Home Novel Cinta Harapan Kasih @ Aku Tunggu Dia
Bab 35

Nadia Asyila memandang tepat ke arah insan yang duduk di bangku panjang yang berada di hujung bangunan hospital. Entah apa agaknya yang berada di fikiran lelaki itu sekarang. Langkahnya perlahan-lahan melangkah untuk mendekati.

“ Nadia, hati-hati.”

Senyuman dilemparkan kepada Fazar Azameer yang membawanya ke tempat itu. Tempat yang langsung tidak pernah mahu dijejaki dalam seumur hidupnya. Tetapi sekarang dia sedar yang masa depannya akan bermula di rumah itu. Insan yang akan memberinya kebahagiaan ditakdirkan menjadi penghuni di tempat itu.

Langkah kembali diatur. Geraknya diiringi oleh doktor yang merawat lelaki itu. Tahap mental yang tidak lagi sewaras dulu.

Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di sisi Iqmal Hisyam. Renungannya tepat ke wajah itu. Iqmal Hisyam hanya memandang sesuatu di depannya. Sesuatu yang mungkin dia sendiri tidak tahu. Mungkin alamnya bukan lagi di alam realiti yang jasadnya berada sekarang. Tidak mengendahkan jasad yang berada di sebelahnya kini.

Air mata Nadia Asyila hadir. Lelaki di hadapannya kini tidak lagi sekemas dulu. Sekarang keadaannya tidak terurus. Rambut panjang mengurai hampir mencecah bahu. Rerambut memenuhi muka. Seakan sudah bertukar rupa. Nadia asyila tersedu. Esakannya mula kedengaran.

Iqmal Hisyam memandang perlahan wajah insan yang menumpang di bangku sama dengannya. Kelihatan sedikit kerut di keningnya. Tangannya perlahan-lahan diangkat.

Cuba menyapu cecair yang mengalir keluar dari wajah di sebelahnya. Semakin dekat tangan itu menghampiri. Akhirnya titisan cecair itu disapu lembut.

Air jernih yang mengalir keluar dari mata kuyu Nadia Asyila semakin laju. Sapuan lembut tangan Iqmal Hisyam terhenti. Seakan bingung apabila semakin cuba disapu semakin laju yang keluar. Akhirnya tangannya diturunkan ke sisi.

Dia memandang ke hadapan .malas mahu menghiraukan insan di sebelahnya.

“ Nadia.”

Nadia Asyila tersentak apabila namanya meniti di bibir lelaki itu. Dipandang raut wajah yang kusut di hadapannya. Nadia sedar kini yang Iqmal Hisyam sendiri mungkin tidak menyedari nama yang terluah di bibirnya.

“ Syam”

Bicara serak basah itu dihembus angin lalu. Seakan langsung tidak menyinggah dan memberi apa-apa makna buat lelaki itu.

“ Syam ni Nadia. Syam ingat tak? Syam cintakan Nadia. Syam tak mahu kehilangan Nadia. Syam tak boleh hidup tanpa Nadia. Syam ingat tak?”

“Syam selalu rindukan Nadia. Syam selalu sebut nama Nadia. Sekarang Nadia hadir untuk Syam. Untuk selamanya bersama Syam. Nadia akan bantu untuk kembalikan ingatan Syam.”

Tangan Iqmal Hisyam dibawa ke wajahnya. Meyakinkan lelaki itu. Cuba membantu untuk mengembalikan ingatannya.

“ Nadia.”

Iqmal Hisyam bersuara lembut. Tangannya digerakkan perlahan menyentuh lembut wajah wanita di hadapannya.

“ Ya Syam. Ni Nadia. Syam ingat?”

Tangisan Nadia Asyila semakin laju. Tanpa diduga, Iqmal Hisyam menarik tangannya kasar. Dia bingkas berdiri dan berlalu dari situ. Sambil bibirnya berulang kali menyebut nama Nadia.

Nadia Asyila turut sama berdiri. Kaget dengan apa yang berlaku. Langkahnya ingin diatur mendekati Iqmal Hisyam yang semakin menjauh. Namun dihalang oleh doktor yang sedang memandang dari tadi.

“ Jangan paksa dia. Kita perlu bertenang untuk menghadapi saat-saat yang sebegini. Dia memang terlalu rindukan you. Dia hanya mahu hidup dalam dunia yang hanya ada you. Tapi, sekarang, otaknya tidak dapat mengawal segala apa yang dilakukannya. Walaupun bibirnya sentiasa menyebut nama you tetapi dia sudah tidak dapat untuk mengenali you.”

“ Kemungkinan juga berisiko dan berbahaya untuk you jika menyebut nama Nadia di hadapannya lagi. Padanya, hanya dia yang berhak untuk menyebut nama itu. Di alam yang diciptanya sendiri, dia hanya ada Nadia dan dia tak mahu ada yang cuba merampasnya. Segalanya perlukan masa. Bersabarlah.”

“ Kenapa sampai macam ni keadaannya doktor? Kenapa dia langsung tak dapat mengenali saya?”

“ Segalanya perlukan masa Nadia. Kita cuba ikhtiar dan cari jalan yang terbaik. I percaya yang keadaannya bukan untuk selamanya. Dia Cuma terlalu tertekan sehingga dia tidak dapat mengawal fikirannya. Segala masalah akan ada penyelesaiannya.”

“ Tapi saya tak yakin yang saya akan berjaya mengahadapi semua ini doktor.”

“ Jangan cepat menyerah Nadia. Ingat yang you hidup untuk dirinya. Bantulah dia untuk sama-sama menghadapi dugaan ini. Sedarkan dirinya yang dia juga mahu hidup untuk you.”

“ Kalaulah saya boleh undurkan masa. Saya tak mahu ada selitan takdir yang sebegini untuk kami.”

“ Jangan cepat melatah. Yakinlah yang masa yang akan datang adalah kesenangan untuk kamu. Hanya menunggu untuk kamu. Capailah ia. Hanya berusaha untuk memulihkan dirinya. Berdoalah dan berusaha. Ramai yang akan menyokong you. Percayalah!”

“ Betul Nadia. Ramai yang akan memberi awak sokongan.”

Suara Fazar Azameer di belakangnya menyapa lembut.

Nadia Asyila kembali melabuhkan duduknya di bangku. Air matanya tetap setia. Pandangannya yang kabur kembali melihat ke arah di mana Iqmal Hisyam berdiri. Lelaki itu menyepak-nyepak tanah yang berada di kakinya. Terus berada di dalam dunianya sendiri.

“Dia akan pulih. Percayalah. Dia cuma perlukan masa. Selalu biarkan diri you berada di hadapannya dan selalu imbau kenangan. Buat perlahan-lahan. InsyaAllah takdir akan menyebelahi you all. Untuk satu kebahagiaan yang kamu berdua inginkan.”

Doktor muda itu menepuk perlahan bahu Nadia Asyila. Memberikan harapan dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Doanya terus bersinar untuk pencinta yang setia itu. Harapannya semoga mereka tabah untuk menghadapi segala dugaan yang disuratkan ilahi.

“ Saya akan pastikan yang kesulitan ini akan ada penyudah. Saya mahukan kebahagiaan kekal untuk kami. Tiada lagi rasa kecewa yang menggunung seperti ini. Saya mahukan yang terbaik untuk kami. Saya akan pastikan.”

Tekad Nadia Asyila. Lebih kepada dirinya sendiri.

Previous: Bab 34
Next: Bab 36

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah