Home Novel Cinta AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
AKU SUKA BILA KAU BENCI AKU
Laila Qaisara
6/12/2012 13:30:40
47,260
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 9

Ku Disini Mengalunkan Rindu Yang Resah

Aku Disini Memuja Bayangmu

setiap Detik Degup Nadiku Hanya Untukmu

Cinta Membara Jiwa Gelora

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku

Hanya Cintamu Mekar Selamanya

Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain

Kau Telah Mengikatku Selamanya

Ku Disini Menantikan Janji Yang Hilang

Aku Disini Menghitung Harapan

Setiap Detik Tiap Nafasku Ada Cintamu

Bagai Semalam Semuanya Hilang

Kau Yang Terindah Didalam Hidupku

Hanya Cintamu Mekar Selamanya

Tak Inginku Lagi Mencintai Yang Lain

Kau Telah Mengikatku Selamanya

Lagu Kau Yang Terindah nyanyian Alyah berkumandang di radio. Air mata Dara tumpah lagi. Menangis hiba dia apabila memikirkan apa yang berlaku sekarang ini. Nadia yang sedang memandu sedikit terganggu dengan esak tangis Dara.

“Kau okey?” tanya Nadia, prihatin.

Dara tidak menjawab. Hanya esak tangis yang kedengaran.

“Yang penyampai radio ni pun satu! Kenapa dia pasang lagu ni pulak?” Nadia marah-marah. Dara tersenyum melihat ulah rakannya yang satu itu.

“Dia tak salah apa pun, Nadia. Dah orang minta tuju lagu, dia pun mainkan la. Dia bukan tahu hati mana yang robek pun….,”

“Tukar saluran lain la,” tangan Nadia laju menekan punat pada radio itu.

“Tak payah la, Nadia. Lepas ni mesti lagu best yang keluar. Sabar je la,”

“Hurm….,” Nadia tidak jadi hendak menukar saluran radio itu. Dia meneruskan pemanduannya.

“Aku tak suka tengok kau macam ni, Dara,” Nadia bersuara serius. “Tak baik Mama Laila buat macam tu. Mummy Uda pun, macam tak ada perasaan je hina-hina orang sampai macam tu sekali,”

“Biarlah. Mereka ada hak. Mereka kan orang kaya,”

“Habis, orang tak kaya tak ada hak? Macam tu?”

“Tak semua orang fikir macam mana kita fikir, Nadia,”

Nadia diam.

“Kau nak bawa aku pergi mana sebenarnya ni?” tadi, Nadia yang menghubunginya. Beria-ia mengatakan ingin berjumpa dengannya. Tetapi tidak pula diberitahu ingin ke mana.

“Ada la. Aku nak bawa kau jumpa Taufiq,”

Terangkat kening Dara mendengar nama taufiq disebut.

“Aku kesian dengan kau. Dengan Taufiq. Masa kau telefon aku malam tadi sambil menangis tu, aku sebak sangat perasaan aku bercampur baur. Aku marah sangat dengan semua orang yang buat kau macam ni. Macam hati kau ni hati batu, yang boleh dibaling sesuka hati,”

Dara hanya diam mendengar kata-kata Nadia.

“Semalaman aku tak boleh tidur. Aku terfikir, kenapa aku tak boleh tolong kau sedangkan selama ni kau banyak tolong aku dalam pelajaran. Jadi aku fikir, aku nak tolong kau,”

“Kau nak tolong aku macam mana, Nadia? Semuanya dah muktamad. Datin June tetap dengan keputusan dia tak mahu terima Taufiq dan terima pinangan Uda. Laila sendiri dah buntu dengan Mama dia tu,”

“Sebab tu aku nak jumpa kamu berdua,” stereng kereta diputar dan kereta memasuki kawasan restoran elit. Dara hairan.

“Kita nak masuk restoran tu ke?” Dara pandang pakaiannya. Hanya memakai kemeja T dan berseluar jean. Restoran seperti itu, Dara tahu ada kod pakaiannya sendiri.

“Tak la. Kita tunggu Taufiq. Lepas tu kita pergi dari sini,” Nadia memanjangkan lehernya. Mencari kelibat Taufiq. Sebentar kemudian dia tersenum apabila dia melihat Taufiq datang menghampiri keretanya.

“Naik kereta aku ke, kereta kau?” tanya Taufiq apabila Nadia menurunkan tingkap keretanya.

“Kereta aku. Senang sikit,”

Taufiq mengangguk. Pintu belakang kereta dibuka dan dia meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta. Dara hanya melihat sekilas kelibat Taufiq melalui cermin pandang belakang. Dia tersenyum apabila pandangan mata mereka bertaut.

“Kita gerak ye. Lepas ni aku ada benda nak bincang dengan kamu berdua,” suara Nadia memecahkan kesunyian dalam kereta itu. Dara sedikit tersentak. Dia terus menumpukan perhatiannya ke jalan raya.

“Okey,” Taufiq bersuara sepatah. Memikirkan apa yang akan dikatakan oleh Nadia sebentar nanti.

