Januari 2007
Semua para pelatih buru-buru menaiki
bas untuk balik semula ke kem. Nadia Asyila mengatur langkah untuk mendekati
abang askar yang ‘ berhutang’ dengannya.
“ Nadia, kau nak pergi mana?”
Radlina sedikit menjerit.
“ Kejap! Tunggu aku.”
Zue, Radlina, Siey dan Suhaila hanya
memerhati gerak langkah Nadia Asyila.
“Abang.”
Nadia Asyila memanggil lunak insan yang
melemparkan batu kepadanya.
“ Kenapa?”
Lelaki itu turut sama melunakkan suara.
Sebenarnya lelaki itu sedikit terperanjat apabila dia berpusing tadi. Dilihat
wajah Nadia Asyila. Gadis yang berani mempermainkannya.
“ Saya dah nak balik kem. Jadi, saya
nak minta maaf dengan apa yang bakal saya lakukan.”
Gadis itu berkata.
“ Bakal lakukan?”
Lelaki itu menyoal kembali. Tidak
memahami apa yang baru diucapkan gadis itu.
“ Ini.”
Bersama kata-kata itu, Nadia Asyila
memijak kaki lelaki itu kuat. Dia terus berlari dengan gelak ketawa sambil
mendaki tangga bas. Kawan-kawannya tercengang dengan apa yang dilakukan oleh
gadis itu.
Berani betul minah ni.
Kesemua mereka berkata di dalam hati.
Lelaki itu mengaduh. Dia mengangkat
kakinya sambil berpusing-pusing.
“ Wow! Dengan spike boot.”
Teman lelaki itu berkata sambil menahan
tawa.
“ Itulah tadi aku dah cakap jangan
baling batu tu tapi kau degil. Sekarang kau tahu yang budak tu lebih degil dari
kau.”
Akma berkata sambil menepuk perlahan
bahu Yusman. Yusman melemparkan pandangan pada Nadia
Asyila di dalam bas yang sedang bergerak. Dilihatnya gadis itu sedang melambai
ke arahnya. Seketika kemudian, dia tersenyum dan turut sama membalas lambaian
itu.