Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,220
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 10

“Okey kelas, jangan lupa hantar tugasan kalian esok. Esok adalah hari terakhir untuk kalian hantar semua tugasan kerana mulai lusa, saya akan mula cuti bersalin,” kata Puan Seri sambil mengusap perlahan perutnya yang memboyot. Kemudian dia mengemas barangnya dan keluar dari dewan kuliah itu

Riuh sebentar dewan kuliah itu dengan suara palajar yang berbincang mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah itu. Rata-ratanya sudah menyiapkan tugasan itu namun terdapat juga seorang dua pelajar yang masih belum menyiapkannya.

“Nadia, kau dah siapkan tugasan tu?” tanya Laila.

“Dah siap dah. Aku dah hantar pada Puan Seri dari minggu lepas lagi,”

“Cepatnya!”

“Aku siapkan cepat sebab aku nak ulangkaji. Kejap lagi aku ada perbincangan dengan Dara. Kau nak ikut?” tanya Nadia. Namun dia tahu, sejak Dara bertunang dengan Taufiq, Laila agak menjauhkan diri dari gadis itu.

“Tak apalah, aku nak belajar di perpustakaan,” Laila menolak dengan baik. Nadia mengeluh.

“Sampai bila kau nak mengelak dari Dara, Laila? Dah bukan jodoh kau dengan Taufiq, kan?”

“Aku….,” Laila sendiri tidak tahu kenapa dia harus mengelakkan diri daripada Dara.

“Ramai orang tanyakan aku. Kenapa Dara macam ni, kau macam tu. Sedangkan dulu, kamu berdua adalah kawan baik,”

“Aku sendiri tak tahu kenapa aku tak boleh tengok dia. Mungkin bila aku tengok dia, aku akan ingat Taufiq. Aku akan ingat kenangan aku dengan dia. Bila aku ingat semua tu, air mata aku akan mengalir,” luah Laila jujur.

“Mana pergi Laila Luqman yang aku kenal dulu?” tanya Nadia kembali.

“Dah mati kot,” jawab Laila selamba. Nadia mengerutkan dahi.

“Eh, tu Dara dah panggil. Aku ke kafe dulu, kemudian ke perpustakaan. Pergi dulu,” Laila cepat-cepat mengemaskan barang-barangnya. Nadia yang mengerti, meninggalkan Laila dan mendapatkan Dara yang menunggunya di pintu hadapan.

“Sembang apa dengan Laila?” tanya Dara. Sekadar berbasa-basi.

“Tak adalah. Aku tanya kenapa sekarang dia tak rapat dengan kau. Itu aje,”

“Tak payahlah kau tanya soalan macam tu dengan dia lagi, Nadia. Aku rasa lebih baik begini,” Dara meluahkan pendapatnya.

“Kenapa?”

“Sebab bila aku tengok dia, aku akan teringatkan Uda. Aku akan ingat kenangan aku dengan Uda. Jadi lebih baik begini,”

Nadia mengerutkan dahi. “Kamu berdua ni ada kuasa telepati ke apa?”

“Kenapa pulak?”

“Sebab ayat kamu berdua lebih kurang aje,”

“Dah lama kami hidup bersama. Baru-baru ni je bercerai kasih. Heheheeee…..,” Dara ketawa kecil bagi menutup galau di hati.

“Tak payah nak gelak ayu sangat lah Dara oi. Bukannya Taufiq nampak pun,”

Dara gelak lagi.

“Eh, sebut pasal Taufiq kan, Tasya mana? Sejak kita balik dari cuto semester ni, tak nampak dia langsung,”

“Taufiq cakap, dia sambung belajar di Mesir,”

“Mesir?” Nadia membulatkan matanya. “Kau biar betul?”

Dara mengangguk. “Aku pun tak percaya pada mulanya, tapi Umi dia yang bagitahu. Takkan Umi nak bohong pula,”

“Betul juga,” Nadia mengangguk perlahan. “Eh, jom la kita ke perpustakaan,”

“Er, kita belajar di tempat lain, boleh?” Tanya Dara.

“Kat tasik?”

Dara menggeleng.

