Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,220
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 4

Suasana di restoran itu biasa-biasa sahaja. namun auranya yang luar biasa. Mana tidaknya, Uda dan Dara yang datang. Ingin bertemu bakal mertua. Huhuuuuu…..

Uda telan liur. Debar di hati makin kuat dirasakan. Hari ini dia akan bertemu dengan Ibu Midah. Bonda tercinta Dara. Itu yang debar lebih-lebih tu.

Apa yang aku nak borak dengan Ibu Midah ni? Erm, apa khabar? Lepas tu apa? Dah makan? Er, me

stilah belum. Kan kat kedai makan ni….

“Assalamualaikum,” suara Dara mematikan lamunan Uda. Dia menoleh. Dara tersenyum memandang kekasih di hadapannya ini.

“Tak jawab salam, dosa,” Dara mengusik. Uda tersenyum.

“Kenalkan, ni Ibu saya,” Dara memperkenalkan ibunya. Uda senyum. Dia menghulurkan tangannya untuk bersalam. Ibu Midah tersenyum. Dia tertawan dengan perwatakan anak muda di hadapannya ini.

“Apa khabar?” Tanya Ibu Midah. Uda malu-malu. Tadi bukan main nak Tanya khabar, alih-alih Ibu Midah yang Tanya dulu.

“Alhamdulilah sihat, Ibu. Eh, duduklah dulu. Pesan makanan apa yang Ibu dan Dara mahu. Harini biar Uda yang belanja,”

“Susahkan Uda je….,”

“Tak apa la Ibu, rezeki Ibu hari ni. Saya belanja yea,”

Ibu Midah senyum. Dara ikut senyum. Suka hatinya melihat Uda agak diterima oleh ibunya.

“Dah lama kenal dengan Dara?” sengaja Ibu Midah berbasa-basi.

“Sejak dari semester satu lagi, Ibu. Masa tu saya ada program motivasi dengan dia dan kawannya Laila,”

“Oh, program hujung minggu tu ye? Uda pun pergi ke?”

“Ya, masa tu saya jadi sukarelawan. Saya jatuh cinta dengan dia, cinta pandang pertama,” pipi Dara sudah merah-merah. Malu dia apabila Uda mula bercerita detik perkenalan mereka.

“Dara tak pernah cerita pasal hal itu. Dia selalu cerita betapa dia nak sangat nak hantar Ibu ke program macam tu. Dia cakap lagi, dia sekarang tengah kumpul duit nak bayar yuran penyertaan tu. Walaupun mahal, walaupun dia terpaksa berlapar, dia sanggup buat semua tu sebab dia kata dia nak Ibu turut rasa apa yang dia rasa masa dia masuk program tu,”

Dara tunduk. Dia tidak pernah berkongsi hasrat itu dengan sesiapa sahaja, walaupun kepada Laila dan Uda. Dia tidak mahu meraih simpati sesiapa.

Uda pandang Dara. “Aamiin, Ibu. Doakan usaha anak Ibu yang sorang ni menjadi kenyataan. Program tu best sangat Ibu. Ramai anak-anak muda yang berubah lepas pergi program tu,”

“Ye ke? Seronok pulak Ibu dengar. Moga-moga satu hari nanti Ibu dapat rasa apa yang kamu cakapkan tu,”

“Insya Allah. Kalau Ibu nak, saya boleh tolong bayarkan dia punya yuran dulu. Nanti, Dara bayar pada saya balik. Eh, nanti kalau saya dah kahwin nanti tak payah la Dara bayar balik,” cadang Uda.

Dara angkat kepala. Dia tidak setuju dengan cadangan Uda itu.

“Uda….,”

“Ye?”

“Dah-dah. Makanan dah sampai kan? Apa kata kita makan dulu. Nanti kita sambung sembang lagi ek?” Ibu Midah cuba menjernihkan suasana. Ditepuk perlahan paha Dara untuk meredakan kemarahan anak gadisnya itu. Tahu sangat dia dengan perangai Dara yang tidak suka dibantu itu.

