukkan wajahnya dan memandang lantai
restoran.
Sejak dari dulu sampai sekarang, dirinya masih tersepit
di antara kawan yang disayangi dan wanita yang dicintai. Kedua-duanya mempunyai
makna yang membantu menyempurnakan kehidupannya.
Sebab itulah, selama ini dia hanya berdiam diri tentang
Nadia Asyila yang sudah lama berada di depan matanya. Fazar Azameer tidak
pernah tahu yang dirinya dengan wanita itu masih berhubung.
Dia juga tidak mahu lelaki itu terus menyakiti hati
insan yang dicintainya. Dia tidak sanggup untuk melihat air mata wanita itu
tumpah kerana sahabat yang disayanginya membenci wanita itu.
Pertanyaan Nadia Asyila tentang Fazar Azameer juga
diberi kata yang memilukan wanita itu. Walaupun dia sentiasa berhubung dengan
Fazar Azameer yang telah mempunyai Syarikat di Pulau Pinang, Kedah dan sekarang
membuka cawangannya di Kuala Lumpur, dia tidak pernah menyuarakan kepada Nadia
Asyila tentang perkhabaran lelaki itu. Terus dibiarkannya sepi.
Dia tahu yang dia sebenarnya mampu keluar dari ruang
yang membuatkan dirinya tersepit. Dia mampu untuk membuang rasa benci Fazar
Azameer terhadap Nadia Asyila. Dia mengetahui segala-galanya tentang
perancangan Fasha. Namun, hatinya berkeras untuk terus merahsiakan kebenaran
itu.
Dia bimbang jika dia menyuarakan hal yang sebenarnya
terhadap Fazar Azameer, lelaki itu akan berhenti mencintai Fasha dan dia
bimbang untuk memikirkan kemungkinana lelaki itu akan mengalihkan cintanya
kepada Nadia Asyila.
Tidak! Dia tidak akan sekali-kali membiarkan perkara itu
terjadi. Dia tidak akan merelakannya. Selagi hatinya tidak menjadi milik Nadia
Asyila, dan selagi dia belum dapat memiliki wanita itu sepenuhnya, dia
sekali-kali tidak akan membocorkan kebenaran itu.
“ Berapa lama dia handle kes ni?”
“ Tak lama sangat pun. Dalam sebulan lebih.”
“ Selalu ke kau jumpa dengan dia?”
“ Tak adalah selalu sangat pun. Nak tengok muka dia pun
aku rasa malas. Sorrylah kawan. Aku tak boleh nak tengok muka dia. Apa yang dia
lakukan pada aku dulu masih terkesan kemas kat hati ini.”
“ Kau tu yang tak pandai nak mengawal perasaan”
“ Senang je kau cakap. Kalau kau kat tempat aku, tahulah
kau macam mana rasanya seperti apa yang aku rasa. Kau cintakan dia sangat kan?
Cuba kau bayangkan yang satu hari nanti kau betul-betul akan kehilangan dia.
Tapi…kau dengan dia tak pernah bercinta pun kan? Susah untuk aku nak terangkan
pada kau.”
“ Perasaan ni sama jer Fazar. Allah anugerahkan benda
yang sama pada kita. Sejauh mana kita mencintai sseorang, itu saja yang menjadi
bezanya. Aku cuba untuk tidak bertindak melulu sama seperti kau.”
Iqmal Hisyam senyum sinis dan menjeling kepada kawannya.
Lelaki itu juga turut sama tersenyum. Masing-masing memahami percakapan yang dianggap
tidak serius.
“ Entahlah Syam. Aku ni masih meletakkan rasa bersalah
tu pada Nadia. Kerana dialah Fasha hilang sampai sekarang. Aku langsung tak
dapat nak menjejaki dia.”
“ Mungkin ada hikmah yang tersembunyi yang Allah nak
tunjukkan pada kau.”
“ What do you mean?”
Fazar Azameer bertanya pelik. Kedua-dua keningnya juga
hamper bercantum. Seakan ada maksud tersirat yang mahu disampaikan oleh
kawannya itu.