“Habis tu kat mana lagi, Dara? Kampus kita ni bukannya besar sangat,”

“Kat mana-mana la. Janji bukan kat perpustakaan dan kafe,”

“Kat dalam kereta aku je la macam tu!” Nadia berseloroh. Dara ketawa.

*****

“Seronoknya bila dah konvo ni!” Nadia bersuara riang. Dara hanya tersenyum melihat telatah rakannya yang seorang itu.

“Seronok sangat kenapa?”

“Bila dah habis belajar. Dah boleh kahwin!”

“Eh, kenapa tiba-tiba fikir pasal kahwin ni? Dah ada calon ke?” usik Dara.

“Kalau aku kata ada? Macam mana?” Nadia sengaja menggiat.

“Siapa la yang bertuah sangat dapat kahwin dengan kau ni?”

“Ada la. Nanti-nanti aku kenalkan dia dengan kau,” Nadia angkat-angkat kening.

“Maknanya memang ada la ni?” Dara serkap jarang. Nadia tersengih.

“Aku doakan kau bahagia dengan pilihan kau, Nadia. Jangan lukakan hati dia walaupun sekali,” Dara tersenyum.

“Insya Allah. Aamiin….,” Nadia mengaminkan doa Dara.

“Kau bila pulak nak kahwin dengan Taufiq tu?” tanya Nadia pula.

“Nadia….,” Nadia menoleh seketika apabila mendengar namanya dipanggil. Dan….

“Laila…,”

Dara dan Nadia hanya melihat Laila datang kepadanya.

“Tahniah Nadia, tahniah Dara,”

“Tahniah Laila. Dah habis belajar dah kita. Tak sangka. Cepat betul masa berlalu kan?” balas Nadia lembut. Dara hanya diam membisu.

“Ya. Lepas ni tak jumpa la kita,”

“Kau akan selalu jumpa dengan aku la lepas ni. Aku akan kerja sekitar sini saja,”

“Laila….,”

Laila menoleh. Tersenyum nipis melihat Datin June datang bersama Datin Eryna. Dan anaknya Uda. Dara tunduk melihat kelibat lelaki itu.

“Oh, budak miskin di sini!” Datin June terus menghina. “Akhirnya tamat juga pengajian kau di sini ya? Ingatkan kau berhenti lepas keluar dari rumah aku,”

“Dara masih ada kudrat untuk teruskan hidupnya. Dia ada Allah untuk jaga dia. Dia ada saya untuk jaga dia,” tiba-tiba Taufiq muncul entah dari mana. Dia terus merapati Dara. Uda yang melihat rasa panas hati. Ingin ditumbuk wajah yang berani mendekati Daranya. Namun apakan daya, dia kini menjadi tunangan Laila.

“Eh, kau pun di sini? Kau ke yang kutip perempuan ni?”

“Perempuan ni, tunang saya. Bakal isteri saya. Saya tak izinkan sesiapa pun menghina dia, termasuk Datin,” keras suara Taufiq berkata-kata. Terkedu wanita itu mendengarnya.

“Semudah itu cinta Taufiq berubah arah,” Uda pula bersuara.

“Sesenang Datin berdua musnahkan cinta kami,” Dara membalas lembut. Namun cukup berbisa.

“Bagus juga kan, yang pipit sama dengan pipit. Yang enggang, sama dengan yang enggang,” Datin Eryna bersuara sinis.

“Pipit memang takkan sama dengan enggang. Tapi, kadang-kadang pipit itu lebih mulia dari enggang,” Taufiq membalas geram.

“Dah la tu. Jom pergi,” Nadia menarik-narik Dara supaya pergi dari situ. Dara menurut. Taufiq yang melihat keadaan itu, terus mengekori mereka. Sempat dijeling keluarga Laila dan keluarga Uda yang kelihatan tidak puas hati. Macam budak-budak!

*****

“Kerja di Singapura?” tanya Taufiq. Dia terkejut dengan keputusan Dara.

Dara mengangguk. Dia tunduk memandang lantai.

“Kenapa ke Singapura?”

“Dara rasa Dara tak cukup kuat untuk tengok mereka di atas pelamin. Biarlah Dara yang pergi jauh buat sementara waktu ini,”

“Kalau macam tu, saya pun nak pergi juga la,”

“Kalau awak pergi, siapa nak jaga Ibu? Siapa nak jaga Umi dan Abah?”