“Dah. Jom makan,”

*****

Suasana di kafe riuh –rendah dengan gelagat para pelajar yang ingin menikmati makan tengah hari. Datin June hanya memandang mereka tanpa perasaan.

“Kenapa, mama?” tanya Laila.

“Tak ada tempat lain ke kamu nak temukan mama dengan dia?”

“Mama kan sibuk,” selamba Laila berkata-kata sambil menghirup bihun sup di hadapannya. Langsung tidak dihiraukan wajah Datin June yang berubah riak.

“Mana kawan kamu ni? Mama ada temujanji dengan Datin Eryna kejap lagi,”

Laila mengeluh. “Mama, tak boleh ke mama tunggu sekejap? Dahlah kita susah nak makan bersama sekarang ni, bila kita berjumpa, mama pulak buat macam ni,”

“Kamu kena faham, yang….!”

“Mama ni sibuk. Laila tahu,” Laila membelek telefon bimbitnya. Cuba menghubungi Majnunnya.

“Assalamualaikum. Sorry lambat,” sapa si dia yang muncul tiba-tiba. Termengah-mengah dia bagaikan baru lepas berlari seratus meter. Nafasnya turun naik.

“Awak kena kejar dengan siapa ni sampai berlari-lari?”

Lelaki itu tersenyum. “Saya tak dikejar. Saya mengejar. Saya mengejar cinta hati saya,”

“Siapa?”

“Awak la,”

Laila tersenyum malu.

“Ehem!” Datin June berdehem. Cepat-cepat si dia menghulurkan tangan.

“Assalamualaikum Auntie, saya….!”

“Nama aku, Datin June. Please,”

“Oh, sorry Datin. Maaf sekali lagi sebab saya sedikit lewat,”

“Bagi saya, menepati masa itu amat penting. Kalau selalu lambat macam ni, macam mana awak nak maju?”

“Mama…..,”

“Kamu diam, Laila. Biar mama ajar Majnun kamu ni,” Datin June sudah mula tunjuk belang. Si dia hanya diam membisu.

“Apa mama ni? Cuba bagi dia peluang untuk dia nyatakan sebabnya dia datang lewat ni. Mana pergi tolak ansur mama dalam hal macam ni?”

“Mama kata kamu diam, Laila,”

“Mama….!”

“Tak apa, sayang. Biar Datin June habiskan kata-katanya dulu,” Majnun cepat memotong. Mahu menjernihkan keadaan. “Datin, sila teruskan. Saya akan mendengar,”

Datin June terus tidak jadi membebel apabila melihatkan sikap si dia yang begitu lembut dalam menangani hal-hal sebegini. Sama seperti arwah Luqman. Serta-merta dia teringatkan arwah suaminya.

“Saya ingin memohon maaf sekali lagi pada Datin dan Laila kerana kelewatan saya. Tadi saya sudah siapkan semua kerja saya dan ingin turun ke sini dengan seberapa segera. Tapi masa saya nak turun, lif rosak. Saya tahu, saya sepatutnya hantar mesej pada Laila mengenai kelewatan yang mungkin saya hadapi tapi saya tak mahu menyusahkan dia. Jadi saya berlari turun tangga untuk ke sini. Sekali lagi, saya memohon maaf,”

Panjang lebar jawapan si Majnun. Laila pula, entah mahu senyum, entah mahu kasihan dengan penjelasan lelaki itu. Datin June masih serius seperti tadi.

“Mama….,”

Datin June bangun. “Mama tak mahu lambat jumpa dengan Datin Eryna. Dan kamu….,” Datin June memandang lelaki di hadapannya ini. “Sekurang-kurangnya kamu beritahu Laila, walaupun bukan untuk menyusahkan dia. Setidak-tidaknya saya takkan berfikir yang bukan-bukan pasal awak. Laila, mama pergi dulu,”

Cepat-cepat Laila menyalam tangan Datin June. Belum sempat Laila mengucup tangan ibunya, Datin June sudah menarik tangan itu. Dia terus berlalu dari kafe itu.