*****

Ibu Midah termenung. Dia memikirkan cadangan anak gadisnya sebentar tadi.

“Mahu ke Ibu? Dara dah nak habis belajar. Lepas tu Dara akan mula bekerja. Dah boleh tampung kita berdua. Ibu tak perlu kerja di sini lagi,”

“Tapi kalau kita pindah keluar, di mana kita nak tinggal, nak? Inilah dunia Ibu sejak kamu kecil lagi, Dara,”

“Ibu jangan risau. Dara akan uruskan semuanya. Kita pindah ye, Ibu,”

Ibu Midah mengeluh. “Dara, boleh tak kalau habiskan pengajian di kolej dulu. Jangan fikirkan sangat dengan semua perkara ni. Dara dah masuk semester akhir. Kalau gagal semester ni, sayanglah pengajian Dara selama ni,” pujuk Ibu Midah.

“Ibu….,” Dara memaut bahu Ibu Midah dan mengusapnya perlahan. “Ibu fikir Dara dapat belajar dengan baik ke dengan segala kekalutan yang berlaku sekarang ni?”

Ibu Midah mengeluh lagi.

“Ibu, bukan saja-saja Dara buat keputusan ni. Dara buat semua ni sebab Dara dah tak tahan dihina, kerana kita miskin. Inilah caranya kita lari dari semua ni. Tolong la Dara, Ibu….,” Dara mula merayu. Air matanya tumpah.

Ibu Midah menyapu air mata yang jatuh di pipi Dara. “Ibu tak boleh tinggalkan rumah ni sekarang. Ada sesuatu yang perlu Ibu selesaikan di sini,”

“Jadi, selesaikan sekarang, Ibu, sebelum Dara habis belajar dan kita keluar dari rumah ni,”

“Tak boleh, belum tiba masanya lagi,”

“Apa yang Ibu perlu selesaikan tu, sampai Ibu kata belum tiba masanya tu?”

Ibu Midah menggeleng. “Maafkan Ibu, Dara. Ini amanah. Ibu tak boleh bagitau sesiapa,”

“Walaupun anak Ibu sendiri?”

“Walaupun anak Ibu sendiri,” Ibu Midah menjawab soalan Dara dengan mengulangi soalan itu. Dara diam.

“Maafkan Ibu, Dara,”

“Agak-agaknya, bila masa tu akan tiba? Dara dah tak tahan dihina,” Dara bersuara lirih.

“Sebab tu Ibu pesan supaya habiskan dulu pengajian di kolej tu. Lepas tu baru kita keluar dari sini,” pujuk Ibu Midah pula.

“Kalau…. Dara yang keluar dulu, macam mana? Dara terus tinggal di rumah sewa Dara dengan kawan-kawan tu dulu,”

“Macam tu pun boleh juga, sayang,”

“Tapi sebelum tu Ibu, ada perkara lebih penting yang perlu Dara sampaikan. Dan sebab ini juga la, Dara rasa Ibu patut keluar dari rumah ni dengan Dara,”

Dahi Ibu Midah berkerut. Dara menarik nafas. Lalu menghembus perlahan.

*****

“Saya mahu berhenti,”

Datin June yang sedang menikmati sarapan pagi, terhenti seketika apabila mendengar suara Ibu Midah. Dia memandang wanita itu.

“Baru sekarang kau nak berhenti?”

“Iya,” Ibu Midah menundukkan wajahnya.

“Kenapa baru sekarang? Kenapa bukan dari dulu lagi?”

“Sebab dulu anak saya masih kecil. Saya tidak tahu mana nak tuju. Sekarang….,”

“Sekarang dah ada tempat tuju? Begitu?”Datin June tersenyum sinis. “Midah, Midah. Kalau dari dulu lagi kau berhenti, tak la jadi macam ni,”

“Saya minta maf kalau kekalutan yang berlaku ni disebabkan oleh saya,” tulus Ibu Midah memohon maaf, walaupun itu bukan salahnya.

“Bila kau nak keluar dari rumah ni? Kalau boleh, hari ni pun aku tak nak tengok muka kau. Rimas,” Datin June bersuara angkuh.

“Ibu nak keluar dari rumah ni?” sampuk Laila yang muncul tiba-tiba. “Kenapa Ibu nak berhenti? Ibu dah tak sayangkan Laila ke?”

Ibu Midah tersenyum pahit. “Sebab Ibu sayangkan Laila la, Ibu keluar dari rumah ni. Laila dah Ibu anggap macam anak sendiri. Tapi Dara pun anak Ibu. Ibu tak sanggup bila tengok anak Ibu kena hina sampai macam tu sekali,”

“Ibu, Ibu masih ada Laila,”

“Laila, tolong jaga hati Mama Laila. Ibu akan keluar tengah hari ni. Terima kasih atas perhatian kalian selama kami berdua di sini. Assalamualaikum,” Ibu Midah terus masuk ke dapur. Air mata Laila bergenang.