“ Tak ada apa pun. Aku hanya tuturkan ayat yang selalu
orang pakai. Kata orang, pasti ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.”
“ Emm macam-macam lah kau ni Syam. Aku ingatkan ada
apa-apa yang kau nak beritahu aku tadi.”
Iqmal Hisyam mengangkat bahunya dan menggeleng. Diangkat
gelas yang mengandungi jus tembikai menyentuh bibirnya.
“ Hmm ada kau jumpa Nadia? Kalau kau nak nombor
handphone dia aku boleh bagi.”
“ Kau simpan nombor phone dia?”
“ Manalah tahu kau nak. Lepas aku bagi kau aku delete
la. Tak ingin aku nak simpan nombor minah tu.”
“ Kau ni kalau cakap berlembut sikit kan elok. Tak ada
orang yang akan sakit hati.”
“ Kau sakit hati dengan aku ke?”
“ Tak ada lah. Aku cuma cakap jer. Nak suruh kau
berfikir secara matang sikit.” Fazar Azameer ketawa kuat. Lucu dengan apa yang
dituturkan oleh sahabat baiknya itu.
“ Aku dah cukup matang Syam. Cuma dengan Nadia aku tak
boleh nak jadi matang. Selamanya aku kena menjadi kebudakkan.”
“ Malas aku nak bertekak dengan kau. Kalau aku cakap pun
bukannya kau nak faham. Suatu hari nanti kau akan faham dengan sendiri.”
“ Okeylah kawan. We change our topic. Malas dah aku nak cakap
tentang minah tu. Buat sakit hati aku jer. Nanti hati kau pun jadi sakit bila
aku cakap yang tak berapa nak elok fasal minah tu.”
Iqmal Hisyam menggeleng-gelengkan kepalanya. Memang
Fazar Azameer masih kebudak-budakkan. Dia pun malas mahu berbicara soal lepas
yang masih menjadi duri di hati lelaki itu.
“ Habis kau nak dakwa Basri?”
Dia bersuara setelah lama membisu. Membiarkan fikirannya
melayang dengan kata hatinya.
Senyuman Fazar Azameer semakin lebar apabila menyedari
lelaki itu ingin keluar dari topik yang dibicarakan. Nampaknya ajakannya bukan
ajakan kosong.
“ Emm. Aku tetap akan dakwa dia. Dia yang sengaja cari
masalah. Lagipun benda ni dah jadi kes polis. Orang macam dia, kita kena beri
pengajaran. Tak boleh nak lepaskan macam tu je. Tauke balak pun boleh bankrap.”
Iqmal Hisyam mengangguk-anggukkan kepalanya. Bersetuju
dengan apa yang diperkatakan oleh kawannya. Kunyahan di mulutnya diteruskan.
“ Kau ada jumpa Nadia?”
Fazar Azameer masih mahu menimbulkan persoalan tentang wanita
itu. Sekali lagi hati lelakinya mahu memperkatakan tentang wanita itu.
“ Dunia ni kecil je Fazar.”
Itu jawapan yang dirasakannya tepat. Terserahlah kepada
lelaki itu untuk menafsirkannya sendiri.
“ Mungkin betul kata kau. Tapi, aku tak pernah berdoa
untuk dipertemukan kembali dengan dia. Aku benci bila pandang muka perempuan
tu. Kalau boleh, aku dah tak nak ingat kenangan silam yang menyakitkan hati
aku. Tapi sekarang, dia muncul semula dan membangkitkan segalanya.”
“ Jiwa aku terseksa Syam. Hati aku seringkali menidakkan
kebaikan dia sebelum diari dia jatuh ke tangan aku.”
Dipandang setiap gelagat insan yang berada di ruang luar
restoran.
“ Tak boleh ke kau berhenti membenci dia?”
“ Mustahil Syam.”
Fazar Azameer menyedut jus tembikai hingga ke titisan
yang terakhir. Iqmal Hisyam hanya mampu mengeluh.