Laila pandang Majnunnya. “Maafkan saya, awak,”

“Tak apa, bukan salah awak. Mama awak kan sibuk,”

Laila tersenyum.

*****

Perodua Kelisa yang dipandu Uda bergerak masuk ke pekarangan banglo mewah yang terletak di pinggir Bandar. Dara telan liur. Belum pernah dia ke tempat-tempat begini.

“Uda,”

“Iya?”

“Dara nak sembang apa dengan famili Uda?”

Uda tergelak. Itulah persoalan yang bermain di fikiran semasa ingin bertemi dengan Ibu Midah tidak lama dulu.

“Sembang aje apa-apa yang patut. Famili saya makan nasi, bukan makan orang,”

“Uda ni!”

Uda gelak lagi. Enjin kereta sudah dimatikan. “Jom, masuk,”

Dara angguk. Mereka kemudian keluar dari kereta lalu masuk ke rumah agam itu melalui pintu utama.

“Assalamualaikum….,”

“Waalaikumussalam. Eh, kamu dah sampai, Uda. Masuklah,”

“Mak Nab…,” Uda tunduk menyalam ibu tua itu. “Dara, kenalkan, ini Mak Nab. Dia yang jaga Uda dari kecil,”

Dara tidak tunggu lama. Dia terus menyalam wanita itu. Siap cium dahi. Terkedu Mak Nab dibuatnya. Dia pegang wajah Dara lama. Kemudian dia menghadiahkan ciuman buat gadis itu.

“Oh, dengan dia Mak Nab cium. Dengan saya tak mahu pula,” usik Uda. Lantas Mak Nab mencubit lengan anak muda itu sehinggakan dia menggeliat kesakitan. Tergelak Dara melihat telatah mereka.

“Mummy dengan daddy mana?”

“Diorang dah tunggu kat ruang tamu. Pergilah jumpa diorang,”

“Baik boss!” Uda tabik hormat dengan Mak Nab dan berlari ke ruang tamu. Takut kena cubitan kedua oleh Mak Nab. Sakit ooo!

“Ah, bagus sangat la tu! Berlari segala, sampai kawan pun dia lupa,” Mak Nab mula membebel sambil mengiringi Dara ke ruang tamu. Dara hanya mengikut langkah Mak Nab dan berdiri di sebelah Uda apabila sampai di ruang tamu. Dia melihat sepasang suami isteri duduk di hadapan mereka.

“Mummy, Daddy. Uda kenalkan. Inilah Dara, kawan istimewa Uda,” Dara pandang Uda sekilas. Terkejut sebenarnya dengan perkataan ‘istimewa’ yang diucapkan oleh Uda sebentar tadi. Kemudian dia memandang kedua ibu bapa Uda. Dia melangkah untuk menyalam tangan ibu Dara……

“Dia anak Datuk mana? Tan Sri mana?”

Langkah Dara terhenti.

“Dia….. bukan anak Datuk, Mummy. Cuma anak orang biasa,”

Datin Eryna pandang Dara dari atas ke bawah.

“Belajar lagi?”

Dara angguk. Dia tunduk memandang lantai.

“Mak ayah kerja apa?”

“Ayah saya dah meninggal dunia. Ibu saya….. kerja kat rumah orang,”

“Jadi orang gaji?”

Perlahan Dara mengangguk. Datin Eryna bangun dari duduknya. Dia berpusing mengelilingi Dara yang sudah tidak betah lagi di situ.

“Mummy….,”

“Kamu ingat, kamu tu layak ke kawan dengan anak aku?”

“Mummy!”

“Kamu ingat, kamu tu setaraf ke dengan aku?”