“Sudahlah Laila. Tak payah nak berdrama sangat. Nanti kita boleh carikan orang gaji baru,”

“Puas hati Mama sekarang? Siapa nak uruskan rumah ni? Siapa nak tolong jaga suami Mama tu?”

“Laila…!” belum sempat Datin June berkata apa-apa, Laila sudah berlari masuk ke bilik.

*****

“Apasal mata kau bengkak ni?” tanya Nadia. Dia hairan sebenarnya. Selalunya, Laila akan duduk di hadapan sekali dalam dewan kuliah. Hari ini lain pula. Duduk di kerusi belakang dengan Nadia yang sentiasa datang lewat. Terkejut Nadia dengan tindakan Laila itu. Tambah terkejut dengan keadaan Laila yang bengkak matanya.

“Aku tak cukup tidur semalam,”

“Laila, kau nak tipu minah kepoh macam aku. Memang tak la kan? Mata tu bengkak sebab banyak sangat menangis je,” tebak Nadia.

“Tak la. Kau kan kenal aku. Aku ni mana senang nak menangis,” dalih Laila.

“Huh, ye la tu,”

“Ye la. Eh, Puan Seri dah masuk tu. Baik fokus. Nanti kena marah,” Laila mengubah topik apabila melihat kelibat Puan Seri masuk ke dewan kuliah. Mata wanita itu melilau-lilau seakan mencari seseorang.

“Eh, Laila! Kenapa awak duduk di belakang? Selalunya duduk di depan!”

“Tak apalah Puan, bagi orang lain pulak merasa tempat duduk depan tu,” sahut Laila sambil tersenyum. Terasa senyuman itu tawar.

“Ye ke? Atau awak cari teman lain memandangkan Dara dah bertunang sekarang ni?”

“Dara bertunang? Dengan siapa?” Laila pandang wajah Nadia yang buat tidak tahu.

“Fokus, Laila. Puan Seri tu…… subjek ni penting semester ni,” ujar Nadia. Membuka buku notanya. Laila geram.

“Kau hutang aku satu cerita, Nadia,” Laila bersuara seakan mengugut. Nadia pandang Laila sekilas. Kemudian dia memandang ke hadapan semula.

Selesai kelas, Nadia cepat-cepat keluar dari dewan kuliah. Niat di hati ingin mencari bahan untuk tugasan yang diberikan oleh Puan Seri. Dia ingin menyiapkan tugasan itu cepat. Banyak perkara yang boleh diselesaikan bila semua tugasan disiapkan awal.

“Nadia!”

Nadia menoleh. Laila berlari menghampirinya. Nadia telan liur. Habislah aku…….

“Kau hutang aku satu cerita, Nadia,” ujar Laila tercunga-cungap sebaik sahaja dia sampai di hadapan Nadia.

“Cerita apa? Snow White ke, Cinderella?”

“Main-main ek?” laju tangan Laila mencubit lengan Nadia.

“Aduh! Aduh! Aduh!” menjerit-jerit Nadia menahan kesakitan akibat serangan bertubi-tubi oleh Laila.

“Buat lagi,” Laila bersuara geram. Puas hatinya dapat mencubit rakannya itu. “Tadi kan Puan Seri cakap, Dara bertunang. Dia bertunang dengan siapa, Nadia?”

Nadia diam. Dia tunduk memandang lantai.

“Nadia?”

“Dara bertunang…. Dengan Taufiq, Laila,”

“Hah?”

*****

‘Nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatannya….,’

Laila mendengus kasar. Ingin sahaja telefon bimbit yang dipegangnya itu, dicampak ke dalam tasik di hadapannya ini. Dia tidak menyangka. Betul-betul tidak menyangka. Dara sanggup bertunang dengan Taufiq.

“Di mana janji-janji awak selama ni, Taufiq? Awak janji nak jaga saya, awak janji, Majnun hanyalah untuk Laila dan Laila milik Majnun. Mana semua tu?” Laila bersuara lirih. Suaranya kedengaran serak kerana baru lepas menangis.

“Semua ini berakhir di sini,” Laila menoleh. Taufiq yang baru tiba, duduk di sebelahnya. Lelaki itu mengeluh perlahan.

“Semua ini berakhir di sini. Laila dan Majnun takkan pernah bersama. Kita silap. Kita ingat, kita boleh mengubah cerita,”

“Tapi awak yang bagi harapan pada saya kan? Kenapa awak yang nak musnahkannya?”

“Kita tak ada jodoh,” Taufiq tidak memandang wajah Laila. Matanya menjamu pemandangan di tasik itu. “Laila terima ajelah pinangan Uda tu,”

“Tidak!” sanggah Laila. “Laila takkan terima!”

“Laila, kalau gunung ditarah sekalipun, kalau bukan jodoh kita, kita takkan ke mana,” Taufiq bangun. “Selamat tinggal, Laila. Semoga berbahagia dengan Uda,”

“Taufiq!” laung Laila. Langkah Taufiq terhenti.

“Laila benci Taufiq!”

‘Aku suka bila kau benci aku,’ bisik hati Taufiq.

Previous: BAB 8
Next: BAB 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.