“Ibu tak ikut Dara?”

Dara menggelang perlahan. “Ibu mahu di sini. Katanya, ada perkara yang ingin diselesaikannya,”

“Kalau Dara ke Singapura, siapa nak jaga dia?”

“Dara tak tahu. Sebab tu Dara minta tolong dengan awak. Tolong tengokkan Ibu saya nanti,”

“Apa kata kalau Ibu tinggal dengan Umi dan Abah? Umi ada teman nanti. Abah pun bukan selalu di KL,”

Dara mengangguk setuju.

“Bila Dara nak bertolak ke Singapura?”

Dara tersenyum. “Minggu depan,”

*****

“Singapura?” tanya Laila.

Nadia mengangguk. “Dia bekerja di sana,”

“Kenapa jauh sangat?”

“Singapura tu jauh sangat ke? Rasanya macam dekat je. Lain la kalau pergi Paris ke, New York ke…..,”

“Dah mula la mengarut tu,” Laila menggeleng perlahan. Tersenyum dia melihat telatah Nadia.

“Er, Laila….,” panggil Norita dari dalam sebuah bilik di belakang Laila. “Rekaan ni dah siap. Bila pelanggan nak ambil?”

Laila menoleh seketika. “Yang itu, minggu depan dia datang ambil,”

“Boleh pamerkan sekejap tak sementara tu?”

Laila mengangguk perlahan.

“Terima kasih, Laila. Aku akan uruskan yang lain,”

Laila senyum.

“Cantiknya baju tu Laila….,”

“Pelanggan yang tempah. Dah lama tu. Untuk majlis perkahwinan anak dia,”

“Nanti aku kahwin, aku tempah baju di sini je la. Boleh?”

“Boleh. Tapi kau kena tunjukkan aku siapa bakal suami kau,” balas Laila. Nadia hanya tersengih.

“Tapi aku hairan la. Kenapa kau tak ambil alih syarikat arwah papa kau? Sebaliknya, kau ambil alih butik Mama kau pula,”

“Ini untuk sementara waktu. Aku akan ambil alih syarikat tu bila tiba masanya nanti. Buat masa sekarang ni, aku belum bersedia. Biarlah aku ambil alih butik ni dulu untuk ringankan beban Mama aku,”

“Oh…..,” Nadia mengangguk, berpuas hati dengan penjelasan Laila.

“Uda kerja mana sekarang ni?”

“Dia kerja dengan papa dia la, Dato’ Hazmi,”

“Oh, gitu…. Eh, kau tahu Taufiq dah berhenti kerja?”

Laila mengerutkan dahi. Tanda tidak tahu menahu.

“Oh, lupa. Dara bagitahu aku yang Taufiq dah tak kerja di kolej tu lagi. Tapi aku tak tahu dia ke mana sekarang ni. Dia hilang tanpa dikesan,”

“Takkan Dara tak tahu dia ke mana?”

“Dia ada cakap yang Taufiq tak mahu orang lain tahu. Cukuplah hanya orang-orang tertentu yang tahu ke mana dia pergi,”

Laila mengangguk faham.

“Kawan-kawan kita yang lain macam mana?”

“Hurm, ramai yang dah dapat kerja yang bagus. Tapi, ramai juga yang masih menganggur,”

“Persaingan sengit sekarang ni,” ulas Laila. “Kau kerja kat mana sekarang ni, Nadia?”

“Cuba teka,”

“Aku malas la nak teka,”

“Ala kau ni…..,”

“Cakap je la,”

“Aku kerja di syarikat Daddy mertua kau,”

“Daddy Uda? Biar betul?”

Nadia mengangguk. “Dah rezeki aku di situ. Alhamdulilah. Eh, dah nak habis waktu makan ni! Nanti kita cerita lagi yea? Aku balik pejabat dulu. Assalamualaikum,” Nadia bingkas bangun apabila melihat jarum jam menginjak ke angka dua. Laila hanya menghantarnya dengan pandangan mata sehingga ke pintu. Fikirannya melayang mengingati seseorang.

Taufiq, mana awak pergi?

*****

Previous: BAB 9
Next: BAB 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.