“Mummy, apa ni….,”

“Kamu ingat kamu layak jadi menantu aku?”

“Mummy!”

“Datin,” Dara bersuara tegas. “Saya tahu, saya hanya anak orang gaji. Dan datin adalah orang berada. Kalau diikutkan, saya memang tak layak berkawan dengan Uda. Saya juga dah banyak kali cuba elakkan diri dari rapat dengan Uda. Tapi, saya tak boleh halang Uda nak kawan dengan saya,”

“Kau jangan nak tipu! Kau yang goda anak aku!”

“Tolong beritahu saya, apa faedahnya kalau saya nak tipu Datin,”

“Hergh!” Datin Eryna mendengus sombong. “Macam-macam kau boleh dapat. Kau boleh tinggal kat sini, kau boleh jadi menantu orang kaya, kau boleh….”

“Saya memang boleh dapat semua tu. Tapi itu semua hanya sementara. Kalau saya nak jadi tamak, saya tak akan tamakkan harta dunia. Baik saya kejar harta akhirat,”

“Jangan nak berlagak alim sangat la! Aku tahu siapa kau sebenarnya. Kau memang nak kikis harta aku kan?”

Dara menggeleng. “Saya datang sini untuk berkenalan dengan Datuk dan Datin. Dan saya tak ke sini untuk dihina oleh Datin. Saya minta maaf. Saya balik dulu,”

“Dara! Jangan la balik lagi!” Uda menghalang.

“Uda nak tengok Dara dihina lagi ke?” Dara bersuara keras. Baru Uda perasan. Air mata Dara bergenang. Dara terus keluar dari rumah itu tanpa menunggu Uda.

“Puas hati Mummy? Mummy bukan sahaja dah sakitkan hati Dara, tapi hati Uda juga,”

“Dia tak layak untuk Uda,”

“Bukannya dia yang tak layak untuk Uda, tapi Uda yang tak layak untuk dia. Dia sebaik-baik gadis yang Uda pernah kenal. Mummy pula…..!” Uda menggelengkan kepalanya. Matanya terasa kabur. Cepat-cepat dia mengesat airmatanya.

“Uda kecewa dengan Mummy. Mummy memperjuangkan hak wanita di luar sana, tapi Mummy menghina wanita dalam rumah Mummy sendiri,”

“Mummy hina dia, Mummy hina Mak Nab sekali. Sebab Mak Nab pun orang gaji jugak dalam rumah ni!”

Datin Eryna diam tidak berkutik.

*****

Laila telan liur. Rumah yang dibawa si Majnun ini terlalu jauh dari sangkaannya. Agak….. besar.

“Awak, awak tak pernah bagitau pun awak anak orang kaya,”

Si dia tersenyum.

“Yang kaya Umi dan Abah saya, bukannya saya,”

Laila tersenyum. Si dia masih merendah diri seperti dia yang Laila kenali awal lalu.

“Jom masuk. Umi dan Abah dah lama tunggu,”

Laila senyum lagi. “Jom,”

“Abah, diorang dah sampai,” belum sempat Laila dan si dia melangkah masuk ke dalam rumah itu, seorang wanita keluar dan ternampak mereka. Laila pandang Majnunnya. Lelaki itu angguk. Laila senyum dan melangkah menghampiri wanita itu.

“Assalamualaikum makcik, nama saya Laila,”

“Waalaikumussalam. Tak payah nak panggil makcik. Panggil saya Umi. Semua orang dalam rumah ni panggil macam tu,”

“Baiklah, Umi,” Laila pandang Majnunnya lagi. Lelaki itu tersenyum.

“Eh, jomlah masuk. Makan malam dah lama terhidang. Abang Long kenapa lambat sangat ambil Laila ni?”

“Maaf, Umi,” jawab si dia sambil sedikit menundukkan kepala. Laila senyum lagi. Agaknya inilah hasil didikan dari kedua ibu bapanya. Seorang anak lelaki soleh yang menjadi dambaan setiap wanita.

“Eh, marilah masuk, Laila,” Umi menjemput lagi. Digenggam tangan gadis itu erat. Umi tersenyum apabila merasakan yang tangan Laila sejuk. Gementar barangkali.

“Laila jangan takut. Kat sini semuanya dianggap sebagai keluarga sendiri,”

“Pakcik mana, Umi?”

“Abah la,” Umi membetulkan panggilan buat suaminya. Laila tersenyum malu.

“Abah kamu ada kerja di luar kawasan. Hujung minggu ni baru dia balik,” kata Umi sambil menyendukkan masak lemak cili api ke pinggan Laila.

“Ai Umi, ke pinggan Laila je? Ke pinggan anak bujangnya ni tak mahu sendukkan?”

“Kamu senduk sendiri,”

“Merajuk la dengan Umi macam ni,”

Umi ketawa kecil. Laila hanya tersenyum. Dia pandang si dia. Dia pun pandang Laila. Masing-masing tersenyum.

“Tak payah nak main-main mata kat sini. Makan dulu,”

Terkejut kedua-duanya. Malu sebentar Laila. Tunduk sahaja dia menikmati hidangan di depan mata.

“Adik mana, Umi?” tanya si dia.

“Hurm, entah ke mana dia tu, Abang Long. Bila ditanya, ada kelas katanya. Tapi takkan la kelas sampai pukul dua tiga pagi?”

“Nanti Abang tegur dia ye, Umi,”

“Tegur tau, abang. Tanggungjawab abang tu,” Umi mengingatkan lagi. Si dia hanya mengangguk. Usai makan, Laila membawa pinggannya ke sinki. Namun Umi menegah.

“Ala, Umi. Biarlah Laila yang basuhkan,”

“Laila kan tetamu, tak elok buat kerja. Pergi duduk depan tu,”

“Ala Umi, tak apa la. Sikit je. Lagipun, segan la duduk dengan dia kat depan tu,”

“Malu yea?” tebak Umi. Laila hanya tunduk. Namun Umi nampak pipi Laila merah macam tomato.

“Umi suka Laila dengan Abang Long. Cantik. Baik pula tu. Moga-moga sampai la jodoh kalian. Aamiin……,”

Makin merah pipi Laila mendengarnya.

“Tak dapat Laila jumpa Abah dengan adik,”

“Tak apa la Umi, tak ada rezeki la tu. Lain kali Laila datang lagi, jumpa la tu,”

“Hai, ada plan nak datang sini lagi ke?” Umi mengusik. Laila tersentak. Alamak, malunya…….

“Umi tak kisah. Datang la. Pintu rumah ni sentiasa terbuka buat Laila,”

“Terima kasih Umi,”

“Eh, apa bising-bising kat depan tu?” Umi terdengar suara Abang Long dan seorang gadis saling bertingkah di hadapan. Laju sahaja dia ke hadapan diikuti Laila.

“Abang Taufiq tak boleh buat macam ni!”

“Abang ada hak nak tegur adik,”

“Abang, bukannya adik pakai seksi-seksi pun. Adik cuma pakai skirt. Salah ke?”

“Tapi tak tutup aurat kan? Tak kesian ke dengan Abah? Dengan abang?”

“Abang patut jaga tepi kain sendiri!”

“Abang! Adik! Apa ni?” suara Umi nyaring mengatasi suara mereka berdua. Mereka berdua menoleh memandang Umi. Dan ketika itu jugalah…….

“Laila….,”

“Tasya…..,”

“Apa yang dia buat kat sini?” serentak mereka berdua bertanya.

“Laila, mari Umi kenalkan, Tasya ni anak perempuan Umi. Laila ni teman wanita Abang Taufiq kamu, Tasya,”

“Apa????”

Previous: BAB 3
Next: BAB 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.